+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11309
Latest: Eynaviva
New This Month: 89
New This Week: 2
New Today: 2
Stats
Total Posts: 452520
Total Topics: 7610
Most Online Today: 184
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 7
Guests: 91
Total: 98

Author Topic: Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara pasangan suami isteri  (Read 7503 times)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Menurut pendapat ramai parai  Perawat Perubatan Islam,antara sihir yang paling popular adalah sihir pemisah dan sihir jenis ini banyak berlaku dikalangan masyarakat melayu Islam di Malaysia.Sihir pemisah adalah salah satu agenda yang amat disukai oleh Iblis demi memporak perandakan rumahtangga suami isteri yang berpegang teguh pada ajaran Islam.
Zaman sains dan teknologi bukanya alasan yang kukuh bagi menidakkan apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.Ramai yang sengaja menolak kemungkinan perkara ini berlaku di zaman yang serba moden atau sahaja telah terlalu lama  didendangkan dengan penemuan sains barat walhal sains barat tidak pernah dapat langsung membuktikan bagaimana excorsism berlaku.

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:

“Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka.”

Antara beberapa simptom yang boleh diklasifikasikan sebagai terkena sihir pemisah adalah:-
   
1.Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.
2.Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
3.Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba
4.Tiada perasaan timbang rasa.
5.Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri. Contoh : suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.
6.Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah.

Insya’Allah sekiranya kita ikhlas dan redha dengan ketentuan serta berhasrat ingin mempertahankan kebahagian rumahtangga dan menyayangi anak-anak pasti Allah SWT akan membuka seluas-luasnya jalan penyelesaian .





Offline nik_ceema

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1257
  • Suka? +4/-0
    • SiMa liFe jOuRney
ini terjadi kat sepupu suami. sampai bercerai berai. dah pon kawen dgn org yg menyihirkan tu. kesian tgk bekas partner sepupu suami tu. bermatian2 bertahan. ini la manusia bila nafsu melebihi segalanya.

Offline .emy.

  • Peniaga
  • Nilam
  • *
  • Posts: 402
  • Suka? +3/-0
  • Jannah - May we all meet there one day
Kwn sy pun ada jd cam nie. Dah berkahwin, tp si suami xmo tinggal serumah alasan arah tuju dr rumah ke tempat keje bertentangan. Suami duduk dgn kakak nya. Isteri terpaksa menyewa dgn org lain. Bila dah cerai, baru tau sebenarnya ada yg xpuas ati tgk dorang berdua sampaikan sanggup sihirkan dorang.
Singgah FB PAGE : Go Baby Kids Online Shop
https://www.facebook.com/GoBabyKidsOnlineShop

**Utk rakan RH**SMS/Whatsapp/Wechat : 0193633042

krsty

  • Guest
hmmm...sihir suami isteri ni kadangkala susah nak tengok dan detact...

Offline mamasara (maz09)

  • Delima
  • *
  • Posts: 667
  • Suka? +3/-0
  • salam mesra selalu dari kak maz....buat member rh
orang yang busuk hati,dengki dan meruntuhkan rumahtangga orang lain,
tak akan selamat hidupnya....
balasan dari Allah sentiasa menanti.


   selamat datang ke blog mamasara....
   http://mazz72.blogspot.com


Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Kwn sy pun ada jd cam nie. Dah berkahwin, tp si suami xmo tinggal serumah alasan arah tuju dr rumah ke tempat keje bertentangan. Suami duduk dgn kakak nya. Isteri terpaksa menyewa dgn org lain. Bila dah cerai, baru tau sebenarnya ada yg xpuas ati tgk dorang berdua sampaikan sanggup sihirkan dorang.

ini terjadi kat sepupu suami. sampai bercerai berai. dah pon kawen dgn org yg menyihirkan tu. kesian tgk bekas partner sepupu suami tu. bermatian2 bertahan. ini la manusia bila nafsu melebihi segalanya.

sedihnya..apa la penyihir tu dapat eh..bahagia ke bila da dapat kawin dgn orang yang die gila gilakan..
orang2 gni,org2 yang tak le terima hakikat kehidupan,tu yang duk nyihir org bagi diri sendiri puas hati..
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   


lydianajihah

  • Guest
aaaaaa.... 1 dan 6 itu...

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
adik ipar saya ckp mak saya sakit akibat buatan org..
tapi sikapnya (mak) terhadap saya mcm musuh.. 
kalau benar lah, akhirat kelak saya nak tuntut keadilan!!

 

Offline mamasara (maz09)

  • Delima
  • *
  • Posts: 667
  • Suka? +3/-0
  • salam mesra selalu dari kak maz....buat member rh
adik ipar saya ckp mak saya sakit akibat buatan org..
tapi sikapnya (mak) terhadap saya mcm musuh.. 
kalau benar lah, akhirat kelak saya nak tuntut keadilan!!

mamaS..
ada org bagi pembenci ke tu...benci nak tengok muka menantu...alahai.
tak pe,bawak bersabar banyak-banyak...
Allah akan balas setiap perbuatan org tu nnt.


   selamat datang ke blog mamasara....
   http://mazz72.blogspot.com

Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +23/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Ada juga berlaku kat junior saya dulu... Ayah dan mak dia memang bergaduh, benci satu sama lain, tak boleh duduk sebumbung.. Diorang berpisah (duduk asing-asing).. elok pula kalau berjumpa., boleh keluar lunch, keluar picnic, kelaur shopping. tapi bila cuba duduk serumah semula, memang tak boleh, rasa benci  yang melampau.. lastly bercerai... Orang kata ada kelaurga terdekat yang buat..
Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/

Offline DeLLa

  • Delima
  • *
  • Posts: 1022
  • Suka? +8/-0
kesiannya bila ada yg terkena..minta dijauhkan la...nauzubillah

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
mamaS..
ada org bagi pembenci ke tu...benci nak tengok muka menantu...alahai.
tak pe,bawak bersabar banyak-banyak...
Allah akan balas setiap perbuatan org tu nnt.

saya ni mcm gelas yg dah pecah, cantum cantum jadi gelas semula..
mudah rapuh.. pecah lagi.. dan cantum semula..
hanya Allah swt dan pedoman Nabi Muhammad saw menampung saya.. 

 

krsty

  • Guest
topik ni mengingatkan saya pada cite Mantera Anjasmoro..
sihir menyihir jek kejenye...
elok2 wife pertama tu baik,last2 wife pertama tu belajar menyihir wife ke dua...

Offline Mummy

  • Nilam
  • *
  • Posts: 487
  • Suka? +7/-0
Saya pernah ke Darussyifa'. Menurut Ustaz di sana, kadang-kadang tak semestinya sihir tu dihantar oleh orang lain. Ada juga jenis pendamping, which means benda tu suka nak duduk kat kita dan berdamping dengan kita. Selalunya manusia tak sedar dia ni ada pendamping.

Pendamping ni la yang akan buatkan suami isteri kerap bergaduh, benci membenci antara satu sama lain, dan ditutupkan kebaikan isteri/suami masing-masing. Last-last bercerai. Dia berbeza dengan saka whereby saka ni diwarisi.

Sebab itu sebagai orang Islam, kena kerap mendekatkan diri dengan Allah dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa. Kalau yang asas itu pun tak kuat, maka pendamping tu mudah mempengaruhi kehidupan suami isteri.

Pada saya, suami kena kuat dalam hal ini. Asas kena kukuh, didik isteri dan anak, maka Insya-Allah godaan dan hasutan daripada jin dan syaitan akan dapat dikurangkan, malah dielak terus.

Apapun, banyak lagi ilmu Allah yang kita belum tahu. Wallahua'lam.

Offline ieyta

  • Topaz
  • *
  • Posts: 92
  • Suka? +1/-0
ye mummy,mugkin pendamping pun slh satu sbb.

suami sy dulu exwife dia ade pendamping rasenye.diorg bercerai atas sbb isteri dia panas baran dan panas je bile duduk serumah.klau bergaduh mmg bini dia ade kekuatan mcm lelaki.diaorg 5 tahun kawin cuma setahun je tinggal bersama.selebihnye suami kena ulang2-alik sebulan sekali je sbb selatan nak ke utara jauh.
mula2 suami pertahankan jugak,tp sesiapun sedih klau duk berpisah ngan anak2 mcm org bujang wpun dah kawin.Bile dia kenal sy, tak taula mcmnne sy terbuka hati untuk kawin dgn dia.mungkin jodoh agaknye.mula2 takut jugak tp suami sy betul2 buktikan yg dia bertanggungjawab dan penceraian dulu bukan disebabkan dia yg mintak.alhamdulillah suami sy sgt penyayang dan kami pun sgt2 gembira dgn kehidupan skrg.kdg2 sy rase bersalah jugak..sy ni category perosak rumahtangga org ke tak?tp semua yg berlaku mmg ade hikmahnya.

krsty

  • Guest
Saya pernah ke Darussyifa'. Menurut Ustaz di sana, kadang-kadang tak semestinya sihir tu dihantar oleh orang lain. Ada juga jenis pendamping, which means benda tu suka nak duduk kat kita dan berdamping dengan kita. Selalunya manusia tak sedar dia ni ada pendamping.

Pendamping ni la yang akan buatkan suami isteri kerap bergaduh, benci membenci antara satu sama lain, dan ditutupkan kebaikan isteri/suami masing-masing. Last-last bercerai. Dia berbeza dengan saka whereby saka ni diwarisi.

Sebab itu sebagai orang Islam, kena kerap mendekatkan diri dengan Allah dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa. Kalau yang asas itu pun tak kuat, maka pendamping tu mudah mempengaruhi kehidupan suami isteri.

Pada saya, suami kena kuat dalam hal ini. Asas kena kukuh, didik isteri dan anak, maka Insya-Allah godaan dan hasutan daripada jin dan syaitan akan dapat dikurangkan, malah dielak terus.

Apapun, banyak lagi ilmu Allah yang kita belum tahu. Wallahua'lam.

namun lelaki zaman kini, berapa kerat yang mahu benar2 dekat pada Allah swt dan belajar bab agama?
hanya sebutir dalam berjuta!

Offline intan_zul

  • Topaz
  • *
  • Posts: 29
  • Suka? +0/-0
Keadaan r/tangga saya mmg mengalami perkara ini sekarang...saya harap saya tabah melalui dugaan Allah nie...Saya jadi pelik dengan sikap suami yg selama ini sangat b't/jawab tapi skrg dah abaikan saya dan anak...Rumahtangga kami sentiasa panas & asyik bergaduh dengan perkara2 yg kecil...R/tangga kami jugak memang hampir retak menanti belah...

Yg lebih sedih,saya sedang mengandung anak kedua dan perkara ini terjadi pula kpd r/tangga kami..Kakak ipar yg tolong cari orang untuk tengok2kan suami saya dan memang ternyata dia terkena buatan orang....Perempuan tu keje di kantin sekolah tempat suami bertugas..suami saya pulak bertugas di sekolah pedalaman...so,tukang masak tu cari tok batin orang asli untuk bomohkan suami saya & letak dalam makanan suami ketika suami makan di kantin sekolah...

Saya & kakak ipar sedang berusaha sedaya upaya sekarang untuk memulihkan suami...Kakak ipar risaukan keadaan saya yang dah nak bersalin sekarang...takut masa dalam pantang nanti darah kotor dan lagi senang perempuan tu nak bomohkan saya & baby pulak..Nauzubillah....takutny a saya nak hadapi ujian ni...

Doakan saya kuat dan kalau ada doa2 pelindung dari sihir nie tolonglah share..saya takut saya tak kuat nak lindungi anak & baby dlm kandungan....

Offline mommythaqif

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1829
  • Suka? +4/-0
  • mrs.taufiq
sekadar nk brkongsi..alin tgok tanyalah ustaz mggu lpas,sal prgolakan rumahtgga ni..salah 1 punca adalah sbb msuk rumah xbg salam..akan ada 1 syaitan yg ikut untk memecah belahkan rumahtgga...
hi boy

Offline Umi Annisa (Sumayya)

  • Delima
  • *
  • Posts: 772
  • Suka? +2/-0
  • usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya
ada yang x percaya dgn sihir nie...tp kalo xkena atas batang hidung sendiri..xtau mcm mana sengsaranya perkara terkutuk ni kalo berlaku...

tp benda nie makin menjadi2...sihir ni mcm mainan biasa.

Offline mamaliter

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 174
  • Suka? +0/-0
  • sabar tu penting!
Keadaan r/tangga saya mmg mengalami perkara ini sekarang...saya harap saya tabah melalui dugaan Allah nie...Saya jadi pelik dengan sikap suami yg selama ini sangat b't/jawab tapi skrg dah abaikan saya dan anak...Rumahtangga kami sentiasa panas & asyik bergaduh dengan perkara2 yg kecil...R/tangga kami jugak memang hampir retak menanti belah...

Yg lebih sedih,saya sedang mengandung anak kedua dan perkara ini terjadi pula kpd r/tangga kami..Kakak ipar yg tolong cari orang untuk tengok2kan suami saya dan memang ternyata dia terkena buatan orang....Perempuan tu keje di kantin sekolah tempat suami bertugas..suami saya pulak bertugas di sekolah pedalaman...so,tukang masak tu cari tok batin orang asli untuk bomohkan suami saya & letak dalam makanan suami ketika suami makan di kantin sekolah...

Saya & kakak ipar sedang berusaha sedaya upaya sekarang untuk memulihkan suami...Kakak ipar risaukan keadaan saya yang dah nak bersalin sekarang...takut masa dalam pantang nanti darah kotor dan lagi senang perempuan tu nak bomohkan saya & baby pulak..Nauzubillah....takutny a saya nak hadapi ujian ni...

Doakan saya kuat dan kalau ada doa2 pelindung dari sihir nie tolonglah share..saya takut saya tak kuat nak lindungi anak & baby dlm kandungan....

salam intan_zul: moga awk tabah...dan jeliter pon penah hadapi pekara yg same baru2 ni...pompuan yg kaco suami jeliter tu seorang janda anak 1..die bg suami jeliter mkn benda2 kotor dan letak pendamping pada suami jeliter...jeliter rasekan suami byk berubah dan pelik sgt2 bila die mengaku die ade affair dgn perempuan tu tapi bukan die yg confess tapi pompuan tu..

jeliter perasan jugak yg die kdg2 buat endah xendah pd jeliter..mcm2 yg perempuan tu buat sampai die dtg jumpe jeliter..buat love bite pade leher husband jeliter..and mengaku penah terlanjur...namun, husband jeliter bersumpah yang die xpenah pergi jauh pon dgn perempuan tu...jeliter mmg terduduk selepas dengar perkara ni...xhenti2 air mata jeliter keluar..tapi jeliter xtau di mana datangnye semangat untuk pertahan kan rumahtangga jeliter habis-habisan...jeliter biarkan perempuan tu berckp sampai penat dan jeliter tarik husband jeliter dalam pelukan dan mintak husband beristghfar dan berselawat...jeliter bacekan ayat2 kursi dan mohon husband tenang...

perempuan tu pada mase tu, cuba dtg dan tarik tgn husband jeliter...namun husband tepis dan ckp yg die akan putus dgn perempuan tu...selang beberapa hari...jeliter rase lain sgt...sampai kan ade satu mlm, jeliter terbau perfume yg perempuan tu pakai...berlalu mcm angin...jeliter takut sgt dan terus peluk husband...alhamdulilah...husb and jeliter tersedar dan mengajak kami utk berubat bersama...

bila pergi berubat, barulah husband tahu selama ini, perempuan tu mmg ade niat yg xbaik pade die...bagi die mkn benda2 kotor dan letak pendamping supaya die tau ape yg husband jeliter buat...

jeliter dah maafkan perempuan tu, namun jauh di sudut hati memohon pada Allah tunjukkan die jalan yang benar dan lurus...supaya die tidak lagi berkawan dengan syaitan...

wallahualam...

Offline mamaliter

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 174
  • Suka? +0/-0
  • sabar tu penting!
hati jeliter sebenanye mase tu da tinggal kosong...sgt2 kosong dan mcm pecah berderai2...tapi bila memikirkan yang kami baru kawen setahun lebih dan kenal selama 11 tahun...jeliter kuatkan semangat utk pertahankan rumahtangga yang dibina...

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
jeliter,

moga tabah ye.
dugaan ni dtg pada yg mampu menghadapi.

kalu buatan org,pertahankan suami dan rumahtangga ke akhirnya.jgn putus asa.
mohon petunjuk dan sama2 dekatkan diri dgn allah..


lainlah kalu kes suami mmg cari lain dek karana hati sendiri yang berubah.tu mungkin kita leh pk banyak kali.

~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline mamaliter

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 174
  • Suka? +0/-0
  • sabar tu penting!
:ashlia:

dugaan ni nampaknye berat pade jeliter...walopon jeliter dah terima husband, namun perasaan sangsi tu masih ade...sekarang ni, jeliter mmg fokus pade die..xnak perasaan die beralih arah..cuma gangguan sihir tu masih berlaku..

kami masih dalam proses berubat utk hilangkan sihir tu..kdg2 jeliter takut nak duduk sorang..n takut jugak nk biarkan husband sorang2..

ya Allah..berkecamuknye perasaan jeliter

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5528
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Doakan saya kuat dan kalau ada doa2 pelindung dari sihir nie tolonglah share..saya takut saya tak kuat nak lindungi anak & baby dlm kandungan....

intan zul, baca al fatihah, 3 qul dan ayat kursi sebelum tidur.. hembuskan di tangan dan sapu ke seluruh badan mula dari muka, bawa ke kepala, badan sampai ke kaki

 

Powered by EzPortal