Jaga Makan Semasa Hamil untuk Kesihatan Ibu dan Anak
Semasa hamil sangat penting untuk ibu-ibu menjaga diet mereka. Ambil makanan sihat yang seimbang untuk kesihatan ibu dan juga janin.
Pertambahan berat badan semasa hamil penting untuk tumbesaran dan perkembangan janin. Tetapi jika ianya berlebihan daripada yang sepatutnya ia berkemungkinan menyebabkan seseorang wanita menjadi obes dan badan berubah menjadi seperti bentuk sebiji epal.
| Add a comment |
Beras Perang dan Kelebihannya
Beras perang ialah beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya. Merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan. Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.Kelebihan beras perang
- mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
- mengekalkan berat badan yang ideal
- mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
- menurunkan kolesterol dalam badan
- baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
- mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh. InsyaAllah.
Sumber: Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA
| Add a comment |
Ibu Hamil dan Menyusu Badan Makan Makanan Rapu Boleh Buatkan Anak Obes
Mengikut kajian yang dijalankan di London, ibu hamil dan menyusukan anak yang kerap makan makanan rapu (junk food) boleh menyebabkan anak mereka lebih berisiko untuk menjadi obes. Kajian itu juga menyarankan ibu-ibu hamil dan menyusu badan mengurangkan makanan berlemak, manis dan masin dalam pemakanan mereka. Tabiat pemakanan ibu-ibu ini akan mempengaruhi deria rasa dan kawalan selera bayi mereka sehingga sukar untuk ibubapa mengajar anak-anak mereka ini tentang pemakanan sihat setelah mereka pandai memilih makanan sendiri nanti.
Sumber: Eating Junk Food While Pregnant And Breastfeeding May Lead To Obese Offspring, ScienceDaily (Aug. 15, 2007)
| Add a comment |
Berat Badan Pengaruhi Kesuburan dan Kitaran Haid
Berat badan memainkan peranan penting dalam menentukan bila dan bagaimana waktu subur dan haid. Ini kerana sel lemak dalam badan melepaskan estrogen, yang penting untuk kesuburan dan haid. Untuk memastikan kitaran haid tetap, kebanyakan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 17%-22% lemak dalam badan.
- Kurang berat badan: Anda mungkin alami haid tidak tetap atau mungkin juga ketiadaan haid (amenorrhea). Pastikan anda makan makanan berkhasiat dan mendapatkan berat badan ideal supaya lemak dalam badan anda dapat menghasilkan estrogen.
- Lebih berat badan: Anda juga mungkin alami kitaran haid tidak tetap jika terlebih lemak dalam badan anda. Estrogen yang berlebihan mengganggu proses kesuburan dan haid.
- Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk kedua-dua masalah (terlalu kurus, terlalu gemuk) ini.
| Add a comment |

