Anak
Tuesday, 10 June 2008 00:38

Nama yang Makruh dan Haram Digunakan

Written by Penulis
Nama-nama yang makruh dan haram digunakan. Bagaimana pula menukarkan nama dengan nama yang lebih baik?
Add a comment
Bagi kanak-kanak yang menggunakan bahasa Malaysia di rumah sebagai bahasa pertama, mengajar membaca dalam bahasa Malaysia mengikut kaedah fonetik haruslah didahulukan. Setelah mereka fasih membaca , ajarlah mereka membaca dalam bahasa Inggeris pula. Anda akan pasti terpegun dengan memampuan mereka. Bagi kanak-kanak yang berbahasa Inggeris di rumahnya sebagai bahasa pertama, mengajar membaca bahasa Inggeris terlebih dahulu berdasarkan kaedah fonetik mungkin lebih menyenangkan. Tetapi mereka akan membaca dalam bahasa Malaysia dengan mudah nanti. - Othman Ahamad, Kaedah Fonetik Bantu Anak Membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, Majalah Mingguan Wanita, Ogos 2003 (kredit kepada mytwinshero.blogspot, illustrasi inmagine)
Add a comment
Tuesday, 27 May 2008 21:25

Kawal Adegan yang Anak Anda Tonton

Written by Penulis
Kita kerap kali tersilap perkiraan dengan kefahaman anak-anak. Rancangan televisyen yang kita sangka tidak memberi pengaruh kepada anak (mungkin kerana dijangka kandungan yang agak tinggi dan bahasa yang agak rumit), kerana hanya beberapa saat  adegan yang tidak baik, rupanya memberi kesan ‘sesuatu' di  mindanya. Sebab itu, sebagai ibu dan bapa, kita wajib mengawal rancangan televisyen yang ditonton, kartun yang dilihat, iklan yang dipapar. Pastikan remote sentiasa dekat dengan anda.

Bayangkan dalam sesebuah keluarga yang tidak aman dan sering bergaduh, pastinya anak akan dapat membuat kesimpulan tertentu. Mereka juga boleh tertekan tanpa disedari oleh ibu bapa. Justeru, jangan remehkan kemampuan minda  anak di zaman ini. - Ustaz Zaharuddin, Anak: Perlu Cara Baru? zaharuddin.net, gambar the Guardian
Add a comment
Page 8 of 23
You are here