+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10888
Latest: qaira17
New This Month: 110
New This Week: 14
New Today: 5
Stats
Total Posts: 445479
Total Topics: 7437
Most Online Today: 285
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 12
Guests: 154
Total: 166

Author Topic: Endometriosis  (Read 53752 times)

Offline vanillaven0m

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +0/-0
Re: Endometriosis
« Reply #250 on: September 19, 2011, 08:00:41 PM »
pemakanan sekarang mengakibatkan terjadinya endo, fib ..begitu juga dengan pemakaian pad yang xmenentu...pandai2lah kita memilih. ELAKKAN sardin..ini punca utama ke arah itu TANPA kita sedari...

Betulke raihanberkat? V suka sgt makan sardin, lagi2 kalau sardin yg dlm tin ngan kuah tomato tu...kat mana raihanberkat dpt tahu tentang tu? Ada article written and proven ke? Risau lah pulak V ni...


Offline sue84

  • Delima
  • *
  • Posts: 1096
  • Suka? +3/-0
  • Rezeki ku Ada Inyallah
Re: Endometriosis
« Reply #251 on: September 20, 2011, 08:53:54 AM »
permakaan apa lagi ek patut dielakkan ? sue ada terbaca antaranya daging n udang

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #252 on: September 20, 2011, 09:24:47 AM »
kalo ada baca blog Dr Adilah, dia pon ada mention a few ayat yang menunjukkan makanan diprocess ini memang x elok dimakan .. Dr Adilah mention kita still kat planet bumi so x susah untuk jumpa makanan yang tidak diproces so why kite pilih processed food.

So kite pikirkanla apa dia process food. setahu saya la, if sardin, nugget, kentang goreng ni suma processed food. Makanan yang kita mudah nak sediakan .. :) so fikir2kanlah ..

apa2 pon .. dari Doktor yang merawat saya, dia berpesan if kita nak follow sangat pantang itu ini, nanti diri kita akan suffered but dia pesan sangat2 makan berpada2 .. Rasanya Dr Adilah pon cakap macam tu dalam blog dia .. makanan dengan seimbang or moderate .. ..

Tapi kebanyakkan website saya baca selain period punca endometriosis, hormon estrogen berlebihan juga merupakan punca endo. Tapi bak kata Doktor saya, if saya nak elakkan makanan mengandungi estrogen, apa je makanan yang bole saya makan .. most of food ada estrogen, Doc saya kata .. :D that's why dia cakap makan dengan kadar yg seimbang .. badan kita perlukan hormon2 yang seimbang .. :D
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline sue84

  • Delima
  • *
  • Posts: 1096
  • Suka? +3/-0
  • Rezeki ku Ada Inyallah
Re: Endometriosis
« Reply #253 on: September 20, 2011, 11:53:20 AM »
linda: setuju sgt... tapi nak seimbang tue laa yg ssh hu3

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #254 on: September 20, 2011, 02:00:12 PM »
tepuk dada tanya selera ek .. :P
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"



Offline sue84

  • Delima
  • *
  • Posts: 1096
  • Suka? +3/-0
  • Rezeki ku Ada Inyallah
Re: Endometriosis
« Reply #255 on: September 20, 2011, 02:05:16 PM »
LINDA: HUHUHUHU

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #256 on: September 20, 2011, 02:36:12 PM »
:D
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Endometriosis
« Reply #257 on: October 05, 2011, 07:54:08 PM »
Namun utk kes saya, memang dah lewat sebab simtom2 di atas xde kat saya. Simtom saya betul2 lain daripada simtom biasa penghidap endometriosis.. :) xpe la .. saya istimewa gaknya utk merasai semua nie .. :) :) alhamdulillah .. semuga semuanya akan berakhir dengan kegembiraan kelak .. aminnn ..

Linda, semoga Allah sembuhkan Linda dan kawan2 yang menghadapi masalah endo ni.

Tadi dok google jumpa artikel ni di web YADIM.


Endometriosis, Senggugut, dan Wanita Berkerjaya
17 February 2006
Susunan NORHURIYATINA SALLEH

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain.

APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.

APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM?

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul.

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .

PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS

Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG?

Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman, tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis".

Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan. Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Offline vanillaven0m

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +0/-0
Re: Endometriosis
« Reply #258 on: October 05, 2011, 08:23:47 PM »
Artikel yang menarik ni...thank upi for sharing :)

V musykil lah, kalau endo ni ada gejala2 cam sakit kat bahagian dubur juga? Kadang2 V period, ada rasa cam sharp shooting pain kat bahagian dubur juga yang buat rasa susah nak buang air besar masa period.

Ada sesiapa yang menghidapi endo ada simptom yang sama macam V tak?

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #259 on: October 06, 2011, 09:18:08 AM »
hmmm .. saya sebelum period mesti akan kena cirit birit ..
ase xde lak rasa macam V
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline vanillaven0m

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +0/-0
Re: Endometriosis
« Reply #260 on: October 06, 2011, 11:32:36 AM »
Kita pernah juga sblm period ada cirit birit, pastu haritu lepas period ada cirit birit jugak 2 hari berturut-turut pastu rasa cam sakit2 kat bhgn dubur...so far V lum check lagi endo tapi rasa2 lagi 6 bulan kalau x berhasil juga dpt baby, V nak pi check lah...

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5525
  • Suka? +72/-0
    • ohcomel
Re: Endometriosis
« Reply #261 on: October 06, 2011, 01:03:31 PM »
Artikel yang menarik ni...thank upi for sharing :)

V musykil lah, kalau endo ni ada gejala2 cam sakit kat bahagian dubur juga? Kadang2 V period, ada rasa cam sharp shooting pain kat bahagian dubur juga yang buat rasa susah nak buang air besar masa period.

Ada sesiapa yang menghidapi endo ada simptom yang sama macam V tak?

V akak selalu alami masalah macam ni daripada anak dara lagi
dia tak selalu datang kan?
sebelum mengandungkan anak kedua dan selepas tu mmg tak de endo
akhir2 ni, kira lepas beberapa bulan bersalin anak kedua, period pain akak teruk
rasa mmg kena check doktor ni...

Offline vanillaven0m

  • Nilam
  • *
  • Posts: 302
  • Suka? +0/-0
Re: Endometriosis
« Reply #262 on: October 06, 2011, 02:57:56 PM »
V akak selalu alami masalah macam ni daripada anak dara lagi
dia tak selalu datang kan?
sebelum mengandungkan anak kedua dan selepas tu mmg tak de endo
akhir2 ni, kira lepas beberapa bulan bersalin anak kedua, period pain akak teruk
rasa mmg kena check doktor ni...

Hi Kak Ummi,

"dia tak selalu datang kan?", maksud kak ummi? period ke? kalau gitu, V xde masalah period datang hanya bile period pastu nak buang air besar susah sikit rasa cam sakit cucuk2 kat bahagian dubur.

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: Endometriosis
« Reply #263 on: November 13, 2011, 04:12:21 PM »
Urmmm..agak sedang kesedihan ni..Dulu myn memang ada endometriosis,tapi Alhamdulillah dikurniakan peluang mengandung walaupun baby just hayatnya 9bulan dalam kandungan..So, masa operate utk keluarkan baby, doktor sahkan endometriosis hanya tinggal spot nya jer..Disebabkan bersalin secara czer,doktor nasihatkan berehat selama 6 bulan sebelum mengandung semula..

Bulan ni genap 6 bulan,namun apa yang agak menyedihkan, jumaat lepas myn scan perut, doktor kata ada endometriosis! Saiznya around 5cm! So? Takkan nak kena operate lagi kot?

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #264 on: November 14, 2011, 08:44:01 AM »
myn, cane tergerak hati nak scan perut lagi?
rasanya 5cm masih bole dkeluarkan melalui laparoskopi.
cuba la tanya doctor cara lain selain pembedahan, mungkin ada ubat2 yang bole dmakan utk kecutkan endo tu (doktor saya cakap endo xkan kecut s long s kita period)
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: Endometriosis
« Reply #265 on: November 14, 2011, 09:51:16 AM »
myn, cane tergerak hati nak scan perut lagi?
rasanya 5cm masih bole dkeluarkan melalui laparoskopi.
cuba la tanya doctor cara lain selain pembedahan, mungkin ada ubat2 yang bole dmakan utk kecutkan endo tu (doktor saya cakap endo xkan kecut s long s kita period)

Yang boleh tergerak hati pi scan sebab perut rasa tak selesa kat area rahim gitu..Lagi satu bbrapa minggu lepas myn dok rasa perut cam cramp bila berjalan laju,dok terasa macam contraction cam mengandung dulu..tu yangpi scan,dok teringat gak, dulu doktor pernah cakap,walau cyst dah hilang samada melalui pregnency atau bedah,percentage cyst datang balik agak tinggi as long as ada period..dan myn punya period sangat la rajin datang setiap bulan lepas bersalin,cuma cycle jer tak tetap..

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #266 on: November 14, 2011, 10:09:57 AM »
itula kan .. saya pon risau juga ..
saya lagi la stage 4 - endometriosis .. skang ni sudah sebulan berenti ubat tahan period ..
tapi period x datang2 juga...

kadang2 rasa gak x selesa area kiri (ovari paling teruk kena serang endo dulu) .. ingatkan hujung bulan ni nak pergi scan juga la ..
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: Endometriosis
« Reply #267 on: November 14, 2011, 07:26:33 PM »
itula kan .. saya pon risau juga ..
saya lagi la stage 4 - endometriosis .. skang ni sudah sebulan berenti ubat tahan period ..
tapi period x datang2 juga...

kadang2 rasa gak x selesa area kiri (ovari paling teruk kena serang endo dulu) .. ingatkan hujung bulan ni nak pergi scan juga la ..

Owh,myn tak tau pulak endometriosis ni ada stage,yang myn tau saiz nya lah...erm,stage tu kira macam mana? Depend pada saiz cyst atau kedudukan cyst tu? Erm,sekarang ni myn tengah pening,tadi pi LPPKN nak follow rawatan untuk conceive balik (Alhamdulillah diterima walau baru 6 bulan lepas bersalin czer), so doktor scan nak tengok rahim camna, yang terkejutnya doktor kat LPPKN cakap kat ovari ok jer,tapi dalam rahim ada sesuatu yg disyaki sebagai fibroid!

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #268 on: November 15, 2011, 08:49:25 AM »
myn, stage endo diketahui selepas pembedahan, Doktor akan wat grading tu mengikut pemarkahan yang ditentukan oleh persatuan Endometriosis sedunia.

Saya jatuh pada last stage, sebab endo tu menyebabkan pelekatan organ lain dengannya, or time operate doctor cakap usus besar saya telah ditarik ke ovari (tempat endo membesar).. Lagipon saiz endo saya melebihi 5cm

lagi 1, Endo & fibroid memang macam adik beradik. Doktor saya cakap 70% orang akan menghidapi endometriosis dengan fibroid, 30% hanya endometriosis. Kalo baca kat laman web Dr Adilah Ahmat, dia pon tulis makanan endo & fibroid sama - berasaskan estrogen. (If hormon estrogen ni melebihi had dalam badan kita, memang endo & fibroid ni akan cepatla membesar).

Myn, tanya la dengan doktor myn pula ya .. :) mungkin lain doktor lain pendapatnya ..
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline sue84

  • Delima
  • *
  • Posts: 1096
  • Suka? +3/-0
  • Rezeki ku Ada Inyallah
Re: Endometriosis
« Reply #269 on: November 15, 2011, 08:55:19 AM »
Endometriosis ng cyst sama ke?

Offline ana_lulu

  • Topaz
  • *
  • Posts: 41
  • Suka? +0/-0
Re: Endometriosis
« Reply #270 on: November 15, 2011, 09:29:49 AM »
salam...ana pernah ada pengalaman ada cyst and buat operation..masa doc detect tu ana punya cyst ukuran 4cm..

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #271 on: November 15, 2011, 09:42:04 AM »
Endometriosis ng cyst sama ke?

cysts ada macam2 jenis salah satu daripadanya adalah endometriosis (nama umumnye) endometrioma or endometrioric cyst or cysts coklat (nama specific merujuk tempat menghidapi endo di ovari).

sekian harap maklum .. :D
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: Endometriosis
« Reply #272 on: November 15, 2011, 02:40:01 PM »
myn, stage endo diketahui selepas pembedahan, Doktor akan wat grading tu mengikut pemarkahan yang ditentukan oleh persatuan Endometriosis sedunia.

Saya jatuh pada last stage, sebab endo tu menyebabkan pelekatan organ lain dengannya, or time operate doctor cakap usus besar saya telah ditarik ke ovari (tempat endo membesar).. Lagipon saiz endo saya melebihi 5cm

lagi 1, Endo & fibroid memang macam adik beradik. Doktor saya cakap 70% orang akan menghidapi endometriosis dengan fibroid, 30% hanya endometriosis. Kalo baca kat laman web Dr Adilah Ahmat, dia pon tulis makanan endo & fibroid sama - berasaskan estrogen. (If hormon estrogen ni melebihi had dalam badan kita, memang endo & fibroid ni akan cepatla membesar).

Myn, tanya la dengan doktor myn pula ya .. :) mungkin lain doktor lain pendapatnya ..

Ok,22/11 ni myn ada appoinment kena jumpa doktor,sebab doktor nak buat tvs dan nak tengok keadaan telur (lepas makan clomid)..Harap2 apa yqng doktor lihat sebelum ni tak teruk seperti yang dijangkakan (kan best kalau yang doktor tengok dalam scan tu baby..)

Offline Mama Linda

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4281
  • Suka? +8/-0
  • Every FAILURE followed by GREATEST Success!
    • My Blog
Re: Endometriosis
« Reply #273 on: November 15, 2011, 02:50:29 PM »
insyallah myn .. ape yang berlaku itu yg terbaik utk kita ..
:)
"I'M PREGNANT CUMS MOMMY TO BE"


Offline sue84

  • Delima
  • *
  • Posts: 1096
  • Suka? +3/-0
  • Rezeki ku Ada Inyallah
Re: Endometriosis
« Reply #274 on: November 16, 2011, 08:16:58 AM »
cysts ada macam2 jenis salah satu daripadanya adalah endometriosis (nama umumnye) endometrioma or endometrioric cyst or cysts coklat (nama specific merujuk tempat menghidapi endo di ovari).

sekian harap maklum .. :D


owh ok thankss...

 

Powered by EzPortal