+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11222
Latest: Solehahkhirul
New This Month: 151
New This Week: 27
New Today: 2
Stats
Total Posts: 451179
Total Topics: 7589
Most Online Today: 164
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 7
Guests: 121
Total: 128

Author Topic: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil  (Read 31962 times)

Offline analis

  • Nilam
  • *
  • Posts: 403
  • Suka? +0/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #25 on: June 20, 2011, 10:57:16 PM »
Sahabat2,

Saya baru jumpa artikel ni.
Diambil dari : http://www.darunnur.webs.com/petua.html#pmedu
Mungkin boleh bantu kita2 yang ada angin ni. Saya rasa sangat bermanfaat.
Kebanyakan yang dinyatakan kat bawah memang ada pada saya. Boleh kata +95%.

Petua Mengawal Medu Angin
 

Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.

Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan pada kebiasaannya, besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Oleh yang demikian, menurut kajian kami, medu angin adalah raja segala penyakit. Bersegeralah mencegah penyakit ini daripada terus merebak dengan mengamalkan petua-petua berikut;

Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Caranya, ambil segenggam akar tersebut. Rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.

atau

Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya seperti cara di atas. Manakala, akarnya diasah dan disapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.

 
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin

 
Orang-orang yang mengidap penyakit medu angin dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan & minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu kepada pengidap sakit ini;

 
(1) Makanan / minuman yang sejuk. Cth;
     - Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
     - Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
     - Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

(2) Makanan / minuman masam(berasid). Cth;
     - Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
     - Daging kerbau.

(3) Makanan / minuman bergas. Cth;
     - Durian.
     - Tapai.
     - Air botol/tin bergas.

(4) Makanan / minuman mengandungi kafein. Cth;
     - Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
     - Rokok.

(5) Lain-lain makanan / minuman yang boleh mendatangkan angin. Cth;
     - Petai, jering dan kerdas.
     - Susu tin (cair,krimer atau pekat manis).

Cuba elakkan daripada mengambil makanan/minuman yang tersebut di atas kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang anda hidapi akan menjadi lebih parah. Kami juga menasihatkan agar pengidap sakit ini mengamalkan/menjaga tabiat harian mereka sebagaimana berikut;

(1) Sekiranya anda rajin, buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.

(2) Kalau dapat, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.

(3) Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut kita tidak kosong.

(4) Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.

(5) Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.

(6) Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguh. Lepaskanlah... . Kalau malu, tahan sekejap dan pergi ke tempat jauh dari orang dan lepas... .


Offline allanna

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 227
  • Suka? +1/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #26 on: June 20, 2011, 11:12:43 PM »
mmmm... nmpk gayanya mmg payah la angin medu ni 'hilang' dari badan @ mmg x akan hilang..??? kita cuma bole kurangkan .. 90% ciri2 di atas mmg ada pada saya la...

Offline ar_dini

  • Nilam
  • *
  • Posts: 286
  • Suka? +1/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #27 on: June 21, 2011, 12:52:27 AM »
alamak, makanan2 yang analis kongsikan tu sume feveret kecuali kopi, nescafe, rokok..huhu..patutla asik mengeras je perut walopun dah makan, ni bukan dah kira angin gastrik lagi ye...

dini memang sebelum tidur selalu rasa loya dan muntah angin..buang air besar pun memang susah dari dulu..susahnya nak buang angin jahat ni, tapi memang betullah lepas berurut agak kurang sikit kembung2...kalau tak memang setiap petang dan sebelum tidur dini muntah angin sampai senak dada sambil picit2 perut sendiri yang keras..siksa rasanya

Offline MzUniverse

  • Topaz
  • *
  • Posts: 38
  • Suka? +0/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #28 on: June 21, 2011, 05:27:11 AM »
salam kengkawan..apabila saya baca komen2 dan penerangan kwn2 saya..saya rasa mcm saya pun include la dgn penyakit ne..semasa urut tukang urut ckp perut saya ne urat2 kembang dan kembung plak tu..selain tips akar hempedu kat atas tu..ada tak cara lain seperti mkn bwg putih ke..atau apa ke..sal saya kat sini memang sukar tuk daptkn akar tuh sal saya kat luar negara..jadi kalau ada tips yang lain bleh gak..dan saya pun mcam dini gak selalu ada rasa loya n muntah angin..tak sedap rasanya mcm pedih kat leher..dan perut kdg2 keras gak..dua minggu yg lepas saya ada pegi hospital sal saya masatu demam dan doktor kata ngesahkan saya ada darah tinggi..jd samala apa yg saya baca dari info dr cik analis..hmmm...dan yang terbaru ne first tym saya mengalami istihadah yg begitu pjg sekali dan baru habis kemarin itupun selepas pegi urut kat tukang urut n dia berhentikan kita punya istihadah..kalau kwn2 ada cara lain tuk kurangkan angin bdn ne tolongla share2 ye..:D

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #29 on: June 21, 2011, 07:58:50 AM »
thanks analis untuk perkongsian ilmu itu.. mungkin yg dikatakan sukar mengandung tu disebabkan angin tu mengganggu sistem peranakan kot. ain pon sampai skrg masih x hilang2 jgk angin tu, cuma rasa skrg ni makin kerap pulak sakit kepala n meloya. xtahulah tu mungkin kesan perubatan untuk buang angin ke tak.


Offline shafiha

  • Nilam
  • *
  • Posts: 392
  • Suka? +1/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #30 on: June 21, 2011, 08:35:47 AM »
rasanya saya pun tergolong dalam kelompok yang ada angin medu ni.. patut la banyak sangat angin.. kadang2 rasa perut ngeras2.. feel macam dah lekat.. tapi fdah berbulan gitu juga perutnya tak buncit pun.. heheh..

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #31 on: June 21, 2011, 08:56:20 AM »
pokok hempedu bumi tu mcm mana bentuknya yerk?

Offline analis

  • Nilam
  • *
  • Posts: 403
  • Suka? +0/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #32 on: June 22, 2011, 09:27:46 AM »
Rasanya mungkin susah sikit nak cari pokok hempedu bumi @ gentang guri ni. Saya yang asal dari kampung pun belum pernah jumpa. Pernah dengar nama je. Tp mungkin mak @ ayah @ atuk kita ada yang tau. Cubalah tanye2.

Apa yang boleh kita buat setakat ni mungkin ikut nasihat yang diberikan tu. Cuba elakkan yang diperlu dielak dan cuba amalkan apa yang perlu diamalkan.

Lagi satu, cuba amalkan minum air halia. Orang kata halia bagus untuk buang angin. Cuma dengan saya kurang menjadi. Saya pernah guna produk halia nona tapi macam susah juga nak keluar angin. Mungkin perlu istiqomah kot. Saya ni sekali dua guna tak menjadi saya terus tak sambung. Rasanya nak cuba mula semula tp this time guna halia betul.

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #33 on: June 23, 2011, 12:55:40 AM »
Baru tadi tanya mak sedara macam mana pokok hempedu bumi, dia kata mmg susah nak jumpa..Rasa nya pahit sangat2..dia pun tak lalu nk makan...

Macam saya halia tak jalan sangat nak buang angin, so saya makan bawang putih, tambah pulak time pantang ni, goreng bawang putih yang diketuk, makan dengan nasi dan lauk2 lain..Memang rasa lega..Tadi orang yang biasa ngurut saya pun terkejut, sebab tak teruk sangat saya punya sedawa macam sebelum ni..

Lagi satu, mungkin antara yang membantu saya mengandung ni (dengan izin Allah), saya makan sirih + cekur +jerangau + pinang + halia bara dan ada bahan lain yang saya pun tak ingat..Macam mana nk adun kan bahan2 tadi saya tak tau, pasal saya dapt sirih tu dah siap bergulung, pastu saya di kehendaki makan 3 malam berturut2 sebelum tido (sebelum makan kena baca beberapa surah yang saya pun dah tak ingat)..Tapi yang pastinya lepas makan tu kentut sekentut kentutnya (memang puas pasal terasa badan ringan dan segar - sebelum tu badan rasa lemau pasal banyak angin)..Lepas tu tunggu period next month nya takde n disahkan mengandung...

Bila saya jumpa balik orang yg bagi sirih tu, saya cerita saya dah mengandung, dia cuma ckp syukur...Saya tnya apa fungsi sirih tu selain buang angin (saya jumpa dia minta penawar utk buang angin dan masalah badan sakit2)..pastu dia cakap selain buang angin, sirih tu berfungsi utk membetulkan urat saraf..

Cuma yang hairannya, ada seorang kenalan mak saya bawak anak dia pi kat orang tu berubat utk ikhtiar mengandung takde plk dia bagi sirih, dia just bagi air je, tu yang tak paham... ???

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #34 on: June 23, 2011, 07:55:46 AM »
mungkin dia bg untuk buang ngin kot min.. by d way, min mengurut kat mana tu?

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #35 on: June 23, 2011, 09:26:57 AM »
nak tanya lah kawan2 yg ada angin mcm ain ni. biasanya kalo tido malam korang akan rasa sakit perut x time tidur tu? ain dah byk kali rasa sakit perut mcm senggugut tu

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #36 on: June 23, 2011, 10:16:21 AM »
mungkin dia bg untuk buang ngin kot min.. by d way, min mengurut kat mana tu?

Min tak ngurut pun, pasal orang ni bukan bidan atau tukang urut, dia ni ala-ala ustaz punya style, tapi min panggil dia tok..Asalnya dulu sedara min berubat utk penyakit yang 'tak nampak'...Tup tup bila pergi sana, rupa2nya macam2 penyakit biasa pun blh, macam batu karang (mak min pernah try, Alhamdulillah lega), sakit buah pinggang..

So min saja je lah try minta air utk legakan sakit2 badan (min ni bila angin tgh banyak dalam badan, satu badan sakit2, lemau je rasa, tak bersemangat, letih, ngantuk serba tak kenalah..kadang2 urut pun tak brp jalan)..Dan Alhamdulillah, mau la jugak ringan sikit badan bila minum air yang dia bagi, dan bertambah-tambah ringan badan lepas makan sirih tu..

Cuma min tak faham, adakah sirih tu Tok tu bagi ikut kesesuaian pesakit atau pesakit yang kena request..sebab masa min berubat dgn dia, mula-mula dtg minta air dah kemudian baru dia offer sirih, itu pun kena ambik hari lain (sebab dia nak kena sediakan bahan kot)... Tapi yang min pelik bila baru-baru ni ada sedara min cuba berubat dengan dia utk dapatkan zuriat, tapi tok tu takde la plk bagi sirih..tak tahu lah sama ada dia rasa sedara min tu tak perlukan sirih ke atau bahan utk sirih tu tak ada (pernah masa mengandung min minta sirih tu, tok bagitau bahan tak cukup-jerangau dan halia bara dah payah nak dapat katanya)..Wallahualam...

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #37 on: June 23, 2011, 10:20:37 AM »
tok tu duduk mana min? mcm ain ni mmg angin medu kuat jgklah. so far mengurut mcm kurang sikitlah tp still lg rasa mcm teruk sbb ain boleh katakan setiap hari rasa mcm sakit kepla n loya.

Offline analis

  • Nilam
  • *
  • Posts: 403
  • Suka? +0/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #38 on: June 23, 2011, 04:18:34 PM »
Saya pun sama macam min & ain, memang rasa lemah badan, tak bermaya, mengantuk, kepala sakit, rasa nak muntah tapi tak muntah2. Urut pun still sama juga. Dah tak larat dah nak rasa semua ni. Tok ni kat mana ye min?

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #39 on: June 23, 2011, 05:33:29 PM »
Tok ni dok kat kawasan manjoi, ipoh...Tidak jauh darpada smk raja bainun...Namanya Haji Badi...

Offline analis

  • Nilam
  • *
  • Posts: 403
  • Suka? +0/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #40 on: June 23, 2011, 05:36:40 PM »
Tok ni dok kat kawasan manjoi, ipoh...Tidak jauh darpada smk raja bainun...Namanya Haji Badi...
Jauhnya. Rasa macam tak kesampaian je nak ke sana. :(

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #41 on: June 23, 2011, 07:48:36 PM »
Erm...macam sekarang ni min nak hilangkan angin dalam pantang (lagi banyak angin rupanya dalam pantang nih), min amalkan makan bawang putih (bawang putih diketuk, digoreng pastu makan ngan nasi n lauk2 lain)....kesannya, Alhamdulillah, agak membantu...

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #42 on: June 26, 2011, 08:15:44 AM »
min boleh msg no phone dia x? kalo boleh tempat sekali. kalo ada kesempatan nak try pg sana. ;)

Offline analis

  • Nilam
  • *
  • Posts: 403
  • Suka? +0/-0
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #43 on: June 27, 2011, 06:44:32 PM »
Erm...macam sekarang ni min nak hilangkan angin dalam pantang (lagi banyak angin rupanya dalam pantang nih), min amalkan makan bawang putih (bawang putih diketuk, digoreng pastu makan ngan nasi n lauk2 lain)....kesannya, Alhamdulillah, agak membantu...

Masa kecil2 dulu selalu ikut arwah emak makan bawang putih bakar. Masa tu guna dapur kayu. Bila dah tinggal bara masukkan bawang putih di celah bara-bara tu. Bila dah masak aromanya sedap. Rasanya pun not bad. Tapi tak pasti arwah emak makan untuk ape. Ingat nak try juga tapi dapur gas boleh ke ye? :)
« Last Edit: June 27, 2011, 06:46:20 PM by analis »

Offline lieza

  • Delima
  • *
  • Posts: 1101
  • Suka? +2/-0
  • nur alisha maisarah
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #44 on: June 29, 2011, 10:38:41 AM »
2 bln lps sy berurut...makcik tu byk angin lps brurut hujung bln lekat tp rahim xkuat...period pulak...
skrg ni sy xurut lg mungkn badan byk angin sbb tu xlekat...

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #45 on: June 29, 2011, 05:24:06 PM »
2 bln lps sy berurut...makcik tu byk angin lps brurut hujung bln lekat tp rahim xkuat...period pulak...
skrg ni sy xurut lg mungkn badan byk angin sbb tu xlekat...

Kena elakkan lah makanan yang berangin, kenal pasti makanan yang lieza tak tahan...Ermm...ada min dengar jus tok guru dan habbatus sauda blh bantu kuat kan rahim..Cuba lah...kita ikhtiar, Allah ayng tentukan...Kadang2 Dia nak uji sejauh mana usaha kita...

Offline lieza

  • Delima
  • *
  • Posts: 1101
  • Suka? +2/-0
  • nur alisha maisarah
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #46 on: June 30, 2011, 12:23:26 PM »
jus tok guru tu kt mna? mungkin blm de rezeki lg utk tambah ank...

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #47 on: July 01, 2011, 12:39:13 AM »
Cuba cari kat kedai2 jamu atau kedai yg barangan muslim seperti kismis,kurma.. Saya baru td beli kopi habbatus sawda kt kedai jamu,nk try jugak..

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #48 on: July 01, 2011, 12:40:16 AM »
Cuba cari kat kedai2 jamu atau kedai yg barangan muslim seperti kismis,kurma.. Saya baru td beli kopi habbatus sawda kt kedai jamu,nk try jugak..

Offline lieza

  • Delima
  • *
  • Posts: 1101
  • Suka? +2/-0
  • nur alisha maisarah
Re: angin medu/angin dalam perut salah satu punca susah hamil
« Reply #49 on: July 01, 2011, 09:14:05 AM »
nnti sy cr...tq

 

Powered by EzPortal