+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10795
Latest: hulkice
New This Month: 16
New This Week: 18
New Today: 12
Stats
Total Posts: 444106
Total Topics: 7404
Most Online Today: 177
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 4
Guests: 43
Total: 47

Author Topic: Kenapa kek kite tak jadi ya??  (Read 7741 times)

Offline irmarizal

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +2/-0
  • I Love My Family Very Much..
    • Proudly Being Mama & Ayah
Kenapa kek kite tak jadi ya??
« on: November 01, 2010, 10:27:54 AM »
Salam sume...

irma ni nak berkongsi..
smlm buat kek tp kek irma x  menjadi la..
kali ke 3 buat kek, ada je yg x kena nya..
irma ni xde bakar buat kek kot??
bhgn atas dan bawah kek masak baik, tp di bhgn tgh2 napa x brp masak ya..
harap pakar masak seperti kak sue n kak umisofie atau yg di luar sana dpt membantu..

bahan2 yg sy letak 150gm mentega, 150gm sugar castor,250gm tepung, 4 sudu kecil serbuk penaik, esen vanilla, esen perasa oren, 4 sudu besar susu sejat,3 biji telur, campur kismis sikit..bakar pd suhu 160 darjah selama 30min..ada apa yg x kena ke pd resepi saya ni???
« Last Edit: November 01, 2010, 10:30:48 AM by ummi »


Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #1 on: November 01, 2010, 10:55:24 AM »
dari satu blog (http://dayangjack.blogspot.com/2010/02/kenapa-kek-yang-dibakar-tak-menjadi.html):

Membakar kek adalah suatu kerja yang amat mudah. Namun, bayangkan apa akan terjadi sekiranya kek dikeluarkan dari ketuhar. Adakah anda akan berpuas hati dengan hasilnya? Gembira? Sedih? Kecewa?....

Ramai juga yang mengeluh kerana menghadapi masalah kek tak menjadi seperti yang diinginkan. Dengan kata lain, kek ranap. Adakah disebabkan kecuaian diri sendiri atau meletakkan kesalahan pada resepi semata-mata?

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna  dan sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)

Kek Tidak Naik Sekata
* Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
* Bancuhan tepung tidak sebati
* Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
* Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
* Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan

Kek Menjadi Bantat
* Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
* Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
* Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
* Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
* Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
* Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
* Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kek Mendap pada Bahagian Tengah
* Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
* Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
* Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
* Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
* Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
* Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
* Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
* Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
* Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

Kek Terlalu Lembab dan Leper
* Terlampau banyak cecair.
* Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
* Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
* Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

Kek Terlalu Berat
* Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
* Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
* Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
* Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
* Gula yang digunakan melebihi sukatan
* Terlalu banyak cecair
* Suhu ketuhar terlalu rendah

Kek Merekah
* Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
* Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
* Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
* Kekurangan cecair.
* Acuan / loyang terlalu kecil.
* Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.

Kek Buah Mendap
* Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
* Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.

Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
* Terlebih serbuk penaik
* Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
* Adunan tidak dipukul sebati

Kek Menjadi Keras
* Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
* Terlalu banyak tepung gandum.
* Tidak cukup cecair
* Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
* Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
* Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
* Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
* Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.

Kek Menjadi Kering
* Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.

Kek Menjadi seperti Roti
* Sukatan serbuk penaik tidak tepat
* Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
* Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
* Tepung tidak sesuai
* Adunan tidak dipukul dgn sebati

Kek Menjadi seperti Bingka
* Bancuhan tidak dipukul sebati
* Terlampau banyak cecair
* Tepung terlalu sedikit
* Suhu ketuhar tidak cukup panas


Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #2 on: November 01, 2010, 10:55:45 AM »
jangan give up ye, Irma
memasak perlukan kesabaran
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #3 on: November 01, 2010, 11:05:19 AM »
sue, bagus tips ni...
irma, bagus soaalan ni.. sebab akak pun selalu buat kek tak jadi :D sampai lama pencen buat kek  ;D

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #4 on: November 01, 2010, 11:07:05 AM »
kek

Kek Tidak Naik Sekata
* Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
* Bancuhan tepung tidak sebati
* Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
* Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
* Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan


biasa kena ni.. sebab oven tu pintu dah terkuak.. yg belakang tu naik tinggi/ gelap, yang depan dekat pintu lak lebih rendah dan cerah...
« Last Edit: November 01, 2010, 12:07:34 PM by ummi »


Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #5 on: November 01, 2010, 11:08:04 AM »
saya punya oven pun nak kena ganti, kak Ummi
asyik buat hal je...

semalam anak dara saya tu tanya satu bekas atas meja makan semalam
"ibu, tu aiskrim ke?"
"bukan, tu kek"
"kek? tak mau la"
memang saya kena rehat dari buat kek ni
kalau tak... alamat memanjang tak abih
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline irmarizal

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +2/-0
  • I Love My Family Very Much..
    • Proudly Being Mama & Ayah
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #6 on: November 01, 2010, 12:02:26 PM »
kak sue n kak as..
tq ya..
br irma tahu...
oo byk info kan..

mesti irma salah satu punca ada atas..
x pun kesemuanya..
hahahaha..

k.sue, irma x kan give up..
sbb husband selalu kata try again..
dia mkn ckp ok je sedap..
ntah betul ke tidak kak sue...

tq again..

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #7 on: November 01, 2010, 12:08:08 PM »
kak sue n kak as..
tq ya..
br irma tahu...
oo byk info kan..

mesti irma salah satu punca ada atas..
x pun kesemuanya..
hahahaha..

k.sue, irma x kan give up..
sbb husband selalu kata try again..
dia mkn ckp ok je sedap..
ntah betul ke tidak kak sue...

tq again..

nanti kita cuba buat lagi ye
kita tunggu resipi kek sue aleen heheee

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #8 on: November 01, 2010, 12:09:26 PM »
anak dah tak lalu makan kek
mak kena pencen sat dari buat kek ni
hahaha
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline irmarizal

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +2/-0
  • I Love My Family Very Much..
    • Proudly Being Mama & Ayah
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #9 on: November 01, 2010, 12:35:18 PM »
nanti kita cuba buat lagi ye
kita tunggu resipi kek sue aleen heheee

kak as..
ya betul tu..tunggu resepi kek dr kak sue..

tu la bukan senang nak buat kek ni..
tgk n baca resepi n cara2 mcm senang je..
sbb irma la dah try brp kali ada je x kena pd kek..
padan la kedai kek x byk...
hanya pakar je yg pandai..
tu sbb ada course bakery pastry kan..

xpe la..try lagi la..

Offline ayuibrahim

  • Nilam
  • *
  • Posts: 446
  • Suka? +1/-0
  • senyum-senyum selalu
    • buzzshoppe
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #10 on: November 02, 2010, 01:08:52 AM »
sue, bagus tips ni...
irma, bagus soaalan ni.. sebab akak pun selalu buat kek tak jadi :D sampai lama pencen buat kek  ;D

samalah kita ummi...mls da nk buat kek asik x jd jer.....ngeh..ngeh..ngeh...
branded kidswear,barangan kemas iman jewel,dan segalanya hanya di
http://buzzshoppe4u.blogspot.com
email : ayu.ibrahim@rocketmail.com
tel : 012 7442196
fb : http://www.facebook.com/buzzkidzshop

Offline senja

  • Nilam
  • *
  • Posts: 411
  • Suka? +0/-0
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #11 on: November 02, 2010, 10:50:27 AM »
irma..
daku pn tk la pandai sgt buat kek..kdg menjd..kdg tk menjadi.
kalau teringin sgt ko nk buat apa kata ko try pulak buat versi kukus..
bg aku kukus lg sng dr membakar..xder masalah nk hangus bagai..
try lah yea..jgn putus asa..

Offline ArOn

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2338
  • Suka? +16/-0
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #12 on: November 02, 2010, 07:14:27 PM »
anak dah tak lalu makan kek
mak kena pencen sat dari buat kek ni
hahaha

sama Sue, anak-2 akak pun dah muak hehehe....mmg kena pencen dah...

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #13 on: November 02, 2010, 08:50:01 PM »
anak dah tak lalu makan kek
mak kena pencen sat dari buat kek ni
hahaha

kak sue,
buat kek, hanto kat fiza yer ;)
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline irmarizal

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +2/-0
  • I Love My Family Very Much..
    • Proudly Being Mama & Ayah
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #14 on: November 03, 2010, 08:05:38 AM »
irma..
daku pn tk la pandai sgt buat kek..kdg menjd..kdg tk menjadi.
kalau teringin sgt ko nk buat apa kata ko try pulak buat versi kukus..
bg aku kukus lg sng dr membakar..xder masalah nk hangus bagai..
try lah yea..jgn putus asa..


betul juga ya..
try kukus lak kan..
tq senja..

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #15 on: November 03, 2010, 09:46:48 AM »
saya dah lama tak mengadun dan membakar kek biskut..
ntah jadi ke tidak tak tau la.. en somi pun tak berapa suka kuih muih.
memanjang beli aje la. 

 

Offline haniharith

  • Delima
  • *
  • Posts: 675
  • Suka? +4/-0
  • mencorak kehidupan yg lebih baik
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #16 on: November 04, 2010, 12:02:38 AM »
ska sgt buat kek..kek coklat n cheese kek..tp ms kt uk dan umah mil...boleh katakan seminggu 3 kali buat..hihi sebb adik2 ipar ska mkn...hubby lak klau cheese kek laju la..tp kat umh sendr ade mixer..oven lak xde..pengukus pun xbeli2 lg..rindu nk adun mengadun...

pernah buat roti bun..pagi lg..kul 8 dah siap dah..pns2 cepat hbs..tinggl sebijik je untuk hubby..haha
ni kes oven umh mil boleh buat doh skali..tu yg rajin skit tuh..huhu

Offline ibualya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1743
  • Suka? +6/-0
  • ceria selalu....^_^
    • love,kids n lovely family
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #17 on: November 04, 2010, 12:11:40 AM »
baru tadu buat kek resipi dari kak sualeen..alhamdulillah menjadi n rasanya sedap sangat...walaupun marblenya tu tak secantik yang kak su buat.. :-\

Offline haniharith

  • Delima
  • *
  • Posts: 675
  • Suka? +4/-0
  • mencorak kehidupan yg lebih baik
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #18 on: November 04, 2010, 12:29:56 AM »
baru tadu buat kek resipi dari kak sualeen..alhamdulillah menjadi n rasanya sedap sangat...walaupun marblenya tu tak secantik yang kak su buat.. :-\

ibualya,tempek ler pict tu sini..xleh mkn..tgk pun jadiler..hihi

Offline ibualya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1743
  • Suka? +6/-0
  • ceria selalu....^_^
    • love,kids n lovely family
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #19 on: November 04, 2010, 01:10:45 AM »
ibualya,tempek ler pict tu sini..xleh mkn..tgk pun jadiler..hihi

ala,tak pandaila nak masukkan gambar..tapi tadi ada la tepek kat fb..

Offline villiant (Siti Munirah)

  • Delima
  • *
  • Posts: 537
  • Suka? +2/-0
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #20 on: November 10, 2010, 08:19:57 AM »
thanks kak sue dan lain-lain banyak bet0l info yang diperolehi..

Offline jamilahibumia

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 127
  • Suka? +1/-0
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #21 on: November 18, 2010, 02:30:20 AM »
tq2..bagus info ni,
saya kerap kena kek merekah (dr info tu mmg betul saya gunakan loyang yg lebih kecil so adunan melebihi separuh loyang..
lagi satu masalah kek naik menggunung part tgh2, part tepi2 keliling tu lebih rendah je..yg ni kena amati info tu smula ..hehe

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #22 on: December 07, 2010, 08:13:17 AM »
adakah kalau kita terlebih bakar kek (hangus bawah dia),  kek akan jadi kering?
sebab semalam cuba satu resipi kek coklat ni.. terhangus bawah dia, dan kesing/ kering... Adakah sebab memang adunan nya begitu? Atau sebab saya terlebih bakar? Dah biarkan semalaman lepas bakar ada la sikit lembabnya...

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kenapa kek kite tak jadi ya??
« Reply #23 on: December 14, 2010, 09:02:46 AM »
kak Ummi, kek kalau lebih bakar memang kering
proses pemanasan tu memang akan mengeringkan kek
untuk elak kering ni ada 2 cara yang saya selalu buat
1- bakar cara steam bake. lama sikit tapi masak sekata. tak pernah kesing.
2- letak susu dalam kek tu...
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

 

Powered by EzPortal