+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11067
Latest: ayam92
New This Month: 148
New This Week: 35
New Today: 8
Stats
Total Posts: 448306
Total Topics: 7523
Most Online Today: 244
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 11
Guests: 215
Total: 226

Author Topic: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)  (Read 6557 times)

Offline mizah

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1511
  • Suka? +6/-0
  • Salam kenalan semua :)
penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« on: November 10, 2010, 09:38:54 AM »
Salam semua,

malam tadi tetiba husband tanya pasal stem cell ni..ni pagi ni saya godek2 la nak tau info pasal ni..

siapa2 ada pengalaman yang simpan darah tali pusat ni, share la pengalaman n info berkenaan bayaran, mahal tak?buat kat mana, bila nak register ke pe..keperluannya...berbaloi tak?

kalau macam saya dah 36weeks, boleh lagi ke nak register ni?


Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #1 on: November 10, 2010, 09:46:11 AM »
dulu masa ngandung anak pertama,mmg dapat info ni..
bagus sebenarnya..tp,mahal sket harganya la kan.tak ingat brape.tiap2 bulan kita tetap kena bayar kalu tak silap la..

maaf ye.sy mmg lupa segala info yang dapat dulu.da dua thn berlalu.hehe.tp saya tau ada kebaikannya.
kalu sape2 dapat info,le la share.

tp,kitaorg tak wat lg.blum berkemampuan nak maintain kan pembayaran bulanan..
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline siti7677

  • Topaz
  • *
  • Posts: 35
  • Suka? +1/-0
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #2 on: November 12, 2010, 09:08:04 AM »
info 2 share....

DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

?esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun, katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

?eperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

Offline jamilahibumia

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 127
  • Suka? +1/-0
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #3 on: November 19, 2010, 06:58:51 AM »
Saya ada buat untuk anak 1st 3thn lepas..
skrg ni kena register dulu ke?
ms sy dulu tak de plak, tak plan pun asalnya, tetiba je asben panggil wakil cellsafe (ms tu ni pekej yg paling murah)yg mmg ada kaunter kat spital tu masuk wad saya & asben soh amoi tu story kat kami, saya pun setuju & yg lain2 asben yg decide( tentang nak brp tabung & payment).. utk payment esok sy kena cek fai dulu la yek..maklumle da 3taun..da lupa..hehe

Offline mizah

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1511
  • Suka? +6/-0
  • Salam kenalan semua :)
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #4 on: November 23, 2010, 03:43:54 PM »
tu la..saya ni tak sempat pulak nak contact agent berkaitan...tapi banyak dengar pasal kebaikan stem cell ni..tak tau la kali ni de rezeki boleh simpan ke tak...budget macam takde je..mungkin boleh plan untuk next baby kot..insyaAllah..


Offline Ashila

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2796
  • Suka? +16/-0
  • Mummy Myra
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #5 on: March 13, 2011, 03:37:26 PM »
sy ade search info ms time preggy sebab tengok kat nona tv3...
memang bagus tapi agak mahal ler pulak..
bayaran permulaan dlm 3k, then tiap bulan kene bayar sebab caj dorang simpan stem cell tuh..kene bayar selagi benda tu disimpan senang kate sampai anak dah keje n boleh bayar sendiri..heheh
alangkah bagus kalau kami berkemampuan nak membayornye... ::)
« Last Edit: March 13, 2011, 03:39:22 PM by Ashila »



Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #6 on: September 21, 2011, 01:10:05 PM »
Haritu dah ambik pamplet dekat hospital pasal stem cell ni, kitorang ingat nak simpan, gynae pun galakkan simpan.. Yang saya baca kat pamplet tu, kita just call dia punya perunding untuk daftar n dapatkan kit koleksi darah talipusat, so bila nak pergi hospital masa nak bersalin nanti bawak skali kit tu..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #7 on: September 21, 2011, 03:38:21 PM »
Hari tu rasa memang nak simpan juga sebab ada anak saudara yang pernah kena leukimia...Tapi sebab tak pasti berapa nak kena bayar, pastu bersalin pun baby dah takda nyawa, terus tak ingat langsung pasal ni...Ada rezeki teringin jugak rasa nak buat untuk next baby...

Sesiapa yang ada pengalaman tu share lah sikit..terutamanya tentang kos...

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #8 on: September 21, 2011, 05:03:07 PM »
Farhah,
Kitorang baru call perunding untuk simpan stem cell ni, dari explanation dia tadi, kos untuk pendaftaran around rm2500..
Untuk kos penyimpanan setahun kita bayar rm250, tapi kalau kita bayar sekaligus untuk 20 tahun kosnya dikurangkan jadi rm2500..
Next week kitorang nak jumpa perunding tu nanti ada additional info saya share ye..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline mygenesis (yana)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2935
  • Suka? +18/-0
  • life is full of ups and downs..handle with prayer
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #9 on: September 21, 2011, 05:24:26 PM »
20yrs utk 2500 ok la kan..lady ni under company mana? cek eh.yana last time x amik sbb xdak knowledge..tau pasal ni tp couldnt b bothered nak tau detail pun..ni husband yana pun igt nk amik..nnti share kat sini ye dear


Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #10 on: September 21, 2011, 06:46:54 PM »
yana,
lady ambik pamplet stem cell dekat waiting room pcmc hehe.. company stemlife..
minggu depan kitorang jumpa peruding dia, nanti lady share sini k.. :)
2500 untuk 20 tahun ok sangat kan, if not, bayar setahun 250 pun kira ok la harga tu..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #11 on: September 22, 2011, 01:07:28 PM »
Farhah,
Kitorang baru call perunding untuk simpan stem cell ni, dari explanation dia tadi, kos untuk pendaftaran around rm2500..
Untuk kos penyimpanan setahun kita bayar rm250, tapi kalau kita bayar sekaligus untuk 20 tahun kosnya dikurangkan jadi rm2500..
Next week kitorang nak jumpa perunding tu nanti ada additional info saya share ye..

yana,
lady ambik pamplet stem cell dekat waiting room pcmc hehe.. company stemlife..
minggu depan kitorang jumpa peruding dia, nanti lady share sini k.. :)
2500 untuk 20 tahun ok sangat kan, if not, bayar setahun 250 pun kira ok la harga tu..

Terima kasih Lady 4 information...Kiranya kos mula-mula jer la mahal?RM 250 setahun kira ok lah..insyaAllah mampu..Stem life? Cantekk..ada kat ipoh ni...nanti ada rezeki pregnent kali kedua boleh la plan dengan suami ambil khidmat penyimpanan darah tali pusat nih...

emm..ada info lain share lagi ye..  :D
Selain baby kita pun boleh gunakan?Suami pun juga ke?Anak-anak saudara?

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #12 on: September 22, 2011, 01:19:27 PM »
Terima kasih Lady 4 information...Kiranya kos mula-mula jer la mahal?RM 250 setahun kira ok lah..insyaAllah mampu..Stem life? Cantekk..ada kat ipoh ni...nanti ada rezeki pregnent kali kedua boleh la plan dengan suami ambil khidmat penyimpanan darah tali pusat nih...

emm..ada info lain share lagi ye..  :D
Selain baby kita pun boleh gunakan?Suami pun juga ke?Anak-anak saudara?

Welcome Farhah.. Ye mula2 kita bayar 2500 untuk pendaftaran n untuk kit koleksi stemcell tu.. Lepas tu bayaran tahunan hanya 250/setahun, cuma katanya kalau kita bayar untuk 20 tahun sekaligus dia kurangkan jumlah bayaran tahunan jadi 125.. Kira ok la harga tu kan..
Lepas tu katakan apa2 jadi pada ibu bapak, dorang akan bagi yuran percuma sampai baby umur 20 tahun, dan kalau dah bayar dorang akan pulangkan duit tu..
Lepas tu, bila tiba masa nak pakai stem cell untuk apa2 penyakit dorang ada kasi fund..
Kalau anything happen to the cell pun ada insurans jugak, kalau tak silap..

Betul selain baby, ibu bapa pun boleh pakai stem cell tu, adik beradik baby yang lain pun boleh, cuma ada percentage tertentu.. Hehe..
Ni serba skit yang lady tau, minggu depan dah jumpa perunding tu lady share sini lagi ye.. Semalam just cakap over the phone jer so tak dapat nak tanya memacam.. :)
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #13 on: September 27, 2011, 03:58:15 PM »
Dah register n dapat collection kit tadi.. So collection kit tu now katanya boleh prepare masukkan sekali dalam beg hospital, masa admit nak bersalin nanti, kasi kit tu dekat midwife atau gynae..
Takde apa sangat saya tanya tadi huhu, penerangan lebih kurang apa yang saya update kat atas..
:-)
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #14 on: September 27, 2011, 04:02:45 PM »
lady, hubby ain tanya stemcell ni biasanya diorg akan simpan berapa tahun? kalo rm2500 untuk 20 tahun maknanya diaorang just simpan utk 20 tahun tu je ke? ke mcm mana? ain tak berapa paham lah

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #15 on: September 27, 2011, 04:32:28 PM »
Ain,
Bayaran tahunan 250/year, kalau kita bayar bayaran tahunan untuk 20 tahun sekaligus, kita dikira untung 50%..Tu macam dia ounya pakej la.. so by the time baby tu berumur 20 tahun dia pun boleh sambung bayar, selagi kita bayar yuran tahunan, selagi itu stem cell tu akan disimpan.. :)
« Last Edit: September 27, 2011, 04:57:47 PM by Lady of Leisure »
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4967
  • Suka? +40/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #16 on: September 27, 2011, 07:59:53 PM »
lady,
nk tanya you ni.
leh ke kongsi dgn anak kita lain?
tapi skali guna je eh?

lg satu,betul ke,penyakit yg dapat diubati bkaitan dgn darah je.like leukemia dan lain2.
kalu jenis2 kanser tu,tak leh kan?

~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Lady of Leisure

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4548
  • Suka? +17/-0
  • :-)
    • Little Parlour
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #17 on: September 27, 2011, 09:02:36 PM »
lady,
nk tanya you ni.
leh ke kongsi dgn anak kita lain?
tapi skali guna je eh?

lg satu,betul ke,penyakit yg dapat diubati bkaitan dgn darah je.like leukemia dan lain2.
kalu jenis2 kanser tu,tak leh kan?



hi ash..
boleh kongsi dengan anak lain tapi kene tengok compatible atau tak, tak semestinya 100% compatible..
untuk bukan adik beradik pun boleh pakai, tapi chances untuk adik beradik is more.. insyaAllah..

berapa kali guna tu it depends on what kind of treatment dan banyak mana doc nak guna..
to me bagus kalaua simpan, kita tak tahu what will happen in the uture,
bila keperluan untuk pakai benda ni ada, sekurang2nya kita ada pilihan..

penyakit yang boleh diubati tak semestinya berkaitan darah(leukemia, thalasemia, etc) tapi jugak untuk beberapa jenis cancer, diabetic, joint injury, lymphoma, cerebral palsy, heart disease etc..ada jugak lah harapan untuk sakit2 tu kan dan kajian masih dibuat but i believe tak rugi simpan, in few years to come, mesti macam2 research lagi dibuat, so ada possibility untuk stem cell ni boleh digunakan untuk ubati lebih banyak penyakit, insyaAllah.. tapi for now memang kebanyakkan yang diubati bekaitan darah..

hopefully ada rezeki untuk simpan, lepas dia ambik dorang akan count berapa stem cell yang berjaya diambil dan inform kita..
No matter how long the WINTER, SPRING is sure to follow! :-)
http://arena184.blogspot.com/

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #18 on: November 17, 2011, 12:38:29 AM »
Lady,tahniah dah bersalin..semalam myn baru perasan..comey sangat baby aman, geram tengok (kat blog lady), rasa nak ngoyap (perkataan orang perak bermaksud cium bertalu2)..harap2 lepas ni rezeki myn pulak.. ;D

Erm, so camna hari tu, jadi ke stem cell hari tu?

Offline sSarah

  • KNK
  • Delima
  • *
  • Posts: 1159
  • Suka? +7/-0
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #19 on: December 06, 2011, 02:20:34 PM »
ohh, ini rupanya yg Sheila Majid jadi duta tu..
boleh tahan jugak bayarannya. kene fikir 2-3 kali jugak sebelum decide.

Offline halida

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 111
  • Suka? +0/-0
Re: penyimpanan darah tali pusat anak ( cord blood stem cell)
« Reply #20 on: December 17, 2011, 02:46:08 AM »
wah menarik info..dulu dh tau dh pasal menda nih tp buat derk jek skrg dh menyesal plak, insyaallah untuk baby yg akan datang..

 

Powered by EzPortal