+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

+-Stats

Members
Total Members: 8168
Latest: Nur Hanan Durrah
New This Month: 199
New This Week: 42
New Today: 1
Stats
Total Posts: 358162
Total Topics: 5468
Most Online Today: 176
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 11
Guests: 138
Total: 149

Iklan HerbaHPA

Author Topic: Apa Isteri Mahu?  (Read 4227 times)

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Apa Isteri Mahu?
« on: November 04, 2010, 06:01:04 PM »
Kan dah ada thread 'apa suami mahu' kan.. Minta izin tuan tanah..
Saya buka thread nih untuk golongan isteri pula..

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam
Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
« Last Edit: November 05, 2010, 09:40:52 AM by mamascorpio »

 

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +17/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #1 on: November 05, 2010, 10:27:15 AM »
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

yang ni mmg kena ada pada diri seseorang suami. badan isteri ni bukan sihat sentiasa,kan? jadi,kalau suami boleh buat byk kerja, kira dapatlah kurangkan tugas isteri.....
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

Offline bondaalesya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3373
  • Suka? +3/-0
  • salam sayang buat semua
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #2 on: November 05, 2010, 10:30:19 AM »
betul tu fiza bonda sokong...


Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #3 on: November 05, 2010, 11:29:53 AM »
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

yang ni mmg kena ada pada diri seseorang suami. badan isteri ni bukan sihat sentiasa,kan? jadi,kalau suami boleh buat byk kerja, kira dapatlah kurangkan tugas isteri.....

nabi muhammad saw dulu  rajin membantu isteri2nya membuat kerja rumah..
« Last Edit: November 05, 2010, 11:31:34 AM by mamascorpio »

 

Offline bondaalesya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3373
  • Suka? +3/-0
  • salam sayang buat semua
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #4 on: November 05, 2010, 11:34:03 AM »
nabi muhammad saw dulu  rajin membantu isteri2nya membuat kerja rumah..


mamas ...zaman skrg ni tgk jg kalau ada pun muking tak ramai...


Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #5 on: November 05, 2010, 12:53:25 PM »
nak suami yg romantik boleh?
hehehe mengada2 kan
 

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #6 on: November 05, 2010, 01:04:57 PM »
Suka point yang ke dua tu.. Mu husband is very protective, saya suka. :-)
Saya kecik lagi ekekekeke
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #7 on: November 05, 2010, 02:20:31 PM »
mamas ...zaman skrg ni tgk jg kalau ada pun muking tak ramai...


kalau ada pun.. dah berpunya betul tak bonda... hehe

 

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #8 on: November 05, 2010, 02:21:31 PM »
nak suami yg romantik boleh?
hehehe mengada2 kan

tak ler.. semua isteri suka suami yg romantik..  boleh dibelai selalu

 

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #9 on: November 05, 2010, 02:23:52 PM »
itulah kan
tapi rasanya tak payah le nak meminta2
dah cukup le kalau suami tu bertanggungjawab dan menjaga kite baik2
ape yg kite nak dia tunaikan
ok lah tu kan
 

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #10 on: November 05, 2010, 02:23:58 PM »
Suka point yang ke dua tu.. Mu husband is very protective, saya suka. :-)
Saya kecik lagi ekekekeke

kecik comey, lagi la kena protect.... :D

 

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #11 on: November 05, 2010, 02:27:15 PM »
itulah kan
tapi rasanya tak payah le nak meminta2
dah cukup le kalau suami tu bertanggungjawab dan menjaga kite baik2
ape yg kite nak dia tunaikan
ok lah tu kan

betul2.. sebab tu kita pilih cik abg jadi suami kita dulu..
suami kalau mampu, segala2nya dia nak bagi kat kita..
boleh tgk bila dia dpt bonus atau masyuk apa2 ker...
tgk muka ajer dah lembut hati saya dibuatnya...  :-*

 

Offline Din

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 230
  • Suka? +1/-0
  • Loving husband and daddy
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #12 on: November 05, 2010, 02:28:51 PM »
huh..terlalu byk yg perlu di baiki lg especially yg ketiga tu. Byk janji2 eden blum dikotakn.
adehhh.
alhamdullilah stakat tolong2 tu boleh dikatekn kerap gak lah. paling best cuci toilet. my fav duty. hehehe..

thanks, artikel ni sgt bagus tuk dijadikn panduan kpd para husband. dan tak dilupakn juga pendapat2 drpd para isteri2 sekalian.

husband juga mmanusia, tak perfect dlm dunia ni, mungkin byk perkara yg tertinggal, terlupa dan tak tahu.
isteri juga perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kpd suami.
behind every great man there's a great women. ape yg membuatkn seseorang husband itu sempurna dtg nyer drpd isterinye jugak.
 

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #13 on: November 05, 2010, 02:29:24 PM »
hehehe
somi kan segala2nya
kite ni kena bersyukur sangat2kalau tengok kat luar tu
kan macam2 kes suami dera isteri dan anak2
alahai...harap2 suami kite akan jaga kite sampai hujung nyawa..aminnnn
 

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #14 on: November 05, 2010, 02:31:11 PM »
takpe din..
takde org yg perfect dalam dunia ni
untung le isteri u sebab suami cuba untuk memperbaiki diri kan
harap2 semua suami macam ni lah ye
selalu nak memperbaiki ape yg belum cukup tu
 

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4556
  • Suka? +16/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #15 on: November 05, 2010, 02:32:44 PM »
kecik comey, lagi la kena protect.... :D

comei apanya mamascorpio, dah makin debab lady ni ha ekeke..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #16 on: November 05, 2010, 02:34:07 PM »
huh..terlalu byk yg perlu di baiki lg especially yg ketiga tu. Byk janji2 eden blum dikotakn.
adehhh.
alhamdullilah stakat tolong2 tu boleh dikatekn kerap gak lah. paling best cuci toilet. my fav duty. hehehe..

thanks, artikel ni sgt bagus tuk dijadikn panduan kpd para husband. dan tak dilupakn juga pendapat2 drpd para isteri2 sekalian.

husband juga mmanusia, tak perfect dlm dunia ni, mungkin byk perkara yg tertinggal, terlupa dan tak tahu.
isteri juga perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kpd suami.
behind every great man there's a great women. ape yg membuatkn seseorang husband itu sempurna dtg nyer drpd isterinye jugak.
 

tak perlu menjadi terlalu perfect, be yourself.. she will always love you..
saya as wife pun byk kurangnya..  byk yg perlu diperbaiki.

 

Offline Din

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 230
  • Suka? +1/-0
  • Loving husband and daddy
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #17 on: November 05, 2010, 02:37:11 PM »
hehehe
somi kan segala2nya
kite ni kena bersyukur sangat2kalau tengok kat luar tu
kan macam2 kes suami dera isteri dan anak2
alahai...harap2 suami kite akan jaga kite sampai hujung nyawa..aminnnn

huh..sejuk hati bace komen nie.
suami adlh segala2nya. isteri adlh? hehehe..

Offline Din

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 230
  • Suka? +1/-0
  • Loving husband and daddy
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #18 on: November 05, 2010, 02:43:02 PM »
tak perlu menjadi terlalu perfect, be yourself.. she will always love you..
saya as wife pun byk kurangnya..  byk yg perlu diperbaiki.

u r rite mamascorpio. be urself! tp kn mamascorpio, kebanyakkn lelaki ni hipokrit.
da kawen br lah nmpk be yourself yg sebenar. mase bercinte dlu laen.
jd kdg2 tu, be yourself tu pun tak gune klau kite tak betulkn diri kite sendiri.
biarlah kite jd org yg mase bercinte supaye kehangatan cinta itu sentiase membara.

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #19 on: November 05, 2010, 02:45:37 PM »
comei apanya mamascorpio, dah makin debab lady ni ha ekeke..

debab ler bagus.. tanda suami jaga elok... mcm saya la.. beza berat dulu & skrg 9kg..
montel saya ni...

 

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #20 on: November 05, 2010, 02:46:45 PM »
hehehe isteri adalah teman pengubat lara
penyejuk hati peneman bicara
isteri penentu naik dah turunnye martabat suami:)
 

Offline bondaalesya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3373
  • Suka? +3/-0
  • salam sayang buat semua
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #21 on: November 05, 2010, 02:47:52 PM »
yang pasti asben kita sayang kat kita...
bila org tanya kena montel sbb asben pandai jaga la...
kekekee ;D ;D ;D ;D
tak macam tu mamascorpio


Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #22 on: November 05, 2010, 02:50:04 PM »
u r rite mamascorpio. be urself! tp kn mamascorpio, kebanyakkn lelaki ni hipokrit.
da kawen br lah nmpk be yourself yg sebenar. mase bercinte dlu laen.
jd kdg2 tu, be yourself tu pun tak gune klau kite tak betulkn diri kite sendiri.
biarlah kite jd org yg mase bercinte supaye kehangatan cinta itu sentiase membara.

yg tak elok diperbaiki, yg indah tu biarlah kekal..
kita pun rasa bahagia..

 

Offline Din

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 230
  • Suka? +1/-0
  • Loving husband and daddy
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #23 on: November 05, 2010, 02:50:56 PM »
yang pasti asben kita sayang kat kita...
bila org tanya kena montel sbb asben pandai jaga la...
kekekee ;D ;D ;D ;D
tak macam tu mamascorpio

bonda, klau isteri montel sbb asben pandai jaga. klau asben kurus jer?

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4351
  • Suka? +12/-0
Re: Apa Isteri Mahu?
« Reply #24 on: November 05, 2010, 02:51:39 PM »
hehehe isteri adalah teman pengubat lara
penyejuk hati peneman bicara
isteri penentu naik dah turunnye martabat suami:)

en somi pernah cakap, tanpa saya hidupnya jadi sunyi..
sejuk hati ni dgr.. :D

 

 

Powered by EzPortal