+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

+-Stats

Members
Total Members: 8166
Latest: jawatankerajaan
New This Month: 197
New This Week: 40
New Today: 6
Stats
Total Posts: 357971
Total Topics: 5464
Most Online Today: 162
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 6
Guests: 69
Total: 75

Iklan HerbaHPA

Author Topic: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?  (Read 1779 times)

Offline okashira

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
  • Sharing Is caring.....
Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« on: January 07, 2012, 12:39:27 AM »
salam..

Nak tanyer pendapat sumer forumers yg lebih banyak pengalaman, bagus ke idak baby diajar makan ubat if demam or selsema?? Untuk pengetahuan, baby sy baru berumur setahun setengah.. Thanks..
"Hayaoki wa sanmon no toku" = "Burung yang keluar sarang awal-awal pagi akan dapat ulat banyak dahulu"

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #1 on: January 07, 2012, 07:23:16 AM »
masa umur bawah setahun bagi makan ubat tak?
biasanya,atas setahun,takde masalah bagi makan ubat ikut dos yg doc suh.

pada saya,tengok keadaan anak tu..kalu demam suhu tinggi,tentula bagi makan ubat demam,paracetamol tuk turunkan suhu sambil jelum2 badannya.kalu tak bagi langsung,suhu badan makin tinggi,boleh kena sawan.

kalu selsema,cam saya,anak ats setahun,bila da truk sgt meleleh2,atau tsumbat,saya bagi makan tapi saya kurangkan dos.kalu doc kate,3x shari,saya bagi 2x shari tuk hari ptama.bila da kurang truk,saya bg 1x shari,kalu da makin kurang saya tak bagi langsung sampai baik sendiri walaupun amik masa sterusnya nak baik.dan dlm masa sama saya gantikan dgn vit c atau scott emulsion tuk ptahanan badannya melawan virus.

bukan dalam erti kata 'mgajar' tp makan kerana 'keperluan bdn lawan sakit' dan 'kawalan atas penyakit'.
kalu dibiarkan sakit tak dirawat,contohnya

batuk dan selsema..meleret bmggu2 leh bawa ke asthma,sterusnya bronkitis dan pneumonia.
ni apa yg dibitau paed anak saya..

kalu demam bpanjangan pun,anak tak ceria dan aktif,tido tak lena,makan tak selera pun tak bagus jugak kan..

anyway,to me,
follow your instinct as a mother. do what u think the best for ur kids.. ;)
« Last Edit: January 07, 2012, 07:26:06 AM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline shaza

  • Delima
  • *
  • Posts: 536
  • Suka? +4/-0
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #2 on: January 07, 2012, 07:59:48 AM »
Kalo saya, bagi maksn ubat sebab tak mao makin teruk. Tapi macam ashlia cakap bagi dos kurang. Kalo demam tuam2 kepala dia.mak cakap jangan dibiarkan sebab leh kena sawan. Sentiasa monitor suhu dia.

Offline aryana

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1252
  • Suka? +2/-0
  • sEnYum SokMo :)
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #3 on: January 07, 2012, 10:48:30 AM »
ya,,sokong spt yg ASh ckp.... kalau yana,, yana still bagi,, tp mmg akan kurangkan dos,,, x la spt yg doc syorkan,,, mcm byk sgt gitu,,, tp kalau x kasi ubat pon takut jugak kann,,, x cepat baik ,,kita lagi susah hati,,, buat apa kita  buang duit hantar anak ke klinik,,then  kita x bagi ubat tu kan??? time2 dia sakit je la kita bagi,,, tu pon utk cepat sembuh :)

Offline beskut

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 213
  • Suka? +0/-0
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #4 on: January 07, 2012, 06:31:03 PM »
Ni beskut dapat info dr  http://www.malaysiakini.com/news/108137

Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun

Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah dipetik berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.

Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, kata Eisah, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau disertai dengan demam, mukus pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #5 on: January 07, 2012, 09:36:04 PM »
beskut,
saya setuju dgn artikel tersebut..
dapatkan nasihat doc atau paed tlebih dahulu tuk tengok tahap rawatan dan ubat yg diperlukan oleh anak.

biasanya,kalu selsema ringan,doc tak galakkan makan ubat selsema pun.


« Last Edit: January 07, 2012, 09:42:37 PM by ashlia »
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline okashira

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
  • Sharing Is caring.....
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #6 on: January 10, 2012, 12:50:03 PM »
Sumer2.. terima kasih sgt2 atas sharing.. tu la pasal, ingatkan memang nak bagi, tp takut tak elok kan.. skang ni pon kalau dah badan panas sangat barula bagi.. kalau tak pon try letak cool fever dulu.. cuak jugak.. takut nanti biler dibiarkan, lebih memudaratkan.. neway, thanks sgt..  ;D
"Hayaoki wa sanmon no toku" = "Burung yang keluar sarang awal-awal pagi akan dapat ulat banyak dahulu"

Offline Pinkyblue

  • Topaz
  • *
  • Posts: 97
  • Suka? +0/-0
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #7 on: January 11, 2012, 02:41:42 PM »
Tak salah bagi anak makan ubat kalau dah dia sakit. Saya kalau anak demam tu mmg perlu bg makan ubat disamping jelum/lap badan anak supaya suhu cepat turun. Bukan apa, takut nanti kalau lengah-lengahkan bagi ubat pastu suhu naik tinggi boleh jadi sawan.

Offline beskut

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 213
  • Suka? +0/-0
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #8 on: January 13, 2012, 01:35:25 PM »
Klau boleh ikhtiar cara lain lg ok....tp klau dah xleh tahan better bwak g klinik n jgn beli ubat sebarang....

Offline eja.fariza

  • Nilam
  • *
  • Posts: 499
  • Suka? +1/-0
  • waneja7688
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #9 on: January 13, 2012, 01:58:34 PM »
anak eja jenis darah panas,badan anak eja bila demam hingga mencecah 40 darjah..bila pegi klinik memang doctor bagi ubat demam yang masuk kat punggung tu..baru turun,ada kesan tak pada bby sebab ank eja pun belum masuk setahun umurnya..

Offline zaira khalisa

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 121
  • Suka? +1/-0
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #10 on: April 03, 2012, 12:29:22 PM »
ermm...bg zaira la kan..zaira bagi anak zaira mkn ubt demam jika disuruh oleh peg.perubatan.cth : pas cucuk mesti zaira tanya...baby akan demam x? kalo doktor kata akan demam...zaira akan bg ubt demam supaya dapat elakkan anak zaira dari demam.kalo saja2 nk bg ubt mkn tu mmg x la..kerap lapkan badan die waktu tghari...amik skit bedak baby + air sejuk tepuk2 seluruh badan, kepala dan muka dia..haaaaaa...segarrrrrr...g elak2 anak zaira diwaktu tghari.
simple...

intanliza

  • Guest
Re: Bagus tak baby diajar makan ubat jika demam or selsema?
« Reply #11 on: April 03, 2012, 12:35:31 PM »


klu demam...sy bagi ubat....
tp, klu selsema...seboleh2nye x bg...

 

Powered by EzPortal