+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

+-Stats

Members
Total Members: 8165
Latest: ahmiza
New This Month: 196
New This Week: 39
New Today: 6
Stats
Total Posts: 357905
Total Topics: 5464
Most Online Today: 297
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 21
Guests: 171
Total: 192

Iklan HerbaHPA

Author Topic: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?  (Read 3978 times)

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #25 on: June 10, 2012, 08:27:30 AM »
Tiarap ni akan berlaku dgn kepandaian sendiri atau kita stimulasikan.
Ada baby cepat tiarap...2-3 bulan tiarap sendiri da.ada baby,4-5bulan baru nak tiarap.

Tapi saya guna oendekatan paed ajar saya.saya suka stimulasikan anak2 saya.
Nak ajar tiarap cepat,saya tarik tangannya seawal usia 2 bulan.bila dia da pandai iring sendiri,saya tolak plak badannya..
Eh,btw bukan paksaan ye.do it gently and make him happy bermain2.
Bila da tiarap,angkat kepala,saya letak mainan kesukaannya tuk dia blaja gelungsur.kemudian,letak plak mainan atas kepala nya tuk die capai contohnya hujung tebing sofa.nanti dia stat panjat dan bertatih..

Kalu tak stimulasi kan pun,akan pandai sendiri..hehe..tapi saya suka bermain dgn bb..da nama pun duk rumahkan..hehe.

Bila anak da makin besar, da berlari2,terlompat2 sana sini...manjadi lumrah ibu suh anak duk diam2plak.berpinar mata tgk anak2 berlari berkejaran kat umah.keke..

Life so sweet kan....
« Last Edit: June 10, 2012, 08:30:19 AM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #26 on: June 10, 2012, 11:36:56 AM »
3 bukan dah boleh meniarap tu kira good enough kan.. Ada baby cepat ada yang lambat skit.. Ada yang meniarap masa 5 bulan.. Beza sebulan dua gitu normal rasanya.. Dulu saya risau sangat baby saya belum meniarap sebab slalu duduk kat bouncer... Alhamdulillah at last masa 3 bulan dia dah meniarap..
Masa jumpa paed, paed selalu tiarapkan dia walau dia belum boleh meniarap.. Paed mintak kitorang tiarapkan baby.. Kasi dia biasa, tiarapkan kejap2 jer.. Bila dia mula nak rimas terlentangkan balik..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline nazaruzali

  • Topaz
  • *
  • Posts: 41
  • Suka? +0/-0
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #27 on: June 14, 2012, 09:22:40 AM »
2-3 bulan dah boleh meniarap kira cepat jugak lah tu dan sangat normal..yang x normalnya kalau 3 bulan dah boleh berjalan hahaha...itu super abnormal hahaha...anak2 zaman sekarang ni kebanyakannya perkembangan mereka lebih cepat bukan macam kita dulu-dulu...tapi kalau rasa lambat sangat perkembangannya boleh lah tolong mereka dengan stimulation dari kita hehehe..pape pon insya Allah baby ni dia akan terus berusaha sendiri untuk belajar meniarap,merangkak,duduk dan berjalan secara berperingkat..rasa-rasanya dia pon gerammmm je dok tengok orang di sekeliling dia semua dah berjalan...dia je yang dok menjalar kat bawah lagi hahaha..dalam hati baby agaknya dia cakap 'ish2..nanti la dah pandai jalan saya nak teroka setiap inci tempat yang saya nampak sekarang hehehee...' bila masa tu dah sampai para ibu2 kena lah bersedia nak 'exercise' lebih sikit mengejar mereka hmmm....
semoga aku kekal menjadi isterimu hingga ke syurga...

Offline moon

  • Nilam
  • *
  • Posts: 464
  • Suka? +3/-0
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #28 on: June 14, 2012, 10:31:47 AM »
anak ke dua saya 2 bln ++ dah boleh tiarap sebab saya suka bf dia sambil mengiring bila malam-malam dari start tido sampai bangun tido dari pantang lagi.

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #29 on: July 06, 2012, 03:51:04 PM »
Org tua2 mmg xbg buat mcm tu....mak kwn sy klau nak bg anak dia tido kna tggu mak mertua dia balik dulu klau x dia marah buat mcm tu.....hehehe

Ye ke bagus tuk tumbesaran otak n leh jd pandai??? seronok sangat baca tips2 kat sini...walaupun beskut blm lg ada rezki tp beskut suka baca2 untuk tambah pengetahuan...hehehe


Hi beskut.. Pasal bagus untuk tumbesaran otak dan boleh jadi pandai tu tak pernah pulak dengar.. Hehe memacam yer teori orang sekarang.. Makan itu ini boleh pandai bla bla bla but ramai lupa the stimulating part.. :-)
Pasal tido tu saya tak pernah kasi anak tido meniarap.. Sejak tahun 1992 american academy of pediatrics sarankan supaya baby tido terkentang dan bukan meniarap.. Sejak saranan ni dikeluarkan katanya 50 peratus kes SIDS menurun.. Sebab bila baby tido meniarap ada possibility dia breath the same air, so less oksigen tu yang lead to SIDS. So tido meniarap ni kalau dari apa yang saya baca ia tak digalakkan untuk bayi bawah setahun dan paling utama bawah 6 bulan..
Cer try google, best sleeping position for baby.. Just sharing.. :-)

http://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/sleep/pages/Sleep-Position-Why-Back-is-Best.aspx

Kebanyakkan website yang saya baca sarankan baby tido on their back, not on their stomach.. Wallahualam..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline kathy

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #30 on: July 30, 2012, 02:07:53 PM »
Hi Lady....saya plak baru je bersalin kan gegurl saya 13 mei lalu.......masa saya bersalin tu nurse hospital yang menggalakkan bayi tidur meniarap.....saya risau gak takut lemas tapi nurse cakap dia akan mencari nafas dia sendiri dan tidak akan terkejut (gamang) semasa tidur kalau tak dibedung...lagi satu boleh elak dr masuk angin............ada juga yang cakap baik untuk perkembangan otaknya.....wallahualam la......

Pernah juga bayi saya tersedak masa kt hospital.....dan nurse marah kan saya kerana biar kan dia tidur telentang....kata dorang kalo mengiring dan menirap...semua lendir2 baby akan boleh keluar sendiri

Sekarang bayi saya memang tidur meniarap dan mengiring....kadang2 je terlentang......dan dia dah mula pandai meniarap masa 2 bulan 17 hari

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #31 on: July 30, 2012, 03:26:28 PM »
Hi kathy,
Bersalin kat hospital mana tu? Setahu saya la kan, dulu memang disuruh tido meniarap tapi sejak tahun 92 dah tak digalakkan lagi.. Haritu saya beli sleepingbag baby dekat situ dia ada kasi oanduan n tips keselamatan, katanya always put your baby yo sleep on their back and not on their stomach..


Baby memang boleh cari nafas sendiri kalau nak lemas cuma yang dikhuatiri ialah dia bernafas dengan udara sama dihembusnya(air pocket) so kurang oksigen yang boleh sebabkan SIDS.

I know masih ramai yang tidurkan baby on their stomach.. Kalau yakin ok lah kot, cuma saya percaya apa yang saya baca tu hehe dan lebih confident dengan baby saya tido terlentang.. Kadang tu kan tengah dia tidur dia ousing meniarap, saya akan terlentangkan balik.. Sebab dalam banyak2 buku n website pasal baby saya baca sarankan begini.. Alhamdulillah ok takde terkejut mahupun kembung..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #32 on: July 30, 2012, 04:52:06 PM »
Kathy,
Saya sebenarnya masih setuju dengan pendekatan lady.info yang diberi sememangnya tepat.

Tapi dalam masa yang sama juga,saya tidak menafikan apa yang diperkatakan nurse tu.penjagaan bayi sebenarnya lebih kepada pengalaman.tiap tiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza2.kajian/info adalah langkah Angkah keselamatan yang harus dititikberatkan tetapi pengalaman tak semua mensahihkan info atau kajian yang telah dibuat.

Jadi,Tuk peringkat awalan,jika tidak ada pantauan dari orang tua atau pengalaman,adalah lebih baik tidak meniarapkan bayi.lagi lah kalu kita pun jenis tidur mati.tetapi jika bayi kerap menangis,meragam perut kembung dan tidur malamnya sentiasa terganggu,tidur meniarap mmg memberi keselesaan kepada bayi.ini adalah pengalaman saya.anak lelaki saya,tido meniarap sejak umur sebulan,tetapi kawan saya anak nye tidur meniarap sejak dalam hari lagi.dan saya percaya,orang2 tua kita juga berpengalaman membesarkananak dgn meniarapkan mereka.

Yup..bayi pandai mengalihkan kepalanya tuk bernafas asalkan tilam tidak terlalu empuk tenggelam.tetapi antara yang dikhuatiri,kalu muntah ketika meniarap.muntah yang banyak,bayi tak sempat alihkan kepala dan lemas

Pada saya,perkara yag berkait tentang baby adalah subjektif.ada je bayi yang tido terlentang,yang masih tersedak muntah tak bernafas.

So jalan yang terbaik..sebelum tidokan bayi samada tiarap atau terlentang,burpkan terlebih dahulu.and follow ur mom s instinct.do what you think the best for ur baby.
Seperti kata lady,kita buat apa yang kita yakin.
« Last Edit: July 30, 2012, 05:20:27 PM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #33 on: July 30, 2012, 11:01:09 PM »
Agree dengan ashlia,
Tido posisi ape pun kalau nak jadi, jadi jugak kan.. Ibarat kata naik kereta kita diberi garis pandua supaya pakai tali pinggang.. Pakai ke tak oakai, kalau nakjadi, tetap jadi kan.. Mintak dijauhkan.. Cumanya kalau oakai mungkin mengurangkan risiko apa2.. Same goes to baby's sleeping position.. Sleeping on their stomach ni ada higher rish than back sleep.. Tapi kalau yakin n slalu check anak memalam shud be ok lah kot.. Terpulang pada cara memasing.. Saya jenis kerap jaga malam n check on my baby, but still i orefer back to sleep..

Saye just share what experts suggest je la eh.. Sids bukan disebabkan sleeping position je actually, banyak lagi faktor lain like soft surface, terlalu panas, selimut etc.. cumanya memang sejak direkomenkan back to sleep position ni sids cases droped tremendously.. N saranan back to sleep ni esp untuk baby bawah setahun esp bawah 6 bulan.. Lepas tu shud be ok..

Kalau ikutkan orang lama, masa saya dalam pantang dulu memang ramai yang suruh saya tiarapkan baby.. Sebab masa dorang dulu nurse n paed kata tido tiarap posisi terbaik.. Masa tu memang disaran tido tiarap.. Baru ni jer, tak batu jugak la dah 20 tahun hehe, since 1992 digalakkan tido terlentang, berdasarkan kes2 yang terjadi.. mintak dijauhkan..

Memana jer lah yang ibu2 confident kan, nak point this is right this is wrong pun tak leh jugak sebab memasing sure ada justifikasi memasing.. Doa je banyak2 mintak selamat.. Like my oaed selalu advice, do what u think is best for your baby.. Dont make your life complicated hehe.. :-)
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #34 on: July 31, 2012, 11:59:26 AM »

 Doa je banyak2 mintak selamat.. Like my oaed selalu advice, do what u think is best for your baby.. Dont make your life complicated hehe.. :-)

Good advice dear...
Hehe..suka ayat you,dont make ur life complicated.

Betul kengkawan.
Esp to first time mother.jangan bertelagah dgn orang tua itu boleh,ini tak boleh, just kerana kita ada ilmu dari bacaan.pengalaman mereka juga mendatangkan kebaikan.hormati pandangan mereka.Diamkan je kalu tak setuju.

Kemudian,Kita kaji pengalaman mereka,kita buat bacaan sendiri,dapatkan pandangan paed dan buat justifikasi sendiri.ketiga tiganya kaedah ni,akan berbeza bunyinya.
So.kita pilih mana yang kita yakin.

« Last Edit: July 31, 2012, 12:10:47 PM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #35 on: July 31, 2012, 02:28:13 PM »
Good advice dear...
Hehe..suka ayat you,dont make ur life complicated.

Betul kengkawan.
Esp to first time mother.jangan bertelagah dgn orang tua itu boleh,ini tak boleh, just kerana kita ada ilmu dari bacaan.pengalaman mereka juga mendatangkan kebaikan.hormati pandangan mereka.Diamkan je kalu tak setuju.

Kemudian,Kita kaji pengalaman mereka,kita buat bacaan sendiri,dapatkan pandangan paed dan buat justifikasi sendiri.ketiga tiganya kaedah ni,akan berbeza bunyinya.
So.kita pilih mana yang kita yakin.



Hehe well said dear..
Biasalah first time mom ni, habis segala benda dibacanya.. I gitu gak la.. Baca sana sini, mana boleh praktikkan and i think is good for my son i will try to practice it.. Maklom la first time, kan.. Kadang bukan first time mom je gini, alangkan yang second or third ke fourth pun kadang menggelabah gak.. Hehe..
Cam dengan my mom n mil ke sesape orang lama yang lebih berpengalman jaga baby, bila i explain kat dorang why sekarang tak digalakkan tido meniarap alhamdulillah dorang faham n boleh terima.. Katanya dulu lain, masa dorang bsalin di spital dedolu semua praktikkan tido niarap.. Now katanya ikut mana saranan yang terbaik..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline MaMaRey

  • Topaz
  • *
  • Posts: 9
  • Suka? +0/-0
    • MaMa BloG
Re: bayi 2bln++ dh buleh meniarap ke?
« Reply #36 on: August 14, 2012, 03:42:26 PM »
sebenarnya,letak baby tidur meniarap ni bukan saja xmau bagi xmakan bantal kepala baby tu..tidur meniarap ni jugak buat baby tidur lebih lama sebab xtekejut..lagi satu, boleh elak perut baby kembung..baby xkan lemas lah sebab dia pandai cari nafas sendiri, hehehe..dulu suami saya pun takut..tapi bila dia tgk baby saya pusing kepala sendiri cari ruang bernafas, baru dia bagi baby tido meniarap..

betul..anak2 sy pun sy tiarapkan masa tidur .tidur nyenyak..tak mudah terkejut..

 

Powered by EzPortal