+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 10874
Latest: maz jamal
New This Month: 96
New This Week: 0
New Today: 0
Stats
Total Posts: 445271
Total Topics: 7434
Most Online Today: 192
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 8
Guests: 137
Total: 145

Author Topic: Adakah Aku yang Bersalah  (Read 2290 times)

Offline mamun

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
Adakah Aku yang Bersalah
« on: May 08, 2013, 09:21:30 AM »
Salam kepada semua sahabat RH. Saya takde tempat untuk meluah perasaan dan mungkin luahan hati saya ini akan mencalar dan menyakiti hati kaum saya sendiri, perempuan.
Saya, mungkin sesetengah orang berpendapat saya ini perampas, demi Allah tidak terlintas dalam hati saya untuk menggurisi hati kaum sejenis saya. Inilah bahana internet, fesbuk. Saya kenal suami saya yang kedua ini melalui fesbuk. Kami berkenalan ketika saya masih isteri orang dan rumah tangga saya sendiri dilanda masalah( didalam proses perceraian kerana suami saya memfailkan cerai). Saya tahu, dia suami orang melalui gambar2 perkahwinan, gambar kemesraan mereka dan isteri dia sendiri ada dalam fesbuk saya (isteri dia kuat cemburu dan akan menambah kenalan perempuan yang ada di dalam fesbuk lelaki ini). Ringkaskan cerita setelah hubungan kami dapat dihidu oleh isterinya dan isterinya sentiasa mengganggu saya melalui sms. Saya minta putus hubungan dengan suaminya(dan kini telah menjadi suami saya) kerana saya kesian dan rasa bersalah. Tetapi lain yang jadi kerana suaminya telah meletakkan taklik bahawa jika isterinya mengganggu saya, talak tiga akan jatuh. Lelaki ini masih hantar sms memujuk rayu dan akan menunggu di depan pintu rumah saya setiap hari sampai pukul 2,3 pagi. Saya berasa lelaki ini jujur dengan saya dan saya  meneruskan perhubungan dengan dia semula malangnya isterinya telah baca sms yang saya hantar kepada suaminya dan menghantar sms kepada saya, marah2. Saya memberitahu lelaki ini dan maka talak tersebut telah jatuh pada bulan 5. Lelaki ini memfailkan masalah mereka dan mereka naik mahkamah pada bulan 9. Hakim telah mengesahkan bahawa talak telah jatuh. Pada bulan 10, isterinya menghantar sms kepada saya beritahu bahawa dia tengah mengandung dan akan menuntut segala hak anak itu di mahkamah. Saya bertanya kepada lelaki ini dan katanya iye, bekas isterinya itu telah mengandung 2 bulan. Masya Allah, terkedu saya. Tapi jodoh kami mungkin kuat, kami bernikah pada bulan 11 tetapi di siam disebabkan permasalahan bekas isterinya yang tengah mengandung. Dan sekarang saya, telah mengandung 13 minggu manakala bekas isterinya sudah pun melahirkan anak. Semenjak saya mengandung, fikiran saya sentiasa terganggu dan kami sering bertengkar. Saya pernah berkata kepada suami suruh mengambil anak ini dan ceraikan saya. Saya tak tahu mengapa saya jadi begini. Tolongla saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat sekarang. Cemburu, iri hati, sakit hati. Ya, mungkin pandangan rakan di sini, ini adalah balasan kepada saya. Demi Allah, saya katakan, saya tidak berniat nak sakiti hati kaum sejenis saya. Allah telah merencanakan jalan hidup saya sebegini dan saya telah banyak kali menolak perkara ini berlaku kepada diri saya.  :(

Offline nirikays

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3708
  • Suka? +9/-0
  • ..ALL izZ WELL..
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #1 on: May 08, 2013, 09:34:27 AM »
salam mamun..
simpati juga.pendapat sy..
tapi inilah akibat awak kena ambil jika awak ambil hak orang walaupun tanpa niat.
apa2 yg terjadi selepas ini, anggap ia adalah kifarah diatas dosa dan kesalahan yg telah awak lakukan..
awak masih beruntung, masih bersuami dengan anak yg bakal lahir, tetapi bekas isteri itu, dicerai talak 3!
disini sy melihat bukan nak menghukum, suami awak tidak adil, dan mengikut perasaan je meletak taklik begitu.

mana2 perempuan apatah lagi bergelar isteri pasti cemburu.
pernah tak awak bayangkan bagaimana kalau keadaan sekarang awak diduakan suami awak sekarang?
sakit hati kan?
kecewa..
cemburu..
bekas isterinya dah merasa dulu dan akan merasa sampai bila2..soal perasaan bukan boleh hilang sekelip mata.
bekas isterinya berhak menuntut segala hak untuk anaknya.
kesian, pada sy dia teraniaya walau apapun masalah mereka.

istifarlah banyak2..soal mereka kalau boleh jangan masuk campur hatta ke mahkamah menuntut harta sepencarian pun..itu hal mereka berdua.
penceraian tragik begitu, kesannya pada anak2 sekali..
..kte dh maen gile since kte kenal,
  kte teruskan maen gile kte..  ;D

Ada MenjUal Almond Crunchies Berkaramel. Order? PM/Inbox

http://bit.ly/1wd0sww

Offline ibu_amnihaziq

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 195
  • Suka? +2/-0
  • Bahagia Dunia Akhirat
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #2 on: May 08, 2013, 09:57:31 AM »
assalamualaikum puan..sy tak pandai nak beri pendapat tapi cerita ini buat saya sedih sebab  perkara ini berlaku 17tahun lalu...kepada ibu bapa saya..walaupun cerita tidak serupa tetapi watak dan keadaan lebih kurg sama dan sebagai anak memang benar kami menjadi mangsa...kami sedih sebagai ank..bile perkara sebegini terjadi...tapi apalah daya kami semua telah Allah tentukan..qada dan qadar Allah kite kene terima...cume harap puan mohon ampun dan maaf pada Allah dan orang yg puan sakiti....

Offline nirikays

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3708
  • Suka? +9/-0
  • ..ALL izZ WELL..
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #3 on: May 08, 2013, 10:02:08 AM »
boleh juga ambil iktibar dari kisah artis abby abadi yg telah berbaik dengan memey begitu juda nd dengan fs.
itu contoh je..memang ramai lagi yg berbaek2..
..kte dh maen gile since kte kenal,
  kte teruskan maen gile kte..  ;D

Ada MenjUal Almond Crunchies Berkaramel. Order? PM/Inbox

http://bit.ly/1wd0sww

Offline iman zahra

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 2798
  • Suka? +2/-0
  • <FB> shida zahraa closet
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #4 on: May 08, 2013, 11:37:56 AM »
maaf ckp..
tamak nya si suami sampai nk bg 3 terus..
kerana cinta si lelaki jadi buta..
nauzubillahbillzalik mintak dijauhkan dari semua wanita...

iman rasa mamun jadi mcm ni sbb ada perasaan bersalah pada diri sendiri pada masa yg sama mamun terfikir nasib bekas isteri..

mahkamah tahu ke masa bercerai si isteri telah mengandung? sah ke perceraian?
adakah family mamun merestukan hubungan dan perkhawinan mamun di siam?
MENJUAL SEGALA KELENGKAPAN IBU DAN ANAK DENGAN HARGA BERPATUTAN..
FB -  shida zahraa closet
Page - Little Zahraa Store
whatapp : 011 26874 861

Offline nirikays

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3708
  • Suka? +9/-0
  • ..ALL izZ WELL..
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #5 on: May 08, 2013, 11:42:22 AM »
tu bukan tamak..kalau tamak dia akan jaga keduanya sebaek2nya.
pada sy orang hilang akal..maaf ye mamun
kalau nak kata isteri tak boleh bagi zuriat, ada pun anak..
dah bersalin maka jatuh lah talak..
jujur pada mamun tp tak jujur pada bekas isteri..
..kte dh maen gile since kte kenal,
  kte teruskan maen gile kte..  ;D

Ada MenjUal Almond Crunchies Berkaramel. Order? PM/Inbox

http://bit.ly/1wd0sww

Offline iman zahra

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 2798
  • Suka? +2/-0
  • <FB> shida zahraa closet
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #6 on: May 08, 2013, 11:51:11 AM »
mamun...
cuba cerita dgn suami face to face..
myb brgaduh anda berlaku sbb memasing ada simpan rasa bersalah..
bekas isteri(masa masih menjadi isteri kepada suami anda) dia ada hak sebagai isteri nk cek fb suami dia sbb perkara yg ditakuti mcm ni akan berlaku..

perkara dah berlaku.
jika ada perasaan bersalah pergi la mintak maaf kerana suami anda masih ada zuriat dgn bekas isterinya..
selain tu dekat kan diri dengan Allah...

mamun, awak sedang memgandung, jadi jaga diri dan kandungan..
jgn stress sgt nty menganggu kandungan awk
MENJUAL SEGALA KELENGKAPAN IBU DAN ANAK DENGAN HARGA BERPATUTAN..
FB -  shida zahraa closet
Page - Little Zahraa Store
whatapp : 011 26874 861

Offline dahlia mayesa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1286
  • Suka? +4/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #7 on: May 08, 2013, 12:05:48 PM »
mungkin masalah hormon orang mengandung kot tue sebab awak jadi gitu. tp ikhlas saya cakap saya kesian kat bekas isteri yang dia dah talak 3 tue. x leh rujuk dah. zalimnya lelaki tue kerana bagi terus talak 3. pulak tue dengan alasan kalo ganggu awak, kalo alasan lain xpe jugak. kan ke memang patut awak diganggu sebab awak pun dah ganggu rumah tangga dia tp kenapa suami awak x faham. betol la cinta itu buta hati, buta akal dan buta iman. awak berdoalah supaya Allah kuatkan jodoh awak dengan dia ye. orang kata memang dah takdir jodoh awak dengan dia tpkan takdir tue boleh diubah jika kita usaha sungguh2. saya rasa awak minta maaf la dengan bekas isteri dia tue. mungkin pasnie awak akan lebih tenang

Offline ma ana

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3643
  • Suka? +13/-0
  • insyaallah..rezeki itu ade..
    • http://kisahhidupana.blogspot.com/
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #8 on: May 08, 2013, 12:20:02 PM »
mamun..

bagi ana jodoh pertemuan di tangan tuhan..tuhan turunkan sesuatu dugaan itu sebab dia ingat pada kita dan supaya kita juga sentiasa ingat pada DIA dengan berdoa agar perjalanan hidup kita menjadi lebih baik..

salahnya suami awak tu sebab dia terus menjatuhkan talak 3 pada bekas isteri..sekiranya awak ditempat bekas isteri tersebut,mesti awak sendiri pon rasa peritnya..dan mungkin awak juga akan buat perkara yg sama seperti mana bekas isteri itu buat..

sekarang awak sudah pun bernikah..apa punca awak selalu bertengkar??adakah sebab suami awak kerap berjumpa dengan bekas isteri dan anak2nya??kalau disebabkan itu,rasanya xperlu la awak cemburu..positifkan fikiran..itu adalah tanggungjawab dia yang dia WAJIB jalankan..atau awak jadi terlalu sensitif dek kerana pembawakkan budak..

betul cakap iman zahra..perkara dah berlaku..mohon la pada tuhan banyak2 supaya awak diberi jalan penyelesaian secepat mungkin..

sabar,tabah dan redha la..ini risiko yg awak harus lalui..jangan terlampau stress..fikirkan juga kandungan dalam perut sebab kalau awak stress,dia akan terasa juga.. :) :)

Offline far_salam

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 4429
  • Suka? +11/-0
  • "Ya Allah,kurniakanlah kami zuriat penyeri hidup"
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #9 on: May 08, 2013, 12:28:35 PM »
Mamun ...walaupun hati kita meronta ronta nakkan si dia sbb rasa diala yg paling terbalik dlm hidup ,ada perkara yg kita perlu pertimbangkan sebelum membuat sebrg keptsan .

1) Adakah niat ingin berkahwin krn Allah... Disini far lht lbh kpd buai perasaan sndiri...Islam meletakkan btasan antara laki n ppuan..Apatah lg suami org... Lagila perlu dijauhkan dr berkwn ngan suami org dari mula lagi.. TEKADKAN HATI..GAnjarannya besar..

2)Adakah si isteri merestui hubungan kalian.. Sah2 nmpak si isteri xmerestui..Isteri mn yg xcemburu bl suami bermain kayu tiga... Mamun ptt jauhkan diri awl2 lg..Bnyk berdoa moga Allah tetapkan hati..

3) Status semasa berkenalan.. Mamun masih lg siteri org n si dia masih lg suami org masa berkenalan..

4) Anak anak si suami.. Kesan penceraian ni amat besar pd anak2..Far harap bekas isteri tabah dlm mendidik anak sndiri.. Dek krn sikap si suami yg terbuai perasaan dgn org lain.ISteri dan anak2 menjadi mangsa.. Talak 3 sekaligus ,tupun dgn taklik... 

4)Sikap lelaki tu sndiri.. Mamun cubala fikir..Lelaki yg baik xkan berlaku xadil pd isterinya..Biarla isterinya ada buat slh apa pun,bukankah dlm islam ada diajar cara2 mendidik sndiri agr mendengar kata ?
Taklik hnya bl si isteri menganggu Maman.. Semua isteri berasa cemburu n skit hati bl suami mcm ni.. Kalau dgn isteri terdahulu smpai talak 3 dia snggup lafazkan, Mamun rs dia seorg lelaki yg baik ke?

Apapun perkara dah terjadi.. N Mamun kn ingt setiap perkara ada hikmahnya..Btul kata Nirikays,Anggap ianya kifarah diats kesalahan yg awk lakukan..
Sntiasa berdoa moga Allah lndungi umah tgga Mamun hgga hujung usia.. Berdoa jugak kpd isteri  n anak2 suami ..Moga mereka tabah harungi hdup tnpa bapa n suami disisi...Insyaallah hati akan lebih tenang..

Offline nirikays

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3708
  • Suka? +9/-0
  • ..ALL izZ WELL..
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #10 on: May 08, 2013, 12:28:41 PM »
orang kata memang dah takdir jodoh awak dengan dia tpkan takdir tue boleh diubah jika kita usaha sungguh2
setuju..selagi belum berlaku boleh ubah..bukan tunggu je dengan kata allah dah tetapkan macamtu..
..kte dh maen gile since kte kenal,
  kte teruskan maen gile kte..  ;D

Ada MenjUal Almond Crunchies Berkaramel. Order? PM/Inbox

http://bit.ly/1wd0sww

Offline iman zahra

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 2798
  • Suka? +2/-0
  • <FB> shida zahraa closet
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #11 on: May 08, 2013, 01:16:38 PM »
mamun,
iman sekadar ingin bertanya,..
lepas nikah kat siam,
mamun ada daftar kan pernikahan anda di malaysia x?

bukan apa..
mamun sekarang sedang mengandung,
nty masa nk wat surat kelahiran anda,
JPN perlukan dokumen yg lengkap.
xnk susah kemudian hari
MENJUAL SEGALA KELENGKAPAN IBU DAN ANAK DENGAN HARGA BERPATUTAN..
FB -  shida zahraa closet
Page - Little Zahraa Store
whatapp : 011 26874 861

Offline kamalia

  • Nilam
  • *
  • Posts: 451
  • Suka? +1/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #12 on: May 08, 2013, 02:21:29 PM »

semua ni berlaku ibarat putaran roda...
bersabar la..

Offline ainnul iffah

  • Nilam
  • *
  • Posts: 315
  • Suka? +1/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #13 on: May 08, 2013, 04:46:42 PM »
Assalamualaikum..maaf andai ada TT yang tak suka saya bagi komen di mana2 ruangan..

kepada mamun, saya cadangkan awak baca novel karangan ustazah fatimah syarhah bertajuk SEBARKAN CINTAMU..

kisahnya berkenaan dengan hukum poligami.. walaupun awak tak berpoligami... tapi ada kaitan dengan perkahwinan.. terdapat hukum2 dalam perkahwinan yang harus diketahui oleh suami dan isteri.. sesungguhnya perkahwinan tak semudah yang kita sangka... perkahwinan sentiasa diiringi dengan tanggungjawab..

Offline rosfiza

  • Delima
  • *
  • Posts: 542
  • Suka? +2/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #14 on: May 08, 2013, 06:21:53 PM »
saye rasa mamun mesti tengah down sekarang sebab semuanya seakan- akan menyalahkan awak.tapi sejujurnya saye cakap walaupun tanpa niat..tapi bila nafsu menguasai diri kita akan jadi buta...kita akan sentiasa rasa kita ditempat yang betul..walaupun semua orang melihat sebaliknya..

hidup ibarat roda bak kata kawan2 lain..dan doa orang yang terinaya sangat makbul..balasan di akhir zaman ni selalunya Allah balas cash..untuk dijadikan iktibar dalam dunia yang banyak kelalaian ni.kalau sesuatu perkara ni dbuat sekali,tak mustahil ada kali ke 2 ke 3 ke4 dan seterusnya...

awak muhasabah diri banyak2...

Offline mamun

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #15 on: May 09, 2013, 08:19:13 AM »
Terima kasih atas pandangan dan nasihat dari rakan-rakan.

Sebelum mereka suami isteri naik ke mahkamah, saya ada hantar sms mohon maaf kepada bekas isterinya tetapi bekas isterinya mengutuk saya. Muka macam babi, kurus kering macam cicak kubing, perampas, aku xkan maafkan kau dunia akhirat. Bila saya balas sms nya dengan masih memohon maaf, dikatanya saya perempuan gila. Entahla, saya dah x upaya nak hantar sms kepadanya lagi. Kepada rakan-rakan saya, dipuja suaminya. Dikatanya saya yang gatal, menganggu suaminya, melayan suaminya. Disalahkan saya seratus peratus dan menutup kesalahan suami tersebut. Dan rakan-rakan saya xtahu bahawa dia telah ditaklik oleh suaminya.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, mereka telah berkahwin selama 5 tahun dan tidak dikurniakan anak tetapi kuasa Allah, setelah suaminya menceraikan dia, dia telah mengandung. Mahkamah tidak tahu yang isterinya mengandung kerana haidnya yang tidak menentu. Mahkamah telah memberikan surat untuk pembatalan pernikahan mereka tetapi sampai sekarang suami saya masih tidak membawa surat tersebut ke pejabat agama. Saya tidak memaksa kerana memikirkan status untuk anak itu dan biarla suami selesaikan tentang kelahiran anak itu dahulu.

Keluarga saya dah puas menasihati saya tetapi saya serabut dengan gangguan bekas suami( mencari saya kerana nafsunya) dan gangguan lelaki ini sendiri. Sampai saya berfikir ingin lari dan keluar negara membawa diri. Mujurnya saya masih waras dan fikirkan tentang ibu saya yang keseorangan dan saya sendiri adalah anak bongsu, perlu menjaga ibu saya.
Perkahwinan saya masih belum didaftarkan tetapi saya telah berdaftar dengan klinik ibu dan anak menggunakan surat nikah dari Thailand. Alhamdullillah tiada masalah kerana saya mempunyai surat konsulat Malaysia dari sana dan nurse-nurse menyuruh saya secepat mungkin mendaftarkan perkahwinan saya. Mujur mereka tidak memandang serong kepada saya.

Sehingga kini, fikiran saya asyik menjurus ke arah perceraian dan saya tidak kisah sebenarnya jika suami saya ini tinggalkan saya. Berkali-kali saya suruh suami saya ceraikan saya dan setiap kali itulah dia memujuk saya jangan berfikir tentang perceraian sambil menangis di depan saya. 

Offline nirikays

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3708
  • Suka? +9/-0
  • ..ALL izZ WELL..
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #16 on: May 09, 2013, 08:27:35 AM »
owh rupanya awak pernah berkahwin sebelum ne..
mana2 perempuan pun kalau hak diganggu, sakitnya tak terperi..bersabarlah.
jangan pentingkan diri sendiri- iaitu jangan sebut2 cerai sebab dah la asben awak ada masalah, awak  nak tambah lagi.
nasihatkan asben tu selesaikan cepat2 turun naek mahkamah tu..
dari situ dah nampak asben awak tak jujur, berdolak dalih.
maaf ye..awak nak lari dari bekas suami terdahulu, tapi awak tempa masalah seperti sekarang.

now, awak jangan stress sgt..jaga kandungan sehingga melahirkan.
..kte dh maen gile since kte kenal,
  kte teruskan maen gile kte..  ;D

Ada MenjUal Almond Crunchies Berkaramel. Order? PM/Inbox

http://bit.ly/1wd0sww

Offline iman zahra

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 2798
  • Suka? +2/-0
  • <FB> shida zahraa closet
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #17 on: May 09, 2013, 08:47:37 AM »

Mamun,
cepat daftar...kalu xsilap kena denda jer..
sekarang mamun da berapa minggu?
jgn sesekali mintak cerai pada suami begegar tiang arash..
sabar la ni mungkin dugaan dlm perkhawinan anda..

mamun jaga diri dan jgn stress nty akan jejaskan kandungan
MENJUAL SEGALA KELENGKAPAN IBU DAN ANAK DENGAN HARGA BERPATUTAN..
FB -  shida zahraa closet
Page - Little Zahraa Store
whatapp : 011 26874 861

Offline kamalia

  • Nilam
  • *
  • Posts: 451
  • Suka? +1/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #18 on: May 09, 2013, 08:49:18 AM »
mamun~~

buat pe kawin kalau tujuan nak bercerai?
tak payah la nak fikir pasal cerai sbb semua tu akan jd doa...
apa salahnye doa yg baik2 utk rumahtangga...

Offline mamun

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #19 on: May 09, 2013, 09:01:55 AM »
owh rupanya awak pernah berkahwin sebelum ne..
mana2 perempuan pun kalau hak diganggu, sakitnya tak terperi..bersabarlah.
jangan pentingkan diri sendiri- iaitu jangan sebut2 cerai sebab dah la asben awak ada masalah, awak  nak tambah lagi.
nasihatkan asben tu selesaikan cepat2 turun naek mahkamah tu..
dari situ dah nampak asben awak tak jujur, berdolak dalih.
maaf ye..awak nak lari dari bekas suami terdahulu, tapi awak tempa masalah seperti sekarang.

now, awak jangan stress sgt..jaga kandungan sehingga melahirkan.

Ye. saya pernah berkahwin dan dikurniakan anak lelaki seorang berumur 7 tahun dan dibawah jagaan saya. Memang benar kata nirikays, saya ni umpama keluar dari mulut singa terlepas ke kandang badak tanduk tajam pulak. Kalau saya tak kuat, saya rasa mahu saya ni gila.

Offline mamun

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #20 on: May 09, 2013, 09:04:09 AM »
Mamun,
cepat daftar...kalu xsilap kena denda jer..
sekarang mamun da berapa minggu?
jgn sesekali mintak cerai pada suami begegar tiang arash..
sabar la ni mungkin dugaan dlm perkhawinan anda..

mamun jaga diri dan jgn stress nty akan jejaskan kandungan

Insya Allah saya dan suami akan berdaftar dalam masa terdekat. kandungan saya dah cecah 13 minggu.
Terima kasih iman zahra.

Offline nirikays

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3708
  • Suka? +9/-0
  • ..ALL izZ WELL..
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #21 on: May 09, 2013, 09:06:37 AM »
maaf kalau post sy agak kasar mamun..
bertabah lah..
pikir yg baek2 sekarang..
benda dah jadi..
selalu dekatkan diri dengan allah..setiap ujian allah itu ada hikmahnya..
..kte dh maen gile since kte kenal,
  kte teruskan maen gile kte..  ;D

Ada MenjUal Almond Crunchies Berkaramel. Order? PM/Inbox

http://bit.ly/1wd0sww

Offline mamun

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #22 on: May 09, 2013, 09:06:59 AM »
mamun~~

buat pe kawin kalau tujuan nak bercerai?
tak payah la nak fikir pasal cerai sbb semua tu akan jd doa...
apa salahnye doa yg baik2 utk rumahtangga...

Kamalia,
sebelum saya mengandung, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. saya tak tahu kenapa sejak saya mengandung macam-macam yang saya terfikir walhal suami sentiasa ada siang dan malam bersama saya. saya sentiasa menyakiti hati suami dengan meminta perceraian dan setiap kali itulah air matanya menitis. Ya Allah, saya benar-benar berdosa.

Offline iman zahra

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 2798
  • Suka? +2/-0
  • <FB> shida zahraa closet
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #23 on: May 09, 2013, 09:09:12 AM »
Kamalia,
sebelum saya mengandung, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. saya tak tahu kenapa sejak saya mengandung macam-macam yang saya terfikir walhal suami sentiasa ada siang dan malam bersama saya. saya sentiasa menyakiti hati suami dengan meminta perceraian dan setiap kali itulah air matanya menitis. Ya Allah, saya benar-benar berdosa.
mungkin tu perubahan hormon,
dan masa tu fikiran mamun pun xmenentu..
sgt serabut...

agak2 bila nk marah atau sakit kan hati suami,
mamun diam atau pergi la buat kerja lain...
buat apa yg ptt tuk ilangkan kemarahan
MENJUAL SEGALA KELENGKAPAN IBU DAN ANAK DENGAN HARGA BERPATUTAN..
FB -  shida zahraa closet
Page - Little Zahraa Store
whatapp : 011 26874 861

Offline rosfiza

  • Delima
  • *
  • Posts: 542
  • Suka? +2/-0
Re: Adakah Aku yang Bersalah
« Reply #24 on: May 09, 2013, 02:20:19 PM »
kalau orang dah sakit hati mamun, cam ne pun awak mintak maaf die akan tetap marah dan salahkan awak..bagi die kalau awak takde semua ni takkan terjadi...sorry la mungkin bahasa saye kasar sikit sebab saye memang tak boleh terima kes orang ketiga dalam perkahwinan dan sangat setuju dengan akta baru mahkamah shariah yang akan menegenakan tindakan terhadap orang ketiga penyebab penceraian.

tapi benda dah nak jadi,takde yang dapat diubah dengan masa lampau...awak harus ubah masa depan awak...sekarang awak dah de suami awak dan tengah mengandung,so jaga semuanya dengan baik..tak semua orang dapat kehidupan macam awak..ada suami dan ada anak...macam kebanyakan geng kat sini semua masih menunggu berita gembira untuk dapat zuriat sebab takut suami jadikan alasan takde zuriat untuk mencari isteri baru...

kalau suami memang dah berubah dan jaga awak sebaiknya,hargailah dia..dia dah sanggup tinggalkan isteri die untuk awak..mungkin ini jodoh kalian...awak jangan stress,jaga kandungan dan hargai apa yang awak ada sekarang

Powered by EzPortal