Biji cnidium telah digunakan secara meluas sejak 2000 tahun dahulu untuk membantu mengubati penyakit kegatalan kulit,ruam,ekzema dan cacing gelang terutama sekali dibahagian alat sulit. Pakar herbalis perubatan tradisional cina zaman dahulu juga mempreskripsikan biji cnidium yang dikisar dan dimakan bagi meningkatkan pengaliran darah ke klitoris wanita atau alat sulit lelaki bagi menghasilkan kenikmatan dan ketahanan melakukan aktiviti seks.
Kebelakangan ini banyak kajian telah dilakukan oleh makmal-makmal universiti di negara China, Taiwan, Austalia dan Amerika Syarikat. Penemuan demi penemuan telah membuktikan pengambilan atau pengunaan biji cnidium ini amat berkesan bagi melawan sel-sel kanser servik, payu dara, osteoporosis, asthma dan ia juga besifat anti-histamin, alergi, anti kulat, anti bakteria serta anti kegatalan. Bahan aktif “Osthole” yang terdapat pada biji cnidium ternyata memberi kesan yang amat positif bagi melindungi lelaki dan wanita dari infeksi.
Kajian yang dilakukan oleh School of Pharmacy, Shenyang Pharmaceutical University pada 2004 telah mendapati estrak biji cnidium berpotensi menguatkan tulang begitu juga kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Taiwan telah berhasil menemukan bahan aktif “Osthole” sebagai anti tumor dan dapat melawan sel-sel kanser.
Sehingga ke hari ini, banyak kajian yang dilakukan tentang keselamatan biji cnidium menunjukkan ia selamat untuk dimakan atau disapukan pada kulit dan tidak akan memberi kesan sampingan malah Persatuan Produk Herba Amerika memberikan cnidium rating tertinggi kelas 1 sebagai herba yang selamat digunakan.
Cnidium Moneiri adalah sejenis pokok dari keluarga lobak. Ia didapati tumbuh di kebanyakan negara seperti China, Korea, Mongolia dan kini terdapat juga di Oregon, Amerika Syarikat dan juga beberapa kawasan di Australia.

