+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11070
Latest: mimieya
New This Month: 2
New This Week: 38
New Today: 2
Stats
Total Posts: 448331
Total Topics: 7525
Most Online Today: 183
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 2
Guests: 144
Total: 146

Author Topic: Usia sesuai latih anak berpuasa  (Read 1487 times)

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Usia sesuai latih anak berpuasa
« on: July 27, 2011, 09:04:30 AM »
Salam buat teman2...saya tak pasti tajuk ni dah dibincangkan ke belum, tp pg td terdengar kat radio HOT FM duk bincang pengalaman melatih anak berpuasa....jom kita bincang nak?  ;)

saya mula dulu ye;

Anak saya mula berpuasa umur dia 5 tahun...and that was last year...for her 1st day trying, she had half day fasting...saya encourage dia..dan puji2 dia sbb berjaya puasa half day...2nd day cuba tu alhamdulillahhhh..dapat penuh satu hari..walaupun dia nampak penat....tp saya puji2 dia dan sediakan makanan yg dia suka makan waktu berbuka...then masuk hari ketiga dan seterusnya alhamdulillah dia makin okey...dan still aktif mcm biasa....bila saya check kat sekolah/taska mmg dia maintain puasa...dia xduk dekat pun dgn budak2 yg tak puasa....dia buat hal dia tgk tv...baca buku...Masya Allah...saya sgt kagum dgn dia sbb saya dulu pun dah darjah satu br dpt puasa penuh... :) :) walaupun tak cukup 30 hari tp utk bdk kecik umo 5thn yg baru pertama kali berpuasa, dpt 15 hari penuh dah cukup bagus bg saya....thn ni, awal minggu lepas dia dah start countdown lg baper hari nak start puasa.... ;) :D :D :D
sejuk perut ibu dia mengandung nih...hehehhehehe

kawan2 macam mane?ada masalah nak latih anak2 berpuasa?..umur bpr yg sebaiknya nak mula puasa..? :)


Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5528
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #1 on: July 27, 2011, 09:52:30 AM »
bagi saya 5 tahun dah boleh mula sikit-sikit... tahun ni anak saya 4 dan 6 tahun. Yang 6 tahun tu dah start puasa separuh hari (kadang2) masa 5 tahun dulu... Tahun ni mungkin lebih sikit kot puasanya... Tapi saya tak expect dia akan puasa penuh, sampai ke petang..

yang penting kita terangkan kepada dia kenapa orang Islam diwajibkan puasa, keistimewaan bulan ramadhan, istimewanya doa orang berpuasa, ganjaran di syurga nanti untuk orang yang berpuasa dan sebagainya..

apapun puasa tidak wajib kepada mereka, selagi belum baligh.. jadi tak sesuai lah kalau dia tak larat, kita paksa-paksa... tapi kalau digalakkan, okay la... galakkan ni tak kisah sama ada imbuhan pujian dan penghargaan, atau memberi hadiah. Cuma hadiah tu jangan terlalu ditekankan sehingga mereka berpuasa sekadar untuk mendapat duit raya yang banyak daripada mak ayah kalau puasa penuh...

yang lebih utama daripada puasa adalah solat sebab solat tu umur 7 tahun dah kena disuruh solat, dan 10 tahun boleh pukul (tak memudaratkan) kalau tak nak solat... Agaknya tu sebab ramai daripada orang Islam yang puasa memang tak tinggal, tapi sembahyang selamba je tinggal...

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #2 on: July 27, 2011, 10:06:55 AM »
agree ngan akak....saya pun xpaksa dia puasa if tak larat...selaluny awekend la dia xmau puasa sbb duk umah dia rasa lama sgt nak tunggu kot...hehhehee..thn lepas mmg ada bg hadiah basikal lps dia dpt puasa..thn ni xmo nak janji ape2 pun kat dia..just bgtau puasa tu akan dpt pahala jer...
bab solat juga saya dah mula latih ..so far mmg blum cukup 5 waktu...tp maghrib mmg wajib jemaah ngan saya dan babah dia...subuh tu yg dia liat sikit....tgh duk latih supaya zuhur dia leh buat kat taska...maklumlah saya bekerja..xdpt nak pantau dia waktu siang... :( harap kan pengasuh di taska je lah...

Offline anacon

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #3 on: July 27, 2011, 10:40:57 AM »
anak sy masa umor 5 tahun sparuh hari je puasa.. boleh kira dengan jari... dia cuma puasa kat tadika saja sebab malu dengan kawan2...

tahun ni dah cakap suruh dia puasa... dan baru pagi tadi dia suruh kejutkan solat subuh pukul 6.30 pagi... selama ni susah nak suruh dia bangun bila pelan2 bisik kat telingan dia "Naufal, bangun solat subuh.. " dengan segeranya dia bangun tanpa nangis...

Alhamdulillah

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5528
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #4 on: July 27, 2011, 10:47:19 AM »
macam anak saya, tahun lepas tak bangun sahur. Tahun ni pun sama.. saya cuma minta dia 'bersahur' masa sarapan pagi... Jadi lambat sikit dan lama sikit tahannya...


Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #5 on: July 27, 2011, 09:53:14 PM »
sama saranan macam paed kami. dia suruh anak kecil sahur pada waktu pagi sebelum matahari terbit gitu. tapi saya latih anak-anak still ikut waktu sahur biasa sebab dalam melatih anak bersahur, kami melatih juga si anak teruna tu pergi solat jemaah di surau/masjid. yang perempuan pulak dilatih solat subuh seawal waktu.

saya masih ingat kata Dr Rubiah K Hamzah tentang menggalakkan anak berpuasa, "manusia takkan mati kerana berpuasa".

last year Mastura puasa 28 hari kot. Adam kurang sikit 25 hari je kot. alhamdulillah. tak paksa. larat teruskan. tapi saya tak pernah kata, "kesiannya tengok.. pergi la buka puasa". no no no...  mendidik kena tegas. dan saya punya style tak de reward yang spesifik.

dan kalau dia tak puasa sila duduk jauh-jauh. sama je cara yang sama ayah saya latih saya puasa. ada perasaan, "ruginya aku ponteng puasa" dulu-dulu bila ayah tegas suruh saya pergi jauh-jauh bila berbuka.
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline ibualya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1743
  • Suka? +6/-0
  • ceria selalu....^_^
    • love,kids n lovely family
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #6 on: July 28, 2011, 07:10:13 AM »
sama saranan macam paed kami. dia suruh anak kecil sahur pada waktu pagi sebelum matahari terbit gitu. tapi saya latih anak-anak still ikut waktu sahur biasa sebab dalam melatih anak bersahur, kami melatih juga si anak teruna tu pergi solat jemaah di surau/masjid. yang perempuan pulak dilatih solat subuh seawal waktu.

saya masih ingat kata Dr Rubiah K Hamzah tentang menggalakkan anak berpuasa, "manusia takkan mati kerana berpuasa".

last year Mastura puasa 28 hari kot. Adam kurang sikit 25 hari je kot. alhamdulillah. tak paksa. larat teruskan. tapi saya tak pernah kata, "kesiannya tengok.. pergi la buka puasa". no no no...  mendidik kena tegas. dan saya punya style tak de reward yang spesifik.

dan kalau dia tak puasa sila duduk jauh-jauh. sama je cara yang sama ayah saya latih saya puasa. ada perasaan, "ruginya aku ponteng puasa" dulu-dulu bila ayah tegas suruh saya pergi jauh-jauh bila berbuka.


insyaallah nak train husna puasa tahun ni..
dia pun dah excited nak puasa.asyik tanya hari apa nak start puasa...
kat sekolah dia,5 tahun memang wajib puasa...tengok nanti macammana..
anak2 saudara ada yang dah puasa penuh dr umur 5 tahun.tapi,hari pertama tu memang guling2 la menahan lapar..hehe

Offline ibualya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1743
  • Suka? +6/-0
  • ceria selalu....^_^
    • love,kids n lovely family
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #7 on: August 05, 2011, 02:40:46 PM »
alhamdulillah husna dapat puasa penuh...hari petama je sampai kul 1..masuk harini dh 4 hari dapat puasa penuh...
saya tak bagi dia masuk bilik air sendiri
risau takut dia minum air.hehe

rasa pelik bila budak 9 tahun pun tak puasa...mak siap masak nasi bagi anak makan
saya tanya kenapa xpuasa??
jawab mak dia,kalau bagi puasa pun buat sakit hati..sbb kat sekolah dia,ramai budak tak puasa..bawak bekal lagi....
hurmmmm

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #8 on: August 11, 2011, 11:24:15 AM »
urm..saya cuba utk tidak memaksa dia. if dia dah menangis 2 xtahan..saya benarkan jug adia buka puasa...cuma bila dia buat option tanye esok boleh tak dia tak puasa....saya kata okey if dia xmao puasa xpe tp xleh la beli baju ray adan xbley raya...sbb raya tu utk meraikan org2 yg berpuasa .... betul ke tindakan saya ??

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #9 on: August 11, 2011, 12:02:18 PM »
Ila, teknik ugutan ni tak disyorkan la. nanti dia rasa terpaksa. aku rasa better distract dia. aku buat teknik ni di awal-awal puasa.

so far budak dua orang tu puasa penuh alhamdulillah. hari pertama memang kena distract lebih. tapi hari seterusnya tak yah dah. si Adam siap boleh buat aktiviti luar lagi & bila masuk rumah dia tak komplen haus. dengan dia lagi kena extra training ~ ayah dia angkut dia pi solat subuh kat surau & solat terawikh sekali.
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #10 on: August 12, 2011, 08:51:08 AM »
huhu...camne tu sue?...pg ni aku terlajak bgun sahur...xsempat nak kejut dia dah...tp aku buatkan dia breakfast pg td...pesan kat babah dia...so, kira dia sahur lewat skit la...tgk dia leh tahan puasa ke tak..
kesian pulak sbb dia xmakan pg td...kalu larat dia leh teruskan if not aku kasi dia berbuka

Offline ibualya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1743
  • Suka? +6/-0
  • ceria selalu....^_^
    • love,kids n lovely family
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #11 on: August 12, 2011, 09:42:15 AM »
rasanya maksud kak su,mula2 je bg reward..lpstu bila dia dah biasa.xyah janji nk bagi reward apa2 dah...

macam husna,mula2 je dia teringin bila tengok adik amakn.dh byk hari puasa,dia sendiri yang cakap"tak rasa teringin pun tengok adik makan"
bila adik makan depan dia..

pagi tadi saya terlajak sahur.sedar2 dah 6.30.dia bgn je terus cakap nak sahur..saya bagi dia makan biskut n minum air..
tanya dia balik"kaka puasa tak harini??"
dia cakap puasa...

layan jelah,dia bukan tau lagi sampai pukul berapa sahur tu.hehe

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #12 on: August 12, 2011, 01:36:17 PM »
tak... akak tak dak reward ni. maksud teknik distract tu, kalau dia kata lapar kita buat la aktiviti lain untuk dia. jangan dok bagi ingat sangat yang dia tu posa dan lapar.

budak-budak sahur pukul berapa pun tak pa. janji sebelum cerah. macam Atun kata dia bukannya tau pun sampai pukul berapa sahur tu.
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3115
  • Suka? +23/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #13 on: August 12, 2011, 01:37:03 PM »
tapi kalau dah tak bangun langsung tak yah posa la.
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline khadejaiman

  • Delima
  • *
  • Posts: 863
  • Suka? +14/-0
    • ibu+babah+khadeja
Re: Usia sesuai latih anak berpuasa
« Reply #14 on: August 13, 2011, 01:11:33 PM »
hehhehe...khadeja posa setengah hari jer semalam.... :)...

 

Powered by EzPortal