Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.
Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana menganggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan juga amat penting bagi remaja.
Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identiti kumpulan adalah identiti mereka.
- Sumber: psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com
| Add a comment |
Bagaimana Anda Dapat Membantu Anak Anda Menyebut Bunyi (i)
Written by Penulis| Add a comment |
Anak Lebih Bijak dan Berperangai Baik Jika Bapa Berwibawa
Written by Penulis
Para bapa, tidak kiralah latar belakang, pendapatan ataupun budaya mereka, boleh memainkan peranan yang kritikal di dalam pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Apabila para bapa melibatkan diri, anak-anak mereka boleh mempelajari dengan lebih banyak, prestasi akademik mereka di sekolah juga meningkat, dan mereka juga menunjukkan kelakukan yang lebih sihat. Walaupun sekiranya para bapa tidak berkongsi rumah dengan anak-anak mereka, penglibatan mereka yang aktif dan membina boleh memberi kesan yang lama dan juga positif terhadap kehidupan anak-anak mereka.
“Para bapa boleh menjadi penjaga yang terbaik apabila mereka bermotivasi tinggi. Para bapa boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran mental di dalam anak-anak mereka, meningkatkan empati, kurangnya stereotaip terhadap peranan pelbagai gender dan pengawalan diri yang lebih hebat,” tambah En. Oomar. “Bapa yang bertanggungjawab menjadikan keluarga yang kukuh dan anak-anak yang kuat!”
- Bapa berwibawa, keluarga kukuh, unicef, penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
| Add a comment |

