+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10621
Latest: Rahidah
New This Month: 90
New This Week: 13
New Today: 1
Stats
Total Posts: 441590
Total Topics: 7325
Most Online Today: 245
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 6
Guests: 134
Total: 140

Author Topic: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria  (Read 1499 times)

lydianajihah

  • Guest
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-filem-hantu-racuni-minda-cerita-tahyul-punca-hysteria/


lydianajihah

  • Guest
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #1 on: October 02, 2011, 02:03:10 PM »
setuju dengan Tun..

Offline hikmahnurhikmah

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 199
  • Suka? +0/-0
  • Alhamdulillah wasyukranliLLah
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #2 on: October 02, 2011, 02:59:21 PM »
setuju jugak =)

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #3 on: October 02, 2011, 03:08:34 PM »
setuju..

kita kurang crita pendedahan saintifik cm discovery channel,ilmu kajian dan sebagainya.

byk crita kat tv berunsurkan lawak,hantu,drama cintan cintun.

tak pun,crita kononnya nak ungkai masalah remaja,rempit bohsia sbg nya,tapi pendedahan kisah sebenar tu kurang.
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #4 on: October 02, 2011, 03:16:22 PM »
bukan tak percaya alam ghaib,tapi pendedahan secara saintifik tu pun perlu.

contoh,
mayat tbangun dari baringan.ada pernyataan dari saintifik,iaitu kerenggangan otot2 akibat tiada aliran darah atau sbgainya (maaf ye,tak pandai hurai tperinci)

begitu gak dgn peristiwa 'dhempap ketika tido'..ada penerangannya dari saintifik.

kalu kita dapat dua2 ilmu,agama dan sains,kita lg mengerti akan keagungan kuasa allah.
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   


Offline yana~alisya

  • Nilam
  • *
  • Posts: 345
  • Suka? +3/-0
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #5 on: October 03, 2011, 12:00:53 AM »
sangat-sangat setuju ngan Tun, kadang2 anak saya(6 tahun) bertanya "kenapa orang mati bangun semula?"saya sendiri susah nak explain kat dia sebab benda tu sah-sah tahyul.
:: my life, my love, my princess & my little angel ::
http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/

Offline yana~alisya

  • Nilam
  • *
  • Posts: 345
  • Suka? +3/-0
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #6 on: October 03, 2011, 12:08:33 AM »
Satu lagi, bagi saya lambakan cerita hantu dan seram di tv ni, lebih mendidik kanak-kanak menjadi PENAKUT.Contohnya anak saya, dulu dia berani naik ke tingkat atas rumah saya seorang diri, sekarang ni dia nak saya temankan.Bila saya tanya "takut" jawabnya.

Bukan anak saya tengok cerita hantu di tv pun, tapi kadang-kadang kebetulan dia tengah tengok cerita lain, iklan cerita hantu yang keluar, siap dengan muka yang mengerikan lagi.Sometimes rasa kesian dengan dia sebab sampai tutup muka (bila wajah ngeri yg keluar di skrin tv).

Sebagai ibu, peranan saya menjelaskan kepada dia yang hantu tu TAK WUJUD sebenarnya.Yang ada cuma syaitan dan iblis.Hantu cuma wujud dalam minda orang yang penakut (untuk motivate dia supaya lebih berani).Tapi kalau hampir setiap hari kanak-kanak ni dimomokkan dengan wajah-wajah seram di tv tentu sukar untuk mereka faham antara realiti dan khayalan.
:: my life, my love, my princess & my little angel ::
http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/

Offline Ummi_Ina

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1414
  • Suka? +8/-0
  • trying to be a supermommy to 5 kids...!!!
    • OurDreamsOfLife
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #7 on: October 03, 2011, 08:55:49 AM »
memang bersetuju sangat...ada one time dulu cerita2 berunsur hantu/tahyul, ganas & seks diharamkan....arahan arwah Tok Mat(Tan Sri Mohamed Rahmat) di bawah pimpinan Tun Mahathir

but now, semuanya berleluasa kembali

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #8 on: October 03, 2011, 10:21:11 AM »
betul tu..citer2 hantu/ seram skarang ni buat budak2 jd takut..sbg contoh anak sy 2 thn..tgk iklan hantu bonceng kat tv dah takut..padahal takde pape pun..
citer hantu/seram dah mcm trend skarang ni..penerbit berlumba2 buat filem mengarut..tak semua yg bawa keuntungan..ada yg mempersendakan agama, ayat2 suci al-quran..kadang2 naik menyampah pun ada..kalo difikirkan byk negatif dari positif.

Offline nukilanida

  • Delima
  • *
  • Posts: 1164
  • Suka? +5/-0
    • My Sport Blog
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #9 on: October 03, 2011, 10:54:46 AM »
agree..takyah la nengok citer2 gini... tgk vcd ustaz kazim lagi best!

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #10 on: October 03, 2011, 11:38:52 AM »
kalo tgk vcd ustaz kazim rase cm tgk movie lawak pun ade..

lydianajihah

  • Guest
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #11 on: October 03, 2011, 01:25:27 PM »
tak ada input yang memberangsangkan bahkan merosakkan minda dan menumpulkan perkembangan personaliti.
kesian juga dengan generasi muda kita.

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5523
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #12 on: October 03, 2011, 02:53:18 PM »
ketandusan idea dia org ni
org buat cerita hantu, untung banyak, dia pun nak buat

tapi tak semua fenomena pelik boleh dihuraikan dengan sains kerana makhluk halus mmg wujud.
cuma kadang2 org suka terus nak menyalahkan benda halus, padahal kadang2 diri sendiri cari pasal (cth: kata dah kena guna2, padahal dia pergi menggatal heheee)

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #13 on: October 03, 2011, 03:52:35 PM »
penerbit filem ni kalo tak citer hantu, diorang buat citer rempit2..
kalo citer cintan cintun pun nk selitkan adegan rempit2 ni..
tu yg budak2 mude suka ikut..mula la merempit kat jalan pastu eksiden..dah patah sane sini..
tak byk filem yg boleh memberi output yg baik / positif..
kalo ade pun macam filem syukur 21 dulu..tu pun x dpt sambutan sangat..

Offline ayu

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1259
  • Suka? +8/-0
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #14 on: October 04, 2011, 01:59:07 PM »
SETUJU!! sebab ayu memang tidak minat langsung cerita hantu walaupun sekarang dah dikomers*alkan ke arah lawak komedi seram plak

Offline yaniez

  • Nilam
  • *
  • Posts: 364
  • Suka? +3/-0
  • Happy Forever!
Re: Mahathir: Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca histeria
« Reply #15 on: October 05, 2011, 11:55:09 AM »
betul tu... setuju sangat2...
sekarang ni hampir tiap2 hari.. dan tiap2 bulan keluar drama dan filem cite hantu.. dah macam tak de cite lain...

kalau dulu2 elok jek kena pantau.. sekarang ni ikut suka jek keluar... makin menjadi2 plak tu...


 

Powered by EzPortal