+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11021
Latest: amella88
New This Month: 102
New This Week: 16
New Today: 5
Stats
Total Posts: 447551
Total Topics: 7500
Most Online Today: 304
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 4
Guests: 159
Total: 163

Author Topic: Kurang berat badan- jangan pandang ringan  (Read 4736 times)

Offline angelady

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« on: April 14, 2012, 03:13:56 PM »
Salam....


good articles to share.... ;) ;)



Ada yang bertubuh gempal dan ada juga yang kurus melidi hingga termasuk dalam kategori kurang berat badan. Tubuh yang kurus ditambah pula dengan tinggi lampai membuat anda tampak tidak seimbang dan tidak gagah perkasa.

Sebenarnya keadaan tubuh sebegini jangan dipandang ringan kerana masalah kurang berat badan boleh membawa kepada komplikasi beberapa penyakit.

Faktor Kurang Berat

Metabolisme yang tinggi (Metabolic disorder)
---------------------------------------------------------------
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism. Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain.

Ubat-ubatan
----------------------
Pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu sahaja.

Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
----------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung, keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.\
Masalah Psikologi
Dari segi psikologi, mereka yang kurang berat badan mungkin menghidapi bulimia iaitu mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun. Manakala, kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami anoreksia iaitu gejala kurang nafsu atau kurang berselera pada makanan kerana masalah psikologi. Tekanan perasaan atau stres juga boleh menyebabkan penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara mendadak.

Gaya Hidup
---------------
Lihat pada gaya hidup anda. Jika anda seorang yang malas atau kurang melakukan senaman berat, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah kurang berat badan. Selain itu, kemiskinan menjadi punca kekura ngan berat badan kerana kandungan zat yang rendah dalam tubuh badan.
Gaya pemakanan yang tidak sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat badan, antaranya makan tidak mengikut waktu dan kurang mengambil maka nan yang berkalori. Selain itu, tabiat merokok kalangan lelaki juga menyebabkan masalah ini berlaku.

Kandungan nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan ber kurangan dan menyebabkan anda menjadi ketagih untuk merokok seterusnya tidak berselera untuk makan.

Faktor Genetik
--------------------------
Kekurangan berat badan juga boleh diwarisi. Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada keturunan mereka. Berdasarkan faktor genetik, usaha untuk menambah berat badan perlu dilipat gandakan. Bagi anda yang kurang berat badan, tetapi mewarisi masalah perut buncit daripada keturunan, anda perlu berhati-hati akan risiko terhadap penyakit-penyakit lain.

Sumber- mingguanwanita.com.my


Offline Qiara87

  • Topaz
  • *
  • Posts: 2
  • Suka? +0/-0
Re: Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« Reply #1 on: May 25, 2012, 11:21:14 PM »
Salam..

Sy ade mslh sket la bkaitan dgn perut buncit nie..badan x naik tp perut lak yang buncit..nk kate byk mkn xdela sgt..kenapa ye??

Pastu kdg2 dlm perut rasa x selesa jer..pas mkn je msti perut rasa terik semacam jer..n naik..

Sesiapa yang penah mgalami mcm sy boleh share pape yang berguna??

Online lydianajihah

  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 2185
  • Suka? +15/-0
Re: Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« Reply #2 on: May 26, 2012, 09:53:14 PM »
Salam..

Sy ade mslh sket la bkaitan dgn perut buncit nie..badan x naik tp perut lak yang buncit..nk kate byk mkn xdela sgt..kenapa ye??

Pastu kdg2 dlm perut rasa x selesa jer..pas mkn je msti perut rasa terik semacam jer..n naik..

Sesiapa yang penah mgalami mcm sy boleh share pape yang berguna??


salam qiara..
boleh baca kat link ini..
http://www.sihatselalu.com.my/2012/01/perut-buncit-tanda-awal-penyakit.html
tapi itu sekadar pembacaan saja. jika ingin lebih pasti, boleh rujuk kepada doktor.

p/s sila kurangkan penggunaan bahasa sms. sila baca adab berforum
terima kasih.  :)

Offline Mmy Chenta

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2162
  • Suka? +4/-0
  • Janji ALLAH Itu Pasti
    • MmyChentaTTCJourney
Re: Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« Reply #3 on: May 26, 2012, 10:11:37 PM »
chenta pernah mengalami penurunan berat badan yang mendadak, masa tu tengah memang tengah berdiet. igantkan berjaya sebab diet. tapi salah rupanya ada thyroid. bila amik ubat baru berat tu naik sikit as normal. alhamdulillah now thyroid dah takde lagi syukur alhamdulillah, jadi jangan pandang ringaan kalau berat turun mendadak

Online lydianajihah

  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 2185
  • Suka? +15/-0
Re: Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« Reply #4 on: May 26, 2012, 10:33:36 PM »
mrs chenta,
salah satu sintom tiroid ialah penurunan berat badan mendadak ya.. baru tahu ni..


Offline Mmy Chenta

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2162
  • Suka? +4/-0
  • Janji ALLAH Itu Pasti
    • MmyChentaTTCJourney
Re: Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« Reply #5 on: May 26, 2012, 10:50:52 PM »
mrs chenta,
salah satu sintom tiroid ialah penurunan berat badan mendadak ya.. baru tahu ni..


salam najihah, actually thyroid ada dua jenis chenta ni salah seorang hyperthyroid jenis ni memang akan susut berat badan.... yang hypothyroid akan mengalami kenaikan berat badan...

Offline seimura

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3371
  • Suka? +7/-0
  • https://twitter.com/SeimuraShinda
    • aku dulu dan kini
Re: Kurang berat badan- jangan pandang ringan
« Reply #6 on: April 17, 2013, 03:42:19 PM »
ALhamduLillah berat sekarang ideal, dah tak underweight lagi hehe.

 

Powered by EzPortal