Forum > Melangkah ke Gerbang Perkahwinan
Perlukah Buat Loan Untuk Berkahwin??
IdayaH_ChaN:
Baru2 ni saya dan hubby berborak tentang Majlis kawen kawan2 kami. Hubby buka cite kebanyakkan kawan dia amik loan perkahwinan.. Terkejut saya.. uish nak kawen pun kena buat loan ke?? Tak cukup Ptptn? loan rumah ke? keta? huhuhuhuhu.. Baru nak mula alam perkahwinan dh berpinjam2 segala.. Persoalannyer adakah disebabkan
1) Mas Kawen yang terlalu tinggi?
2) Hantaran?
3) Majlis kawen??
4) dan sebagainya??
Pada pandangan forumer cam mana?? TePuK DaDa TAnYa SeLeRa...~~~
Lady of Leisure:
bagi saya buat sekadar yang termampu, elakkan berhutang. lepas berumahtangga nanti, banyak lagi nak pakai wang. duit tu daripada invest untuk majlis kahwin yang hanya satu hari lebih baik invest untuk beli rumah ke, at least boleh guna sepanjang hidup.
hasrisa:
tuntutan nafsu yg membuatkan semua nak hutang
emmm...syarat2 berkahwin pun ada tulis bila mampu
kalau dah berhutang tu kire mampu ke
mampu sebenarnya kalau kite buat secara sederhana
lepas kawin bukan tambah lega
tambah pening nak settlekan semua hutang;P
En fairulazmi ;D:
:) Assalamualaikum wrmbth,
Saya rasa ini semua balik pada diri sendiri dan ibubapa..
Jika ibubapa tidak kisah buat kecil-kecilan.. anak pun setuju alhamdulillah
Tepuk dada tanya selera.. majlis yang "GRAND" memang meriah.. tapi sampai bila orang akan kenang majlis kita.
ArOn:
Alahai baru nk mula melangkah/mengorak hidup ke alam baru dah mula buat hutang...maaf cakap ya, rasa mcm takde usaha lansung utk kehidupan itu...bagi akak, kita kena ukur baju kt badan sendri, jgn ikut "biar pape ase bergaye"...merane diri woooo.....
Niat utama utk mendirikan rumahtangga, ya mmg perlu kos utk itu tp jgn lah sampai berhutang bagai, usahalah utk mengumpul dana, rancanglah secara sederhana, jgn ikutkan nafsu, jgn ikutkan trend, paling-2 jgn terlalu mengiyakan sekiranya tk mampu, bincang betul-2 terutama dgn pihak keluarga n bakal mentua, jgn nk cover-2 kalau boleh.
sekali kita melangkah ke alam perkahwinan dgn hutang, percayalah bakal ada hutang yg berderet2 kemudian harinya, sbb pertama-2 kita dah belajar lalui semua dgn senang ajer, nk bermewah dgn mudah, nak pamirkan pada khalayak kemampuan kita(yg benarnya loan semata) issk malu ler...sori klu ada yg terasa...tp kalau mampu bayar balik silalah, tp ingat lepas kawin ada lg belanja2 yg kita kena fikir ie, loan rumah, loan kereta, belanja sara hidup keluarga, anak2, pendidikan, kesihatan, liburan, kemungkinan pasangan kerja, kalau pasangan terpaksa jadi surirumah/suribapa bagaimana?
Navigation
[0] Message Index
[#] Next page
Go to full version