+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10769
Latest: yat118
New This Month: 133
New This Week: 30
New Today: 0
Stats
Total Posts: 443970
Total Topics: 7405
Most Online Today: 206
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 16
Guests: 178
Total: 194

Poll

Kenapa Anda Masih Belum Di Sahkan Hamil

Gangguan Haid
Hormon Tidak Stabil
PCOS
CYST
FIBROID
Tiub Tersumbat
Rahim Tak Kuat
Azoospermia (0 sperma)
Lain - Lain Faktor

Author Topic: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??  (Read 17560 times)

Offline Ddkadak

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1477
  • Suka? +6/-0
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #25 on: February 24, 2011, 08:12:46 PM »
dh dekat ler tu dd...leh ler try mana tau ada rezeki dgn akak ni ke...

sy tolong mana yg mampu...nak ubatkan xpandai so tlg tunjukkan jalan je la yg mampu... ;D

memang dekat sangat la kalu Dd balik Puchong tu.. Dah la umah mama Dd dekat are Puchong Jaya.. Tengok la kalu balik cuti skolah ni.. Thanks Nafiesa..
l]


Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #26 on: February 24, 2011, 08:20:55 PM »
tajuk thread ni patut kene tukar... "mengapa saya belum hamil"...
perkataan 'tak boleh' tu, mampu melumpuhkan semangat.. huhuhu...

Dah tukar..
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #27 on: February 24, 2011, 08:25:17 PM »
heheheh...sowey ler baru terperasan tajuk ni cam kasar sikit...biasa la yg post kan thread ni lelaki jadi dia xberapa faham sikit kesensitipnya jiwa kita yg ada masalah ni...ni dah tukar tajuk...harap2 sume leh senyum ye..jangan risau tiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati...tapi kalau dh jenuh berubat masih xsembuh tu xleh nak cakap pe la hanya Yang Maha Esa yang lebih mengetahuinya...tapi insyaAllah ada jalannya selagi kita masih ingin berusaha...

Ya terima kasih.. maaf semua.
Mungkin Di Wanita Melayu & Carigold ia sesuai tetapi tidak disini.

Kehadiran saya di sini adalah atas undangan seorang sahabat dan ingin membantu kalian semua sama seperti di forum wanitamelayu dan carigold.

*kalau rasa nak berubat leh la jupe kak poni 0172485446 kat mentari court sunway piramid.cuba la...saya xdapat pepun promote nama akak ni kat cni...saya cuma tunjukkan jalan je..terpulang pada kalian ingin mencuba @ tidak...
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #28 on: February 24, 2011, 09:15:44 PM »
Tentang Sperma Lelaki -Talib Ali

Bagaimana Sperma Dihasilkan?

Sperma terhasil daripada pembahagian sel yang berulang dalam testis pada kadar 100 juta sel sehari. Penghasilan sperma adalah satu proses panjang dan ia mengambil masa tiga bulan untuk matang.

Sperma matang ini akan berpindah ke dalam epididimis iaitu tiub bergelung, sepanjang tujuh meter dan menyambungkan antara testis dan vas deferens. Sperma matang akan bergerak sepanjang tiub dan disimpan di bahagian bawah (antara dua hingga 10 hari) sehinggalah diperlukan ketika ejakulasi.

Secara purata, lelaki normal mengeluarkan kira-kira tiga mililiter setiap dua hari ketika ejakulasi. Ketika ejakulasi, sperma akan dikeluarkan dulu bersama cecair prostatik, disusuli cecair semi vesikal (yang akan beku dan menjadikan air mani pekat seperti gel).

Kategori Ketidaksuburan

Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:

* Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.

Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.

* Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.

Air mani tidak dapat dikeluarkan, sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.

Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.

Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.

Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.

Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.

Senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.

Tekanan, terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.

Obesiti — kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.

Pengambilan dadah, alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.

Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.

Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.

Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.

Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.

Segera Mendapatkan Rawatan

Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.

Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.

Terdapat banyak kaedah moden & tradisional boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama. InsyaAllah cara sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).

Semoga Info Ini Bermanfaat
Dan Ikhtihar Itu Ada Rahmat
thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #29 on: February 24, 2011, 09:16:52 PM »
Ramai Juga yang gagal hamil kerana tidak ada kesabaran dalam berikhtihar.

Ramai yang nak result yang cepat sanggup bertukar-tukar kaedah dalam masa yang singkat..tak sempat kaedah tersebut sesuai dengan badan dan internal.

Actually dalam kajian yang kami buat , untuk sesuatu produk itu sesuai dengan kita perlulah kita continue mengunakannya selama 3 bulan.
Jangan sebulan pakai produk A..Bulan Kedua Tukar Produk B.
So belum stabil lagi dah tukar.

Dan Juga jangan terlalu bergantung pada satu produk sahaja...sampai 2-3 tahun pakai produk sama..kalau takde kesan selepas 3-4 bulan.stop and try other produk or kaedah.

Yang penting jangan bertangguh.keep try and error...
Jangan putus asa ....sekadar panduan untuk semua.

thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com


Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #30 on: February 24, 2011, 09:18:07 PM »
Mengenai PCOS

PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome mungkin disebabkan oleh:

Hormon FSH dan LH tidak di dalam keadaan yang seimbang
Badan kebal kepada insulin
Faktor keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS

Kebanyakkan penghidap PCOS mengalami simptom yang berbeza seperti:
Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #31 on: February 24, 2011, 09:18:54 PM »
Apa itu Infertiliti?

Ialah satu keadaan dimana pasangan tidak berjaya hamil walaupun sudah mencuba selama setahun. 10% dari Populasi Malaysia mengalami masalah ini.
Adakah Infertiliti Masalah Wanita?

Tidak. 40% kes didapati berpunca dari masalah lelaki. Kebanyakkannya dari masalah Oligospermia keadaan dimana sperma yang sedikit dikeluarkan atau kes Azoosperma dimana sperma yang tidak ada langsung.
Apa yang menyebabkan infertili pada lelaki?

Gaya hidup boleh memberikan kesan penurunan kadar sperma pada lelaki. Alkohol, dadah dan sesetengah ubat boleh menyebabkan pengurangan sementara terdedah kepada racun persekitaran termasuk ubat pembunuh serangga dan plumbum dikaitkan dengan kes kekurangan sperma yang kronik. Masalah kecacatan pada organ genital sejak lahir dan juga jangkitan kuman dari penyakit Beguk serta Jangkitan Virus pada alat Kelamin kerap dikaitkan dengan Azoosperma. Masalah ejakulasi terbalik juga menjurus kepada kekurangan bilangan sperma dan sering dikaitkan dengan masalah perubatan seperti Kencing Manis, pembedahan pada kelenjar prostat dan urethra, tekanan darah dan mati pucuk.
Apa penyebab infertili wanita?

Kebanyakan dari penyebab sukar hamil pada wanita pula lebih kepada masalah Ovulasi. Tanpa Ovulasi, telur tidak wujud untuk persenyawaan seterusnya kehamilan tidak akan berlaku. Diantara tanda tanda masalah ovulasi termasuklah haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung. Faktor gaya hidup seperti tekanan perasan, diet dan bersukan secara keterlaluan boleh menyebabkan hormon yang tidak seimbang menyebakan wanita menjadi tidak subur. Masalah lain yang boleh menyekat Ovulasi termasuklah berlebihan hormon prolaktin dan tiroid. Masalah Salur Fallopian tersumbat pula menghalang persenyawaan dari berlaku. Ia selalunya berkait dengan masalah Endometriosis, jangkitan kuman pada Pelvis atau sejarah perubatan terdahulu seperti kehamilan luar rahim atau sebarang pembedahan pada pelvis.
Bagaimana diagnosa boleh dibuat?

Ujian Analisa Sperma dengan senang dapat membuat diagnosa masalah kekurangan sperma. Sekiranya Azoospermia dikesan, ujian seterusnya mungkin melibatkan Biopsi testis- untuk mengetahui punca ketidaknormal pada sel sel testis. Bagi wanita pula, sekiranya disyaki tidak berovulasi ( bertelur) terdapat cara senang untuk mengetahuinya iaitu dengan membuat ujian LH yang boleh dibeli difarmasi berdekatan. Ujian darah progesterone hari ke 21 juga boleh menentukan samada anda bertelur atau tidak. Anda juga boleh mencuba memeriksa sendiri kehadiran lendir kesuburan pada pertengahan bulan. Sekiranya ia licin dan jernih anda subur. Ujian Hysterosalpingogram atau HSG boleh menentukan samada salur fallopian tersumbat atau tidak. Laparoscopy pula disarankan sekiranya anda disyakki mengalami masalah pada pelvis seperti endomeriosis dan sebagainya.



Ikhtihar Itu Ada Rahmat
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #32 on: February 24, 2011, 09:20:04 PM »
ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu-tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Apakah tanda-tanda atau gangguan?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.

Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih. Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor. Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo. Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulangkali.

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Pengesahan penyakit endometriosis.

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Ikhtihar Itu Ada Rahmat.
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #33 on: February 24, 2011, 09:32:47 PM »
en talib ali....
bagaimana pula dgn penebalan dinding endometrium???..saya alami nye...mula2 dinding endometrium saya setebal 1.5mm....setelah bergantung pada dupaston....period saya jadi regular...period hadir semula...tp dinding endo hanya berkurangan ke tahap 1.4mm....selepas 3 bulan kemudian,..tebal dinding endo saya 1.3mm...saya bingung...apa yg en talib blh terangkan kpd saya???

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #34 on: February 24, 2011, 09:54:20 PM »
en talib ali....
bagaimana pula dgn penebalan dinding endometrium???..saya alami nye...mula2 dinding endometrium saya setebal 1.5mm....setelah bergantung pada dupaston....period saya jadi regular...period hadir semula...tp dinding endo hanya berkurangan ke tahap 1.4mm....selepas 3 bulan kemudian,..tebal dinding endo saya 1.3mm...saya bingung...apa yg en talib blh terangkan kpd saya???

Penebalan pada lapisan dinding dalam rahim atau luar terjadi disebabkan oleh tahap hormon estrogen. Jika terjadi penebalan berlebih itu menunjukkan adanya peningkatan berlebih dari kadar hormon estrogen itu sendiri.

Satu lagi teori ialah berkaitan sistem imun yang rendah menyebabkan tisu-tisu yang patut keluar melalui period menyerang kembali tubuh badan sendiri. Apa yang terjadi apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat - tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium juga menjadi tebal akibat rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid, dan apabila haid berlaku lapisan endometrium juga akan mengeluarkan darah.
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline nafiesa

  • Delima
  • *
  • Posts: 931
  • Suka? +3/-0
  • saya sayang abang..muaaahhhh
    • http://diana-creative.blogspot.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #35 on: February 25, 2011, 09:33:28 AM »


minta maaf ye en talib...bukan marah dgn kehadiran en talib ke sini...mmg dialu-alukan jika mempunyai maklumat yg bernas.kami sedia menerimanya...itukan salah satu usaha juga kan.cuma tajuk yang dinyatakan tu spt kasar sedikit...mgkn forum lain ahli2 mereka jenis xkisah dgn ayat sebegitu (saya selalu juga sertai forum mcm carigold tu)tapi ada sesetengah ahli disini xdapat terima tajuk sebegitu.harap en talib memahaminya ye...silakan dgn info2 yg en talib ada...mgkn disitu kami akan lebih memahami masalah yg kami lalui skrg ini...
anda sukakan crochet...jom tempah dengan saya sekarang...berbaloi-baloi.jom ke blog saya

http://diana-creative.blogspot.com

Offline nukilanida

  • Delima
  • *
  • Posts: 1164
  • Suka? +5/-0
    • My Sport Blog
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #36 on: February 25, 2011, 09:35:47 AM »
minta maaf ye en talib...bukan marah dgn kehadiran en talib ke sini...mmg dialu-alukan jika mempunyai maklumat yg bernas.kami sedia menerimanya...itukan salah satu usaha juga kan.cuma tajuk yang dinyatakan tu spt kasar sedikit...mgkn forum lain ahli2 mereka jenis xkisah dgn ayat sebegitu (saya selalu juga sertai forum mcm carigold tu)tapi ada sesetengah ahli disini xdapat terima tajuk sebegitu.harap en talib memahaminya ye...silakan dgn info2 yg en talib ada...mgkn disitu kami akan lebih memahami masalah yg kami lalui skrg ini...
agree on the matter written by nafiesa..

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #37 on: February 25, 2011, 05:58:58 PM »
agree on the matter written by nafiesa..
minta maaf ye en talib...bukan marah dgn kehadiran en talib ke sini...mmg dialu-alukan jika mempunyai maklumat yg bernas.kami sedia menerimanya...itukan salah satu usaha juga kan.cuma tajuk yang dinyatakan tu spt kasar sedikit...mgkn forum lain ahli2 mereka jenis xkisah dgn ayat sebegitu (saya selalu juga sertai forum mcm carigold tu)tapi ada sesetengah ahli disini xdapat terima tajuk sebegitu.harap en talib memahaminya ye...silakan dgn info2 yg en talib ada...mgkn disitu kami akan lebih memahami masalah yg kami lalui skrg ini...

Wasalam.. no probelm.. saya berlapang hati dengan semua komen dan maklum balas.InsyaAllah saya cuba membantu anda semua dengan ikhtihar yang semakin menjadi pilihan orang ramai ini. Niat kami hanyalah satu..meramaikan Umat Muhammad S.A.W
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Online ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5524
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #38 on: February 25, 2011, 06:00:17 PM »
Tuan, saya sudah pindahkan testimoni ke bahagian Iklan.

Terima kasih atas sokongan dan perkongsian ilmu. Teruskan ya.

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #39 on: February 25, 2011, 07:07:38 PM »
Tuan, saya sudah pindahkan testimoni ke bahagian Iklan.

Terima kasih atas sokongan dan perkongsian ilmu. Teruskan ya.


InsyaAllah..selagi termampu..saya akan cuba berkongsi pengalaman serta kaedah untuk membolehkan lebih ramai wanita Malaysia mencapai impian mereka.

Ikhtihar Itu Ada Rahmat

Talib Ali

http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline saya_sue

  • Delima
  • *
  • Posts: 533
  • Suka? +1/-0
    • Visit my blog
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #40 on: February 26, 2011, 01:56:46 PM »
Ramai Juga yang gagal hamil kerana tidak ada kesabaran dalam berikhtihar.

Ramai yang nak result yang cepat sanggup bertukar-tukar kaedah dalam masa yang singkat..tak sempat kaedah tersebut sesuai dengan badan dan internal.

Actually dalam kajian yang kami buat , untuk sesuatu produk itu sesuai dengan kita perlulah kita continue mengunakannya selama 3 bulan.
Jangan sebulan pakai produk A..Bulan Kedua Tukar Produk B.
So belum stabil lagi dah tukar.

Dan Juga jangan terlalu bergantung pada satu produk sahaja...sampai 2-3 tahun pakai produk sama..kalau takde kesan selepas 3-4 bulan.stop and try other produk or kaedah.

Yang penting jangan bertangguh.keep try and error...
Jangan putus asa ....sekadar panduan untuk semua.

thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com



owh ini saya kot. huhu. insyaAllah lepas ni tak tukar lagi.. :) doakan Allah kurniakan rezeki anak pada saya dan suami.. amin/

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #41 on: February 27, 2011, 09:21:58 AM »
Kesukaran Kehamilan Sekunder? Kenapa?

Ia 98% Berpunca dari ketidakstabilan hormon dalam badan..Tunggu kupasan selanjutnya di ruangan ini.

Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:
1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah


Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluran hormon progesteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan. Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progesetron berjaya dirangsang dengan baik ia mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori (selepas telur ovum menetas dari ovari ) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

Semoga Bermanfaat
Thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #42 on: February 27, 2011, 09:24:10 AM »
Ketidaknormalan pada saluran peranakkan (Fallopian Tubes)
Salur fallopian adalah satu struktur pada rahim yang bertindak membawa telur dari ovari ke rahim. Ia mempunyai bentuk seperti jari pada hujung menolong membawa telur dari ovari Ia juga mempunyai struktur seperti bulu halus pada salurannya yang menolong membawa telur atau embro kearah rahim.
Telur yang tidak normal
Walaupun ovari mempunyai beribu- ribu telur, tidak semua dari telur ini sesuai untuk disenyawakan. Telur perlu berada dalam bentuk yang normal, sihat untuk berjaya disenyawakan. Sekiranya anda mempunyai kualiti telur yang tidak baik, sukar untuk anda hamil.
Sindrom ‘Unruptured Luteinized Follicles’
Semasa saat ovulasi, telur anda mungkin terperangkap didalam folikel yang melindunginya dan menghalang dari disenyawakan. Kadang-kadan folikel akan terus jadi cospus luteum sebelum sempat ia pecah menyebabkan telur tidak dapat dikeluarkan dan ovulasi tidak berlaku.
Fasa Luteal tidak normal
Selalunya apabila ovulasi berlaku, fasa luteal bermula. Dalam fasa ini, corpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan memberikan stimulasi kepada rahim, sebagai persiapan untuk kehamilan. Kadang-kadang terdapat masalah dengan hormon ini yang mungkin naik terlalu cepat atau terlalu perlahan atau mungkin ia tidak dikeluarkan dengan secukupnya. Oleh sebab itu, rahim tidak bersedia sepenuhnya untuk hamil.
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #43 on: February 27, 2011, 09:24:53 AM »
Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:
1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah


Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluran hormon progesteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan. Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progesetron berjaya dirangsang dengan baik ia mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori (selepas telur ovum menetas dari ovari ) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

Semoga Bermanfaat
Thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com __________________
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #44 on: February 27, 2011, 09:44:41 AM »
Kenali Hormon Anda....

Wanita - Mepunyai 4 Hormon

Hormon Estogren
Hormon FSH
Hormon LH
Hormon Progesteron

Lelaki - Mempunyai 4 Hormon

Hormon GnRH
Hormon LH
Hormon FSH
Hormon Testosteron


Jika salah satu hormon ini tidak seimbang maka pelbagai masalah kesuburan akan berlaku.

Thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #45 on: February 27, 2011, 09:45:57 AM »
Azoospermia ialah satu keadaan jarang di mana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi persenyawaan. Kira-kira 10 hingga 15 peratus lelaki di dunia dan satu peratus lelaki di Malaysia mengalaminya.

Ia merupakan salah satu daripada masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah lain yang lebih lazim seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

Keadaan ini amat sukar diterima terutama bagi lelaki yang baru berumahtangga tetapi ramai mungkin tidak mengetahui punca masalah itu dan sama ada ia boleh dirawat atau tidak.
Azoospermia berlaku disebabkan oleh dua faktor, faktor pertama ialah kemalangan dan jangkitan kuman manakala faktor kedua pula disebabkan keturunan.

"Faktor pertama biasa berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya.

Jangkitan virus jika lambat dirawat akan menyebabkan ia merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya.

Faktor kedua adalah apabila Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana biasanya ia disebabkan gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu.

Jika faktor kedua dikenalpasti sebagai puncanya, maka lelaki yang mengalami Azoospermia ini tidak mempunyai sebarang harapan atau peluang untuk mendapat anak dan hanya kuasa tuhan yang boleh membantunya.

InsyaAllah Kami Di Hormonelife sentiasa dapat menbantu masalah ini.Hanya 3 bulan untuk stabilkan hormon seterusnya membantu pengeluaran sperma.
thanks
Talib Ali
http://www.hormonlife.com
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #46 on: February 27, 2011, 09:04:30 PM »
tq coz bg miza info..

Offline nafiesa

  • Delima
  • *
  • Posts: 931
  • Suka? +3/-0
  • saya sayang abang..muaaahhhh
    • http://diana-creative.blogspot.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #47 on: March 01, 2011, 11:12:39 AM »
en talib, saya dah ada krim lumiglow tu tapi terbiar je sbb xtau nak guna camner.ada gak sapu skit2 tapi time ingat ler time lupa mmg lupa terus la...

so nk tanya la mmg kena guna bersama benih cendawan gak ke...skrg sy mula sapu balik ler kat bhgn perut tu...tapi kan leh tak en talib bgtau cara2 yg betul utk sapu ubat ni
anda sukakan crochet...jom tempah dengan saya sekarang...berbaloi-baloi.jom ke blog saya

http://diana-creative.blogspot.com

Offline Talib Ali

  • Peniaga
  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +3/-0
    • http://www.hormonlife.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #48 on: March 02, 2011, 06:05:11 PM »
semoga thread ini bermanfaat kepada semua
Kehamilan Hanya 3 Bulan Di Hormonelife
http://www.hormonlife.com

Offline nafiesa

  • Delima
  • *
  • Posts: 931
  • Suka? +3/-0
  • saya sayang abang..muaaahhhh
    • http://diana-creative.blogspot.com
Re: Kenapa Anda Masih belum disahkan hamil??
« Reply #49 on: March 03, 2011, 09:48:51 AM »
errrmmmm...en talib...bagaimana dgn cara2 pengunaannya...sy mmg dh ada krim ni...tapi xtau nk guna camne...kalau ada cara2 yg betul leh ajarkan?
anda sukakan crochet...jom tempah dengan saya sekarang...berbaloi-baloi.jom ke blog saya

http://diana-creative.blogspot.com

 

Powered by EzPortal