+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11070
Latest: mimieya
New This Month: 3
New This Week: 38
New Today: 3
Stats
Total Posts: 448328
Total Topics: 7525
Most Online Today: 168
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 3
Guests: 88
Total: 91

Author Topic: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK  (Read 2206 times)

Offline nina_sakurada

  • Topaz
  • *
  • Posts: 81
  • Suka? +0/-0
    • Mashi Mashi Mind
BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« on: June 20, 2011, 03:55:08 PM »
KOTA BHARU - Seorang bapa sanggup menjadikan anak kandung sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan tiga anak.

Malah, bapa dan anak itu mengaku bersekedudukan sejak tujuh tahun lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty dekat sini, semalam.

Bapa seorang duda dan pasangannya tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu dekat Tumpat sehingga melahirkan anak berusia enam, lima dan tiga tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkelakuan sumbang dan bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak lelaki dan seorang perempuan dengan melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, bertindak atas maklumat awam pasukan penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Bharu yang didapati terang namun berkunci di bahagian dalamnya.

Kemudiannya, pintu itu dibuka seorang lelaki dan pegawai berkenaan periksa sebuah bilik tertutup, tetapi tidak berkunci serta mendapati seorang lelaki berseluar pendek, berbaju bersama seorang perempuan berbaju, memakai seluar tidur.

Ketika perbicaraan berlangsung, Saari, yang juga mekanik mengakui kesalahan itu dan meminta mahkamah ringankan hukuman kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga serta membesarkan kelima-lima anaknya hasil dua perkahwinannya.

Bagaimanapun, Abu Bakar selepas meneliti dan mengambil kira semua pengakuan beliau memutuskan kedua-dua pasangan itu diarahkan tinggal berasingan selama-lamanya bagi mengelak perkara sama berulang.

Saari dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tempoh penjara dipanjangkan menjadikannya dua tahun.

Bagi anaknya, dia dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya tidak menjelaskan bayaran berkenaan.




Astaghfirullah... ape nak jadi dgn org zaman skarang ni??? ngan bapak sendiri pon boleh jadi? :o


Offline ida_88

  • Nilam
  • *
  • Posts: 363
  • Suka? +0/-0
  • <div><a target=_blank href=http://www.pregnology.c
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #1 on: June 20, 2011, 04:38:53 PM »
astaghfirullah.... sedihnye dengar... dah akhir zaman.....

sbb tu jd semua nie.... takut dengar semua nie.... sebak rase ade org sggp buat mcm nie...

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #2 on: June 20, 2011, 04:47:57 PM »
masyallah......adakah denda hukuman penjara 1 setengah tahun dan RM2.5K cukup utk menginsafkan perbuatan zina mereka??...cukup ke nak bg pengajaran pd yg lain2 pulak??....ape lah nak jd ni...:(

Offline noorshafila

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 120
  • Suka? +0/-0
    • me-hachi
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #3 on: June 20, 2011, 05:28:34 PM »
Yang hairan tu..boleh pulak sampai dapat 3 anak. Memang dah macam hidup suami isteri. Mintalah dijauhkan perkara ni daripada kita.

Offline Wina

  • Delima
  • *
  • Posts: 826
  • Suka? +6/-0
  • blessed with a beautiful life
    • ? Yaadein ?
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #4 on: June 20, 2011, 05:45:27 PM »
masyallah......adakah denda hukuman penjara 1 setengah tahun dan RM2.5K cukup utk menginsafkan perbuatan zina mereka??...cukup ke nak bg pengajaran pd yg lain2 pulak??....ape lah nak jd ni...:(

wina pun nak tanya soalan nie jugak...setimpal ke hukuman tue dengan perbuatan mereka?? yang paling teruknye lagi, si anak tue nampaknya x mengadu pun, ini maknanya dia pun bersubahat samalah ye? ish ish ish!


Offline himast (Hani Mastura)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1214
  • Suka? +5/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #5 on: June 20, 2011, 06:28:49 PM »
teramat tak suka bila baca berita sebegini....

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #6 on: June 20, 2011, 07:15:23 PM »
teramat tak suka bila baca berita sebegini....

me too kak Hani.. kalau org dah berkahwin dihukum rejam sampai
mati.. kalau sampai beranak pinak mcm ni hukumnya apa pula??

 

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #7 on: June 20, 2011, 07:26:52 PM »
teramat tak suka bila baca berita sebegini....

btul!
haruan makan anak sampai beranak pinak.
manela iman dalam mgawal nafsu..
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline akma

  • Nilam
  • *
  • Posts: 334
  • Suka? +1/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #8 on: June 20, 2011, 08:11:52 PM »
Benci nya bapak ape jenis nih!!!!! merosakkan agama....tak ingat mati ke dia nih...hdp di dunia ni sementara jea...dia patut jd pelindung kepada anak ni dia sndri yang makan anak...bapak mcm ni tak layak bgelar bapak patut pggl iblis jea...anak tu amanah Allah paling besar... Allah dh bg pewaris langsung tak hargai pemberian Allah..dh sepasal dose dia buat dose besar habis ape nak jadi anak yang 3 org tu yang tak berdose tp terpakse tanggung beban di sebabkan sikap manusia durjana mcm ni...rase terbakar betul hati bila baca artikel ni dh tu hukuman yg dia kena mcm tak releven lgsg..patut penjara jea seumur hidup pastu sebat selagi dia tak bertaubat nasuha dan betul2 pulang di sisi Allah...

Offline DeLLa

  • Delima
  • *
  • Posts: 1022
  • Suka? +8/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #9 on: June 20, 2011, 09:19:17 PM »
speechless.....

Offline Nicha

  • Delima
  • *
  • Posts: 623
  • Suka? +3/-0
  • ::...Lepak + gosip +++ kawan cYbeR..::
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #10 on: June 20, 2011, 09:26:23 PM »
abis tu anak2 kepada anak dia yg dicabuli tu nak  panggil apa?
Atok ker bapak?
Mengong sungguh la....
Agama hapa ni?
50% naUghTy + 50% NiCE...
hiks..hiks
:P



Offline mamasara (maz09)

  • Delima
  • *
  • Posts: 667
  • Suka? +3/-0
  • salam mesra selalu dari kak maz....buat member rh
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #11 on: June 20, 2011, 09:58:31 PM »
ya ALLAH!!
tak dapat nak dibayangkan keadaan keluarga ni...
mmg tak takut dosa lansung.


   selamat datang ke blog mamasara....
   http://mazz72.blogspot.com

Offline nina_sakurada

  • Topaz
  • *
  • Posts: 81
  • Suka? +0/-0
    • Mashi Mashi Mind
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #12 on: June 20, 2011, 10:20:32 PM »
yg heran tu mak die (nenek) xde pulak menghalang ke ape. dlm artikel xde pulak disebut mak die dah meninggal ke ape cuma cakap dah berpisah je. pandai.. cerai ngn mak, kawin ngn anak. anak sendiri lak tu! sedangkan anak tiri pon haram dikahwini even dah cerai... manusia jenis apa la punya jahil nih... *takleh terima*  >:(

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2031
  • Suka? +5/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #13 on: June 21, 2011, 09:20:17 AM »
ni bukan kes haruan mkn anak.kalo dah 3 org anak yg lahir tu maknenye rela dinodai..
laki ni umur baru 40an..budak pompuan tu umur 25..laki ni dah pisah ngn isteri pertama dan kedua..budak pompuan tu anak isteri pertama.
"anak" petama yg dilahirkan dah berumur lebih kurang 5 tahun.maknenye dah lebih kurang 5, 6 tahun bersekedudukan..astaghfirulla h...bapak ape ni kan? x tahu mane nk hala nafsu tu..g ke anak.anak pun mgkn rela dinodai..kalo x dulu lg dah report kene rogol.ni siap ade 3 anak.
ishhh x tau nk ckp la..kesian kat 3 beradik tu..x tau ape status hidup diorg...ber bin dan binti kan siapa..bile dah beso nk sekolah, nk kawen akan jd mslh..

Offline himast (Hani Mastura)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1214
  • Suka? +5/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #14 on: June 21, 2011, 09:40:09 AM »
hairan sungguh macam tak jumpa lelaki lain untuk si anak.. tu...
si bapak pula carilah perempuan lain....
macam duduk dalam gua....pada zaman batu tu lah pulak.

Offline Ashila

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2796
  • Suka? +16/-0
  • Mummy Myra
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #15 on: June 21, 2011, 09:54:25 AM »
Astaghfirullah...
boleh pulak dorang memang mengaku bersekedudukan??
maksudnya anak die memang rela la dinodai bapak sendiri
pehtu macam mane dengan anak 3orang tuh..boleh ke buat surat beranak camtu?? ni la manusia bertopengkan nafsu semata!



Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2031
  • Suka? +5/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #16 on: June 21, 2011, 10:08:07 AM »
Astaghfirullah...
boleh pulak dorang memang mengaku bersekedudukan??
maksudnya anak die memang rela la dinodai bapak sendiri
pehtu macam mane dengan anak 3orang tuh..boleh ke buat surat beranak camtu?? ni la manusia bertopengkan nafsu semata!

tu la mslhnye ash..kalo x dah lame budak pompuan tu buat report kene rogol..x de la duduk lg ngn jantan tu..ni relex je duk ngn jantan tu smpai lahir 3 anak.rela la tu.

Offline AnNa_FIeRa81

  • Delima
  • *
  • Posts: 741
  • Suka? +0/-0
  • http://purple-sakura5.blogspot.com/
    • ::PurpleSakura::
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #17 on: June 21, 2011, 10:49:49 AM »
diorang ni x rase ape2 ke...teruknya zaman skang..
nauzubillah

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2031
  • Suka? +5/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #18 on: June 21, 2011, 11:10:18 AM »
bende sedap..dosa pahala tolak tepi..nauzubillah..

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: BAPAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK SAMPAI MELAHIRKAN 3 ANAK
« Reply #19 on: June 21, 2011, 03:05:18 PM »
hairan sungguh macam tak jumpa lelaki lain untuk si anak.. tu...
si bapak pula carilah perempuan lain....
macam duduk dalam gua....pada zaman batu tu lah pulak.

keh keh keh.. dlm geram kak hani bikin saya ketawa.. ;D

 

 

Powered by EzPortal