+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11015
Latest: nanazul
New This Month: 96
New This Week: 10
New Today: 4
Stats
Total Posts: 447448
Total Topics: 7495
Most Online Today: 162
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 6
Guests: 99
Total: 105

Author Topic: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami  (Read 56704 times)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« on: January 15, 2011, 09:22:33 PM »
Bukan sedikit wanita yang takut kehilangan pasangan akibat beralih kasih atau curang. Dalam menghadapi ketakutan itu, ramai pula memilih cara yang salah untuk terus mengikat kasih sayang pasangan masing-masing sehingga ada yang sanggup memberi suami nasi kangkang. Tak kurang mereka yang mendapatkan minyak pengasih atau menanam susuk agar pasangan terus setia di sisi.

Islam sebagai agama yang syumul ada caranya untuk memastikan kasih sayang pasangan terus terikat pada kita. Selain menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin sebagai suri rumahtangga dan menjaga kebersihan dan kecantikan diri di hadapan suami, ada ayat-ayat di dalam al-Qur'an yang boleh diamalkan untuk menolong mengikat hati suami pada kita dan rumahtangga. Antaranya:

1. Amalkan surah Yusuff, ayat 4 sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat. Boleh juga dibaca semasa suami tidur dan hembuskan pada ubun-ubun kepalanya dengan niat kasih sayang akan kekal dalam hatinya untuk kita.

2. Dengan mengamalkan membaca surah Yusoff, ayat 4, dan disambung dengan surah Thaha, ayat 39, bila di hadapan suami atau pasangan. Memadai dengan membaca di dalam hati. Kedua-dua ayat ini juga elok diamalkan 3 kali selepas setiap solat agar dikasihi oleh orang ramai.

Petua Melayu juga boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Diantara petua yang boleh diamalkan ialah apabila memasak nasi, semasa nasi hendak kering, kacau nasi sambil menyeru nama suami dan minta suami sentiasa balik dan sayangkan kita. Petua ini juga boleh digunakan untuk anak-anak.

Lagi satu pesanan orang-orang tua, pastikan kita masakkan makanan suami. Air tangan isteri boleh mengikat kasih sayang. Menurut seorang pakar kaunseling rumahtangga, Tn. Hj. Hushim, cara untuk memikat dan mengikat hati suami ialah dengan menjaga dua kepentingan utamanya, perut dan alat kelaminnya. Maksudnya, masak untuk suami dan masakkan sesuatu yang dia suka agar dia balik makan di rumah dan penuhi kehendak seksnya. Wallahualam.


Offline ana_adams

  • Nilam
  • *
  • Posts: 422
  • Suka? +2/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #1 on: January 16, 2011, 02:55:58 PM »
terima kasih...suka mencari ilmu2 begini..

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #2 on: January 16, 2011, 09:15:14 PM »
thanks aliah...
berguna sggh...

Offline Ddkadak

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1477
  • Suka? +6/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #3 on: January 19, 2011, 02:44:27 PM »
Dd baru tau pasal petua melayu tu.. Pas ni leh la wat bile masuk umah baru nanti.. hehehe..

Thanks a lot for da info!!
l]

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #4 on: January 20, 2011, 08:59:08 PM »
Dd xde petua lain ke???hehehe
share jgn x share...
nenek miza cakap....jgn lawan ckp suami...jgn asyik nk merajuk je...
tp..cucunye ni..huhhh...kuat merajuk sgt2....
camne tu???


Offline Ddkadak

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1477
  • Suka? +6/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #5 on: January 21, 2011, 07:14:43 AM »
Dd xde petua lain ke???hehehe
share jgn x share...
nenek miza cakap....jgn lawan ckp suami...jgn asyik nk merajuk je...
tp..cucunye ni..huhhh...kuat merajuk sgt2....
camne tu???

Dd ni orang moden.. Chehwah, poyo je ngaku orang moden.. hehehe..
Honestly Dd memang tak tau pasal petua2 ni..
Bile baca pasal kacau nasi ni rase excited plak nak wat.. Mane tau suami makin sayang ke..
hehehe
l]

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #6 on: January 21, 2011, 08:02:36 PM »
Dd..miza rase suami Dd mmg sayangkan Dd..
yelah...Dd kan sentiasa ada disisi nye...
mse susah n mse senang...
mse sakitnye..n mse sihatnye....

Offline juliashah

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 123
  • Suka? +2/-0
    • Kisah kami dibumi Jordan
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #7 on: February 04, 2011, 01:08:21 AM »
Bukan sedikit wanita yang takut kehilangan pasangan akibat beralih kasih atau curang. Dalam menghadapi ketakutan itu, ramai pula memilih cara yang salah untuk terus mengikat kasih sayang pasangan masing-masing sehingga ada yang sanggup memberi suami nasi kangkang. Tak kurang mereka yang mendapatkan minyak pengasih atau menanam susuk agar pasangan terus setia di sisi.

Islam sebagai agama yang syumul ada caranya untuk memastikan kasih sayang pasangan terus terikat pada kita. Selain menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin sebagai suri rumahtangga dan menjaga kebersihan dan kecantikan diri di hadapan suami, ada ayat-ayat di dalam al-Qur'an yang boleh diamalkan untuk menolong mengikat hati suami pada kita dan rumahtangga. Antaranya:

1. Amalkan surah Yusuff, ayat 4 sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat. Boleh juga dibaca semasa suami tidur dan hembuskan pada ubun-ubun kepalanya dengan niat kasih sayang akan kekal dalam hatinya untuk kita.

2. Dengan mengamalkan membaca surah Yusoff, ayat 4, dan disambung dengan surah Thaha, ayat 39, bila di hadapan suami atau pasangan. Memadai dengan membaca di dalam hati. Kedua-dua ayat ini juga elok diamalkan 3 kali selepas setiap solat agar dikasihi oleh orang ramai.

Petua Melayu juga boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Diantara petua yang boleh diamalkan ialah apabila memasak nasi, semasa nasi hendak kering, kacau nasi sambil menyeru nama suami dan minta suami sentiasa balik dan sayangkan kita. Petua ini juga boleh digunakan untuk anak-anak.

Lagi satu pesanan orang-orang tua, pastikan kita masakkan makanan suami. Air tangan isteri boleh mengikat kasih sayang. Menurut seorang pakar kaunseling rumahtangga, Tn. Hj. Hushim, cara untuk memikat dan mengikat hati suami ialah dengan menjaga dua kepentingan utamanya, perut dan alat kelaminnya. Maksudnya, masak untuk suami dan masakkan sesuatu yang dia suka agar dia balik makan di rumah dan penuhi kehendak seksnya. Wallahualam.



setuju sangat ngan pendapat aliah...bagus kita amalkan cara yang betul utk ikat kasih sayang...
nama Allah YA WADUD iaitu MAHA PENGASIH...pun elok kita amalkan....moga bertambah kasih sayang....
ju

<

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #8 on: February 04, 2011, 09:41:37 AM »
amin..amin...

krsty

  • Guest
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #9 on: February 07, 2011, 03:15:25 PM »

setuju sangat ngan pendapat aliah...bagus kita amalkan cara yang betul utk ikat kasih sayang...
nama Allah YA WADUD iaitu MAHA PENGASIH...pun elok kita amalkan....moga bertambah kasih sayang....

camne tu?hembus kat dia ke atau apa?

Offline himast (Hani Mastura)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1214
  • Suka? +5/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #10 on: February 07, 2011, 03:34:28 PM »
rasa nak hembus je depat2 nak tengok reaksi dia....
mesti kerkulat2, terkedu ke???

Offline eisha

  • Topaz
  • *
  • Posts: 39
  • Suka? +0/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #11 on: March 24, 2011, 03:45:58 PM »
Thanks tgh berusaha tuk menambat hatinya.. moga kasih sygnya dicurahkan untuk yg berhak shja.. amin..

Offline ~ zue~

  • Nilam
  • *
  • Posts: 287
  • Suka? +1/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #12 on: March 24, 2011, 04:14:55 PM »
pagi td zu ader tgah raudah tv9,,,huhuhuhu ustazah tu kata apaer2 yg kita bc selawat ker,kita hembus dkat tengkuk suami,bukan telinga atau ubun2...br menjadi...huhuhuh

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #13 on: March 24, 2011, 04:16:39 PM »
owh...kat tengkuk ke?
kena peluk suami selalu baru dapat hembus kat tengkuk ;D
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline eisha

  • Topaz
  • *
  • Posts: 39
  • Suka? +0/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #14 on: March 24, 2011, 04:35:06 PM »
gitu plak...
hembus punya hembus kang.. hehe

Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #15 on: March 24, 2011, 04:39:55 PM »

Lagi satu pesanan orang-orang tua, pastikan kita masakkan makanan suami. Air tangan isteri boleh mengikat kasih sayang. Menurut seorang pakar kaunseling rumahtangga, Tn. Hj. Hushim, cara untuk memikat dan mengikat hati suami ialah dengan menjaga dua kepentingan utamanya, perut dan alat kelaminnya. Maksudnya, masak untuk suami dan masakkan sesuatu yang dia suka agar dia balik makan di rumah dan penuhi kehendak seksnya. Wallahualam.


Yang ini mmg amalan selalu...disamping hembus-2 tu hehehehe.... ;)

Moga berkekalan dan bahagialah rumahtangga para RHian kita ye, dan juga moga dilimpahi rahmat yg esa, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan...sekiranya ditimpa juga dugaan walau telah dipraktikan apa yg disarankan berlapang dadalah...mmg kita terpilih untuk menempuhinya...

Offline ~ zue~

  • Nilam
  • *
  • Posts: 287
  • Suka? +1/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #16 on: March 25, 2011, 10:47:54 AM »
yang pasti hembus ditengkuk tau....sbb zu ader dgr ust bahiyah bg tau

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #17 on: March 25, 2011, 11:44:32 AM »
hembus tengkuk eh..hehe.ni kena praktikkan ni..

lagi satu,secara psikologinya,saya pernah dgr ceramah la..tak ingatla dr siapa..
kalu dlm separa lelap tu,kita bisikkan pada suami dgn penuh kasih syg..

ustaz tu siap buat lawak..
tapi jgn la bisik  'abg,jgn kawin dua ye'
nanti perkataan jgn tu die tak input dlm hati..so jadi kawin la dua...
tergelak2 sy dengar.tapi logik la kan..hehe
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline intan_zul

  • Topaz
  • *
  • Posts: 29
  • Suka? +0/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #18 on: June 27, 2011, 09:52:49 AM »
Seronoknya baca petua2 kat sini...Saya memang nak sangat baca petua2 macam nie...Saya memang sedang berusaha memikat kembali hati suami...Peritnya hidup bila dah tak dikasihi suami lagi.... :( :( :( :( :( :( :(

Offline ida_88

  • Nilam
  • *
  • Posts: 363
  • Suka? +0/-0
  • <div><a target=_blank href=http://www.pregnology.c
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #19 on: June 27, 2011, 11:01:18 AM »
intan... jangan mengalah... cuba sedaya upaya... doa banyak2 pada yang maha kuasa agar diberi kebahagiaan yang berpanjangan.. amin...

Offline mamaliter

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 171
  • Suka? +0/-0
  • sabar tu penting!
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #20 on: July 31, 2011, 02:26:06 AM »
Seronoknya baca petua2 kat sini...Saya memang nak sangat baca petua2 macam nie...Saya memang sedang berusaha memikat kembali hati suami...Peritnya hidup bila dah tak dikasihi suami lagi.... :( :( :( :( :( :( :(

intan..jgn bersedih...cube bace thread "isteri nk tackle suami/suami tackle isteri"..
liter ade bg tips kt situ...liter pon mcm intan jugak...kite kena berusaha lebih sket ye? insyaAllah

sue_nyi

  • Guest
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #21 on: July 31, 2011, 12:22:03 PM »
Salam~kawan sue bg petua ni dari mak dia...masa basuh beras baca tahiyat akhir dan niat semoga suami selalu sayang dan ingat kita dimana sahaja dia berada. Kalau ada anak niat utk anak sekali....pastu baca Ya Rahim sampai beras bersih..dan siap utk dimasak..insyaAllah.....cubal ah.....

1 lagi petua kawan sue bg juga...kawan sue ada masalah dgn suami...suami ada org lain...dh hampir cerai. pastu ada uztaz kat opis dia bg petua nih....

fajaalna hunna abqoro..u'ruban atroba..lias ha bilyamin (7x)

pas2 surah yusuf...

izqolayusuf fuliabi hiya abati inni roaitu ahada asyarokau kaban wassham shawal qomaro roai tuhum li sajidin (7x)


pas2 ayt qursi 3x..3 qul 3x..tiup kt dlm air..buh dlm cawan...pas2 minum sket..lebihnye sapu kt muke..pas2 tdo...

Dia sertai dgn solat hajat tiap2 malam...alhamdulillah suami dia mohon maaf dan siap cakap....

"mama buat apa dgn papa...mama dah guna2kan papa ke? smpai papa asik teringatkan mama n rasa geram bila tgk mama"

pastu kawan sue ckp kt hubby dia...dia cuma ada Allah...cuma Allah tmpt meminta....

sama2 kita mencuba.... ;D

Offline limau_zie

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 171
  • Suka? +0/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #22 on: July 31, 2011, 12:53:05 PM »
hoho..bgus2 leh amalkan petua2 yg ade ni..bia hari2 pengantin baru, bhgia selalu..

sue_nyi

  • Guest
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #23 on: July 31, 2011, 01:00:38 PM »
hoho..bgus2 leh amalkan petua2 yg ade ni..bia hari2 pengantin baru, bhgia selalu..

betul tu..jgn tggu dh bermasalah baru nak amalkan....buat yang mana mampu dulu kan...biar hari2 nmpk mcm pengantin baru.

Offline BEE

  • Delima
  • *
  • Posts: 547
  • Suka? +0/-0
Re: Ilmu pengasih dan petua dikasihi Suami
« Reply #24 on: August 02, 2011, 11:55:43 AM »
menarik...tq2...nak tryla....



 

Powered by EzPortal