+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

+-Stats

Members
Total Members: 8125
Latest: hanie1782
New This Month: 156
New This Week: 5
New Today: 5
Stats
Total Posts: 355865
Total Topics: 5439
Most Online Today: 187
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 20
Guests: 145
Total: 165

Iklan HerbaHPA

Author Topic: Anak 2 tahun tak pandai bercakap  (Read 2596 times)

Offline kayrina

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 125
  • Suka? +0/-0
  • Cuba berbuat baik pada semua org..
Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« on: July 28, 2012, 11:25:59 AM »
Salam.... kawan-kawan...risau betul hati ni.. bila anak saya yang umur 2 tahun tak boleh bercakap. Padahal hari-hari kita bercakap dengan dia.
Bila orang tanya umur 2 tahun tak boleh bercakap lagi, sedih sangat..
Macam mana nak ajar anak bercakap yer..






Offline dyna hasief

  • Topaz
  • *
  • Posts: 36
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #1 on: July 29, 2012, 07:56:37 AM »
pada pendapat sayalah, kalau umur 2tahun tu ok lagi,mungkin dia tengah proses penguasaan bahasa,biasalah kanak2 ni ada yang cepat dan lambat,kalau dia cakap ada bunyi2 yang kita tak faham tu kira normal la,sekurang-kurang dia cakap jugak...

Offline moon

  • Nilam
  • *
  • Posts: 464
  • Suka? +3/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #2 on: July 29, 2012, 08:33:48 AM »
sama mcm ank sy..dia hny tahu perkataan adik, cat, bird n ball. kalau kita ajar dia ayah, umi adik susu dia ikut tp yg dia ingat adik je..tp sy tetap akan terus ajar jg.alhamdulillah dah duduk taska ni ada la perubahan sebab budak besar dah ramai dan pandai cakap. cikgu taska dia pun rajin ajar.

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5435
  • Suka? +69/-0
    • ohcomel
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #3 on: July 29, 2012, 10:43:16 AM »
kayrina, apa perkataan yang dia dah boleh sebut?
dia faham tak apa kita cakap?

nad_dieya

  • Guest
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #4 on: July 29, 2012, 11:41:36 AM »
anak nad 2taun sebulan.. tak berapa fasih bercakap tp ade juga bahasa yg kite faham.. tp yg penting dia faham ape yg kite ckp n ape yg kite suruh..

Offline kayrina

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 125
  • Suka? +0/-0
  • Cuba berbuat baik pada semua org..
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #5 on: August 01, 2012, 11:24:06 PM »
kayrina, apa perkataan yang dia dah boleh sebut?
dia faham tak apa kita cakap?

Dia boleh sebut perkataan tanpa pelat : jatuh, abah, tido, tutup, duduk. benyak (berak)
Kalau kita suruh dia sesuatu dia faham, contoh masukkan baju kotor dalam bakul..nanti dia letak. Kalau suruh amik sandal untuk dia pakai pun dia faham.
Cuma dia tak boleh cakap lagi... memang normal ke ?






Offline mamateh

  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 4689
  • Suka? +2/-0
  • Nur Abbasy - Cahaya Kerajinan Berusaha
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #6 on: August 02, 2012, 09:11:38 AM »
apa kate ajar anak melalui lagu? ;)...dulu pernah blaja lah skit pasal psikologi kanak2...tahap penerimaan dan penguasaan pembelajaran kanak2 terbahagi kepada 3 iaitu penglihatan, pendengaran dan peringatan..kalau x silap lah...macam anak buah mamateh mama die pasang cd lagu kanak2 tiap hari dari die berumur 9 bulan...mula2 die ikut macam pelat2..last pandai menyanyi betul tanpa pelat..lagu 1st yang die pandai nyanyi lagu 'burung kakak tua'...umur 1 tahun 8 bulan kalau x silap die pandai adh cakap..cuma dia x paham ap yang die cakap..dah masuk 2 tahun lebih baru die paham ap yang die cakap.. ;D

Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3112
  • Suka? +21/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #7 on: August 02, 2012, 09:21:38 AM »
cuba buat assessment dengan speech therapist (ENT). dia ada cara nak detect kat mana kelemahan si anak. ada stages dia & cara assesment dia. kat sini kawan yang boleh bagi guidelines - Hana Seman... sat ye.. nak calling dia kat FB...
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline kayrina

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 125
  • Suka? +0/-0
  • Cuba berbuat baik pada semua org..
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #8 on: August 02, 2012, 09:41:34 PM »
cuba buat assessment dengan speech therapist (ENT). dia ada cara nak detect kat mana kelemahan si anak. ada stages dia & cara assesment dia. kat sini kawan yang boleh bagi guidelines - Hana Seman... sat ye.. nak calling dia kat FB...

macam mana tu ? anak saya boleh sebut 1 perkataan jer.. mcam sedap, minum, tutup,duduk, jom.






Offline suealeen

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3112
  • Suka? +21/-0
    • Amazing Syafiah & Co.
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #9 on: August 07, 2012, 01:01:44 PM »
macam mana tu kena buat appointment dulu la dengan speech therapist. dah pergi sana nanti baru tau caranya bagaimana. cuba ke sana... insyaAllah dia orang boleh assess anak kita mengikut proses & procedure yang telah ditetapkan KKM
Visit and get to know us at Amazing Syafiah & Co.

Now I'm a food blogger too. Visit my online kitchen at Suealeen's Kitchen :)

Offline jojomon

  • Topaz
  • *
  • Posts: 61
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #10 on: August 07, 2012, 02:07:21 PM »
anak saudara saya masa umur 3 tahun masih belum lagi pandai bercakap..bila kita cakap, dia paham..tp bila suruh dia balas cakap, dia senyap je..tapi sekarang baru 3 tahun 4 bulan kot dah pandai sambung ayat macam "nak minum, nak makan, jom tidur,dll".kiranya dah nampak progress nya la..lepas tu ajar dia melukis. at first memang lukisan dia just bulat, garis je..tapi sekarang siap buat gambar rama-rama, orang lidi,dll.progress banyak jugak tu.tahun depan nak hantar ke tadika.

masa umur dia 2 tahun, bila check bulanan kat KKIA mintak followup ke pakar.diarang akan buat reference letter & appoinment sume la..so sekarang memang followup kat pakar kat hospital besar.so doktor pakar la nasihatkan buat itu ini macam masukkan dia ke tadika.

and progress dia tu kita mesti alert.eg: dia tau tak main dengan teddy bear, cara bergaul macam mana,dll..kalau lukisan-lukisan kene simpan sebab kene tunjuk kat doktor.

itu la seingat saya bila mak saya cerita kat saya..hehehe..kadang-kadang ada jugak teman dia pergi ke pakar tu.tak selalu..harap dapat membantu..

Offline Putra Al Iman

  • Topaz
  • *
  • Posts: 2
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #11 on: November 16, 2012, 11:53:23 AM »
Anak saya dari sebelum umurnya setahun dah boleh bercakap, tp sikit2 jer la. Sekarang 1 tahun 11 bulan. Percakapannya sangat pandai. Dah boleh cakap macam orang dewasa. Semua dia blh cakap. Penggunaan bahasa dia pun tepat pada masa yang betul. Pandai memujuk lak tu kalau kita tak bagi apa2. Sangat menghiburkan. Seronok sangat melihat perkembangan dia. Tetapi sesuatu yang ingin saya kongsikan... Kebolehannya bercakap boleh dilihat dari mula2 lahir. Ini pada pendapat saya. Anak saya dari lahir sampai umurnya lebih dari 2 bulan, memang suka menangis. Semalaman dia nangis sampai saya dan suami tak tidur sampai pagi. Dengan suaranya yang kuat boleh di dengari oleh jiran2 satu taman. Jika dia tertidur kami tak berani nak sentuh sebab takut dia terjaga. Sebab bila dia terjaga saja dia akan menangis. Tetapi bila usianya melepasi 100 hari, dia adalah bayi yang sangat mudah dijaga sehingga kini. Tak banyak kerenah... Pada pendapat saya, dia menangis dulu kerana ada sesuatu yang ingin disampaikannya, tetapi saya tak faham. Dengan erti kata lain anak saya ni nak bercakap. Tapi usianya masih kecil. Sekarang, sesiapa saja yg melayannya pasti terhibur. Termasuk pengasuhnya yang hari2 bercerita pada saya mengenai perbualannya dengan si kecil ini..... Pengalaman yang sangat membahagiakan saya.......

Offline Putra Al Iman

  • Topaz
  • *
  • Posts: 2
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #12 on: November 16, 2012, 11:58:02 AM »
yang sangat menghiburkan adalah dia dah pandai nyanyi lagu.... papaku pulang dari kota, twinkle2,  negaraku dan macam2 lagi ... dah boleh berzikir... hasbi rabbi... Sallallahualamuhammad.....blh azan, pandai tiru kita solat & boleh ikut bacaan solat ketika papanya menjadi imam..... Moga Jadi anak yang soleh anakku.........

Offline motherof3

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 107
  • Suka? +1/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #13 on: November 16, 2012, 12:07:43 PM »
nak tanya kwn2 di sini, anak2 kalian yg lambat bercakap tuh lelaki ke perempuan?sbb dr pemerhatian saya, anak lelaki mmg agak lambat sket perkembangan diorg compare ngan perempuan..bila remaja anak perempuan akan cepat matang berbanding anak lelaki gak..saya perasan pd anak2 buah saya yg lelaki, kebykan tak pandai bercakap lg even dah 3 yrs++..tp kalau ikut scale paeds, umur 2 yrs ke atas sudah pandai buat ayat, at least 'ibu, nak susu', 'aiman lapar', 'nak kencing'..kalau belum boleh buat ayat takut developmental delay..anak buah tuh mmg kene refer paeds specialist, siap kene buat auido test takut dia tak dgr..sometimes budak2 kalau die tak pandai bercakap mungkin ada hearing problem gak..but anak buah saya tuh normal cuma perkembangan dia mmg lambat sbb persekitaran dia..die bergaul ngan budak2 sebaya dia yg mmg tak pandai bercakap gak..sbb die dijaga oleh pengasuh yg jaga budak2 lg kecil dr dia..then bila 3yrs++ dia masuk taska baru nampak lancar dia bercakap..doc pun nasihat mak dia supaya byk berbual dgn dia..anak saya 2-2 perempuan 2yrs dah pandai ckp..anak yg sulung mmg hantar taska..yg ke-2 tuh pengasuh dia mmg selalu berborak ngan die plus pengasuh jaga kanak2 yg dah masuk tadika..bahasa anak saya yg 2nd tuh pun dah mengalahkan org tua membebel plak..;p

intanliza

  • Guest
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #14 on: November 16, 2012, 12:11:29 PM »



sy rase anak pompuan atau laki sama je ...
berdasarkan pengalaman sendiri la...

Offline motherof3

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 107
  • Suka? +1/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #15 on: November 16, 2012, 12:43:59 PM »


sy rase anak pompuan atau laki sama je ...
berdasarkan pengalaman sendiri la...

heheh..pengalaman kite berbeza.. ;D

Offline kiah

  • Delima
  • *
  • Posts: 1069
  • Suka? +2/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #16 on: November 16, 2012, 12:58:24 PM »
nie pengalaman adik saya..adik saya skrg umur 4 thn..tp perkembangan dia lambat..blh brcakap sikit2 tu masa umur 3 thn..tu pun dgn bantuan speech terapi..even kita slalu sembang ngan dia,tp jenis tak nk ikut apa yg kita ajar..huhuhu..skrg even nk msk 5 thn,vocab dia tak byk..kami adik beradik,sntiasa akan ajak dia brbual..n percakapan dia byk brgantung pada dialog upin ipin..
sbnrnya risau bl dia nk masuk skolah nanti..moga2 dipermudahkan la nanti..huhuhuh

Offline ida211

  • Topaz
  • *
  • Posts: 69
  • Suka? +0/-0
  • Ibu Aqmal & Aqid
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #17 on: November 19, 2012, 04:06:11 PM »
Salam.... kawan-kawan...risau betul hati ni.. bila anak saya yang umur 2 tahun tak boleh bercakap. Padahal hari-hari kita bercakap dengan dia.
Bila orang tanya umur 2 tahun tak boleh bercakap lagi, sedih sangat..
Macam mana nak ajar anak bercakap yer..

Salam,

Ida dah ada 2 orang anak, dua2 lelaki, dua2nya berbeza, anak yang pertama tu sama macam anak awak, umur 2 tahun tapi dia tak nak bercakap, mulut tu macam berat sangat... Dia cakap sepatah je, dia lebih observing. Ida perati kalau dia main sorang2 tu mulut macam terkunci. Tapi yang nombor dua tu mulut macam bertih jagung... Ida perasan si abang start ringan mulut bila adik dia dah start belajar bercakap simple words. Maybe masa tu dia tengok adik dapat perhatian lebih kut sebab bercakap, so dia pun start meringankan mulut bercakap jugak lah sbb nak compete untuk perhatian.  :)

Sekarang ni bila dah masuk tadika, alhamdulillah lah, memang riuh, kalau ambil dia balik dari tadika tu sepanjang petang sampai malam dia bercerita kawan dia buat itulah, cikgu cakap inilah, kadang2 saya dan suami nak bersembang pun dia nak jugak bercakap dan paksa kami dengar cerita dia.  ::)

Tapi personaliti dia memang pendiam kalau dengan orang yang baru pertama kali jumpa. Ada malu2 sket. Memang tak risau la. Kalau si adik pulak dengan orang yg 1st time jumpa pun boleh cerita macam2.

Offline mama quehana

  • Topaz
  • *
  • Posts: 16
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #18 on: January 01, 2013, 10:31:06 AM »
salam semua,

anak sy yg 1st, qusyairi skrg dah 2 thn 8 bln, pun malas bercakap.
masa umur 9 bln dia ada bercakap allah hu akbar, mama, baba, o bah (tok bah)..
dan tiba2 kunci kan mulut. dia blh berjalan umur 10bln+ lps tu dia sibuk improve kan motor skill, berjalan, berlari, memanjat, pandai gunakan sudu garpu, suka bermain.
skrg ni dia blh sebut adik, baba balik, adoi, hmmm sedap, betoi betoi betoi, air..
sebut bila dia rasa dia hendak sebut sahaja.
dia tak mahu gunakan bahasa untuk bertutur dan berkomunikasi.
bila ajar dan bercakap dgn dia, dia tak berminat nak berkomunikasi dgn cara yg kami ajar, dia cuma nak "ikut kepala dia sdr". kdg2 dia bercakap dgn bahasa jerman yg kita tak faham hu hu.
dia pndai bermain, ketawa dan suka sangat menonton tv. dia suka sesame street, dan terbaru rancangan kartun di astro channel  .. adakah terlalu menonton tv melambatkan pertuturan dia?
ada sesapa yg ada anak suka tgk tv tp still pndai bercakap tak?
kami dah reg speech therapist (blm mula)+ occupational therapist ~ dah mula, pakar ada observe dia tak suka beri tumpuan dgn satu2 benda... lps ni, next session pakar akan suruh dia bermain dgn permainan yg blh buatkan dia duduk lama dan berikan tumpuan untuk habiskan apa yg dia mulakan..
sy dan suami harap qusyairi cpt blh bercakap..
rindu sgt nak dengar qusyairi panggil mama, baba..  :'(

Offline moon

  • Nilam
  • *
  • Posts: 464
  • Suka? +3/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #19 on: January 01, 2013, 12:27:34 PM »
anak saya banyak belajar bercakap melalui tv..yang sulung tu 1 thn 8 bln baru dia boleh cakap..ayat pertama dia adik..dulu pernah cakap gak  ball, cat n bird masa 1 thn tp pastu hilang macam tu je lepas duduk rumah pengasuh. lepas hantar taska baru dia banyak bercakap balik..bila tanya cikgu taska cikgu cakap bagi tengok tv katun tu yang bnyk improve dia..

lain orang lain caranya. tp memang pendekatan tgk tv anak saya banyak improve cakap.setengah orang kata banyak tengok tv nnt otak anak lembap tp bagi saya itulah cara dia belajar berkomunikasi..

Offline mama quehana

  • Topaz
  • *
  • Posts: 16
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #20 on: January 01, 2013, 12:54:18 PM »
sbb dr yg conduct speech therapist ada bgtau kena kurangkan tgk tv, bykkan bermain dgn dia.
tp tgk anak2 kaka saya kuat tgk tv, tp still blh bercakap dgn baik..


Offline farida

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 140
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #21 on: January 01, 2013, 07:10:55 PM »
Salam.... kawan-kawan...risau betul hati ni.. bila anak saya yang umur 2 tahun tak boleh bercakap. Padahal hari-hari kita bercakap dengan dia.
Bila orang tanya umur 2 tahun tak boleh bercakap lagi, sedih sangat..
Macam mana nak ajar anak bercakap yer..

Salam..
Anak sy skrg br 2 thn 6 bln.. Dia pun br je gak boleh bercakap.. kalau x silap masa 2 thn 4 bln br dgr dia bcakap.. sy mmg risau sgt.. sbb kakak dia dulu cpt je bercakap.. tp yg adik ni, umur 8 bln br boleh duduk tegak, 1 thn 4 bln br berjalan.. 2 thn masih x bercakap.. yg lebih merisaukan sy sbb dia langsung x mengeluarkn bunyi. At least kalau bercakap tp pelat pun ok lg.. ni tidak.. kalau dia nak apa2.. dia tunjuk je.. kalau x dpt dia nangis je.. tp Alhamdulillah.. dlm sy duk usaha cr speech therapist.. tetiba dia bersuara dgn sendiri.. Syukur sgt2.. sy mmg x putus asa bercakap dgn dia walaupun dia x pernah respon. lebih mengejutkan bila boleh bercakap terus byk vocab dia seolah2 dia duk observe je selama ni.. cuma skrg dia just bercakap dgn kami family dia je. dgn org lain dia x nak cakap.. termasuk dgn tok wan  n pengasuh dia.. tp kira ok lah tu.. biar dia ambil masa dulu.. insya Allah kalau dia dah bersedia maybe dia akan bercakap. Tp sy still pantau lg la.. kot2 kena cr psychologist lak ke.. sbb dia pemalu sgt2. apa pun.. jgn putus asa.

Offline mama quehana

  • Topaz
  • *
  • Posts: 16
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #22 on: January 02, 2013, 02:15:40 PM »
baiklah..

marilah kita cuba bnykkan sabar dan doa ..
teruskan usaha chayokkk

Offline Marziana Amir

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #23 on: March 11, 2013, 03:50:03 AM »
samalah dengan anak saya 2 tahun 6 bulan lansung tak pandai bercakap. Guna bahasa isyarat je, main tunjuk2 je. Risau sangat tapi nak buat macam mana, doktor pakar cakap normal takde masalah.

nak jugak tahu ada tak cara2 bantu anak bercakap. pening dah..

InsyaAllah suatu masa nantu bercakaplah si soleh ni. Aamin..


Online lavender ungu

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 232
  • Suka? +0/-0
  • Ya Allah, Kurniakanlah aku zuriat yang soleh.
Re: Anak 2 tahun tak pandai bercakap
« Reply #24 on: March 11, 2013, 08:18:43 AM »
Salam semua..
Saya belum ada anak tapi saya nak kongsikan berkenaan adik bongsu saya. Perkembangan dia memang agak lambat berbanding kami adik beradik yang lain. Die boleh berjalan umur 1 tahun setengah. umur 2 tahun memang tak boleh bercakap lagi. pelat sampai kami x paham apa yang die nak sampaikan. cuma boleh panggil ma ngan bah (abah). pastu sebut air pun jadi ir je.. along jadi wong.. memnag risau sangat sampaikan saya cadangkan pada mak nak cari therapist untuk dia. Tapi x jumpa pun. heheheee... Dalam masa yang sama kami selalu bercakap2 dengan dia macam dia orang dewasa. Saya memang melarang keras adik2 saya yang lain & parents saya berbual dengan macam budak kecik. Alhamdulillah masa umur die 4 tahun dia dah boleh bercakap agak lancar walaupun masih pelat2 lagi. umur 5 tahun die pergi skolah pun jarang2 sebab kesian kat dia.  Lagipun dia xnak ke sekolah mungkin sebab orang kurang paham apa die cakap kot. Umur 6 tahun baru betul2 dia boleh bercakap. And amazingly, dia bercakap macam orang tua.. Hahahaa,, Langsung dah xde pelat tapi penat nak melayan sebab macam orang tua bercakap. sekarang dah darjah 1 dah adik sya tu. kuat mengusik kakak2 dia sampai nangis2 si kakak. Mulut memang penat melayan.

Oh ya 1 lagi seingat saya masa dia umur 4 tahun macam tu, die memang tak banyak bercakap tapi die suka bertanya kenapa. semua benda yang kita cakap kat dia mesti dia nak tanya kenapa. memang jenuh tapi kami layankan aje. mungkin sebab tu die boleh bercakap lancar kot. yang rajin melayan dia bertanya abah la.


 

Powered by EzPortal