Penulis

Penulis

Published in Suami Isteri

Tempoh lima tahun pertama perkahwinan adalah proses mengenali pasangan. Sekiranya tempoh tersebut berakhir tetapi si suami tidak menunjukkan perubahan (daripada sikap negatif kepada positif) pada dirinya, maka pasangan tersebut perlu mendapatkan khidmat perunding psikologi keluarga. “Tetapi jika sikap sambil lewa suami berpunca daripada sikap isteri yang terlalu memanjakan pasangannya sehingga mereka ‘naik lemak’, maka isteri sepatutnya dinasihatkan". - Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga, Harus Saling Membantu, Kosmo

Add a comment
Published in Suami Isteri

Suburkan rasa cinta anda dan suami dengan masak bersama. Pilih resipi yang anda/suami suka, beli bahan-bahan memasak bersama-sama, potong, hiris, tumis dan saling merasa makanan.

Add a comment
Published in Suami Isteri

Persekitaran yang damai, harmoni dan bahagia memberikan pengaruh besar kepada pendidikan anak-anak. Jika ibu bapa hidup dengan limpah kasih sayang, dan dihiasi kuntuman senyum mesra dan gelak ketawa, nescaya si anak akan terbiasa dengan bayu keharmonian dan kedamaian. Kasih bapa pada ibu dan kasih ibu pada bapa menjadi model penting kepada anak untuk menjadikan nilai kasih sayang sebagai pendorong dalam pembinaan jati diri positif.

Sebaliknya jika suami isteri bercakaran dan rumah tangga berantakan, si anak akan termanggu-manggu kebingunan, sedih, kecewa, bosan dan memberontak. Rasa sayang pada ibu akan menjadi semakin luntur dan layu. Rasa hormat pada ayah pula menjadi hilang. Rumah bagaikan medan perang yang bukannya mencederakan fizikal tetapi melukakan hati dan perasaan. Akhirnya pendidikan anak ini makin terabai dan terganggu. - abimuslih.wordpress.com

Add a comment
Published in Suami Isteri
Sekiranya wujud perselisihan antara suami isteri, jangan ditunjukkan di depan anak, jauh sekali melafazkan kata bersifat maki hamun atau sumpah seranah. Di sini pentingnya daya kawalan diri kerana setiap gerak geri dan perbuatan dilakukan ibu bapa memberi kesan kepada anak yang berada dalam tahap mempelajari sesuatu. - Prof Dr Sidek Baba
Add a comment
Published in Suami Isteri
"Kalau I marah, you jangan marah.. Kalau you marah, I jangan marah..." Dr Fadzillah Kamsah bercakap antara resipi kekal lama dalam rumahtangga dalam rancangan Diyan, NTV7
Add a comment
Published in Petua Anggun

Daun Sirih Menegangkan Payudara dan Membanyakkan Susu IbuPetua ini untuk memastikan payudara cantik membulat walaupun masih menyusukan anak.

Ambil beberapa helai daun sireh.
Layurkan atas api seperti melayur daun pisang.
Agak-agak dah panas (jangan sampai terbakar plak daun sireh tadi), tekapkan pada payudara. Buat seperti bentuk cup bra, tapi jangan menutup nipple. Buat pada kedua-dua belah payudara.
Lepas tu pakailah coli seperti biasa.
Pakai daun sireh nie dalam 2 - 3 jam gitu
Kalau rajin buat hari-hari (pupus daun sireh nanti)
kalau tak rajin selang sehari.

Kepanasan daun sireh ini mampu merangsang otot-otot sekitar payudara, memejal dan memontokkan apa-apa yang patut. Lagi best disamping memantapkan keampuhan payudara, petua nie juga boleh diamalkan bagi meransang dan membanyakkan susu badan insyaAllah.

Petua oleh Ruzaina76 di forum Ratuhati,  Breast Kendur, Kecut

Add a comment
Published in Petua Anggun

Tomato Haluskan KulitAnda boleh menghaluskan kulit anda dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Murah, mudah dan semulajadi :-)

Ambil sebiji tomato. Potong dan ramas sehingga hampir hancur. Minum jusnya dan hampasnya letakkan di muka. Biarkan 10 ke 15 minit di muka sebelum membilasnya. Ia menghaluskan kulit anda dari luar dan jusnya menghaluskan kulit anda dari dalam. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

Kredit kepada jbjlo_ras di forum Ratuhati.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.
Add a comment
Published in Berat Ideal

Dilanda sindrom3G? Cuba petua ini untuk melangsingkan badan. Ia cara yang mudah dan murah. Apa yang anda perlukan ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan akan beransur langsing dan menarik.

seri2008, Kempiskan perut dlm masa sebulan, forum susuibu.com

Re:
Tambahan, utk hilangkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu, blh tgk kesannya.

seri2008, forum susuibu.com

Add a comment
Published in Berat Ideal
Perut yang buncit boleh dikempiskan dalam masa sebulan. Petuanya, minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain. Selepas itu, bersihkan perut dgn air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sirih. Kemudian, balut perut dengan bengkung avon yang simple tu. Buat tiap-tiap hari (sama ada siang atau mlm), paling cantik kalau baru bersalin (belum sampai 6 bulan) sebab perut tengah lembut.
- mamarocks, dalam forum susuibu.com
Add a comment
Page 7 of 59
You are here