+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10631
Latest: nur000
New This Month: 100
New This Week: 6
New Today: 1
Stats
Total Posts: 441671
Total Topics: 7332
Most Online Today: 122
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 8
Guests: 113
Total: 121

Author Topic: Promosi Tuala Wanita paling Tidak Saintifik  (Read 992 times)

Offline Aliahzakaria

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 786
  • Suka? +33/-0
  • Malu itu Separuh Daripada Iman
Promosi Tuala Wanita paling Tidak Saintifik
« on: March 26, 2012, 10:57:08 AM »


Antara realiti dan promosi –Awas jangan mudah tertipu !!!

Beberapa promosi produk tuala wanita yang acap kali membuat promosi dengan andaian2 saintifik yang tidak berasas dan tidak dapat diterima oleh akal yang analitikal dan waras.Dakwaan2 seperti ancaman toksin,kanser serviks dsb ternyata adalah taktik perniagaan yang tidak beretika jika dipandang dari sudut sains ianya jauh meleset dari realiti penyakit yang di dakwa.Ramai diantara kita tertipu disebabkan kekurangan informasi atau pengetahuan,apapun bukan tujuan untuk menjatuhkan sesiapa jauh sekali menfitnah.Hanya dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sahaja dapat menghindarkan kita dari terus menjadi mangsa penipuan zaman moden.InsyaAllah

Pertama sekali dakwaan boleh menghindari kanser,kanser serviks atau kanser pintu rahim adalah sejenis kanser yang tiada kaitan sama sekali dengan penggunaan tuala wanita. Biar pun tuala wanita daripada kotex, stayfree, libresse dan apa jenama sekali pun... atau pun ianya pula boleh dihindari dengan pemakaian pad berasaskan kapas seperti Avail FC Biosanitary pad.Fakta sebenar adalah kanser serviks merupakan sejenis kanser disebabkan oleh jangkitan  Human Papilloma Virus (HPV) dan tidak terdapat penyebab lain yang boleh dikaitkan secara saintifik.Jika takut dijangkiti kanser serviks, elak melakukan seks.Yang lebih praktikal adalah jangan lakukan seks rambang dan jangan lakukan dengan banyak pasangan,selain berdosa besar disisi agama ianya mengundang malapetaka kanser baik untuk lelaki atau wanita. Untuk pengetahuan HPV hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja dan dakwaan menggunakan pad herba,kapas atau yang lain2nya tidak berasas sama sekali.
 
Penipuan kedua menurut kenyataan promosi tuala wanita tentang bagaimana dioksin masuk ke dalam rahim, ini sains apa jenis ni? Bagaimana gas toksik boleh terhasil daripada darah haid wanita? Mana ada gas toksik?Toksik apa bendanya? Dakwaan seterusnya pula boleh menyebabkan jangkitan? Untuk pengetahuan jangkitan memerlukan virus, bakteria, fungus atau parasit.Inilah antara dakwaan2 promosi yang dibuat-buat untuk menakutkan pengguna, tapi sebenarnya merupakan ajaran sains songsang yang dikeluarkan untuk tujuan menipu orang-ramai.
 

Inilah antara promosi produk yang paling TIDAK SAINTIFIK pernah saya jumpa. Tujuan mereka adalah untuk mengeluarkan kenyataan sensasi untuk mempengaruhi pengguna supaya mereka takut kepada sesuatu yang tidak wujud.


Offline iman_mujahid

  • Nilam
  • *
  • Posts: 251
  • Suka? +0/-0
  • == In a mid of struggling in completing my life =)
Re: Promosi Tuala Wanita paling Tidak Saintifik
« Reply #1 on: March 26, 2012, 11:25:42 AM »
salam.

wahh.sangat berguna informasi ini,terima kasih. itula kan,kadang2 mcm percaya tak percaya je dengan janji manis syarikat2 meniaga barang2 kesihatan ni..yang buta sains mcm saya ni, percaya jela bulat2.huhuh kejahilan sendiri... ;)

satu lagi produk yang bagi saya paling b*d*h ialah foot patch. benda tu mmg dh hitam.bila dilekat dikaki, haba badan kita menyebabkn benda tu lembap sterusnya wrna itam dlm patch itu kn kelihatan dr luar.

sepupu saya tampal kt blkg baldi, jadi hitam jugak.huhu tkkan toksik dr "badan" baldi kot??
~Allah Maha Berkuasa Ke Atas Tiap2 Sesuatu.Kurniakan daku dariMu zuriat yang soleh dan solehah.Amin~

Offline Mmy Chenta

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2162
  • Suka? +4/-0
  • Janji ALLAH Itu Pasti
    • MmyChentaTTCJourney
Re: Promosi Tuala Wanita paling Tidak Saintifik
« Reply #2 on: March 26, 2012, 11:47:55 AM »
salam.

wahh.sangat berguna informasi ini,terima kasih. itula kan,kadang2 mcm percaya tak percaya je dengan janji manis syarikat2 meniaga barang2 kesihatan ni..yang buta sains mcm saya ni, percaya jela bulat2.huhuh kejahilan sendiri... ;)

satu lagi produk yang bagi saya paling b*d*h ialah foot patch. benda tu mmg dh hitam.bila dilekat dikaki, haba badan kita menyebabkn benda tu lembap sterusnya wrna itam dlm patch itu kn kelihatan dr luar.

sepupu saya tampal kt blkg baldi, jadi hitam jugak.huhu tkkan toksik dr "badan" baldi kot??

iman, abah chenta pernah cakap foot patch ni tipu. benda tu sebenarnya memang colour tu kat dalam dia cuma dia kering. bila basah kena wap peluh memang la jadi hitam bebagai. hu3 yang kitorng ni bila dah kne tegur baru la terfikir betul juga ea..since that day masuk tong sampah je

lydianajihah

  • Guest
Re: Promosi Tuala Wanita paling Tidak Saintifik
« Reply #3 on: March 26, 2012, 11:58:58 AM »
alhamdullilah...
terima kasih kerana berkongsi info kak aliah..

Offline iman_mujahid

  • Nilam
  • *
  • Posts: 251
  • Suka? +0/-0
  • == In a mid of struggling in completing my life =)
Re: Promosi Tuala Wanita paling Tidak Saintifik
« Reply #4 on: March 29, 2012, 11:09:07 AM »
iman, abah chenta pernah cakap foot patch ni tipu. benda tu sebenarnya memang colour tu kat dalam dia cuma dia kering. bila basah kena wap peluh memang la jadi hitam bebagai. hu3 yang kitorng ni bila dah kne tegur baru la terfikir betul juga ea..since that day masuk tong sampah je

Tulah.saya pernah terfikir time pakai benda tu.google3 sikit mmg jumpa pasal bnda ni mnipu je.. kesian kita sebagai pengguna ni..T_T
~Allah Maha Berkuasa Ke Atas Tiap2 Sesuatu.Kurniakan daku dariMu zuriat yang soleh dan solehah.Amin~


 

Powered by EzPortal