+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10630
Latest: zainie
New This Month: 99
New This Week: 5
New Today: 3
Stats
Total Posts: 441664
Total Topics: 7332
Most Online Today: 92
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 1
Guests: 79
Total: 80

Author Topic: Hukum Membunuh Semut  (Read 9257 times)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Hukum Membunuh Semut
« on: July 28, 2011, 09:59:28 AM »
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam.


Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #1 on: July 28, 2011, 10:00:59 AM »
kak aliah,
cmne kalo semut api? huiii tu kalo kene gigit boleh bengkak ooo...

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #2 on: July 28, 2011, 10:01:29 AM »
Alhamdulillah.. Terima kasih kak Aliah..

 

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #3 on: July 28, 2011, 10:01:49 AM »
alahai... sian semut, selalu sembur jer...
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #4 on: July 28, 2011, 10:11:58 AM »
letak ubat semut?..hehe  ;D
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   


Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #5 on: July 28, 2011, 10:13:29 AM »
sebelum ni kalau saya nampak semut kat sinki saya letak kat tepi tingkap.
kalau takut memudaratkan seperti semut mayat, kerengga kat
tempat tidur anak saya.  terpaksa la saya lenyek..

 

Offline inas

  • Nilam
  • *
  • Posts: 434
  • Suka? +15/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #6 on: July 28, 2011, 10:29:32 AM »
dalam satu kuliah ni, nak deal dgn semut:

1. boleh bunuh semut yg mmg telah menyerang kita. Kalau sekor, sekorlah, kalau 10, bunuhlah sebanyak yg telah menyerang kita.

2. Dia advise suruh bercakap dgn semut spy tk kacau kita.

3. Tp dia tak menganjurkan membunuh, malah ustaz tu punya attitude macam suruh biarkan saja.

4. Alasan dia, bagus semut ada rumah kita, sb dia adalah binatang berzikir. Semut suka rumah kita mungkin sb dia suka ahli rumah tu. Macam kucing.

5. Dia tak mengatakan berdosa kalau kita bunuh.

Apa2 pun syarat bunuh binatang tidak boleh dengan api kecuali ular.

Offline moon

  • Delima
  • *
  • Posts: 570
  • Suka? +4/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #7 on: July 28, 2011, 10:37:34 AM »
saya ni memang pantang la nampak semut..geram jer rase..macam mana pulak ni..huhuhu...

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #8 on: July 28, 2011, 11:26:08 AM »
dalam satu kuliah ni, nak deal dgn semut:

1. boleh bunuh semut yg mmg telah menyerang kita. Kalau sekor, sekorlah, kalau 10, bunuhlah sebanyak yg telah menyerang kita.

2. Dia advise suruh bercakap dgn semut spy tk kacau kita.

3. Tp dia tak menganjurkan membunuh, malah ustaz tu punya attitude macam suruh biarkan saja.

4. Alasan dia, bagus semut ada rumah kita, sb dia adalah binatang berzikir. Semut suka rumah kita mungkin sb dia suka ahli rumah tu. Macam kucing.

5. Dia tak mengatakan berdosa kalau kita bunuh.

Apa2 pun syarat bunuh binatang tidak boleh dengan api kecuali ular.

Salam,
Jika ustaz nak menyanggah larangan Rasulullah,kena ada dalil yang kuat..maka dalam penyanggahan ini ada ke dalinya?

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #9 on: July 28, 2011, 11:27:21 AM »
kak aliah,
cmne kalo semut api? huiii tu kalo kene gigit boleh bengkak ooo...

semut api ni pun semut juga...kira murder juga kalau dibunuh..hehe

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #10 on: July 28, 2011, 11:35:55 AM »
teringat kisah ex jiran saya.. pergi ke umrah tapi time nak
sujud tur tetiba ada semut.  dia tunggu semut tur pergi
baru dia sujud sebab dia tak mo terbatal amal ibadahnya..

 

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #11 on: July 28, 2011, 11:38:13 AM »
semut api ni pun semut juga...kira murder juga kalau dibunuh..hehe

aiseh...cmni kene halau shooh...shooohhhh..shooooh je lah..

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #12 on: July 28, 2011, 11:51:52 AM »
teringat kisah ex jiran saya.. pergi ke umrah tapi time nak
sujud tur tetiba ada semut.  dia tunggu semut tur pergi
baru dia sujud sebab dia tak mo terbatal amal ibadahnya..

MamaS,
Larangan Rasulullah bukan boleh dibuat main..ada hikmahnya.bagi yang faham mudah le sebab Rasulullah bukan suka2 melarang.Contoh macam hadis tentang lalat..kalau lalat masuk dalam air minuman kita benamkan lalat tersebut kedalam minuman itu dan minumlah.Pada yang tidak menghafal hadis ini mungkin keliru..kan lalat itu kotor dan banyak bakteria.Akhirnya kajian sains membuktikan Rasulullah kesayangan kita adalah BENAR sebab diperut lalat ada bakteria yang boleh melawan atau meneutralkan keracunan jika perutnya direndam dgn air..SubhanALLAH
« Last Edit: July 28, 2011, 11:54:28 AM by Aliahzakaria »

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #13 on: July 28, 2011, 11:53:00 AM »
aiseh...cmni kene halau shooh...shooohhhh..shooooh je lah..

Dah dilarang nak buat lagu mana..shoooh pun shoooh le dik oii

Offline inas

  • Nilam
  • *
  • Posts: 434
  • Suka? +15/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #14 on: July 28, 2011, 12:41:20 PM »
Salam,
Jika ustaz nak menyanggah larangan Rasulullah,kena ada dalil yang kuat..maka dalam penyanggahan ini ada ke dalinya?

dia ada guna 2 hadith lain:

1. Berkenaan binatang yg boleh mendatangkan mudarat pd kita. Cth, kalau semut gigit2 kita, takkan nak biarkan je. Oleh tu diharuskan bunuh takat yg attack kita je.

2. berkenaan ada satu ketika turun wahyu yg me'marahi' seorang Nabi tak silap, kerana seekor semut menggigitnya, maka satu sarang disuruh bakar.

macam lebah kan, selalunya kita avoid dia. tapi kalau dah ada sekor tengah menyengat kat kaki, takkan nak sweet talk dia? mestilah kita buat sesuatu yg mungkin mengakibatkan kematian dia.

Saya berpendapat, perkataan larangan disini tak bermaksud totally haram. Masih boleh diringankan kerana tiada dalil yg jelas yg mengharamkan dlm alquran dan masih ada hadith2 lain yang melonggarkan keadaan ini.

Dari segi integriti ustaz ni, dia seorang yg mempunyai ilmu yg tinggi. Bukan ustaz biasa. Dia mempunyai beberapa ratus hadith yg dia boleh ijazahkan secara khusus. kami ni kiranya dia ijazah secara am je.
« Last Edit: July 28, 2011, 12:48:59 PM by inas »

Offline inas

  • Nilam
  • *
  • Posts: 434
  • Suka? +15/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #15 on: July 28, 2011, 12:59:49 PM »
Ni saya nak share dr al ahkam.net. Lebih kurang mcm ni lah jwp ustaz tu masa dlm kelas.

Disini kami cuba menyimpulkan pendapat beberapa Mazhab mengenai perkara diatas berdasarkan perbincangan bab ini didalam Ensaiklopedia Fiqh Kuwait :-

"Syara' memakruhkan (membenci) membunuh beberapa jenis serangga/binatang, seperti katak. Telah di riwayatkan oleh Abdul Rahman bin Uthman, katanya : Tabib telah menyatakan kepada Rasulullah saw mengenai ubatnya, beliau menyebut bahawa ia diperbuat daripada katak, maka Rasulullah saw melarang membunuh katak" .

Dimakruhkan (dibenci) juga membunuh semut dan lebah, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra. :-
Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah"

Ulama mengecualikan semut jika ia membahayakan, maka didalam keadaan ini dibenarkan membunuhnya. Berikut adalah pandangan 4 Mazhab mengenainya.

1. Mazhab Maliki : dibenarkan membunuh semut dengan 2 syarat : (1) Ia mencederakan, (2) Ia tidak mungkin akan meninggalkan tempat tersebut, kerama ia tidak disukai kerana mengakibatkan kerugian badan ataupun harta.

 2. Mazhab Hanafi dan Maliki membenarkan membunuh serangga, tetapi Maliki meletakkan syarat hanya dibenarkan membunuh serangga yang merbahaya dengan cara ubat serangga dan tidak disalah gunakan, atau ditangguhkan melainkan 5 perosak yang dibenarkan membunuhnya samada didalam keadaan Ihram atau tidak (lihat hadith dibawah mengenai 5 perosak itu.).

3. Mazhab Syafie membahagikan serangga kepada 3 bahagian :

a. Yang pasti merbahaya, seperti 5 perosak sebagaimana hadith A'isyah :-
Rasulullah saw memerintahkan (dibenarkan) membunuh 5 perosak : tikus, kala-jengking, gagak, helang dan anjing gila"
Termasuklah mana-mana serangga yang merbahaya.
 b. Apa yang munafaat dan memudharatkan, maka tidak baik membunuh dan tidak dibenci.
 c. Tidak zahir darinya perkara yg bermunafaat dan tidak merosakkan seperti kumbang dsb, adalah makruh dibunuh. Adalah haram membunuh semut Al-Sulaiman, lebah dan katak. Selain dari semut Nabi Sulaiman, semut kecil dibenarkan dibunuh, tetapi  bukan dengan cara membakarnya.

4. Mazhab Hanbali berpendapat bahawa adalah dibenarkan membunuh serangga yang membahayakan selain dari 5 perosak. Membunuh serangga yang bahaya adalah mustahab, seperti kala-jengking, tikus, kumbang, lalat, nyamuk. Bagi serangga yg tidak merbahayakan seperti cacing, jawabnya mungkin dibenarkan, atau markuh ataupun haram. Adalah makruh (di benci) membunuh semut melainkan yang membahayakan, seperti anai-anai.

Elok juga kita melihat pandangan ulama aliran salaf kontemporer, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh. :-
 
“Jika serangga tersebut membahayakan, ia boleh dibunuh dengan menggunakan racun serangga, tetapi bukanlah dengan api. Rasulullah saw bersabda : 'Lima serangga perosak boleh dibunuh samada didalam ihram atau tidak, : tikus, kala-jengking, gagak, helang dan anjing gila.' [Hadith riwayat Muslim no: 2071]. Didalam riwayat lain menambah yg keenam iaitu ular. Rasulullah saw menjelaskan kepada kita bahawa serangga ini merbahaya, dan ia bukanlah sebagaimana binatang/serangga yang lain yang tidak membahayakan, maka Nabi saw menyuruh kita membunuhnya samada didalam Ihram atau tidak. Bagi serangga yang lain seperti kumbang atau lipas, yang boleh membahayakan, boleh juga di bunuh dengan menggunakan racun serangga, dan bukanlah dengan api" - [Fatawa Islaamiyaah, ms451].

Dr Abdul Fatah Idris pula mengatakan bahawa :
Dan membunuh semut menyediakan seseorang kepada perkara yang haram! Kerana sesungguhnya ia tidak merosakkan, melainkan jika ia mendedahkan kepada keburukan, maka sesungguh ia mempertahankan dirinya didalam pengurusan hariannya sama seperti serangga dan juga binatang yang lain.
Dan jika semut tersebut merosakkan bangunan, atau laman, atau perabot, contohnya yang dilakukan oleh anai-anai, maka ia hendaklah di hapuskan dan dibuangkan dari tempat yang dijumpainya! Kerana sesungguhnya dihalalkan keatas hamba dari perkara yang mengancam tanam-tanaman, perabot dan bangunan. Dan semua ini perkara yang membahayakan yang telah diharamkan oleh Nabi saw, dimana baginda bersabda : 'Tidak mudharat dan tidak memudaratkan'." - [sumber : Fatwa IOL : www.islamonline.net/fatwa/arabic ... waID=29779

Dari rumusan fatwa-fatwa ulama diatas, dapatlah kita simpulkan :
(a) Binatang atau serangga tidak boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya, melainkan ia merupakan binatang atau serangga yang membahayakan, baik jasad seseorang atau pun harta bendanya.
(b) Semut Al-Sulaiman (semut besar) dilarang sama sekali dibunuh, akan tetapi semut-semut kecil yang selalu mengganggu kawasan rumah boleh dibunuh.
(c) Membunuh semut dibolehkan dengan menggunakan racun serangga dan bukan membakarnya, sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz Imam Nawawi didalam memberi komentar keatas atas Hadith Imam Muslim diatas bahawa hanya Allah yang boleh mengazab dengan menggunakan api. WA.

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #16 on: July 28, 2011, 03:46:32 PM »
Assalamualaykum Pn Inas,

Akak dah belajar dari kesilapan lalu cara bagaimanakah menanggani soal berbeza pendapat dalam agama.Alhamdulillah sehingga kini telah dapat menerima dan bertolak ansur serta berlapang dada.

Akak dahmenkaji kesemua pendapat 4 imam besar termasuk juga ulama2 muktabar lainya sebelum memuatkan thread ini.Cuma apa yang akak anjurkan ialah adalah lebih murni jika ada sesuatu pendapat atau hujah disertakan dgn dalil dan wajib dimulakan dengan salam,tak kira lah siapa ustaz itu sebab tinggi manapun ilmunya belum tentu boleh mentakwilkan AlQuran dan hadis dan boleh  di iktiraf ulama sedunia.Sekadar pendapat akak yg daif.Apapun soal furuk adalah soal cabangl dan tidak memerlukan kita berhujah bersungguh2 untuk menegakkan sesuatu hukum,dalam soal ini juga boleh ditalfiqkan sepertimana fatwa ulama kontemporari Dr Sheikh Yusuf Alqardawi.Jika ini soal pokok atau akidah,baru lah rasanya perlu berhujah demi menjaga kesucian Islam.Apapun akak banyak mendokong pendapat imam shafie dalam soal cabang selain mentertibkanya pada Alquran dan hadis terlebih dahulu.

Sayuhgia di ingatkan hingga kehari ini terdapat khilaf dikalangan ramai ulama tentang soal cabang dan ianya bukan lah sesuatu yang baru dan menyalahi hukum.Akak rasa biarlah akak simpan hujah akak untuk perkara yang boleh mendatangkan kerosakkan akidah.Ribuan maaf jika tersinggung...
« Last Edit: July 28, 2011, 03:53:56 PM by Aliahzakaria »

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #17 on: July 28, 2011, 04:14:40 PM »
macam2 pendapat bila bhujah dalam sudut agama.
trima kasih ats pkongsian ilmu2 ini.

kalu dari bahasa yg senang dan tak mgelirukan,atau di simplify kan bg lebh mudah faham tuk golongan seperti saya ni,

kiranya kalu semut tu mgganggu kehidupan dan ruang rumah,masuk dalam makanan,air,gula bolehla kiranya mghalau dgn ubat semut.

letak ubat semut,3bln tak datang2.sama gak dgn ubat lipas..ghaib lipas dan geng2nya.hehe.
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #18 on: July 28, 2011, 04:29:35 PM »
macam2 pendapat bila bhujah dalam sudut agama.
trima kasih ats pkongsian ilmu2 ini.

kalu dari bahasa yg senang dan tak mgelirukan,atau di simplify kan bg lebh mudah faham tuk golongan seperti saya ni,

kiranya kalu semut tu mgganggu kehidupan dan ruang rumah,masuk dalam makanan,air,gula bolehla kiranya mghalau dgn ubat semut.

letak ubat semut,3bln tak datang2.sama gak dgn ubat lipas..ghaib lipas dan geng2nya.hehe.

Salam Ash,
Akak dulu lagi teruk,letak oat kat rumah semut bila semut makan perutnya kembung dan meletup bila bercampur air dalam badan sebab oat tu kan  kembang.Pastu ketawa....alangkah jahil dan berdosanya membunuh makhluk Allah yang tidak bersalah...taubat tak nak buat lagi,kali ni nampak semut akak nak lari dulu hehehe

Offline inas

  • Nilam
  • *
  • Posts: 434
  • Suka? +15/-0
Re: Hukum Membunuh Semut
« Reply #19 on: July 28, 2011, 05:19:09 PM »
Tak nak pening, pegang je lah pendapat shafie. rasanya kat Malaysia ni takdelah semut sulaiman tu.

kalau dah annoying sangat semut2 tu (gula masuk, susu anak pun masuk, air kosong pun dia masuk), gigit kita etc, boleh dah bunuh. Cuma, jangan dengan api.

Ubat semut tu bukan menghalau. Dia sebenarnya membunuh seluruh koloni semut tu. Dia actually bawak balik racun tu kat rumah dia. Nak halau, guna spray nyamuk, dia pengsan je. Sapu, lepas tu cepat2 membasuh atau mengemop area favourite dia.

 

Powered by EzPortal