+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10618
Latest: wahijaja
New This Month: 87
New This Week: 10
New Today: 3
Stats
Total Posts: 441535
Total Topics: 7323
Most Online Today: 264
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 12
Guests: 150
Total: 162

Author Topic: Bayi Meninggal Dalam kandungan  (Read 31645 times)

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Bayi Meninggal Dalam kandungan
« on: January 23, 2011, 01:12:32 AM »
Salam semua..
saya da 7 bulan,da saya baru sahaja disahkan bayi meninggal dlm perut.
Sedangkan seminggu yang lalu,saya gi monthly check up,da semuanya ok kecuali uri saya masih di bawah dan masalah keputihan.

tanpa sebarang tanda bleeding atau pecah ketuban,saya takder diabetes sebagainya,anak saya bila saya sedar,tidak bergerak langsung.saya sedih sbb saya tak perasan bilakah saat pergerakannya paling lemah.sejurus saya bergegas ke klinik,anak saya telah sah tiada lagi degupan jantung.anak saya mempunyai perkembangan yang normal seperti bayi lain,namun tak dapat survive.doc klasifikasikan sebagai unexplained sudden death. kecuali saya buat post mortem ke atas bayi sekecil 850g.

hari selasa ni saya akan hadapi saat bersalin (induce) bayi kecil tanpa tangisan.
saya amik keputusan,tidak akan jalani post mortem sbb tak sampai hati bayi sekecil itu dipotong2..
biarlah dikebumikan cukup sifatnya seperti dlm kandungan.

saya redha atas Rezki Allah ini.Allah Maha Mengetahui.

sape2 ada pengalaman?boleh kita sharing2 sama..
« Last Edit: January 24, 2011, 12:12:00 AM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   


Offline nurza shah

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 148
  • Suka? +0/-0
  • Peace no war...
    • My family blog
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #1 on: January 23, 2011, 04:54:53 AM »
takziah tuk awak ashlia. sabar n tabahkan hati..
nti bayi awak tgu awak kat syurga sana. :)
sy pun xdapat bygkan kalo berlaku kat sy..
yg penting kna ingat pasti ada hikmahnya yg awak xnmpk skrg.
kuatkan semangat ye.

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #2 on: January 23, 2011, 08:09:39 AM »
thanks nurza..
dulu bila saya dengar crita orang sekadar bersimpati. kali ni baru saya faham akan rasanya..
walaupun anak ni blum dilahirkan,tapi..ibarat degupan jantungnya dan tendangannya telah pun bersatu dalam badan kita. sesekali,terdetik rasa sayu di hati.sesekali saya menanges juga.

alhamdulillah,saya masih ada Aleesya pengubat hati saya. Lain benar rasanya,bila tiap kali saya peluk dan cium Aleesya. Kali ni,pelukan dan ciuman tuk Aleesya melebihi selaut kasih sayang.

Saya slallu pk,kalu sy gni..ada yang lebih tragik bila baby,meninggal dalam kandungan pada cukup bulan,ketika lahir atau da pun menjaga dan membelainya.apatah lagi menjaga anak istimewa.
sememangnya 'mereka' adalah golongan ibu2 yang tabah.
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline melankolia

  • Peniaga
  • Nilam
  • *
  • Posts: 266
  • Suka? +1/-0
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #3 on: January 23, 2011, 08:32:55 AM »
takziah ashlia...sedihnya dgr... ;(
kuatkan semangat ye..
redhakan baby pergi..
dia tunggu awk kat syurga nnt...
awk dh da tiket nk masuk syurga sm2 dia...

mel xda pengalaman camni..so mmg xtaw nk share pa..

Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +23/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #4 on: January 23, 2011, 08:57:43 AM »
Takziah Ashlia,
sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Dan Dia lebih menyayangi baby Ashlia dan anggap itu sebagai satu ujian dari Allah kepada hambaNya.

hanya Alfatihah dapat akak berikan, dan semoga Ashlia tabah dan sabar, redha atas ketentuannya.
Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/


lydianajihah

  • Guest
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #5 on: January 23, 2011, 09:14:02 AM »
takziah ashlia
sabar ya.. ada hikmah semua tu samada kita sedar atau tidak, samada kita tahu cepat atau lambat.
insyaallah akan ada rezeki lagi.

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5523
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #6 on: January 23, 2011, 09:33:28 AM »
innalillahi wa'inna ilaihi raji'un

Ashlia, takziah untuk ashlia sekeluarga. Tersentuh hati membacanya. Sudah tertulis ajalnya memang sebelum dia dapat melihat dunia...

Semoga Ashlia terus tabah dan sabar dalam hadapi kehilangan ini. Kita merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah lah yang terbaik.

Offline IdayaH_ChaN

  • Delima
  • *
  • Posts: 1000
  • Suka? +1/-0
  • I Love My Family
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #7 on: January 23, 2011, 09:52:09 AM »
Takde apa yang mampu saya katakan cuma semoga Ashlia lebih tabah dalam hadap dugaan ini.. Takziah buat ashlia sekeluarga.. Baby ashlia dah tunggu di pintu syurga..

Saya tak pernah alami tapi sepupu saya baby dia dah 8 bulan meninggal dalam perot sebab tengkok patah akibat baby tak boleh pusing. Sebelum ni baby duduk dalam keadaan songsang. Baby tu dinamakan nur iman jugak..

Allah bagi dugaan pada orang2 yang mampu menanggung dugaan ini.. Ashlia mampu menanggung dugaan ini. IsyaAllah
« Last Edit: January 23, 2011, 09:57:07 AM by UmiNaufal »



Offline sya

  • Global Moderator
  • Delima
  • *****
  • Posts: 697
  • Suka? +8/-0
    • syayassir.wordpress.com
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #8 on: January 23, 2011, 10:11:02 AM »
ya Allah...
tabahkan hati ye ashlia...
sebaknya saya baca ni..
kita pregnant sama kan?
hmm, tak terkata...
apa2 pun, ini masanya untuk ashlia tumpukan sepenuh perhatian pada Aleesya.
dengan cara tu mungkin dapat tenangkan hati ashlia....
mari jenguk cerita membebel saya... http://syayassir.wordpress.com/

Offline irmarizal

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +2/-0
  • I Love My Family Very Much..
    • Proudly Being Mama & Ayah
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #9 on: January 23, 2011, 10:11:44 AM »
takziah ashlia...
semoga ashlia tabah ya...

ada hikmah di sebalik yg berlaku.
semuanye ketentuan Allah...
mungkin selepas ni ada kejadian yg lebih manis buat ashlia sekeluarga...

sabar ya..

Offline ibualya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1743
  • Suka? +6/-0
  • ceria selalu....^_^
    • love,kids n lovely family
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #10 on: January 23, 2011, 10:24:37 AM »
k.Ash.....
sabar ye k.ash...dugaan untuk k.ash...
takziah utk k.ash sekeluarga..
mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ni...

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #11 on: January 23, 2011, 10:37:30 AM »
thnaks tuk kawan2 semua.
insyaallah,berbekal semangat yang ada,insyaallah saya cuba lalui dengan yabah.

bayi tanpa nyawa ni masih dalam perut saya. Selasa ni warded,induce keluarkan baby secara normal.moga Allah mudahkan urusan.

Doc advice keluarkan selasa ni tuk bagi baby kecut dan turun sendiri sbb smalam masih dalam keadaan songsang dan PP type 1. Kalu induce,kemungkinan sebabkan bleeding dan emergency operate.not worth tuk saya sbb baby da tiada.doc suh cuba normal selasa ni.

~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline hafinda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1407
  • Suka? +2/-0
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #12 on: January 23, 2011, 10:38:59 AM »
salam takziah...
bykkan bersabar..sedih je bc..
Allah memberi dugaan utk insan yg Dia syg..

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #13 on: January 23, 2011, 11:14:02 AM »
Ash, takziah...

akak tak berada di tempat Ash kerana tidak melaluinya. tetapi seorang blogger pernah menulis lebih kurang ~ tiada kata yang dapat express perasaan seorang ibu bila anakandanya meninggal dunia, tak kira pada usia berapa dan bagaimana dia meninggal dunia. walau pun pada anak yang belum kita tatapi wajahnya kerana kita telah jatuh sayang padanya. that's who where are ~ mothers!

He must have a bigger plan for you, sis...
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline shazie80

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1342
  • Suka? +4/-0
  • man+zie=qayyum
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #14 on: January 23, 2011, 11:14:58 AM »
salam takziah ashlia menitis air mata zie baca kisah ashlia byk2 bersabo ya segala yg berlalu ada hikmah disebaliknya



Offline mamaorang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1593
  • Suka? +9/-0
Re: Kelab Ibu Hamil - Due/EDD April, Mei, June & Julai
« Reply #15 on: January 23, 2011, 11:25:27 AM »
Ashra..semoga tabah ye dear..bby nur iman dah menanti di pintu syurga..berbahagia lah kamu wahai temanku...

Insyallah..pasti de hikmah disebalik semua ni..be strong dear..



Offline nur syazwi

  • Topaz
  • *
  • Posts: 3
  • Suka? +0/-0
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #16 on: January 23, 2011, 11:29:45 AM »
 :-[
takziah...

saya juga nak kongsi pengalaman saya sendiri. saya melahirkan anak kedua pada umurnya 27 minggu. baby saya hanya dapat survive 2 hari jer, pastu tak dpt selamatkan lagi,..memang mula2 sedih sgt..tp bila fk hikmahnya..saya tabahkan hati..., suami byk beri semangat. Nasib baik anak sulung byk mengubat hati..bila sedih..

Offline mamaorang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1593
  • Suka? +9/-0
Re: Kelab Ibu Hamil - Due/EDD April, Mei, June & Julai
« Reply #17 on: January 23, 2011, 11:34:55 AM »
Syazwi...
Takziah tuk awak jugak..

If u dont mind..sya nak tanye sket..nape bby lahir awal..de pape tanda ke...bukan pe..sya skang tgh preggy 26  w..b4 ni de history premature..2 sya tnye..



Offline Ifah

  • Topaz
  • *
  • Posts: 86
  • Suka? +0/-0
    • Kami dan Dunia
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #18 on: January 23, 2011, 11:37:02 AM »
Salam Ash,

Takziah Ash kerana kehilangan baby yang belum dapat dilihat pun wajahnya. Tapi tahniah kerana sudah ada seorang "little angel" yang menunggu Ash di pintu syurga. Saya tak pernah alami tapi faham kesedihan yang Ash lalui. Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana Ash lalui kehidupan beberapa hari ni kerana menunggu hari untuk melahirkan baby yang sudah tak bernyawa.. yang pastinya tiada tangisan bakal kedengaran.. tiada senyuman yang bakal terukir... tapi tabahkan hati ye Ash..

Macam kata kawan2 lain... tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku ni. Allah tidak akan menguji kalau kita tidak mampu laluinya. Bermakna Ash seorang yang tabah. Sekurang2nya masih ada seorang lagi permata hati.. dapat lah juga mengubat kesedihan yang ada.. setidak2nya dapat mengalih tumpuan.

Semoga Ash terus tabah..
Allah... always be there
http://kamidandunia.blogspot.com

Offline mamaEd

  • Nilam
  • *
  • Posts: 463
  • Suka? +1/-0
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #19 on: January 23, 2011, 12:08:10 PM »
salam ashlia..takziah untuk awak dan suami.terkejut memang terkejut.tabahkan hati ye.memang saya pun tak terkata.banayk2 beristighfar ok.



Offline cheesecake

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1745
  • Suka? +7/-0
  • ^.^
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #20 on: January 23, 2011, 12:28:33 PM »
ash..be strong..insyaAllah ada hikmah disebalik semua ni..

saya tak pernah mengalaminya..tapi saya nak share story my exbos dgn makcik saya..both lost their baby masa kandungan 8bulan+..

exbos saya kehilangan baby masa dah 8months+ tahun lepas..
dia sendiri tak perasan bila baby last bergerak..
bila pergi check..doc cakap baby dia dah meninggal..
doc kata besar kemungkinan sebab ibu stress (kak aron ade explain pasal stress ibu yg bleh effect baby dalam kandungan)
my ex bos ni mmg sgt workaholic dan lasak..
so dia kene buat normal labour dan berpantang mcm biasa..

2nd kes makcik saya..
dah lama dah kes ni..lebih kurang mcm kes ash..
tapi makcik saya dah masuk 34weeks..
baby meninggal tiba2..dia tak dapat rasa movement baby..
doc tak dapat explain punca baby meninggal..
cuma doc ada kata mybe sebab jangkitan..
kami suma dapat tgk baby..masa nak kebumi..
mmg bersih..comel..dan sempurna..
makcik saya agak tak dapat terima kenyataan lepas tu..
jadi seorang yg pendiam..menangis sorang2..
agak lama jugak la dia macamtu..sampai kene bawa berubat..
tapi dia dah ok..lepas 3years dia preggy lagi..
errrr..sorry la terpanjang pulak bercerita..

btw,ash..lepas ni kene berpantang ok..
semoga ash sihat dan terus tabah..
 

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #21 on: January 23, 2011, 12:58:13 PM »
terima kasih semua..sangat menghargai doa2 yang diberikan.

takziah juga tuk nur syazwi kerana penglaman kita serupa.benarla kata k.su...

tiada kata yang dapat express perasaan seorang ibu bila anakandanya meninggal dunia, tak kira pada usia berapa dan bagaimana dia meninggal dunia. walau pun pada anak yang belum kita tatapi wajahnya kerana kita telah jatuh sayang padanya. that's who where are ~ mothers!

Thanks kawan2 yang share pengalaman kenalan2 yang ada.
Kalu kita alami kesedihan,kesusahan,pasti ada yang lagi sedih kisahnya.
Alhamdulillah..Aleesya masih penghibur hati kami.

Saya ikhlasnya,sangat kagum dengan semua ibu2 kat sini.kita semua adalah satu...hati ibu...
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline cumi

  • Nilam
  • *
  • Posts: 350
  • Suka? +1/-0
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #22 on: January 23, 2011, 01:11:25 PM »
ashlia...

takziah untuk ashlia dan suami....cumi tak mampu berkata2 bila baca cerita ashlia...hanya doa semoga ashlia tabah menghadapi dugaan ini...



Offline IdayaH_ChaN

  • Delima
  • *
  • Posts: 1000
  • Suka? +1/-0
  • I Love My Family
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #23 on: January 23, 2011, 01:49:00 PM »
saya baru terbaca dalam majalah Pa&ma  bulan Februari membincangkan topik kehilangan cahaya mata..

Nanti saya kongsikan apa yang dibincangkan.. Nak olah ayat dulu.. Harap dapat memberi info serba sedikit.



Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
Re: Bayi Meninggal Dalam kandungan
« Reply #24 on: January 23, 2011, 02:04:28 PM »
Innalillahiwainnalillahirojiu n, salam takziah buat Ash dan keluarga, moga Ash tabah menghadapi dugaan dan cubaan dari Ilahi, ada hikmah sebaliknya...jgn putus asa cuba lagi selepas ini ya...

 

Powered by EzPortal