+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11028
Latest: SayaGina
New This Month: 109
New This Week: 23
New Today: 3
Stats
Total Posts: 447605
Total Topics: 7501
Most Online Today: 173
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 6
Guests: 150
Total: 156

Author Topic: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam  (Read 25523 times)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« on: September 21, 2011, 11:08:23 PM »
Senarai Produk2 oleh Muslim Consumer Group http://www.muslimconsumer.org Yang Berpengkalan Di Canada

MCG akan hanya mengistiharkan halal jika hanya pengilang2 mengikuti syarat yang ketat .Kebanyakkan produk ini ada dijual di Malaysia dan bukan semua kilang berada di sini bagi pihak Jakim mengeluarkan sijil halal.Saya hanya sekadar mahu kita berhati2 supaya apa yang dimakan atau pakai tidak memudaratkan diri dan mengundang kemurkaan Allah SWT.Sila buat penilaian sendiri tentang status kehalalan atau keharaman produk2 ini ye......

NAMA PRODUK            JENIS PRODUK                      KOMEN MSG
Loreal                       Shampu & Konditioner   Cochineal Red dari ulat yg haram

Head & Shoulder        Shampu & Konditioner   Tiada Jaminan bebas dari enzim babi

Herbal Essence             Shampu & Konditioner   Tiada Jaminan bebas enzim babi

Pantene                        Shampu & Konditioner   Tiada Jaminan bebas  enzim babi

Oil of Olay               Penjagaan kulit & facial   Lemak babi

Old Spice                       Old Spice Anti-Perspirantl     Bahan dari haiwan

Johnson & Johnson       Regular Baby Lotion    Bahan dari haiwan termasuk babi

Dove                                  Sabun Dove   Bahan dari haiwan termasuk babi.Syarikat tidak menjamin bebas babi

Olay                                           Sabun            Bahan dari haiwan termasuk babi

Camay                                   Sabun            Bahan dari haiwan termasuk babi

Suave                                   Sabun            Bahan dari haiwan termasuk babi

Zest                                           Sabun            Bahan dari haiwan termasuk babi

Olay                                          Body Wash   Tiada Jaminan bebas lemak babi

Old Spice                             Body Wash   Tiada Jaminan bebasi lemak babi

Sudafed                         Sinus & pain caplets
Triple Actions Caplet      Musbooh sebab tiada informasi lengkap tentang bahan walaupun kilang kata bebas haiwan & babi

Cover Girl                            Semua produk make up     Lemak haiwan & babi

Avon                                     Produk Makeup      Ada yang dibuat dari lemak babi dan ada pula dari kosher (Dec 2010)

Nutragena                    Produk Makeup         Lemak babi digunakan untuk beberapa produk (Dec 2010)

Halls                                 Ubat Batuk   Musbooh (Masih menunggu jawapan dari Kraft)

Listerine                             Listerine Mouthwash       Kandungan Alkohol
    
Crest                             Ubat gigi   4% Alkohol
  
Red Bull                            Minuman tenaga                Alkohol Haram

Dr Pepper Snaple Group       7-UP,Scheweppes        Ethyl Alkohol

Enfamil           Enfamil Nutramigen,Nutramigen Lipil   Enzim protease dari babi,nucleotide

Similac                                 Alimentum,go and grow   Enzim protease dari babi,nucleotide

Crayola                                    Crayon                           Lemak babi

Ritz                                            Biskut Ritz                  Alkohol

Dunkin Doughnut                    Doughnut              L-cysteine haram jika dari rambut manusia

Mentandent                             Ubat gigi   Tiada jaminan dari pengeluar bebas dari babi

Wrigley                                      Semua produk   Bahan dari haiwan
      
Semoga Bermanfaat
« Last Edit: September 22, 2011, 08:04:32 AM by Aliahzakaria »


Offline f_aif

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1351
  • Suka? +5/-0
  • ~~union of love~~
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #1 on: September 22, 2011, 12:43:05 PM »
haritu terima sms pasal munchys...
berita tu palsu..
cek kat web JAKIM..JAKIM kate produk tu HALAL..


Offline Mummy Danish

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +1/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #2 on: September 22, 2011, 02:48:15 PM »
ni kawan sy dari jakim cakap... sy pon dlu dari jakim gak..
"i don't think so... sbb sume tu syarikat besar n ade outlet di serata dunia,but if de factory in malaysia,jgn ragu2 sekiranya ade tanda halal Jakim..sbb produk yg boley masuk malaysia semestinya halal..cam isu mcd la..ade negara yg guna dgg babi but 4 msia it safe n suci..hihi" :)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #3 on: September 22, 2011, 04:46:30 PM »
Baik kita berfikran begini...

Macam yang saya kata awal2 lagi,kilang yang ada di Malaysia Jakim boleh pantau tetapi apabila produk2 yang diimport dari luar negara susah sikit Muslim Consumer Group ni biasanya akan menghantar surat kepada pengilang2 untuk bekerjasama mengistiharkan kepada umat Islam dari aspek pengunaan bahan2 yg digunakan dalam formulasi mereka.Kebanyakkan surat dan email yang dijawab oleh pengilang antarabangsa kepada MCG mengesahkan perkara ini.

Jadi bagi rakyat Malaysia...pandai2 je lah ye...

Tanggung jawab saya ialah hanya menyampaikan yang sepatutnya dari saudara se Islam kita yang bejuang di arena antarabangsa

Untuk maklumat lanjut sila kelaman web MCG

Offline gurl_x

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 208
  • Suka? +0/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #4 on: September 23, 2011, 08:05:46 AM »
ni kawan sy dari jakim cakap... sy pon dlu dari jakim gak..
"i don't think so... sbb sume tu syarikat besar n ade outlet di serata dunia,but if de factory in malaysia,jgn ragu2 sekiranya ade tanda halal Jakim..sbb produk yg boley masuk malaysia semestinya halal..cam isu mcd la..ade negara yg guna dgg babi but 4 msia it safe n suci..hihi" :)

mummy danish u dulu jakim dari bahagian hub halal ke?


Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #5 on: September 24, 2011, 02:35:25 PM »
Bagus juga ada orang JAKIM kat sini sebab ada soalan cepumas nak tanya....

Agak2 dah berapa TON lemak babi yang dah umat Islam kita makan hasil dari buat kuih dan kek guna butterchurn yang seingat akak sejak 40-50 tahun dahulu?

Itu baru satu produk je,banyak lagi yang lain masih berleluasa dan berlogo

Siasatan dan soalan kepada pegawai JAKIM,mereka mengatakan hanya bertanggung jawab keatas pengaduan produk yang ada logo shj dan jika produk impot kosmetik,sabun atau apa2 produk yang tidak memohon halal jakim bukan dibawah bidang kuasa jakim.....so jadi dibawah bidang kuasa siapa??....jawapanya tentulah bidang kuasa kita sendiri bagi memastikan keluarga kita terselamat dari makanan dan produk hasil dari benda haram.

Offline Mummy Danish

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +1/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #6 on: September 26, 2011, 12:21:49 PM »
yup.. sy service... tp dlu ms kat jakim kalu ada yg confuse ke ape ke.. sy call bhgn hub halal tya.. cam yg minyak sapi dlu.. ckp ada itu ini.. tp jakim sahkan halal je... kalu nak kepastian call tya bahagian hub halal, n mntak dia emailkan sah produk2 ni haram... then upkan kat sni... :D

Offline Mummy Danish

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +1/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #7 on: September 26, 2011, 12:28:40 PM »
cuba tengok web ni... http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-permohonan-luar-negara-yang-diluluskan

kalu yg sah2 ada tulis genetik babi kat ingredient tu... mmg x halal la.. x kan nak halal gak....

Offline Mummy Danish

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +1/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #8 on: September 26, 2011, 12:52:50 PM »
yang ni plak senarai badan yang diiktiraf oleh jakim... :)
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #9 on: September 26, 2011, 04:42:36 PM »
Assalamualaikum,

Realiti kehidupan sebagai umat Islam yang kena kita terima...Musuh2 Islam akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan kita baik dengan cara halus atau kasar.Sehalus2 cara adalah menghimpunkan sebanyak mungkin bahan haram didalam tubuh kita tanpa kita sedari.Ini adalah sebahgian dari perancangan jahat negara2 penyembah syaitan yang sedang menguasai dunia sekarang.

Hakikatnya JAKIM adalah sebuah badan kechil sahaja dalam perkara yang teramat besar dalam Islam iaitu halal/haram...kita kena juga terima hakikat yang JAKIM juga tidak dapat memantau kesemua produk yg berlogo dari aspek formulasi dan penyediaanya selagi tiada aduan.Kekurangan kakitangan juga adalah punca ini berlaku.Mana mungkin dengan hanya beberapa pegawai sahaja dapat memantau kesemua produk2,restoran,bahan makanan dll yang telah disahkan???kita bercerita tentang ratusan ribu produk2 dsb

Sebaik2nya kita terima hakikat ini dan mula berhati2 dengan apa yang dibeli,dimakan atau digunakan.Sekiranya ada berita2 atau panduan2 yg sahih tentang halal/haram yang datangnya dari saudara seIslam ,seharusnya diambil perhatian .Saling ingat mengingatkan sesama Islam adalah dituntut..

Semoga kita mendapat kebaikan didunia dan diakhirat

Pedas tetapi Ikhlas

« Last Edit: September 26, 2011, 04:55:26 PM by Aliahzakaria »

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2028
  • Suka? +5/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #10 on: September 26, 2011, 04:50:06 PM »
Bagus juga ada orang JAKIM kat sini sebab ada soalan cepumas nak tanya....

Agak2 dah berapa TON lemak babi yang dah umat Islam kita makan hasil dari buat kuih dan kek guna butterchurn yang seingat akak sejak 40-50 tahun dahulu?

Itu baru satu produk je,banyak lagi yang lain masih berleluasa dan berlogo

Siasatan dan soalan kepada pegawai JAKIM,mereka mengatakan hanya bertanggung jawab keatas pengaduan produk yang ada logo shj dan jika produk impot kosmetik,sabun atau apa2 produk yang tidak memohon halal jakim bukan dibawah bidang kuasa jakim.....so jadi dibawah bidang kuasa siapa??....jawapanya tentulah bidang kuasa kita sendiri bagi memastikan keluarga kita terselamat dari makanan dan produk hasil dari benda haram.


kak aliah, kalo nk di kira2 byk juga orang2 kita termasuk sy dah mkn DNA vavi tanpa sedar..berpuluh tahun jugak la..masyaallah dah jd darah daging.kita beli sesuatu barang merujuk kpd logo halal dan kandungan barang tersebut..tak sangka pulak disebalik halal tu ade vavi yg tersembunyi..

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #11 on: September 26, 2011, 05:10:27 PM »
Ayureen,
Dari atuk,nenek,ayah yang dah tiada,Ibu,adik beradik dan kami sekeluarga...semuanya dah berpuluh tahun menggunakan bahan haram ini..moga2 perbuatan pengilang (jika disengajakan) akan mendapat balasan yang setimpal.Kalu nak dikutkan memang dah jadi darah daging pun....apa nak buat?? sebagai umat Islam kita kena  banyak solat taubat.Minta ampun dan bertaubat dan berjanji akan lebih berhati2 dimasa depan.

Kesian pula kat nasib pengusaha  Islam kek lapis sarawak ?
« Last Edit: September 26, 2011, 06:26:12 PM by Aliahzakaria »

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2028
  • Suka? +5/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #12 on: September 27, 2011, 09:05:33 AM »
Ayureen,
Dari atuk,nenek,ayah yang dah tiada,Ibu,adik beradik dan kami sekeluarga...semuanya dah berpuluh tahun menggunakan bahan haram ini..moga2 perbuatan pengilang (jika disengajakan) akan mendapat balasan yang setimpal.Kalu nak dikutkan memang dah jadi darah daging pun....apa nak buat?? sebagai umat Islam kita kena  banyak solat taubat.Minta ampun dan bertaubat dan berjanji akan lebih berhati2 dimasa depan.

Kesian pula kat nasib pengusaha  Islam kek lapis sarawak ?


walalupun diorg alami kerugian beribu2 ringgit, tp disebabkan kesedaran tentang halal haram ni, diorg dah x guna lg butter tu.diorg guna butter lain..masih lg sedap..
raya baru2 ni sy g kuching.tgk perniagaan diorg masih lg maju..ramai sgt yg dtg beli..berebut2..itu menunjukkan permintaan masih lg tinggi.

Offline aries81

  • Nilam
  • *
  • Posts: 327
  • Suka? +1/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #13 on: September 27, 2011, 09:26:24 AM »
ble beli makanan ke ape ade gak tengok senarai bahan2nya tapi kalo yg pakai kod2 kita org biase mane la faham n tahu bhan ape yg digunakan.. sepatutnya pihak yang berwajib perlu lebih tegas dan memainkan peranan dan tanggungjwb berkaiatan dengan hal ini,...

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2028
  • Suka? +5/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #14 on: September 27, 2011, 09:52:44 AM »
ble beli makanan ke ape ade gak tengok senarai bahan2nya tapi kalo yg pakai kod2 kita org biase mane la faham n tahu bhan ape yg digunakan.. sepatutnya pihak yang berwajib perlu lebih tegas dan memainkan peranan dan tanggungjwb berkaiatan dengan hal ini,...

betul tu..kalo stakat MSG tu kita tau la..kdg2 guna kod2 yg hanya org2 tertentu saja faham..yg kita org biasa ni tau gula, garam, cili, tomato..
sepatutnya tulis dgn jelas setiap bhn kandungan yg digunakan.jd kita boleh buat pilihan.

Offline aries81

  • Nilam
  • *
  • Posts: 327
  • Suka? +1/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #15 on: September 27, 2011, 10:02:28 AM »
kita negara islam patutnya semua produk di pasaran halal kalo yg xhalal patut dilabelkan..
sbb secara logik produk yg halal lebih banyak berbanding produk yg xhalal..

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2028
  • Suka? +5/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #16 on: September 27, 2011, 11:13:20 AM »
mslah sekarang kan, logo halal pun boleh dibuat main2..
ade yg konfem2 x halal, tp ditepek logo halal " ha lam alif lam" je..
ade juga bermacam2 jenis logo halal yg diiktiraf oleh mcm2 negara.
kita sbg pengguna kdg2 keliru dgn logo halal..

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #17 on: September 27, 2011, 02:20:48 PM »
mslah sekarang kan, logo halal pun boleh dibuat main2..
ade yg konfem2 x halal, tp ditepek logo halal " ha lam alif lam" je..
ade juga bermacam2 jenis logo halal yg diiktiraf oleh mcm2 negara.
kita sbg pengguna kdg2 keliru dgn logo halal..

Setuju sangat dgn komen ayureen..P Ramlee kata logo halal ini YANG  MAHA KELAMKABUT....hihi

Alhamdulillah dengar perniagaan kek lapis sarawak tidak terjejas...mudah2an berhati2 dimasa depan

lydianajihah

  • Guest
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #18 on: September 27, 2011, 02:55:00 PM »
terima kasih kak aliah kerana berkongsi ya.. :)

Offline inas

  • Nilam
  • *
  • Posts: 434
  • Suka? +15/-0
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #19 on: September 27, 2011, 05:01:56 PM »
canadian/american muslim assoc dia punya standard mmg rigid. kalau sapa2 biasa ikut isu halal/haram , kalau assoc ni kata haram, yg kat britain dan australia kata halal.

so, byklah benda yg kdg2 sy was2. mcm cheese, selalu sy guna yg guna microbial rennet w/pun brand kraft (australia) kata halal.

mcm peanut butter, boleh kata 99% made in china. selain dr mslh halal, risau jugak bab pesticide. Jadi, sy cari produk us or uk, sb selalunya penguatkuasaan depa ketat. bila dr us or uk, saya akan cari label kosher. kurang2 takde pork element dan arak.

biskut2 kilang tempatan, sy stick pd brand yg well known dan mungkin limited kat satu dua brand saja. kalau overseas, logo kosher dicari. plg cikai cari vegetarian logo.

kalau ayam mentah, mmg beli yg freshly slaughtered dan mesti muka melayu/bertudung. Kalau yg lelaki pakai rantai, bukan melayu, ada tatoo mmg reject, w/pun hanya kuli.

kalau dpt goodies kat kenduri atau birthday party, sy scan dulu. kalau tak kenal brand atau takde brand, mmg sy bribe utk beli lain sbg ganti.

instant mix cakes/muffin/cookies yg dijual kedai bhn2 cake pun sy dah tak beli. kalau ada brand dan logo halal, ok.

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Re: Awas- Senarai Produk Haram Bagi Umat Islam
« Reply #20 on: September 27, 2011, 05:28:34 PM »
canadian/american muslim assoc dia punya standard mmg rigid. kalau sapa2 biasa ikut isu halal/haram , kalau assoc ni kata haram, yg kat britain dan australia kata halal.

so, byklah benda yg kdg2 sy was2. mcm cheese, selalu sy guna yg guna microbial rennet w/pun brand kraft (australia) kata halal.

mcm peanut butter, boleh kata 99% made in china. selain dr mslh halal, risau jugak bab pesticide. Jadi, sy cari produk us or uk, sb selalunya penguatkuasaan depa ketat. bila dr us or uk, saya akan cari label kosher. kurang2 takde pork element dan arak.

biskut2 kilang tempatan, sy stick pd brand yg well known dan mungkin limited kat satu dua brand saja. kalau overseas, logo kosher dicari. plg cikai cari vegetarian logo.

kalau ayam mentah, mmg beli yg freshly slaughtered dan mesti muka melayu/bertudung. Kalau yg lelaki pakai rantai, bukan melayu, ada tatoo mmg reject, w/pun hanya kuli.

kalau dpt goodies kat kenduri atau birthday party, sy scan dulu. kalau tak kenal brand atau takde brand, mmg sy bribe utk beli lain sbg ganti.

instant mix cakes/muffin/cookies yg dijual kedai bhn2 cake pun sy dah tak beli. kalau ada brand dan logo halal, ok.

Alhamdulillah,

Back to basic....Yang Halal itu Jelas...Yang Haram pun Jelas....masalahnya yg kesamaran (mustasyabihat)kena juga ambil sikap  was was(lebih2 lagi pengilang orang kafir)

Sikap berwaspada amatlah dituntut dalam Islam....Syabas Inas!!!
« Last Edit: September 29, 2011, 09:11:39 AM by Aliahzakaria »

 

Powered by EzPortal