Forum > Makan-makan
Makanan timur tengah
Rozy:
alamak kapitan..sedapnya makanan di situ..tetapi bukankah kapitan adalah restoren india muslim dan bukannya restoran dari timur tengah?
Harga di Tarbush..boleh tahan juga.. sekeluarga kami makan hampir seratus ringgit.
Betul tu Ummi Naufal, ia terletak di kawasan pasar malam di Pantai Batu Feringghi.
Awin:
sedapnya makanan arab.. tgk gambar terus terliur ! paling suka nasi mandy kambing ~ nyum nyum
sSarah:
wadi hadramawt ade bukak cawangan kat taman melati, sebelah MRR2 tu, nama taj hadramawt.
kurang umpphh la!
mandi al rayyan, baru try. dekat dgn cosy place wangsa maju. yg ni memang terbaik la setakat ni, lepas al rawshah jalan damai. al rawshah kg pandan pun dah tak rasa cukup best. :(
hannani:
selalu makan kat saba'
hadramawt pernah sekali..dan bagi nani lagi sedap dari saba'
shasuria:
Kalau saya tulis ni, kawan2 janganlah fikir apa2 ya..
Sedih sebenarnya, kebanyakannya restoran makanan Timur Tengah di Malaysia ni, nama sahaja Timur Tengah, tapi rasa sebenarnya hilang @ lari terus.. Dah banyak restoran kami cuba, tp markah semua boleh bagi 1 per 10 je, percaya tak? Nama2 restoran biarlah dirahsiakan..
Saya harap pengusaha2 restoran berkenaan, bila berniaga atas nama restoran Arab, buatlah yang sebaiknya, ikut mcm betul2 menu Arab sebab bahan2 dan rempah ratus semua mmg dah available di Msia ini. Janganlah disebabkan org Malaysia kita kurang expert bab makanan Arab, kita pun buat cincai, kemudian cas mahal2. Kesian dekat orang. Kalau rasa lari sikit tu takpelah, kita consider sbb mungkin bukan org Arab yg masak, org kita sendiri masak. Tapi ini, mcm nasi hujan panas aje, meals wajib yg kena ada dengan makanan itu sendiri pun tiada, yang ada cuma nama.
Saya harap satu hari nanti kita akan dapat makan makanan Arab di restoran yang betul2 buat makanan Arab, inshaALLAH.. Mungkin ada, tapi belum jumpa lagi.. :)
Navigation
[0] Message Index
[#] Next page
[*] Previous page
Go to full version