+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10788
Latest: Genius Brainy Childcare
New This Month: 9
New This Week: 11
New Today: 7
Stats
Total Posts: 444082
Total Topics: 7403
Most Online Today: 269
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 26
Guests: 219
Total: 245

Author Topic: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah  (Read 52397 times)

Offline wanfischa

  • Topaz
  • *
  • Posts: 71
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #150 on: November 13, 2011, 06:32:09 PM »
Terima kasih... semoga perkongsian semua dapat membantu... InsyaAllah


Offline nana liyana

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 152
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #151 on: November 13, 2011, 08:15:33 PM »
hari jumaat lepas sy dengar talk dr fadzilah kamsah..mungkin utk kita yang ingin memohon zuriat bolehlah membaca doa 12 pintu rezeki.klu nak boleh email pd saya..sy tak tahu nk attach dlm ni...

Offline luveta

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 176
  • Suka? +0/-0
  • Anugerah Terindah
    • Kebahagiaan dan kegembiraan yang dinanti dengan kehadiran cahayamata
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #152 on: November 30, 2011, 01:17:50 PM »
hari jumaat lepas sy dengar talk dr fadzilah kamsah..mungkin utk kita yang ingin memohon zuriat bolehlah membaca doa 12 pintu rezeki.klu nak boleh email pd saya..sy tak tahu nk attach dlm ni...

salam kawan2..
Doa pembuka 12 pintu rezeki tu pon luveta baru amalkan..insyaallah kita sama2 amalkan ..semoga Allah makbulkan doa kita semua ye kawan2..
luveta slalu baca lepas solat yg:
"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"..
« Last Edit: November 30, 2011, 02:21:26 PM by luveta »
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami zuriat & keturunan yang baik.. Sesungguhnya kau sentiasa mendengar dan menerima doa permohonan.."
www.diaryanugerahterindah.blo gspot.com.

Offline Diyana1987

  • Nilam
  • *
  • Posts: 291
  • Suka? +1/-0
  • DIA yg menentukan segalanye...
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #153 on: December 08, 2011, 01:11:39 PM »
ana slalu bace ayat ni selepas solat...
abah ana yang kasi ayat ni suh bace after solat
moga2 dapat zuriat katenyer..

"robbi habli milladunka zurriyatan toi'iba innaka sami'un doa"

Offline yana~alisya

  • Nilam
  • *
  • Posts: 345
  • Suka? +3/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #154 on: December 08, 2011, 01:44:41 PM »
ana slalu bace ayat ni selepas solat...
abah ana yang kasi ayat ni suh bace after solat
moga2 dapat zuriat katenyer..

"robbi habli milladunka zurriyatan toi'iba innaka sami'un doa"

Diyana..info yang bagus.Terima kasih
:: my life, my love, my princess & my little angel ::
http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/


Offline Diyana1987

  • Nilam
  • *
  • Posts: 291
  • Suka? +1/-0
  • DIA yg menentukan segalanye...
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #155 on: December 08, 2011, 01:47:33 PM »
Diyana..info yang bagus.Terima kasih

same2..

Offline dahlia mayesa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1286
  • Suka? +4/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #156 on: February 01, 2012, 11:59:37 AM »
La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin…
(Tidak ada tuhan selain-Mu. Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim…)

doa nie pun bagus untuk di baca semasa kita mengandung


Offline yusra

  • Topaz
  • *
  • Posts: 30
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #157 on: February 17, 2012, 10:52:23 AM »
yus amalkan baca surah al ikhlas selama 44 hari, pd ayat Allahu Samad niatkan dalam hati apa saja yg kita nak,insyaAllah Allah akan perkenankan,alhamdulillah akhirnya yus brjaya hamil bila amalkan,petua ni dr mama,di ambil dr seorang ustaz. Cuba la kwn2, mudah2an usaha berhasil.

Offline Umi Annisa (Sumayya)

  • Delima
  • *
  • Posts: 772
  • Suka? +2/-0
  • usah berputus asa kerana ada rahmat disebaliknya
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #158 on: February 17, 2012, 11:49:50 AM »
tq yus for sharing...

Offline nashanur

  • Topaz
  • *
  • Posts: 18
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #159 on: March 05, 2012, 11:57:07 AM »
yus amalkan baca surah al ikhlas selama 44 hari, pd ayat Allahu Samad niatkan dalam hati apa saja yg kita nak,insyaAllah Allah akan perkenankan,alhamdulillah akhirnya yus brjaya hamil bila amalkan,petua ni dr mama,di ambil dr seorang ustaz. Cuba la kwn2, mudah2an usaha berhasil.

yus, surah al ikhlas dibaca waktu bila? selepas solat atau ada waktu tertentu.tp rasa rasa diniat sebagai zikir elok juga..

Offline ieja85

  • Topaz
  • *
  • Posts: 25
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #160 on: March 05, 2012, 06:53:41 PM »
Diyana ~ ieja pun selalu amal kan doa tu
maksud doa tu ~ "Ya Tuhanku beri lah aku dari sisi engkau zuriat yang soleh, solehah ( sempurna)
                            sesunggahnya engkau mendengar permohonanku..."
kawan2 boleh juga amalkan zikir ni ~ Ya Khaliq ( yang maha membentuk), Ya Bari ( yang maha mencipta) , Ya Musawwir ( Yang maha menjadikan)..
sama lah kita usaha + doa + tawakal .. amin... mudah2an berhasil...
                                                             

Offline Mrs.Zuel

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 157
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #161 on: March 14, 2012, 02:14:33 PM »
kalau mase bersama suami isteri tu terlupa nak baca doa lepas tu "menjadik" pulak..cemana eh?

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?"

Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang." 

Offline cokodok08

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 141
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #162 on: March 14, 2012, 02:38:30 PM »
La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin…
(Tidak ada tuhan selain-Mu. Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim…)

doa nie pun bagus untuk di baca semasa kita mengandung



doa nabi yunus a.s ...insyaallah nanti dimudahkan bersalin...

Offline yusra

  • Topaz
  • *
  • Posts: 30
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #163 on: March 24, 2012, 08:47:25 PM »
yus, surah al ikhlas dibaca waktu bila? selepas solat atau ada waktu tertentu.tp rasa rasa diniat sebagai zikir elok juga..
maaf ya nashanur,yus lambat reply,baca setiap kali lepas solat,1 hari cukupkan 100 kali baca..apa pun bergantung pada niat,banyak pahalanya jika baca ayat-ayat suci Allah :)

Offline kebaya

  • Topaz
  • *
  • Posts: 20
  • Suka? +0/-0
  • "Moga Allah Memakbulkan Doaku"
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #164 on: June 02, 2012, 01:02:49 PM »
Salam Semua,
Hari tu saya ada tgk semanis kurma ustazah bahiyah ade bg ayat quran yg boleh membantu usaha kita semua insyaallah

1. Surah Al-anbiya`ayat 88-90
2. Surah Maryam Ayat 4-10

Cuba amalkan sesudah solat..insyaalah  :)

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4240
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #165 on: June 04, 2012, 10:53:19 PM »
ustaz dari darulsyifa bgtau....doa yg selalu kite kene amalkan ialah
-surah nabi zakaria
-surah maryam
-dan doa rabbi habli minladunka zuriatontoiyyabban innaka samii udoa...
rasa2 ramai yg dah tahu ayat tu kan...?
so...jom kite amalkan ek...

Offline Nami_Nadia

  • Delima
  • *
  • Posts: 874
  • Suka? +1/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #166 on: July 04, 2012, 09:06:37 AM »
Salam...nami banyak membaca dalam topik nih...banyak ilmu yang nami dapat. Nami amalkan doa nabi ibrahim (robbi habli..) ..baca 3x tiap kali lepas solat. pastu nami amalkan zikir nama Allah "ya musawwir" 33x lepas solat gak...

alhamdulillah...dah nampak tanda2...terima kasih pada semua yang sudi kongsi ilmu kat sini.  ;)



Offline leenaz

  • Topaz
  • *
  • Posts: 12
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #167 on: July 11, 2012, 11:54:54 AM »
salam semua, nak share satu info...berikut adalah doa-doa daripada Asmaa’ul Husna, iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik. semoga dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan.  :)

1. Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

2. Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.

3. Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

4. Ya Allah! Ya Mushawwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami, hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.

5. Ya Allah! Ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya.

6. Ya Allah! Ya Fattaah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.

7. Ya Allah! Ya A’liim, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang Dikau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.

8. Ya Allah! Ya Baasith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.

9. Ya Allah! Ya Sami’, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.

10. Ya Allah! Ya Wasi’, wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.


mudah-mudahan baik untuk kita semua amalkan selalu... :)

Offline ain_za

  • Topaz
  • *
  • Posts: 80
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #168 on: July 11, 2012, 02:04:48 PM »
Terima kasih leenaz..rasa kerdil sgt kite kn..

Offline Mithcye_aS

  • Delima
  • *
  • Posts: 836
  • Suka? +1/-0
  • Laa Ilaha Anta Subahanaka Inn
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #169 on: July 11, 2012, 04:56:52 PM »
  :)  Tahniah semua.... Smg kite mjd ibu/mama/mak/mommy/mum kpd ank2 kite yg soleh & solehah... Jdkn diri kite sbg Idola mereka sjak dr kecil lgi... <3
Jgn lupe amalkn surah2 ini ya... InshaAllah dikurniakn ank yg baik,taat,cantik,hensem,pandai,soleh & solehah... Ameen.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang comel/cantik

Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

Surah Maryam: Untuk mendapatkan anak yang soleh

Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

Surah Al-Fatihah
Surah Yaasin
Surah Ayatul Kursi
Surah Al-Araaf ayat 189
Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
mommy syg Nur Amni Zahra & Adk baby soon.. In shaa Allah.. <3


Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #170 on: August 10, 2012, 08:44:09 PM »
Adik2, sempena ramadhan ini yang dah nak sampai penghujungnya, malam-malam 10 terakhir banyakkan solat dan berdoa. Sebelum buka puasa juga antara waktu doa mustajab inshaAllah.. Jadi doalah dgn penuh pengharapan ya...

Tadi tengok selingan rancangan tv9, ashraff muslim beri petua utk yg ingin zuriat...
suami amalkan baca an nahli 81-89
isteri amalkan baca surah maryam (ayat tak sempat salin-maaf)

cubalah ya....

Offline Raisya

  • Topaz
  • *
  • Posts: 65
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #171 on: September 03, 2012, 04:50:54 PM »
ana slalu bace ayat ni selepas solat...
abah ana yang kasi ayat ni suh bace after solat
moga2 dapat zuriat katenyer..

"robbi habli milladunka zurriyatan toi'iba innaka sami'un doa"


sama jgk amalkan ayat nie,
setiap kali di sujud terakhir solat..

Offline nurislah

  • Topaz
  • *
  • Posts: 5
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #172 on: September 10, 2012, 10:44:35 PM »
yus amalkan baca surah al ikhlas selama 44 hari, pd ayat Allahu Samad niatkan dalam hati apa saja yg kita nak,insyaAllah Allah akan perkenankan,alhamdulillah akhirnya yus brjaya hamil bila amalkan,petua ni dr mama,di ambil dr seorang ustaz. Cuba la kwn2, mudah2an usaha berhasil.

Salam..time kasih kpd semua shbt ygm sudi berkongsi..insyaAllah sy cb amalkan Dan sy jg mohon doa Dr rkn2 cmua  spy Allah permudah kan proses kehamilan sy sb dok berjauhan dgn suami..Salam perkenalan Dan Salam ukhwahh Dr sy

Offline RSyaz

  • Nilam
  • *
  • Posts: 389
  • Suka? +5/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #173 on: October 18, 2012, 02:57:59 PM »
Doa + Amalan untuk dapat zuriat

"Bila Allah cepat makbulkan doamu....
Maka Dia menyayangimu....

Bila Dia lambat memakbulkan doamu...
Maka Dia sedang mengujimu....

Bila Dia tak makbulkan doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu....

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan....
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..."


**************************************************
Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.


Doa-Doa Untuk Mendapatkan Zuriat



Doa Nabi Ibrahim a.s.

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’

Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi


Surah Al-Anbiya:21:89

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa.


Doa sebelum persetubuhan

Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.


Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan Pertama


Selepas Fajar ataupun Solat Subuh;

Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat")
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua

Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


* Semoga aku dan suami tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan zuriat..AMIN
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai peyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." (25:74)

Offline umi at

  • Topaz
  • *
  • Posts: 50
  • Suka? +0/-0
Re: Doa dan amalan ayat Quran untuk memohon zuriat yang soleh dan solehah
« Reply #174 on: October 24, 2012, 06:11:43 PM »
Antara doa yang disarankan untuk memohon zuriat:

surah Ali Imran ayat 38 (doa Nabi Zakaria)
surah al-anbiya' ayat 89

kedua-dua doa ini dibaca serentak..insyaAllah marilah kita amalkan..


Jemputla singgah ke blog umi At..  http://www.iwannabeumie.blogspot.com

 

Powered by EzPortal