+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11016
Latest: Mrs. Sya
New This Month: 97
New This Week: 11
New Today: 0
Stats
Total Posts: 447491
Total Topics: 7497
Most Online Today: 196
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 14
Guests: 175
Total: 189

Author Topic: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga  (Read 1691 times)

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« on: October 16, 2011, 01:05:30 AM »
Siapa tengok telefilem ini?
Kalu ada kat tonton.com nanti..sila lah tengok ye.  ;D
Penuh mesej dan pengajaran. Dan sangat mantap jalan penceritaannya.
Konflik antara anak dan ibu.
Seorang ibu menyayangi anaknya.
Seorang ibu membenci anaknya.



**************

Sinopsis ini adalah hasil tulisan saya sendiri.
http://ashra-aulia.blogspot.com/2011/10/slot-cerekarama-tv3-bawaku-ke-syurga.html


Telefilem ini arahan Raja Ahmad Alauddin, terbitan Zeel Production.
Sabtu, 15 Oktober 2011
TV3, 10. 00 malam
Fasha Sandha, Fiza Elite, Eizlan Yusof, Azizah Mahzan,


BAWAKU KE SYURGA mengisahkan tentang dua orang banduan wanita, Siti Aisyah (Fiza Elite) dan Rozinah (Fasha Sandha) yang sedang menunggu hukuman mati dalam penjara. Siti Aisyah dituduh membunuh manakala Rozinah ditahan atas kesalahan membunuh. Perbezaan sikap membuatkan mereka akrab. Siti Aisyah seorang yang panas baran manakala Rozinah seorang yang penyabar.

Ibu Aisyah, tidak pernah lengkang untuk mendoakan kebaikan anaknya sejak dari kecil. Malah ibu Aisyah tidak pernah bersangka buruk terhadap anaknya. Namun, Aisyah tersasar memilih jalan yang salah dengan bekerja sebagai penggelap duit orang kaya dengan bisnes yang tak pernah wujud dan memperdagangkan tubuhnya untuk meraih kekayaan. Semua ini diluar pengetahuan ibunya sehingga satu hari Aisyah dituduh membunuh seorang Dato' di hotel.

Manakala, ibu kepada Rozinah pulak, tidak pernah mendoakan kebaikan anaknya sejak dari kecil dan sentiasa menghamburkan kata2 yang buruk sepanjang membesarkan Rozinah. Dia sendiri mengaku tidak pernah redha mengandungkan Rozinah dan tidak ikhlas membesarkan Rozinah akibat kisah silamnya sendiri. Apatah lagi Rozinah berkahwin bukan dengan lelaki yang kaya sehingga terpaksa bekerja sebagai penjual insurans. Ratu hari, Rozinah digoda oleh seorang Dato' yang cuba mencabuli kehormatannya. Demi pertahankan maruahnya, Rozinah membunuh tanpa niat.

Di akhir cerita,
Aishah mula insaf akan kesalahan dilakukan kerana menipu ibunya. Manakala, ibunya yang terguris hati, sudi memaafkan Aishah dan terus mendoakan Aishah. Berkat doa dari ibunya, Aishah terlepas dari hukuman membunuh apabila seorang lelaki tetiba tampil membuat pengakuan kepada polis.

Rozinah pula disahkan mengidap kanser paru paru ketika di penjara dan akhirnya telah meninggal dunia. Kehidupannya yang tidak pernah diiringi doa dari ibunya telah menjadikan Rozinah sentiasa bernasib malang. Barulah ibunya sedar, selama ini kata2 penghinaan yang dilemparkan itu telah memperjudikan kehidupan Rozinah. Tetapi sesalannya si ibu telah terlambat.
« Last Edit: October 16, 2011, 01:22:14 AM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   


Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #1 on: October 16, 2011, 01:06:32 AM »
Inilah antara telefilem yang terbaik pernah saya tonton.
2 jam tanpa sia2,penuh dengan mesej dan pengajaran hingga mengalirkan airmata saya ni.

Telefilem ini menyampaikan satu mesej mengenai "DOA IBU".
Doa dan kata2 yang baik berterusan dari ibu,pasti membantu anaknya memperoleh kebahagiaan/kejayaan/taubat sekalipun anaknya telah tersasar jauh dari kebenaran.

Sebaliknya, tanpa doa kebaikan dari ibu malah jika kata2 yang ibu hamburkan segalanya buruk belaka,pasti mengiring kehidupan anaknya sekalipun anaknya adalah golongan anak yang baik.

Kesimpulan dari saya....
Sebagai ibu.....sentiasalah berdoa kebaikan tuk anak, sekalipun adakalanya anak ini melukakan hati dan perasaan kita. Kerana doa ibu yang berterusan itulah,membantu anak2 kita ke jalan syurga. Insyaallah...

Wahai ibu, jagalah lidah mu!
« Last Edit: October 16, 2011, 01:20:34 AM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline cheesecake

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1745
  • Suka? +7/-0
  • ^.^
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #2 on: October 16, 2011, 01:35:55 AM »
i pon tgk tadi ash..
yup..sgt terkesan dihati ni..
suka motip cerita tadi..walau tak suka fasha..muahaha

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #3 on: October 16, 2011, 01:39:39 AM »
i pon tgk tadi ash..
yup..sgt terkesan dihati ni..
suka motip cerita tadi..walau tak suka fasha..muahaha

i personally,tak lah suka personalitinya.
tapi tak dinafikan,fasha kalu bab2 drama airmata ni...mmg best lakonannya.

hehe.so,pape drama fasha,i akan tengok..
(anak derhaka,isteri derhaka,perempuan baik ke jahat ke)

kecuali kalu lakonan tomboy atau gedik2..i tak suka..hehehehe
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #4 on: October 16, 2011, 07:23:34 AM »
Tengok jugak cerita ni semalam cuma tak sempat tengok dari awal..
Kalau watak2 airmata ni fasha memang the best lah kan.. :-)
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/


Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +23/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #5 on: October 16, 2011, 09:33:51 AM »
Saya tak tengok dari awal, tengok pun dah lepas sejam. tengok dengan hasben yg baru balik kerja.

memang betul ,setiap perkataan yg kelaur dari mulut ibu adalah doa. Masih ingat lagi pesanan arwah mak, kalau dah tak tahan sangat marah dengan anak, jangan sesekali marah dengan perkataan. sebab takut terlajak kata.

Rasanya drama ni kuat sebab Azizah Mahzan kot, sebab time saya tengok, Fasha dah start nak masuk hospital dah.

Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/

Offline husna86

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1200
  • Suka? +3/-0
    • Healthy Vita Garden
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #6 on: October 16, 2011, 10:41:49 AM »
Saya tak tengok dari awal, tengok pun dah lepas sejam. tengok dengan hasben yg baru balik kerja.

memang betul ,setiap perkataan yg kelaur dari mulut ibu adalah doa. Masih ingat lagi pesanan arwah mak, kalau dah tak tahan sangat marah dengan anak, jangan sesekali marah dengan perkataan. sebab takut terlajak kata.

Rasanya drama ni kuat sebab Azizah Mahzan kot, sebab time saya tengok, Fasha dah start nak masuk hospital dah.



salam...hana,sama la dgn saya...start tengok pkul 11,fasha dah kat ospital..tgk dengan husband lepas dia blik kerja...tu pun saya dah sedih...rasa nk nangis tp cotrol macho sebab minggu lepas dah nangis tengok cerita "jangan bawa aku ke neraka"....

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #7 on: October 16, 2011, 12:35:37 PM »
btul2.watak ibu dalam crita ni bagi kesan mendalam dan mguatkan drama ni.

slalu kisah anak derhaka je.kali ni,kisah antara dua ibu yg bbeza doa baik buruk tuk anak.rasa tkesan di hati.betapa kita sbg ibu pun kena jaga lidah kita,skalipun tselit rasa marah,tak puas hati dgn anak.

saya tengok sorg2.tak control airmata.hehe.hubby layan bola.

~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5528
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #8 on: October 16, 2011, 12:39:00 PM »
Saya tak tengok dari awal, tengok pun dah lepas sejam. tengok dengan hasben yg baru balik kerja.

memang betul ,setiap perkataan yg kelaur dari mulut ibu adalah doa. Masih ingat lagi pesanan arwah mak, kalau dah tak tahan sangat marah dengan anak, jangan sesekali marah dengan perkataan. sebab takut terlajak kata.

Rasanya drama ni kuat sebab Azizah Mahzan kot, sebab time saya tengok, Fasha dah start nak masuk hospital dah.

Hana.. tu sbb akak suka cakap na'uzubillahi min dzalik dgn anak..
cthnya,
kita kata bahaya kanak2 jalan sorg2, sebab ada yg kena culik.. lepas tu sambung belakang, na'uzubillahi min dzalik

Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +23/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #9 on: October 16, 2011, 04:14:16 PM »
Sebab tukan ummi, orang dulu-dulu kalau nak marah anak suka guna perkataan macam
" bertuah punya anak"
" pandai", "cerdik"


Dalam sedara saya pun macam ada kes macam ni, ibu suka keluarkan kata2 macam 'b*d*h', 'tak guna', 'tak cerdik' dan anak dia memang jadi macam yg dia kata sedangkan anak2 yg lain semua ok. tapi anak yg dia kata tulah jaga dia time kena stroke, jaga dia sampai hujung nyawa.
Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #10 on: October 16, 2011, 06:02:33 PM »
setiap kata2 ibu umpama doa...
saya tgk cerita ni mlm tadi, mmg best!
lagi2 lakonan fasha sandha tu... tak suka dia, tapi, kalau dia berlakon, mmg saya tgk!
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #11 on: October 16, 2011, 08:22:53 PM »
saye tengok jugak cerita ni cuma tak berkenan dgn nama yg digunakan tu
"Rozinah"
alhamdulillah saye belom pernah guna perkataan tak elok pada anak2 sebb biasa kalau saye marah tgn saye sampai dulu...dan lepas tu diammmm

Offline Wina

  • Delima
  • *
  • Posts: 826
  • Suka? +6/-0
  • blessed with a beautiful life
    • ? Yaadein ?
Re: Cerekarama TV3 : Bawaku Ke Syurga
« Reply #12 on: October 17, 2011, 11:30:03 AM »
tengok sekerat jek sebab sudah mengantuk huhuhuuuu

tapi mmg confirm best...nanti nak sambung tgk kat tonton.my

 

Powered by EzPortal