+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10856
Latest: fieyszahmohd
New This Month: 79
New This Week: 12
New Today: 7
Stats
Total Posts: 444983
Total Topics: 7428
Most Online Today: 181
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 3
Guests: 104
Total: 107

Author Topic: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)  (Read 81879 times)

Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« on: March 25, 2011, 12:09:25 AM »
Pengenalan

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
Kekurangan air dalam badan
Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
Pesakit kencing manis (diabetes)
Mengandung
Pengambilan sesetengah ubatan
Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
Batu karang dalam saluran kencing
Kerosakan buah pinggang

Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.




Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
Air kencing nampak kotor,
Kadang-kadang air kencing berdarah,
Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

 
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?

Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).




Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

Sumber dari~sakitanda.com


weeniq

  • Guest
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #1 on: March 25, 2011, 07:45:31 AM »
saya buat air barli suam bila kene kencing kotor ni...
berkesan la jugak.. sebab kerap kencing lepas tu.. kasi cuci..

Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #2 on: March 25, 2011, 09:52:18 AM »
Hikari, mmg barli ni sumber alami yg paling sesuai utk kencing kotor...klu nk senang blend kan sekali terus minum...kadang ada yg minum air malas nk makan barli tu kan....

Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #3 on: March 25, 2011, 09:53:48 AM »
Kencing kotor ketika hamil

kencing kotor juga boleh berlaku walaupun bukan dalam keadaan mengandung. Bagaimana kencing kotor terjadi . Biar saya terangkan sedikit maklumla kalau doktor kata anda sedang mengalaminya tak la anda terpinga-pinga.

Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.

Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapu tanda-tanda seperti :

* Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
* Kerap membuang air kecil
* Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
* Rasa sakit setiap kali buang air kecil
* Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.

Jadi adakah ia mmeberi kesan pada bayi? Jika kuman telah membiak dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadilebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Bayi anda mungkin mengalami masalah berat bdan yang kurang atau bayi ringan dan juga bayi yang pramatang ketika di lahirkan.

Jadi jika perkara yang sama berlaku kepada anda, rujuklah cepat dengan doktor sebelum ia bertambah serius.

sumber dari hospital bersalin di fb

Offline irmarizal

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +2/-0
  • I Love My Family Very Much..
    • Proudly Being Mama & Ayah
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #4 on: March 25, 2011, 10:02:33 AM »
masa ngandung umar dulu memang akhir pregnancy irma kena..
tp x sakit..
selepas bersalin irma pernah kena mak aii sakitnye..

umar pun pernah kena masa umur dia 2 bln..
sian sgt warded 5 hari gak..
irma dah merasa sakit kena apatah lg baby sian sgt..


Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #5 on: March 25, 2011, 10:04:30 AM »
kesian kan klu kena kt anak-2, anak akak yg no2 kak ngah, pernah kena gak masa umur 3 thn, siksa tgk dia...

Offline cheesecake

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1745
  • Suka? +7/-0
  • ^.^
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #6 on: March 25, 2011, 10:12:27 AM »
kerap kena kes ni sebab kidney belah kanan saya agak lemah fungsinya..
masa preggy alya..siap nak kene kidney stant
saya admit ward hampir 2month..huh!
tapi sebab doc tak berani amik risiko komplikasi terbesalin premature
tangguh dulu stenting..tapi saya tak buat..takut

tapi yang saya nak cerita lain..
pregnant anak ke-2..alhamdulillah,saya amat lah kurang terkena urine or kidney infection..
kalau ade pon..sengal2 sikit dan ari2 perit sikit..
bila dah cover dengan air yang banyak..dia akan ok..
saya sgt2 jaga minuman dan makanan saya..
saya hanya minum air RO (ni bukan iklan ek) sesuai utk orang yg ada masalah kidney..
kebersihan kat tuttt pon kene jaga sangat2..
sebab once saya UTI..confirm kidney pon join sakit.. :D

jadinya kawan2..sebelum lebih parah..
maka..kalian jagalah pemakanan dan minuman..
banyak2 minum air  masak ye..

p/s : air bali sangat membantu masa setiap kali saya nak checkup urine dulu..
rebus..dan minum airnya (dengan bali tu sekali makan) dan jangan tambah gula at all..

Offline fisa

  • Delima
  • *
  • Posts: 770
  • Suka? +5/-0
    • My life...begins with my Journey
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #7 on: March 25, 2011, 12:40:50 PM »
pernah kena time mengandung kan irfan..
uiksss sungguhh tak best...
so mari la kita ikut saranan dak sha kena minum air yang banyak dan minum air bali

jadinya kawan2..sebelum lebih parah..
maka..kalian jagalah pemakanan dan minuman..
banyak2 minum air  masak ye..

p/s : air bali sangat membantu masa setiap kali saya nak checkup urine dulu..
rebus..dan minum airnya (dengan bali tu sekali makan) dan jangan tambah gula at all..


Offline cheesecake

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1745
  • Suka? +7/-0
  • ^.^
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #8 on: March 25, 2011, 12:46:50 PM »
so mari la kita ikut saranan dak sha kena minum air yang banyak dan minum air bali

kann..LIKE  sgt :)
« Last Edit: March 25, 2011, 12:51:22 PM by sha(mumyalya) »

Offline fisa

  • Delima
  • *
  • Posts: 770
  • Suka? +5/-0
    • My life...begins with my Journey
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #9 on: March 25, 2011, 12:49:44 PM »
kann..LIKE  sgt :)

wah!!berbangga saya kerana LIKE anda membantu point SUKA saya itu...:p

Offline Umi Annisa (Sumayya)

  • Delima
  • *
  • Posts: 772
  • Suka? +2/-0
  • usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #10 on: June 21, 2011, 04:40:08 PM »
ada sesiapa penah mencuba produk ni x?
KAPSUL BIJI APRIKOT AFDHAL
   


Chinta Hati

  • Guest
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #11 on: July 13, 2011, 12:34:53 PM »
tq for the info.

bila baca takut jugak kene kencing kotor. tapi masa buang air kecil tak rasa sakit pun di pundi atau ari2.

ada tangkap juga sakit dipinggang takut pula kalau dah jangkit di kidney

lepas ni saya nak cari barli. nak cuba minum

Offline Anie

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 125
  • Suka? +1/-0
  • LoveHIM so Much..MyHubby..
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #12 on: July 13, 2011, 01:15:26 PM »
betul,
saya pun minum bali bila kena kencing kotor

Offline Umi Annisa (Sumayya)

  • Delima
  • *
  • Posts: 772
  • Suka? +2/-0
  • usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #13 on: July 13, 2011, 02:00:27 PM »
kena rebus barli balik keje nanti sblom jupe doktor, hope xde pape..

Offline kirana

  • Nilam
  • *
  • Posts: 383
  • Suka? +0/-0
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #14 on: July 14, 2011, 04:46:43 PM »
jaga2 ye coz kencing kotor nie dikaitkan dgn pyakit cyst..mcm sy..setaun lepas kerap kena kencing kotor 2 mggu sblm haid n smggu pas haid..bile kena mmg sakit smpi xleh mkn,xleh jalan sume..masa tu kerap g klinik amek antibiotik..pernah minum balik tapi reda tuk bulan tu jer..bulan depan jadi balik..cek dr biasa just kate kencing kotor la,syak batu karanglah,gangguan hormon sebelum peod la..dr kate xleh watpe..mmg semulajadi..(geram jer dengar..)

hinggalah kirana sggugut yg teruk bulan tu + kencing sakit semggu wlu dah mkn ubat sume..g gynea n gynea detect cyst sebesar 6cm di ovari kiri..

Offline mawar79

  • Delima
  • *
  • Posts: 594
  • Suka? +1/-0
    • Kutub Utara Kutub Selatan
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #15 on: July 17, 2011, 03:26:40 PM »
mawar pnah kena kencing kotor masa awal2 kawen..dlm bulan pertama n kedua cam tu..

selalu la jugak...dalam 2bln kawen tu..kena lebih kurang 3/4 kali..tp alhamdulillah x teruk sgt..cuma asik rasa nak terkencing je..padahal sket je air..

makan antibiotik..pastu the 2nd time dah tau..kalau rasa nak jadi je..minum air masak bergelas2...kompom ilang..ehehe...


now..dah 6 bln kawen..dah x jadi cam tu...doc kata maybe kita baru nak serasi ngan hubby.

Offline Umi Annisa (Sumayya)

  • Delima
  • *
  • Posts: 772
  • Suka? +2/-0
  • usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #16 on: July 17, 2011, 03:28:57 PM »
sy masa before preggy kena sekali, pahtu time preggy pun kena sekali.

lega skit pas minum susu kolestrum...

Offline yana~alisya

  • Nilam
  • *
  • Posts: 345
  • Suka? +3/-0
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #17 on: July 23, 2011, 11:20:56 PM »
saya baru2 ni ada rasa sakit mencucuk kat bawah perut.Check kat klinik doktor kata kencing kotor.First time kena so panic sikit coz takut ada effect kat organ2 badan yg lain.doktor bagi garam yg bancuh ngan air tu tuk lawas kencing dan suruh minum air barli.now after 2 days masih rasa sakit lagi tapi tak kuat sangat dah.

Saya nak minta pendapat, after 1 week kalau sakit dah hilang perlu jumpa doktor lagi tak utk pastikan kencing dah okey.
:: my life, my love, my princess & my little angel ::
http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/

sue_nyi

  • Guest
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #18 on: July 24, 2011, 01:03:03 AM »
sue kerap jd...on off la..takut jgk...dh dekat sebulan...asal nkgi klinik dia elok...takut jgk eh?so xpergi2 la jwbnyer...sekarang kerap kencing lak...xtau nape..aritu sampai terasa saluran kencing tuh menekan mcm nk kencing....bila kencing sikit je kuar..so minum air secawan keluar mcm minum 1 jug..xfaham la....lately nih kencing kerap lak..pundi kencing bermasalah ke?

Offline f_aif

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1350
  • Suka? +5/-0
  • ~~union of love~~
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #19 on: July 27, 2011, 01:01:25 PM »
faif pnh kene 1kali..mase tu sakit ari2..gtau akak kt tpt keje..die kate ni mst kncing kotor..minggu tu mmg faif tahan kencing sbb mase tu nk ulang alik g tndas jauh..n kurang minum air..huhuhu..then g klinik doc kasi antibiotik..lpastu mmg 24 jam duk pgang btol air..minum aje keje..knyang n air plak jd :p..lpas tu ad sdare ckp suh amalkn mkn buah sengkuang..so far ok..xpenah kene dah lpas tu..bye2 kencing kotor ;)


Offline Umi Annisa (Sumayya)

  • Delima
  • *
  • Posts: 772
  • Suka? +2/-0
  • usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #20 on: July 27, 2011, 01:37:12 PM »
faif pnh kene 1kali..mase tu sakit ari2..gtau akak kt tpt keje..die kate ni mst kncing kotor..minggu tu mmg faif tahan kencing sbb mase tu nk ulang alik g tndas jauh..n kurang minum air..huhuhu..then g klinik doc kasi antibiotik..lpastu mmg 24 jam duk pgang btol air..minum aje keje..knyang n air plak jd :p..lpas tu ad sdare ckp suh amalkn mkn buah sengkuang..so far ok..xpenah kene dah lpas tu..bye2 kencing kotor ;)

sengkuang sedap....nyum2..

Offline aufa_arissa

  • Delima
  • *
  • Posts: 877
  • Suka? +3/-0
  • Assalamualaikum
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #21 on: July 28, 2011, 07:26:14 AM »
salam aufa baru pun kencing kotor..semalam g klinik cek doc kta kncing kotor..so dia bgi ubat cuci kencing..lepas ni kene minum air banyak2 lah kan..

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #22 on: July 28, 2011, 09:06:58 AM »
smlm g checkup kat private doc sahkan ain kena jangkitan kuman. huhu... doc suh makan antibiotik sblm ia jd makin teruk. tp antibiotik ni x bahaya ke pada baby?

Offline aufa_arissa

  • Delima
  • *
  • Posts: 877
  • Suka? +3/-0
  • Assalamualaikum
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #23 on: July 28, 2011, 11:58:46 AM »
yeke..ain xtyn doc tu ker??

Offline yana~alisya

  • Nilam
  • *
  • Posts: 345
  • Suka? +3/-0
Re: KENCING KOTOR – (kencing kurang lawas atau kencing sakit)
« Reply #24 on: July 28, 2011, 01:49:28 PM »
minggu lepas saya dah gi klinik dan doc kata saya ada kencing kotor.dia bg antibiotik dan garam utk bancuh ngan air tu.pastu suruh minum barli.after seminggu, saya masih lagi sakit2 kat bahagian bawah sebelah kiri perut.cuma tak sekuat minggu lepas.tak tau nape sbb antibiotik saya dh habiskan dan hari2 minum barli.so..petang ni nak gi check semula.risau la pulak sbb pantang tak habis lagi ni.
:: my life, my love, my princess & my little angel ::
http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/

 

Powered by EzPortal