+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10624
Latest: inur
New This Month: 93
New This Week: 16
New Today: 3
Stats
Total Posts: 441626
Total Topics: 7326
Most Online Today: 183
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 9
Guests: 157
Total: 166

Author Topic: Tips: Penjagaan Pakaian  (Read 15923 times)

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Tips: Penjagaan Pakaian
« on: October 29, 2010, 11:14:55 AM »
Sumber : facebook
by Vida Novie on Wednesday, 27 October 2010 at 12:22


Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
 
Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

 Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

 Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

 


Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #1 on: October 29, 2010, 11:18:51 AM »
sambungan

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

 Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
 * Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

 Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

 Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.


Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #2 on: October 29, 2010, 11:21:21 AM »
sambungan lagi :))

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
 
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

 Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.
 
Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

ps- penghargaan kepada Vida Novie atas tips yg disenaraikan

Online mygenesis (yana)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2935
  • Suka? +18/-0
  • life is full of ups and downs..handle with prayer
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #3 on: October 29, 2010, 11:23:22 AM »
wah bagusla..yana kalau baju terkena minyak (eg kuah, kari etc) selalunya letak bedak.nnti bila basuh senang je minyak 2 keluar


Offline yuhanayunus

  • ~Proud Mother of 3~
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 136
  • Suka? +1/-0
  • ~Proud Mother of 3~
    • Breastfeeding, Babywearing, Cloth-Diapering and such..
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #4 on: October 29, 2010, 11:26:28 AM »
Nak tambah sikit..

Menyenangkan mengeterika kain sutera
Masukkan pakaian sutera dalam plastik dan ikat kemas. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dan terus gosok.


Offline annsyifa

  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 1550
  • Suka? +6/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #5 on: October 29, 2010, 11:39:53 AM »
t shirt husband terkena mustard..dahla kaler putih..dah 2 kali letak bleach..tapi tak ilang..cuma kurang skit je..
cemana eh?
ada sape2 sudi share tips tak?

help!!!
SERBUK/KAPSUL/SABUN MANJAKANI MEKAH 100% TULEN
0133088085- sms/call/whats app/viber

http://www.facebook.com/ManjakaniMekah2u
http://manjakani2u.blogspot.com/
11% diskaun 28/6-1/7/2012

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #6 on: October 29, 2010, 12:05:58 PM »
perlu buat berulang kali agaknya.
sila refer pd wesite ini:

http://www.ehow.com/how_2000392_mustard-stain-clothing.html

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #7 on: October 29, 2010, 12:11:14 PM »
Nak tambah sikit..

Menyenangkan mengeterika kain sutera
Masukkan pakaian sutera dalam plastik dan ikat kemas. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dan terus gosok.

wah nie tips belum pernah cuba. biasanya guna steamer iron aja. sangat cerewet kalau guna iron biasa nak merenjis2 dipilis.
soalan.. bolehkan pakaian dilipat kecil?. peti ais kurang besar la pulak :(

thanks for sharing yuhan :)

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #8 on: October 29, 2010, 12:17:37 PM »
kalau pakaian yang ada kesan seterikan panas ada tak cara nak hilangkan
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline annsyifa

  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 1550
  • Suka? +6/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #9 on: October 29, 2010, 12:34:03 PM »
tq ye asmawaty..
saya cuba lagi..
betulla kot kena buat ulang kali..
sebab saya 2 kali..kesannya makin kurang..

tq!!
SERBUK/KAPSUL/SABUN MANJAKANI MEKAH 100% TULEN
0133088085- sms/call/whats app/viber

http://www.facebook.com/ManjakaniMekah2u
http://manjakani2u.blogspot.com/
11% diskaun 28/6-1/7/2012

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #10 on: October 29, 2010, 01:28:12 PM »
kalau pakaian yang ada kesan seterikan panas ada tak cara nak hilangkan

ada ada
tampal dengan kain lain. hehe
jangan maraaaa...

itu kategori dan kena panggang dah tu lady.

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #11 on: October 29, 2010, 01:29:53 PM »
annsyifa - welcome..

sorry tgh test application tukar2 nama kat akaun.

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #12 on: October 29, 2010, 02:15:33 PM »
kalau pakaian yang ada kesan seterikan panas ada tak cara nak hilangkan

ada ada
tampal dengan kain lain. hehe
jangan maraaaa...

itu kategori dan kena panggang dah tu lady.

hehe tu la ada sekali pernah jadi macam ni, ada orang kasi petua rendam dengan cuka lah itu lah ini lah tak menjadik pun.. :(
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline Pentadbir

  • Administrator
  • Topaz
  • *****
  • Posts: 13
  • Suka? +1/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #13 on: October 29, 2010, 02:32:04 PM »
terima kasih asma'

menambah.. kaalau pakaian kena minyak atau sambal, saya suka gunakan pencuci pinggan :D sebab mungkin dia dicipta utk tanggalkan minyak kot.. selain daripada tu, letak bedak dulu sebelum dibasuh...

utk kesan2 darah, terutamanya wanita - darah haid. Saya basuh gunakan sabun mandi.. kalau guna sabun basuh dia akan jadi gelap dan kadang2 tinggalkan kesan...

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #14 on: October 29, 2010, 07:01:21 PM »
saya pun slalu jugak kena minyak sambal kalau masak sambal tu. abis merah2 baju.
nak cuba letak bedak pulak.

dah dua org kasi petua letak bedak niee. thanks yana n admin.

lady- baju dah hangus mana boleh nak cuci dah wehhh..  hehehhe



Offline Mrs A.H

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 194
  • Suka? +0/-0
  • Always Be Positive!
    • "World is Temporary"
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #15 on: November 04, 2010, 12:33:01 PM »

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
 

su ade nak tambah satu cara lg untuk tanggalkan dakwat pada pakaian ni.. caranya, calitkan ubat gigi pada tempat terkena dakwat tu (pastikan pakaian tersebut kering), biarkn hingga ubat gigi tu kering pada pakaian.. dan boleh la dicuci pakaian tu mcm biasa..

InsyaAllah, berkesan..  :)
http://mrsah.blogspot.com/

"World is Temporary"

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #16 on: November 04, 2010, 01:09:20 PM »
yang ni belum ada kot
tapi ramai yg dah tau rasanya
kalau nak pakaian tahan lama
bila kite sidai tu kena terbalikkan..
jgn jemur baju lama sangat bawah matahari

Offline clover09

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 108
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #17 on: November 05, 2010, 01:32:31 AM »
yang ni belum ada kot
tapi ramai yg dah tau rasanya
kalau nak pakaian tahan lama
bila kite sidai tu kena terbalikkan..
jgn jemur baju lama sangat bawah matahari


a'ha pernah dengar yang nie kak risa...memula rajin la buat..pastu malas dah...kain bertimbun

Offline asma'

  • Topaz
  • *
  • Posts: 19
  • Suka? +0/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #18 on: November 06, 2010, 10:10:11 AM »
baru jee baju kena dakwat smalam
nak cuba guna petua ubat gigi su pulak

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5523
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #19 on: November 06, 2010, 10:24:54 AM »
ada yang kata pakaian putih elok dijemur bawah matahari secara direct. Dia akan memutihkan lagi pakaian. tapi macam kata risa, jgn terlalu lama udah.. nanti lusuh pulak kan.

catt, akak kalau kena dakwat tu gelesek2 je.. tapi tu la rosak baju tu dia nye jalinan benang tu... nanti akan try juga petua ubat giigi tu...

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #20 on: November 06, 2010, 12:41:31 PM »
terima kasih asma'

menambah.. kaalau pakaian kena minyak atau sambal, saya suka gunakan pencuci pinggan :D sebab mungkin dia dicipta utk tanggalkan minyak kot.. selain daripada tu, letak bedak dulu sebelum dibasuh...

utk kesan2 darah, terutamanya wanita - darah haid. Saya basuh gunakan sabun mandi.. kalau guna sabun basuh dia akan jadi gelap dan kadang2 tinggalkan kesan...

saya pun buat cam tu jugak....

kalau kolar baju yg susah nak bersihkan, buat macam mana?
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #21 on: November 06, 2010, 12:43:45 PM »
wah petua ubar gigi tu emnarik la... agaknya kalau baju turun warna boleh ke pakai petua ubat gigi tu yer..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #22 on: November 07, 2010, 01:09:23 PM »
wah petua ubar gigi tu emnarik la... agaknya kalau baju turun warna boleh ke pakai petua ubat gigi tu yer..


a'ah la..tensen tul kalu baju turun warnakan..kalu le guna petua ni,bes gak.kdg sy pakai vanish pun tak jln.
sy siap celur2 dgn air panas..ada masa hilang,kalu degil,tak gak hilang.cane ye?
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #23 on: November 07, 2010, 01:21:43 PM »
selalu basuh baju saye asingkan
semua pakaian putih akan dibasuh sama2
letak pemutih untuk hilangkan kotoran degil
baju2 baru saye akan letaak dalam mode soft
cuci sekali pusing je
kalau seluar semua mesti seluar
kalau kain semua kain termasuk selimut

ini je cara nak tahan lama baju
kalau semua hard spin cepat le jahanam
depend gak pada baju
kalau yg ada brand memang masuk je dalam mesin dia ok
kalau jenis yg pasar malam memang le semua akan luntur

so, kena asing2kan baju nak basuh
jgn main campur je semua

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Tips: Penjagaan Pakaian
« Reply #24 on: November 08, 2010, 12:22:22 AM »
a'ah la..tensen tul kalu baju turun warnakan..kalu le guna petua ni,bes gak.kdg sy pakai vanish pun tak jln.
sy siap celur2 dgn air panas..ada masa hilang,kalu degil,tak gak hilang.cane ye?

huwaaa tu la i pun tgh ada satu tshirt kena kesan apa ntah.. pelik jugak cemana leh kene sebab i biasa asingkan pakaian putih dan yang berwarna ni..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

 

Powered by EzPortal