Aliah Bte Zakaria

Aliah Bte Zakaria

Website URL: http://www.doktorherba.com

Published in Doktor Herba

KEPUTIHAN yang dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj .Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga akan mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya kanak-kanak kecil juga turut tidak terkecuali. Kebiasaannya remaja jarang mendapat keputihan kecuali mereka yang mengambil ubatan tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Add a comment
Published in Doktor Herba

STRES. mungkin ramai sudah mengetahui apakah itu stres. Terdapat banyak artikel-artikel kesihatan melalui media massa dan sebagainya. Rasanya tak perlu penulis panjangkan lagi akan makna dan keadaan bila stres ini berlaku. Apa yang pasti ramai pakar di seluruh dunia berpendapat bahawa stres yang kronik boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh ke tahap depressi (kemurungan)

Menurut Wikipedia bahasa inggeris - Stres adalah terma saikologi dan biologi yang mula digunapakai dalam konteks biologi sejak 1930an lagi. Setelah beberapa dekad berlalu perkataan stres ini mula  digunakan oleh kebanyakan orang bagi mengambarkan kegagalan organisma manusia atau haiwan menangani dengan sempurna emosi atau ancaman fizikal samada perkara itu benar atau ianya hanya imaginasi kita.

Disebabkan ramai sudah mengetahui sebab dan akibat stres ini, maka penulis ingin membawa kita ke satu kaedah yang diperakui sejak beribu tahun dahulu. Selain dari ubat-ubatan moden seperti Prozac dan sebagainya, terdapat juga beberapa jenis herba yang telah dikaji dan dianalisa oleh saintis juga diperakui amat berkesan bagi kita menangani masalah stres ini.

Menurut Dr Salwa pengasas Dr Herba Industries, ramai yang tidak mengetahui akan herba-herba alami seperti gotu kola, ginseng, Siberia ginseng, gynostemma yang banyak terdapat di benua Asia ini amat efektif bagi membantu melawan stres. Kajian demi kajian telah dilakukan oleh para saintis dan akhirnya mereka turut akur tentang bahan aktif yang terdapat pada sesetengah herba alami membantu menenangkan dan membantu sistem saraf memperbaiki pengeluaran hormon yang menjurus kepada melawan stres atau bahasa mudahnya anti stres.

Diperturunkan disini cara penyediaan estrak gotu kola (pengaga) yang paling mudah didapati di Malaysia, ekslusif untuk warga dan pembaca Ratuhati.com.

  1. Sediakan botol yg kedap udara
  2. Isikan separuh botol dengan pengaga bersama akarnya
  3. Tuangkan cuka apel (bragg apple cider vinegar) sehingga 1 atau 2 inci atas paras penggaga tadi.
  4. Tutupkan dengan rapat, simpan di tempat gelap dan kering seperti dalam kabinet dapur contohnya.
  5. Goncang botol 1 kali sehari selama 1 bulan.
  6. Selepas 1 bulan buka dan tapiskan bahan tersebut dan disalinkan kebotol yg lain. Simpan hasil tapisan ini di tempat yang gelap dan kering
  7. Sekarang anda telah mendapatkan estrak pegaga yang telah diestrak oleh cuka tadi.
  8. Minum 1 sudu teh 3 kali sehari.


Insya’Allah anda akan merasa lebih tenang dan bermaya untuk solat dan memenuhi aktiviti seharian.

Penulis akhiri dengan memetik sebuah mutiara kata :-

Jika anda menginginkan ketenangan yang belum pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.

Add a comment
Published in Doktor Herba

Penggemar pisang, kita ada lebih banyak sebab untuk anda semakin menyukai pisang. Ia bukan sahaja mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan, malah ia juga buah yang istimewa, disebut di dalam al-Quran :-)

Add a comment
Published in Doktor Herba

Statistik WHO tentang kesihatan reproduksi wanita menunjukkan 75% wanita di dunia pasti mengalami vaginitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan 45% diantaranya pernah mengalaminya sebanyak dua kali atau lebih.

Simptom-simptom seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, iritasi, nyeri ketika melakukan hubungan intim, sakit pada ari-ari, bau yang tidak menyenangkan dan kadangkala terjadi pendarahan dari vagina.

Add a comment
Published in Doktor Herba

Hadis Rasulullah SAW :-
Thariq bin Suwaid RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang khamar (arak) dan beliau melarangnya. Lalu Thariq berkata, "Aku hanya menjadikannya campuran untuk ubat." Lalu Nabi Saw berkata lagi, "Itu bukan ubat tetapi penyakit." (HR. Ahmad)
Dari hadits di atas, jelaslah bahawa penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan pun DILARANG!

Add a comment
Published in Doktor Herba

Herba hepatik adalah herba yang menguatkan dan merangsang fungsi hati selain membantu merembeskan cecair hempedu. Ia membantu mengembalikan selera makan, memperbaiki sistem digestif termasuk menghasilkan pencernaan yang lebih sempurna dan meredakan sembelit. Ia juga berkesan merawat jaundis dan hepatitis.

Herba hepatik seperti pegaga, daun jambu batu, daun betik, putrawali, kemangi, hempedu bumi, kunyit, kulit limau, daun limau purut, daun mambu, parsli, bunga crysanthemum, chai hu, he shou wu dan lobak putih ialah diantara kategori herba yang sesuai diambil untuk membantu melambatkan penuaan. Ia meningkatkan anabolik metabolisma yang dikenali juga sebagai proses regenerasi sel supaya mengatasi kadar katabolik metabolisma, iaitu proses degenerasi sel.

Add a comment
Published in Doktor Herba

Gaya hidup moden ada harganya. Kita suka yang segera, tetapi badan kita sengsara. Kita sentiasa sibuk, tetapi badan jadi teruk. Kita bangun pukul enam, tetapi tidak sempat bersenam. Kita selesa di dalam kenderaan mewah, tetapi ia juga membuat alam marah.

Penyakit jantung, kencing manis, dan barah semakin jadi biasa. Ketika inilah baru kita tersedar, yang kita sudah tersasar. Ramai yang mula kembali menghargai yang alami, yang semulajadi. Gaya hidup moden bukan segala-galanya.

 

Add a comment
Published in Doktor Herba

Cnidium Moneiri adalah sejenis pokok dari keluarga lobak. Ia didapati tumbuh di kebanyakan negara seperti China, Korea, Mongolia dan kini terdapat juga di Oregon, Amerika Syarikat dan juga beberapa kawasan di Australia.

Antara bahagian yang penting dan banyak digunakan dalam formula perubatan adalah bijinya. Biji cnidium yang bulat, berwarna kekuningan dan berbau harum sememangnya herba yang amat bermanafaat terutama sekali untuk wanita yang gerun akan perkataan barah servik dan yang juga kerap dijangkiti keputihan.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan

Perahkan sebiji jus lemon ke dalam cawan dan dengan perlahan-lahan masukkan sedikit soda bikarbonat sehingga buih berhenti. Campurkan air secukupnya dan minum.

Mudah-mudahan dengan meneutralkan keasidan tubuh badan yang selalu terdedah dengan pemakanan dan persekitaran yang bertoksik dapat membantu kesuburan lantas membuahkan hasil. Insya’Allah.

Penerangan dan diskusi di forum Ratuhati, Kisah Benar- Formula Kesuburan

Add a comment
Published in Doktor Herba

Ramai beranggapan bahawa herba hanya digunakan untuk merawat penyakit. Sebenarnya setiap hari anda menggunakan herba-herba berasaskan makanan. Pemakanan adalah satu cara asas memelihara kesihatan, langkah pencegahan, dan ketika menjalani therapi.

Add a comment
Page 1 of 2
You are here