+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10874
Latest: maz jamal
New This Month: 96
New This Week: 0
New Today: 0
Stats
Total Posts: 445271
Total Topics: 7434
Most Online Today: 192
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 9
Guests: 135
Total: 144

Author Topic: Kuih Gertas  (Read 3491 times)

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Kuih Gertas
« on: June 12, 2011, 09:26:58 PM »
Saya tak tahu nama kuih ni apa. Tapi, kata MIL saya, orang Melayu panggil kuih gertas. Dalam bahasa Jawa, ia dipanggil kuih kemplang. Pelik,kan namanya? Ini kuih orang lama, saya suka rasanya yang liat2 lembut... Sedap. Nak2 pulak ada rasa lemak masin di dalam dan manis di luar.



Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi - dikisar bersama 1/2 cawan air sehingga halus
Sedikit Kelapa parut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat :
- Satukan semua bahan dalam mangkuk. Kalau air dari kisaran nasi tadi masih tidak cukup, boleh tambah sikit-sikit. Uli adunan sehingga boleh membentuk. Bentukkan ia ikut seperti kehendak kita.

- Perap doh yang telah dibentuk dalam 1/2 - 1 jam. Tujuan perapan adalah, supaya ketika kita menggoreng kuih ini ia tidak meletup2 di dalam kuali. Kalau terus digoreng, kita akan dapati kuih tersebut meletup kerana adanya tepung pulut.

- Goreng kuih dalam minyak yang panas.

- Selepas digoreng, boleh disira kuih seperti mana kita menyira kuih keria.

- Cara menyira kuih : Masukkan sedikit air dalam kuali, dalam 1/2 cawan, dan masukkan 3-4 sudu besar gula. Masak sehingga air gula kelihatan berbuih dan likat. Kemudian, masukkan kesemua kuih yang telah digoreng. Gaulkan ia dengan pantas. Terus tutup api, dan teruskan menggaul kuih sehingga gula tadi kering dan melekat pada kuih.





Selamat mencuba resepi kuih warisan lama :-)

Kopi pes macam biasa dari : http://blogsimpanresepi.blogspot.com/2011/06/kuih-gertas.html
« Last Edit: June 21, 2011, 04:37:50 PM by umisofie »
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/


Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kuih Gertas
« Reply #1 on: June 12, 2011, 10:10:44 PM »
juga dikenali sebagai kuih getas..
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kuih Gertas
« Reply #2 on: June 12, 2011, 10:15:56 PM »
tak pernah makan.. dari mana asalnya kuih ni?

Offline Zila Sani

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 102
  • Suka? +0/-0
Re: Kuih Gertas
« Reply #3 on: June 13, 2011, 07:54:41 AM »
oh....sudah agak lama tidak ku makan kuih ini....selalu kalau balik segamat dapat la makan kuih nih...



Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #4 on: June 13, 2011, 08:08:09 AM »
mungkin lain tempat lain namanya....

tak pernah makan.. dari mana asalnya kuih ni?
tak tahu asal kuih ni dari mana.
fiza belajar dari mak fiza, warisan turun temurun dari arwah nenek
pernah juga beli kat pasar atau tempat2 org jual kuih.
tapi, rasanya sgt liat...
rahsia arwah nenek fiza, letak nasi hancur...
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/


Offline ZIK_nathalya

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 199
  • Suka? +1/-0
  • YA Allah,tabahkan hatiku untuk harungi hidup ini..
Re: Kuih Gertas
« Reply #5 on: June 17, 2011, 08:57:43 PM »
hoho kalau kat sabah kuih ni lebih dikenali sebagai "kuih lidah"...
mungkin disebabkan kuih ni  dibentuk  bujur dan leper seakan2 lidah..
cumanya kalau kat sabah biasanya nasi tu ditukar kepada kelapa parut..
sedap mmg sedap...

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #6 on: June 21, 2011, 04:37:03 PM »
hoho kalau kat sabah kuih ni lebih dikenali sebagai "kuih lidah"...
mungkin disebabkan kuih ni  dibentuk  bujur dan leper seakan2 lidah..
cumanya kalau kat sabah biasanya nasi tu ditukar kepada kelapa parut..
sedap mmg sedap...


ramai yg saya dapati buat kuih ni tak guna nasi.
ada tambahan nasi sebab resepi arwah nenek saya. kalau beli mmg dorg tak guna nasi....
tujuan nasi tu supaya kuih ni tak liat masa kita gigit. dia jadi liat2 lembut....
kelapa parut pun memang ada dalam resepi...
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

lydianajihah

  • Guest
Re: Kuih Gertas
« Reply #7 on: June 21, 2011, 05:03:08 PM »
nak cuba lagilah buat kuih ni. tapi nak buat setengah adunan

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #8 on: June 21, 2011, 05:15:47 PM »
boleh cuba lagi jihah...
skill menyira diperkukuhkan... hehe
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

lydianajihah

  • Guest
Re: Kuih Gertas
« Reply #9 on: June 21, 2011, 05:23:44 PM »
kehkeh.. fail sungguh bab menyira.
memang gula lekat jadi macam tu ke kak..
kuih ku dulu lekat melekit je. hoho tak bulih jadik

Offline ZIK_nathalya

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 199
  • Suka? +1/-0
  • YA Allah,tabahkan hatiku untuk harungi hidup ini..
Re: Kuih Gertas
« Reply #10 on: June 21, 2011, 08:20:59 PM »
hihi menyira pun mmg sy failed juga..
sy mmg tak pandai bab menyira..
pasal tu sy tabur jer gula halus @ gula ising kat kuih mcm kuih gelang tu..
hehehe...

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Kuih Gertas
« Reply #11 on: June 21, 2011, 09:09:50 PM »
kalau tak bubuh kelapa parut boleh tak dipanggil gertas?

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #12 on: June 21, 2011, 09:47:54 PM »
tip nak menyira kuih (gertas ke, keria ke..)

- panaskan kuali (kuali lebih baik krn lebar, kalau ada kuali besar lagi senang).
- masukkan sedikit air (kena pandai agak2 dgn kuantiti kuih, kalau terlebih air, nanti kita terpaksa tunggu lama utk hasilkan air gula yg likat)
- bila air dan mendidih, masukkan gula dalam 3-4 sudu. kacau sentiasa....
- air gula kena betul2 tua, maksudnya, bila kita angkat air tu dengan sudip, ia kelihatan pekat dan likat.
- bila air gula dah likat, masukkan kuih, dan kacau dengan cepat. terus tutup api.... teruskan mengacau sehingga gula kering dan melekat pada kuih.
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #13 on: June 21, 2011, 09:48:42 PM »
kalau tak bubuh kelapa parut boleh tak dipanggil gertas?

boleh kot kak... cuma kurang satu bahan.
rasa tak lari.
cuma bila makan tu, tak terasa lemak2 kelapa... :)
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kuih Gertas
« Reply #14 on: June 22, 2011, 01:25:56 PM »
kuih getas ni tak boh kelapa pun tak pe. MIL saya buat tak letak pun
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #15 on: June 22, 2011, 05:09:18 PM »
MIL kak sue tak letak yer?
pernah juga makan yg tak letak kelapa, ok je rasanya.... sedap.
nasi jgn lupa yer, sbg pelembut tu.
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Kuih Gertas
« Reply #16 on: June 22, 2011, 06:37:55 PM »
nasi pun dia tak letak
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #17 on: June 23, 2011, 08:46:02 AM »
letak nasi resepi arwah nenek fiza belah mak, kak...
kalau mbah fiza sebelah ayah, dia pun tak letak nasi gak....
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline limau_zie

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 171
  • Suka? +0/-0
Re: Kuih Gertas
« Reply #18 on: July 22, 2011, 12:36:56 PM »
sbut ttg ku gertas ni..zie de cite nk share..ms tu zie duk selangor..akak tu jual kue murah..5 singgit..gemuk2 lak kue dia..siap tnya ni kue gertas kan,yg liat2 sikt tu..ye bdk tu angguk..zie bli la rm2..blik rumah x menyabo2 nk rs smpai x sempat bukak tudung..skali ku ggt kue itu ...........

wawawawaw...rs tepung gandum jek yg disire ngn gula..kecewa.try sumbat gak dlm mulut sbb bnyak, tp x tetelan..1 ari mmber tadah teling dgr ktidakpuasan ati zie..hehe

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #19 on: July 23, 2011, 08:48:45 AM »
alahai, siannya zie... hehe
lepas ni boleh la buat kuih gertas sendiri...
mmg ada sesetengah peniaga guna tpg gandum jer, pastu sira dgn gula...
tu yg tak pueh hati kalau beli.
buat sendiri, mmg puas hati.
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline limau_zie

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 171
  • Suka? +0/-0
Re: Kuih Gertas
« Reply #20 on: July 23, 2011, 01:28:49 PM »
tu la kak..
tp bile jump kue gertas, membr sound,,,awak tu ngandung ti angin.. :'( tekulat2 jek tgk..
ni dh bersalin leh la try buat..hehe

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #21 on: July 23, 2011, 04:14:09 PM »
eh, angin ke? apa yg menyebabkan angin....
heheh... akak mengandung, makan kuih ni ok pulak. :)
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline limau_zie

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 171
  • Suka? +0/-0
Re: Kuih Gertas
« Reply #22 on: July 23, 2011, 10:08:28 PM »
kwn kat pulut..kalu x angin..uishhhh rugi2  :-\ :-\ :-\

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Kuih Gertas
« Reply #23 on: July 24, 2011, 12:28:24 AM »
tepung pulut dikira angin juga ke?
kalau pulut tu mmg la angin...hehe
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline limau_zie

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 171
  • Suka? +0/-0
Re: Kuih Gertas
« Reply #24 on: July 24, 2011, 04:59:09 PM »
x pasti la yek coz tau makan jek.. ;D ;D ;D

 

Powered by EzPortal