+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10621
Latest: Rahidah
New This Month: 90
New This Week: 13
New Today: 1
Stats
Total Posts: 441586
Total Topics: 7325
Most Online Today: 245
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 7
Guests: 133
Total: 140

Author Topic: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam  (Read 7418 times)

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5523
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« on: October 25, 2011, 02:16:25 PM »
Tata Tertib Pemberian Nama Seorang Anak

1. Disukai Memberikan Nama Kepada Seorang Anak Dengan Dua Suku Kata, misal Abdullah, Abdurrahman. Kedua nama ini sangat disukai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana diterangkan oleh Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Dawud dll. Kedua nama ini menunjukkan penghambaan kepada Allah Azza wa Jalla.

Dan sungguh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan nama kepada anak pamannya (Abbas radhiallahu ‘anhu), Abdullah radhiallahu ‘anhuma. Kemudian para sahabat radhiallahu ‘anhum terdapat 300 orang yang kesemuanya memiliki nama Abdullah.

Dan nama anak dari kalangan Anshor yang pertama kali setelah hijrah ke Madinah Nabawiyah adalah Abdullah bin Zubair radhiallahu ‘anhuma.

2. Disukai Memberikan Nama Seorang Anak Dengan Nama-nama Penghambaan Kepada Allah Dengan Nama-nama-Nya Yang Indah (Asma’ul Husna), misal: Abdul Aziz, Abdul Ghoniy dll. Dan orang yang pertama yang menamai anaknya dengan nama yang demikian adalah sahabat Ibn Marwan bin Al-Hakim.

Sesungguhnya orang-orang Syi’ah tidak memberikan nama kepada anak-anak mereka seperti hal ini, mereka mengharamkan diri mereka sendiri memberikan nama anak mereka dengan Abdurrahman sebab orang yang telah membunuh ‘Ali bin Abi Tholib adalah Abdurrahman bin Muljam.

3. Disukai Memberikan Nama Kepada Seorang Anak Dengan Nama-nama Para Nabi.

Para ulama sepakat akan diperbolehkannya memberikan nama dengan nama para nabi3).

Diriwayatkan dari Yusuf bin Abdis Salam, ia berkata:”Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam memberikan nama kepadaku Yusuf” (HR. Bukhori –dalam Adabul Mufrod-; At-Tirmidzi –dalam Asy-Syama’il-). Berkata Ibnu Hajjar Al-Asqolaniy: Sanadnya Shohih.

Dan seutama-utamanya nama para nabi adalah nama nabi dan rasul kita Muhammad bin Abdillah shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Para ulama berbeda pendapat tentang boleh atau tidaknya penggabungan dua nama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dengan nama kunyahnya, Muhammad Abul Qasim.

Berkata Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah:”Dan yang benar adalah pemberian nama dengan namanya (yakni Muhammad, pent) adalah boleh. Sedangkan berkunyah dengan kunyahnya adalah dilarang dan pelarangan menggunakan kunyahnya pada saat beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup lebih keras dan penggabungan antara nama dan kunyah beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam juga terlarang”4).

4. Memberikan Nama Kepada Seorang Anak Dengan Nama-nama Orang Sholih Dari Kalangan Kaum Muslimin.

Telah tsabit dari hadits Mughiroh bin Syu’bah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, ia bersabda:

“Sesungguhnya mereka memberikan nama (pada anak-anak mereka) dengan nama-nama para nabi dan orang-orang sholih” (HR. Muslim).

Kemudian para sahabat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah penghulunya orang-orang sholih bagi umat ini dan demikian juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari akhir.

Para sahabat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memandang bahwa hal ini adalah baik, oleh karena itu sahabat Zubair bin ‘Awan radhiallahu ‘anhu memberikan nama kepada anak-anaknya –jumlah anaknya 9 orang- dengan nama-nama sahabat yang syahid pada waktu perang Badr, missal: Abdullah,’Urwah, Hamzah, Ja’far, Mush’ab, ‘Ubaidah, Kholid, ‘Umar, dan Mundzir.

Penulis: Abu Muhammad Abdurrahman Sarijan


lydianajihah

  • Guest
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #1 on: October 25, 2011, 02:31:08 PM »
najihah dah berangan, kalau dapat anak lelaki lagi nak letak nama Abdullah.

Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #2 on: October 25, 2011, 03:15:55 PM »
nak tanya la..boleh ke kalo nama anak hasil gabungan nama ibu dan bapa?

contoh: nama bapa ALI + nama ibu HALIMAH = nama anak ALIMAH.

penah dengar orang2 berkata tak bagus tp sebabnya tak diketahui.

Offline umi_sayang

  • Delima
  • *
  • Posts: 1125
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #3 on: October 25, 2011, 03:34:58 PM »
nak tanya la..boleh ke kalo nama anak hasil gabungan nama ibu dan bapa?

contoh: nama bapa ALI + nama ibu HALIMAH = nama anak ALIMAH.

penah dengar orang2 berkata tak bagus tp sebabnya tak diketahui.

ayu, alimah tu ape maksudnye....saje nak tau... :)

Offline umi_sayang

  • Delima
  • *
  • Posts: 1125
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #4 on: October 25, 2011, 03:36:34 PM »
Saya plan, kalau dapat anak lelaki nak namakan umar, kalau perempuan pula sumayyah...


Offline ayureen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1995
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #5 on: October 25, 2011, 03:38:36 PM »
ayu, alimah tu ape maksudnye....saje nak tau... :)

heheh..makne tu tak tau la..sy buat contoh je.


Offline nupa

  • Delima
  • *
  • Posts: 948
  • Suka? +2/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #6 on: October 25, 2011, 03:41:05 PM »
sama nak namakan anak umar juga... bilakah harinya :)

Offline umi_sayang

  • Delima
  • *
  • Posts: 1125
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #7 on: October 25, 2011, 03:44:11 PM »
heheh..makne tu tak tau la..sy buat contoh je.



tapi betul juga, ada kawan nama dia nerisma , nerramah+idris

Offline umi_sayang

  • Delima
  • *
  • Posts: 1125
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #8 on: October 25, 2011, 03:45:47 PM »
sama nak namakan anak umar juga... bilakah harinya :)

lambat lagi, bulan 6tahun depan...takpela kita namakan sama2...

Offline aziera

  • Nilam
  • *
  • Posts: 419
  • Suka? +0/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #9 on: October 25, 2011, 03:49:29 PM »
Suami saya nak letak nama anak Putri ...... elok ker / ada makna ker dalam islam ?

Kalau ada rezeki anak perempuan .....hehehe sekarang tak de lagi.



Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5523
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #10 on: October 25, 2011, 03:59:07 PM »
nak tanya la..boleh ke kalo nama anak hasil gabungan nama ibu dan bapa?

contoh: nama bapa ALI + nama ibu HALIMAH = nama anak ALIMAH.

penah dengar orang2 berkata tak bagus tp sebabnya tak diketahui.

dia tak bagus kalau tak ada makna

ALIMAH tu elok maknanya
org alim kan?

Kalau ok maknanya, ok je..

lydianajihah

  • Guest
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #11 on: October 25, 2011, 04:00:38 PM »
Suami saya nak letak nama anak Putri ...... elok ker / ada makna ker dalam islam ?

Kalau ada rezeki anak perempuan .....hehehe sekarang tak de lagi.

Putri tu maksudnya.. puterilah kan.. hehe..
sebab itu dalam bahasa melayu.

dalam pemberian nama kepada anak2, tidak semestinya kita kena cari nama2 dalam bahasa arab.
boleh juga berikan nama dalam bahasa melayu, juga bermakna dan indah..
contoh, Seri, Melati, Intan.. cuma kalau anak lelaki, susah sikit nak cari yang sesuai kan..

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5523
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #12 on: October 25, 2011, 04:10:48 PM »
Putri tu maksudnya.. puterilah kan.. hehe..
sebab itu dalam bahasa melayu.

dalam pemberian nama kepada anak2, tidak semestinya kita kena cari nama2 dalam bahasa arab.
boleh juga berikan nama dalam bahasa melayu, juga bermakna dan indah..
contoh, Seri, Melati, Intan.. cuma kalau anak lelaki, susah sikit nak cari yang sesuai kan..

betul....
bahasa apapun boleh
tapi kalau boleh nama yang tidak buruk pada bahasa ibunda/ tempat tinggal kita
cthnya: nama Buruk mungkin maknanya yang baik dalam bahasa perancis, tapi di malaysia maknya tidak baik. Cth je le. Perkataan buruk tak ada pun dalam bahasa perancis agaknya ;-)

Offline umi_sayang

  • Delima
  • *
  • Posts: 1125
  • Suka? +5/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #13 on: October 25, 2011, 04:57:25 PM »
Arwah atuk saya, dia sulong...zakaria, yahya, isa dan lelaki yang last muhammad

Offline aziera

  • Nilam
  • *
  • Posts: 419
  • Suka? +0/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #14 on: October 25, 2011, 05:14:20 PM »

Putri tu maksudnya.. puterilah kan.. hehe..
sebab itu dalam bahasa melayu.

dalam pemberian nama kepada anak2, tidak semestinya kita kena cari nama2 dalam bahasa arab.
boleh juga berikan nama dalam bahasa melayu, juga bermakna dan indah..
contoh, Seri, Melati, Intan.. cuma kalau anak lelaki, susah sikit nak cari yang sesuai kan..

hehehe...saje jek tanye mane la tau ade makna la pulak dalam bahasa arab.   :D




Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #15 on: October 25, 2011, 08:44:03 PM »
nak tanya la..boleh ke kalo nama anak hasil gabungan nama ibu dan bapa?

contoh: nama bapa ALI + nama ibu HALIMAH = nama anak ALIMAH.

penah dengar orang2 berkata tak bagus tp sebabnya tak diketahui.


Takde masalah kalau ada makna yang baik.. Macam nama anak saya Farhah membawa maksud kegembiraan..Far tu dari nama ayah,Hah tu pulak dari nama saya..

Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +23/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #16 on: October 26, 2011, 04:51:17 AM »
kalau combine nama make sure ada makna yg baik.

2 orang anak saya nama sahabat Rasulullah. Handzalah dan Huzaifah.
Semoga peribadi mereka semulia peribadi sahabat Rasulullah
Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/

mummy mau

  • Guest
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #17 on: December 20, 2011, 03:54:23 PM »
tak sabar nk tau gender baby...next week harap2 baby bg kerjasama laaa...lepas tu baru leh survey nama baby yang sesuai <^_^>

Offline sSarah

  • KNK
  • Delima
  • *
  • Posts: 1159
  • Suka? +7/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #18 on: December 21, 2011, 10:33:05 AM »
saya risau dengan nama Abdul-........
sebab yg dipanggil itu dengan nama kedua.
contoh, Rahman, Wahab, Ghani,
yg mana, nama kedua itu adalah nama Tuhan.
mana mungkin memanggil nama seseorang dengan nama Tuhan.
Mohon penjelasan..

Offline mama irfan

  • Topaz
  • *
  • Posts: 1
  • Suka? +0/-0
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #19 on: November 12, 2012, 11:10:08 PM »
Saya nak tanya..bagus x gabungan nama yang sy pilih nie...

Nur = cahaya
Syaza = Keharuman
Alisha = dipelihara Allah

minta pandangan...;)

Offline shasuria

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 386
  • Suka? +11/-0
  • Hidup ini hanya sementara..
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #20 on: December 04, 2012, 12:54:09 AM »
Alisha maksudnya dipeligara Allah ya? Dalam bahasa apa ya tu? Rujukan dari mana mama irfan dapat? Saja tanya, sebab first time dengar maksud nama alisha yang itu.. :)

Offline Mithcye_aS

  • Delima
  • *
  • Posts: 836
  • Suka? +1/-0
  • Laa Ilaha Anta Subahanaka Inn
Re: Nama-nama yang dianjurkan dalam Islam
« Reply #21 on: December 04, 2012, 08:26:08 AM »
Ainul - Mata
Amni - Ketenangan
Farihah - merasa gembira,happy,joyful,cheerful,glad..
 :)
mommy syg Nur Amni Zahra & Adk baby soon.. In shaa Allah.. <3


 

Powered by EzPortal