+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

+-Stats

Members
Total Members: 8167
Latest: abraham
New This Month: 198
New This Week: 41
New Today: 5
Stats
Total Posts: 358012
Total Topics: 5464
Most Online Today: 193
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 14
Guests: 176
Total: 190

Iklan HerbaHPA

Author Topic: Kaedah dan Petua Mengeluarkan Kahak Dan Hidung Tersumbat Pada Baby..  (Read 6363 times)

Offline SuRaYa..

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 226
  • Suka? +2/-0
Sekarang ni musim agaknya,mana2 bayi dn kanak2 akan demam,batuk,selsema..macam2 ubat doktor bagi tapi masih batuk dan selsema..pengalaman sy sendiri,mcm2 dah bagi ubat pada anak,dari mahal,jumpa pakar..semua dah..tapi masih sama... ;)

Saya nk kongsi beberapa petua yg saya dah lakukan pada anak saya,alhamdulillah,ada kemajuan..hehhehe.. ;D..


Kaedah Fisioterapi...

1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap,letak bantal bawah perut (bantal jngn tebal ye) then condongkan sikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki ke atas (kaki biar lurus)

2. Bentuk tangan seperti Cupping (ada lubang ditengah) dan gunakan kekuatan dr pergelangan tangan utk menepuk perlahan belakang bayi..

3. Tepuk selama 15 minit dan beralih dari kiri ke kanan tubuh bayi, tujuan  untuk melonggarkan kahak dalam paru2 dan 15 minit kemudian,bayi akn bersin dan batuk sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika dia telan,biarkan..nti akn keluar ke najis dia..

4. Pastikan bayi tidak mnum susu sejam @ setengah jam sebelum bagi mengelakkn bayi muntah..

alhamdulillah,setakat ni amat bkesan pd anak sy..MIL pengasuh ank saya yang ajar sbb dia ni pakar dalam hal2 kesihatan bayi lagipun dimana2 hospital akn buat cara ini jugak selain bagi Nebulizer...cuba2kn kita elak bagi ank kita ubat..sy bagi ubat yg paling mahal pun xberkesan...

Petua Orang Tua/Dulu2..

Daun peria katak..(tau kot)... ;D

buah dia kita buat ulam,kan..so daun dia pun ada kegunaan dia jugak..ni mujarab tapi sangat2 pahit..cara2 dia,petik dalam 4 helai then campur skit dengan air zam zam,kalau xde air masak pun boleh..ramas2 daun tu smapi keluar air dia,lagi pekat lagi bagus..bagi pada bayi dlm 1 ml sehari 2x dh cukup..jangan panik bila baby muntah,sbb air dia pahit maka kahak akn keluar sekali dengn muntah tu...selamat mencuba..InsyaAllah dngn izin Allah cept sembuh..sebelum kasi tu,selawat dn mohon doa supya kahak tu keluar..


Bawang putih yg dibakar..

petua ni rasanya semua org tau kot...ambil seulas bawang putih,bakar sehingga kehitaman,kemudian lecek2kan sikit,letak minyk masak..kemudian selawat,sapu pada leher,dada,belakang dn ubun2 bayi..InsyaAllah..juga mujarab dngn izin Allah...

Kunyit Hidup dan Minyak Masak..

petua ni untuk selsema..mak saya bagi petua ni,rasanya semua pun tau jugak ni.. ;D
potong kunyit hidup,campur dengan minyk masak sikit..panaskan atas api..kemudian sejukkan..sapu pada hdung bayi..InsyaAllah cept hilang.. ;)

sesiapa ada petua lagi boleh kongsi2 disini ye..terima kasih.. :P

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5435
  • Suka? +69/-0
    • ohcomel
Re: Kaedah dan Petua Mengeluarkan Kahak Dan Hidung Tersumbat Pada Baby..
« Reply #1 on: November 17, 2011, 01:10:27 PM »
kakak saya dia beri anak 2-3 sudu air suam, biarkan sekejap
kemudian buat posisi anak macam superman tu, kepala bawahkan sikit daripada badan
kemudian jolok sikit tekak dia
nanti keluar kahak/..

Offline eja.fariza

  • Nilam
  • *
  • Posts: 499
  • Suka? +1/-0
  • waneja7688
Re: Kaedah dan Petua Mengeluarkan Kahak Dan Hidung Tersumbat Pada Baby..
« Reply #2 on: November 17, 2011, 01:51:35 PM »
eja biasa gunakan vicks sapu sikit je kat dada dan belakang bby untuk keselesaan bby..

dulu masa umur adam 22 hari pernah pegi hospital pakar,dia sedut kahak dengan wayar masukkan melalui hidung..berkesan jugak,tapi tak sanggup tgk anak dibuat begitu,sedihhh

Offline SuRaYa..

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 226
  • Suka? +2/-0
Re: Kaedah dan Petua Mengeluarkan Kahak Dan Hidung Tersumbat Pada Baby..
« Reply #3 on: November 17, 2011, 01:55:59 PM »
kak ummi...bgus jugak tu...1 lagi guna wap air..yg ni memang doktr yang bgtau...kahak akn cair nanti..mcm sauna la utk baby...


 
 
eja biasa gunakan vicks sapu sikit je kat dada dan belakang bby untuk keselesaan bby..

dulu masa umur adam 22 hari pernah pegi hospital pakar,dia sedut kahak dengan wayar masukkan melalui hidung..berkesan jugak,tapi tak sanggup tgk anak dibuat begitu,sedihhh

apa yg saya baca itu mmg kaedah nk kuarkan kahak..doktr kata xsakit cuba bby rsa x selesa je..ank sy dlu pun msk wad NICU sbb kahak jugak,doktr sedut guna tiub..xsanggup tngk..:(

Offline isza

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 184
  • Suka? +0/-0
Re: Kaedah dan Petua Mengeluarkan Kahak Dan Hidung Tersumbat Pada Baby..
« Reply #4 on: December 22, 2011, 05:29:39 PM »
tq memang isza sekarang nak cari info pasal nie.
Sebab dah tak sangup la nak bawa anak pergi hospital sedut kesian dia.
Sekarang pun dia tengah selsema dan batuk.Kalau tido kejap2 bangun bab tak selesa.
Dan isza juga ada dengar pasal alat yg kita masukkan dekat lubang hidung anak untuk keluarkan selesema.Kawan isza kata ada jual kat farmasi apa nam ye alat tu.Dan macam mana rupa dia dan berapa RM?

Offline bonda_wani

  • Topaz
  • *
  • Posts: 36
  • Suka? +0/-0
Re: Kaedah dan Petua Mengeluarkan Kahak Dan Hidung Tersumbat Pada Baby..
« Reply #5 on: December 30, 2011, 09:21:25 AM »
abg2 saya bagitau salah satu nye cara nak keluar kan kahak atau hinggus,kita sendiri sedup melalui hidung nye perlahan2.

 

Powered by EzPortal