+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

+-Stats

Members
Total Members: 8165
Latest: ahmiza
New This Month: 196
New This Week: 39
New Today: 7
Stats
Total Posts: 357893
Total Topics: 5464
Most Online Today: 297
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 32
Guests: 175
Total: 207

Iklan HerbaHPA

Author Topic: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice  (Read 9838 times)

Offline izh_na

  • Delima
  • *
  • Posts: 795
  • Suka? +4/-0
Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« on: November 26, 2010, 09:02:54 AM »
Ada tak pemakanan yang sesuai diamalkan oleh ibu hamil untuk elakkan bayi jaundice (sakit kuning) bila dilahirkan kelak??Anak2 Nanie 2-2 ada jaundice bila dilahirkan.Nurul sikit jer..Afiq sampai masuk wad..
Kalau ada yang tahu share lah ye..

Offline Iryani

  • Topaz
  • *
  • Posts: 78
  • Suka? +0/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #1 on: November 26, 2010, 09:12:04 AM »
haritu dlm majalah PA&MA ada cakap makan buah delima leh elakkan bb dari kena jaundis.. tp ibu mengandung kena habiskan buah tu sorang. tak boleh share sebab penawar nya ada dalam salah satu butir biji delima tu..
jom jenguk blog mummy sofia
http://anglelady.blogspot.com/

Offline umibaihaqi

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 228
  • Suka? +0/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #2 on: November 26, 2010, 09:20:50 AM »
baby saya dulu Alhamdulillah tak kena jaundis
saya pun tak pasti apa yang saya makan masa ngandung yang menyebabkan baby saya selamat dari jaundis
kakak saya kata sebab saya banyak minum air kelapa ngan fresh oren.....dia kerja nurse
ntah la nanie...saya terfikir gak sebabnya

Offline mygenesis (yana)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2935
  • Suka? +18/-0
  • life is full of ups and downs..handle with prayer
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #3 on: November 26, 2010, 09:35:56 AM »
yana pernah baca dulu minum susu kambing masa mengandung boleh elak anak jaundice..ntah la boleh la try kot.


Offline faraija

  • Nilam
  • *
  • Posts: 250
  • Suka? +1/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #4 on: November 26, 2010, 09:59:57 AM »
Anak saya pun alhamdulillah...dua-dua tak kena jaundis. Masa nak bersalin anak kedua doktor ada tanya anak pertama jaundis tak,saya cakap tak. Dia kata maybe sbb jenis darah saya, husband dan anak sama iaitu O+. Sbb tu tak kena. Anak kedua pun sama O+ jugak. Wallahualam...

krsty

  • Guest
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #5 on: November 26, 2010, 10:07:16 AM »
anak pertama saya tak kena pun jaundice..alhamdulillah..
sebab apa tak kena,sebab masa pantang 1-2 minggu tu saya tak amik apa2 jamu...
masa hamil,saya takde plaks makan buah2 delima or susu kambing semua tu..

Offline umiDee

  • Nilam
  • *
  • Posts: 263
  • Suka? +1/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #6 on: November 26, 2010, 10:16:01 AM »
haritu dlm majalah PA&MA ada cakap makan buah delima leh elakkan bb dari kena jaundis.. tp ibu mengandung kena habiskan buah tu sorang. tak boleh share sebab penawar nya ada dalam salah satu butir biji delima tu..

kita ada makan buah delima time preggy,
sebab kakak memang tanam kat umah dia
sampai 2-3 biji sekali makan
tapi anak2 masih kena jaundice
Danisha follow up kat klinik sampai hari ke-42
baru jaundice hilang terus..

ada yg kata pil2 yg klinik bekalkan
boleh sebabkan jaundice
tp  skrg nih tengok ramai yg tak ambil pil pun
ada gak anak yg kena

ari tuh ada baca artikel ttg jaundice & newborn baby nih
tapi dah lupa la..urat 'ingat' tak nak bersambung
Ku pegang amanahMu Tuhanku..mendidik anak2 ku jd insan cemerlang dunia & akhirat..permudahkanlah segala urusanku, semoga diriku diberkati olehMu selalu..


Offline izh_na

  • Delima
  • *
  • Posts: 795
  • Suka? +4/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #7 on: November 26, 2010, 10:39:27 AM »
Tu la Nanie selalu terfikir ada tak sesuatu yang boleh diamalkan untuk anak tak jaundice....Serik bila ingat masa Afiq dulu selama 15hr hr2 kena amik darah kat tumit kaki..Masuk hospital lagi sehari dah tu tak boleh teman sebab katil untuk ibu penuh..Apalagi berendam air mata semalaman..

Offline lovelyrose

  • Nilam
  • *
  • Posts: 253
  • Suka? +0/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #8 on: November 26, 2010, 11:44:40 AM »
jaundise ni bahaya ke ekk?
sekarang kebanyakkan baby lahir ada jaundise kan..risau jugak

Offline ummi hannan

  • Nilam
  • *
  • Posts: 306
  • Suka? +1/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #9 on: December 01, 2010, 02:35:01 PM »
saya anak ke -3 kena masuk wad hospital serdang..memang nangislaa umminya tgk anak kena ambik darah..kena follow up sampai umur bln..

masa dok jaga babu kt wad tu baru 4 hari bersalin.. tidur atas kerusi dgn luka episiotomi tak baik lagii..memang dugaan laa..nyaris baby nak kena transfuse darah..last sekali org kata bg susu alpha lipid..so saya beli dan saya minum sbb baby BF..alhamdulillah..asbab kot..esoknya terus okey dia punya bacaan jaundice tu..

klu boleh elakkan lah..saya dah serik dah..bila balik rumah saya demam n bentan sampai tak boleh bangun..siap call hubby suh balik rumah utk tolong bangunkan saya..
doc kata jd cam ni sebab tak dapat rehat sgt masa kat spital..

Offline noraziah

  • Topaz
  • *
  • Posts: 51
  • Suka? +0/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #10 on: December 01, 2010, 02:51:47 PM »
Anak saya pun alhamdulillah...dua-dua tak kena jaundis. Masa nak bersalin anak kedua doktor ada tanya anak pertama jaundis tak,saya cakap tak. Dia kata maybe sbb jenis darah saya, husband dan anak sama iaitu O+. Sbb tu tak kena. Anak kedua pun sama O+ jugak. Wallahualam...


ye ke... tapikan kita ngan hubby pun O+... doktor kata kalau darah O+ risiko anak mendapat jaundies adalah tinggi... jadi anak pertama punyalah lama kena dalam sebulan lebih kesian dia... tapi masa anak kedua langsung tak kena jaundis... 

masa anak kedua tu saya amalkan makan kurma, buah tin, kacang cerdik tu...  ala korang semua bole makan yang kekacang yang jual dalam bekas tu.... kan...   selamat mencuba



Offline aan1512

  • Nilam
  • *
  • Posts: 319
  • Suka? +0/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #11 on: December 06, 2010, 10:49:53 PM »
saya mkn gak kurma masa prggy humaira....tp xla kerap...
but still humaira kena jaundis...tp sikit jer.mungkin sebab tu gak la kot...tp xla smpai masuk wad.....nurse pesan kerap bg susu jer.....even baby  tido pun kejutkan...so,dlm 3,4 ari mcm tu je la dah sembuh.....

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #12 on: December 07, 2010, 01:09:40 AM »
saya mkn gak kurma masa prggy humaira....tp xla kerap...
but still humaira kena jaundis...tp sikit jer.mungkin sebab tu gak la kot...tp xla smpai masuk wad.....nurse pesan kerap bg susu jer.....even baby  tido pun kejutkan...so,dlm 3,4 ari mcm tu je la dah sembuh.....

maaf ye kallu sy kurang ilmu.apa yg sy tau,jaundis ni rezki masing2 gak.takde sngkut paut dgn pemakanan.sbb tu kalu jaundis,bykkan susu ibu pada baby.CONFIRM sembuh.sbb susu ibu mudah hadam dan bayi senang membuang,hati dapat proses dgn sempurna tuk buang birilubin.

Quote
Penyakit itu berlaku disebabkan gangguan dan peningkatan salah satu komponen darah secara tiba-tiba di dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai bilirubin.
Secara fisiologi, jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan kerana bilirubin dikeluarkan secara berlebihan tetapi keadaan itu tidak berpanjangan.Sebab-sebab lain termasuk kekurangan enzim tertentu di bahagian hati yang menyebabkan bilirubin tidak dapat dibuang melalui proses biasa
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #13 on: December 07, 2010, 01:12:59 AM »
bolehke kita tentukan melalui pemakanan kita semasa mengandung yang dapat elakkan penghasilan birilubin yg berlebihan pada bayi baru lahir?kalu ada sesapa nak kongsi dr segi saintifik,saya sgt nak tahu.

tp,kalu jaundis di kalangan org tua, ye..mgkn boleh bantu melalui pemakanan org tua tu sendiri.sbb body kita da pun melalui prose penghadaman yang sempurna bertahun2..
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline mamaorang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1593
  • Suka? +9/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #14 on: December 09, 2010, 02:44:36 PM »
time minggu pertama tu anak saya kena jaundis...
sebab dia premature....possibility tuk kena jaundis memang tinggi...
jamu memang saya tak makan....

susu kambing better elakkan..sebab panas...de setgh baby yg tak tahan ngan susu kambing ni n wat jaundis lebih tinggi...



Offline Mummy

  • Nilam
  • *
  • Posts: 486
  • Suka? +7/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #15 on: December 22, 2010, 01:54:20 PM »
Dari apa yang saya baca dari forum lain, baby yang jaundice memang tak boleh diberi minum susu kambing. Tapi yang sepatutnya kena minum susu kambing adalah ibunya.... dan ibu kena BF baby. Bukan direct bagi kat baby susu kambing tu.....

Offline Wina

  • Delima
  • *
  • Posts: 826
  • Suka? +6/-0
  • blessed with a beautiful life
    • ? Yaadein ?
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #16 on: December 22, 2010, 02:03:45 PM »
Kira pun dulu kena jaundice...masuk wad 1 malam lepas hari ke-5 lahir

ape yang wina tau, salah satu risiko tinggi baby kena jaundice ialah jika ibu berdarah O...wina memang darah O

and the best cure for jaundice is breast milk  :)

Offline ashlia

  • Berlian
  • *
  • Posts: 5012
  • Suka? +38/-0
  • Enjoy Life As It Is
    • Personal Blog : Life Through Windows
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #17 on: December 22, 2010, 02:08:14 PM »
Kira pun dulu kena jaundice...masuk wad 1 malam lepas hari ke-5 lahir

ape yang wina tau, salah satu risiko tinggi baby kena jaundice ialah jika ibu berdarah O...wina memang darah O

and the best cure for jaundice is breast milk  :)

owh ye ke wina?patutla pun..kita pun darah O.tu yang aleesya ada jaundice gak..
btul tu,BF is the best..

actually,normal tuk baby ada jaundis masa awal lahir.cume kita kena kawal dan turunkan tahap jaundis tu.kalu melarat tu yang bahayakan baby.
~We all choose how to look at life~
 http://ashra-aulia.blogspot.com
   

Offline Mummy

  • Nilam
  • *
  • Posts: 486
  • Suka? +7/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #18 on: December 22, 2010, 05:20:10 PM »
Alamak.....mummy pun darah O. Maka kena bersedialah dari sekarang..... Adoi!

Mummy amalkan minum susu kambing + kurma skang ni. Kalau mummy selamat melahirkan dan baby tak kena jaundice, nanti mummy announce kat sini yer! Doakan mummy dan kandungan selamat! :)

Offline bondaalesya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3373
  • Suka? +3/-0
  • salam sayang buat semua
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #19 on: December 22, 2010, 05:49:51 PM »
ya la mummy kena bersedia..ank cepat dapat kuning pun cepat jg la...
kena berhati2 la mummy la..
mudah2 mummy dengan bby ok nnti ya..sehat2 selalu... ;)


Offline mama awien

  • Topaz
  • *
  • Posts: 4
  • Suka? +0/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #20 on: February 08, 2011, 02:50:24 PM »
sy pernah tanya doctor... katanya masa preggy jgn ambik fast food... elakkan klu blh.. wallahualam.... agaknye pemakanan kita skng nie.. zaman dulu elok ja.. ;)

Offline ct_sara

  • Nilam
  • *
  • Posts: 456
  • Suka? +1/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #21 on: March 21, 2011, 12:33:28 PM »
alamak darah saya pun o+..
ada kawan saya kata kalau makan kurma sehari sebiji leh elak anak kena jaundis..
kita usaha je la dulu ea..(tapi selalu gak miss makan..hehe)..

semoga Allah lindungi anak2 kita..Amin




Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +22/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #22 on: March 21, 2011, 12:50:03 PM »
So far yang saya baca dalam few medical website, tidaklah pulak dinyatakan jaundice ni boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan sekian sekian..

Kena faham, apakah itu jaundice, risiko bayi mendapat jaundice dsb.

Jaundice ni berlaku pada kesemua bayi yang baru lahir..Kerana jaundice ni mengesan perkembangan hati bayi tersebut, sejauh mana hati bayi itu berfungsi untuk menyingkirkan bilirubin dalam darahnya.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dan berat yang kurang memang berisiko mendapat jaundice. Faktor darah sperti Rh incompatibility, darah O memang berisiko..

Jaundice sebenarnya tidak berbahaya kecuali bacaannya terlalu tinggi sehingga perlu mendapatkan rawatan pertukaran darah.

Paling penting kerapkan bF supaya bayi kaan buang air besar lebih kerap..

Pemberian air kosong yang kononnya untuk mempercepatkan penyingkiran bilirubin melalui air kencing adalah salah.
Bilirubin disingkirkan 2% dari air kencing manakala 98% dari air besar. So kena BF untuk kenyangkan bayi dan bayi akan membuang najis lebih kerap.
Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/

Offline kitty

  • Nilam
  • *
  • Posts: 413
  • Suka? +1/-0
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #23 on: March 21, 2011, 12:59:25 PM »
hmmm... alhamdulillah baby kitty hari tu xkena jaundis... masa sebelum discaj doctor dah pesan banyak2 kali supaya kerapkan feeding dia sebab kitty berdarah O (hi risk utk anak jaundis kalau ibu berdarah O) dan juga baby keluar kena vacum..

masa peknen dulu kakak kitty ada pesan makan halia and blackpepper banyak boleh sebabkan jaundis --> so kitty mmg tak sentuh langsung halia and lada hitam..

kakak ipar plak dia cite masa peknen dia mmg suka makan mi kuning, then bila lahir baby dia kena jaundis --> so mi kuning pun kitty elakkan.

then all the fastfoods, megi, keropok, jajan sume kitty cuba elakkan.. makan all the good foods je.. banyakkan makan buah2an...

ni apa yang kitty praktikkan laa...

Offline HaNa

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1500
  • Suka? +22/-0
  • To know me is to love me
    • http://hanaseman.blogspot.com/
Re: Pemakanan yang boleh elakkan bayi jaundice
« Reply #24 on: March 21, 2011, 01:09:15 PM »
Kitty, orang kita cakap melalui pengalaman..
kadang tu takde bukti saintifik pun yang mengaitkan. Semuanya adalah berdasarkan anggapan sahaja...

"Dulu makan xxx, anak dapat kuning".. macam mana kita nak tahu makanan kita tu penyebab kuning..

lagipun time pregnant memang tak brapa elok makan herba2, megi, jajan ni of course la sebab khasiat kurang..
Story of breastfeeding, parenting and my family.
sila klik http://hanaseman.blogspot.com/

 

Powered by EzPortal