+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10617
Latest: iwanshima
New This Month: 86
New This Week: 9
New Today: 2
Stats
Total Posts: 441507
Total Topics: 7322
Most Online Today: 264
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 17
Guests: 208
Total: 225

Author Topic: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM  (Read 1373 times)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
PPIM Menjawab soalan - soalan oleh pengunjung laman web Muslim Consumer

Soalan : Roti High 5 mengandungi lemak babi?

.
Jawapan PPIM : Maklumat mengenai roti High 5 boleh diperolehi di ruangan berita utama dan forum. Terdapat beberapa kenyataan rasmi telah dibuat sila rujuk. Namun demikian bagi memudahkan pihak yang bertanya, kami sertakan sedikit ringkasan apa yang benar-benar berlaku. PPIM mendapat aduan bahawa kilang roti high 5 di Nilai amat kotor.
.
Daripada maklumat yang diperolehi kami telah membuat siasatan dan intipan yang mana didapati benar. Setelah mendapat maklumat kami memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa seperti JAKIM, KPDN&HEP, Imigresen, Polis untuk membuat serbuan. Isu minyak babi tidak pernah timbul.Yang menjadi isu adalah kilang tersebut KOTOR, AMAT KOTOR.
.
Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah umat Islam harus bijak dan mempunyai harga diri agar tidak lagi mudah dipermainkan di masa-masa hadapan. Sebagaimana prinsip kita, iaitu kita harus memberikan keutamaan perniagaan kepada mereka yang hormat kepada umat Islam dan bukannya para peniaga yang biadap dan tidak menghormati umat Islam. Kalau mereka sanggup menipu dan menggunakan orang agama yang tidak diberikan maklumat dengan betul maka kita harus mengajar mereka. Kalaulah kes ini berlaku dalam masyarkat India dan cina, saya jamin syarikat ini mungkin tutup kerana sikap mereka yang tidak menghormati para pengguna.
.
Lihatlah apa terjadi di India di mana syarikat Mc Donalds dikatakan menggunakan ramuan yang mengandungi lemak lembu di mana penduduknya mengamuk dan membakar sehingga mereka memohon maaf dan membayar gantirugi. Begitu juga kes syarikat rokok antarabangsa yang terpaksa membuat kenyataan rasmi kerana dikatakan membuang pekerja cina bagi mewujudkan kekosongan kepada pekerja Melayu dan menidakkan berita tersebut. Kita perlu belajar daripada orang India dan Cina jika mahukan bangsa kita dihormati!!!
.
Oleh yang demikian tidak perlulah kita berlumba-lumba membeli roti High 5 hanya kerana mereka telah membersihkan kilang mereka setelah menipu para pengguna Islam selama bertahun-tahun. Carilah roti gardenia yang ada 30% kepentingan Bernas dan roti Iman atau roti Azan atau Faderal Bakery.
.
Sebenarnya pihak PPIM juga mempunyai bukti untuk percaya berita sebaran SMS mengenai pengguna minyak babi ini dimulakan oleh pihak High 5 sendiri bagi mengalihkan pandangan dan helah mereka untuk mengalihkan perhatian.


Soalan : Adakah Pau Ahmad , Mee Azam, Kicap Eliza, sos Mahkota, kopi Jantan, restoran Selera Kampung, Melor merupakan perniagaan milik orang bukan Islam. Kenapa tiada di ambil tindakan undang undang?

Jawapan PPIM : Tiada sebarang undang2 yang boleh diambil kerana kita tiada sebarang akta bagi nama-nama yang mengelirukan. Itulah lemahnya orang Islam tak dapat berbuat apapun walau ditipu kiri, kanan depan dan belakang. Hanya pengguna yang berpakat dan mempunyai harga dan agenda diri dapat menghentikan perbuatan yang berunsurkan penipuan ini.

Jika ini terjadi dalam masyarakat lain, pengusaha yang menipu akan menerima padah kerugian yang besar tetapi dalam masyarakat kita, ramai pula orang kita yang seolah-oleh tidak lagi tempat makan lain yang dimiliki oleh orang Islam dan kalau tak makan boleh memudaratkan diri jadi perlu makan di restoran-restoran bukan Islam yang “ ada ramai orang bertudung makan”, ada tersangkut ayat Quran, ada tertulis “ halal ”, “ Halal 24 Jam”, “ pork free ” dan menambahkan keuntungan restoran-restoran tersebut. Ingatlah dan renungilah, sesungguhnya bukankah kita yang memberikan kekayaan kepada para peniaga bukan Islam walaupun tidak menghormati kita selama ini sedangkan tidak jauh daripada tempat tersebut ada restoran milik saudara seIslam kita yang masih memerlukan sokongan ekonomi.
.
Kelemahan serta kedaifan ini tidak terjadi dalam masyarakat Jepun, Korea, German, China, India dan masyarakat yang mempunyai harga diri yang tinggi. Contohnya bagaimana masyarakat Korea yang hanya ada 2 kerat di Malaysia mempunyai supermarket mereka sendiri. Orang Jepun boleh korbankan masa daripada Ampang ke Sogo hanya untuk mencari paper clip.
.
Contoh kekuatan jatidiri masyarakat terlalu banyak. Datanglah ke PPIM untuk berbincang bagaimana kita boleh mengembalikan hak dan maruah kita dengan bijaksana. Ingatlah, kalau kita sendiri tidak tahu untuk menghormati diri kita, tiada siapa manusia lain yang akan menghormati kita! Hiduplah dengan mengamalkan prinsip Islam yang amat mengutamakan saudara seIslam dalam apajua yang dilakukan serta semaklah samada apa yang dilakukan membawa manfaat kepada umat Islam akhirnya.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
« Last Edit: June 17, 2011, 11:09:12 AM by Aliahzakaria »


Offline izh_na

  • Delima
  • *
  • Posts: 795
  • Suka? +4/-0
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #1 on: June 17, 2011, 07:45:55 AM »
sejak kuar pasal kilangnya roti ini yang kotor & macam2 benda tak sepatutnya yang dijumpai dalam produknya Nanie tak pernah beli lagi roti nie kembang tekak.....
Tq info yang berguna....

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #2 on: June 17, 2011, 08:01:23 AM »
saya tak pernah beli roti hi-5 dah sejak gembar gembur cerita dulu tu....
terima kasih aliha... info sgt bermakna utk umat Islam.
semoga beroleh ganjaran dari-Nya..
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #3 on: June 17, 2011, 08:58:25 AM »
alamak..nmpknye kene ben la roti ni..dulu beli gak roti ni..kene beli gardenia la nmpknye..

kembang tekak ni..

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #4 on: June 17, 2011, 09:22:18 AM »
saya mmg beli gardenia ....err mighty white okey ke ek?


Offline nukilanida

  • Delima
  • *
  • Posts: 1164
  • Suka? +5/-0
    • My Sport Blog
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #5 on: June 17, 2011, 10:05:19 AM »
PPIM Menjawab soalan - soalan oleh pengunjung laman web Muslim Consumer

Soalan : Roti High 5 mengandungi lemak babi?
.
Jawapan PPIM : Maklumat mengenai roti High 5 boleh diperolehi di ruangan berita utama dan forum. Terdapat beberapa kenyataan rasmi telah dibuat sila rujuk. Namun demikian bagi memudahkan pihak yang bertanya, kami sertakan sedikit ringkasan apa yang benar-benar berlaku. PPIM mendapat aduan bahawa kilang roti high 5 di Nilai amat kotor.
.
Daripada maklumat yang diperolehi kami telah membuat siasatan dan intipan yang mana didapati benar. Setelah mendapat maklumat kami memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa seperti JAKIM, KPDN&HEP, Imigresen, Polis untuk membuat serbuan. Isu minyak babi tidak pernah timbul.Yang menjadi isu adalah kilang tersebut KOTOR, AMAT KOTOR.
.
Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah umat Islam harus bijak dan mempunyai harga diri agar tidak lagi mudah dipermainkan di masa-masa hadapan. Sebagaimana prinsip kita, iaitu kita harus memberikan keutamaan perniagaan kepada mereka yang hormat kepada umat Islam dan bukannya para peniaga yang biadap dan tidak menghormati umat Islam. Kalau mereka sanggup menipu dan menggunakan orang agama yang tidak diberikan maklumat dengan betul maka kita harus mengajar mereka. Kalaulah kes ini berlaku dalam masyarkat India dan cina, saya jamin syarikat ini mungkin tutup kerana sikap mereka yang tidak menghormati para pengguna.
.
Lihatlah apa terjadi di India di mana syarikat Mc Donalds dikatakan menggunakan ramuan yang mengandungi lemak lembu di mana penduduknya mengamuk dan membakar sehingga mereka memohon maaf dan membayar gantirugi. Begitu juga kes syarikat rokok antarabangsa yang terpaksa membuat kenyataan rasmi kerana dikatakan membuang pekerja cina bagi mewujudkan kekosongan kepada pekerja Melayu dan menidakkan berita tersebut. Kita perlu belajar daripada orang India dan Cina jika mahukan bangsa kita dihormati!!!
.
Oleh yang demikian tidak perlulah kita berlumba-lumba membeli roti High 5 hanya kerana mereka telah membersihkan kilang mereka setelah menipu para pengguna Islam selama bertahun-tahun. Carilah roti gardenia yang ada 30% kepentingan Bernas dan roti Iman atau roti Azan atau Faderal Bakery.
.
Sebenarnya pihak PPIM juga mempunyai bukti untuk percaya berita sebaran SMS mengenai pengguna minyak babi ini dimulakan oleh pihak High 5 sendiri bagi mengalihkan pandangan dan helah mereka untuk mengalihkan perhatian.


Soalan : Adakah Pau Ahmad , Mee Azam, Kicap Eliza, sos Mahkota, kopi Jantan, restoran Selera Kampung, Melor merupakan perniagaan milik orang bukan Islam. Kenapa tiada di ambil tindakan undang undang?
.
Jawapan PPIM : Tiada sebarang undang2 yang boleh diambil kerana kita tiada sebarang akta bagi nama-nama yang mengelirukan. Itulah lemahnya orang Islam tak dapat berbuat apapun walau ditipu kiri, kanan depan dan belakang. Hanya pengguna yang berpakat dan mempunyai harga dan agenda diri dapat menghentikan perbuatan yang berunsurkan penipuan ini.
.
Jika ini terjadi dalam masyarakat lain, pengusaha yang menipu akan menerima padah kerugian yang besar tetapi dalam masyarakat kita, ramai pula orang kita yang seolah-oleh tidak lagi tempat makan lain yang dimiliki oleh orang Islam dan kalau tak makan boleh memudaratkan diri jadi perlu makan di restoran-restoran bukan Islam yang “ ada ramai orang bertudung makan”, ada tersangkut ayat Quran, ada tertulis “ halal ”, “ Halal 24 Jam”, “ pork free ” dan menambahkan keuntungan restoran-restoran tersebut. Ingatlah dan renungilah, sesungguhnya bukankah kita yang memberikan kekayaan kepada para peniaga bukan Islam walaupun tidak menghormati kita selama ini sedangkan tidak jauh daripada tempat tersebut ada restoran milik saudara seIslam kita yang masih memerlukan sokongan ekonomi.
.
Kelemahan serta kedaifan ini tidak terjadi dalam masyarakat Jepun, Korea, German, China, India dan masyarakat yang mempunyai harga diri yang tinggi. Contohnya bagaimana masyarakat Korea yang hanya ada 2 kerat di Malaysia mempunyai supermarket mereka sendiri. Orang Jepun boleh korbankan masa daripada Ampang ke Sogo hanya untuk mencari paper clip.
.
Contoh kekuatan jatidiri masyarakat terlalu banyak. Datanglah ke PPIM untuk berbincang bagaimana kita boleh mengembalikan hak dan maruah kita dengan bijaksana. Ingatlah, kalau kita sendiri tidak tahu untuk menghormati diri kita, tiada siapa manusia lain yang akan menghormati kita! Hiduplah dengan mengamalkan prinsip Islam yang amat mengutamakan saudara seIslam dalam apajua yang dilakukan serta semaklah samada apa yang dilakukan membawa manfaat kepada umat Islam akhirnya.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

thanks for sharing.. minta share! :)

Offline nik_ceema

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1257
  • Suka? +4/-0
    • SiMa liFe jOuRney
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #6 on: June 17, 2011, 11:58:44 AM »
daripada dulu sampai skrg tak pernah nak beli pon. kalo ada choice yg tu je pon tak nak jugakkk

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #7 on: June 20, 2011, 05:10:20 PM »
silver bird tu, sekali dgn hi-5 ke?
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Roti High 5 Mengandungi lemak Babi ? - Soaljawab bersama PPIM
« Reply #8 on: June 20, 2011, 07:00:41 PM »
silver bird tu, sekali dgn hi-5 ke?

umisofie semua tu sepupu sepapat le...Silverbird tu syarikat Stanson bakery kilangnya dan High 5 tu jenama...Jadinya semua tu sama le menipu orang2 melayu Islam seperti kita.Apapun mesej yang PPIM cuba sampaikan ialah,kita sebagai umat Islam kena lah dulukan produk2 yang dibuat oleh umat Islam ...sampai dah betul2 darurat barulah kita beli dari pengilang bukan Islam..


 

Powered by EzPortal