forum | ratuhati.com

Lain-lain => Tips dan Petua => Topic started by: asma' on October 29, 2010, 11:14:55 AM

Title: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 11:14:55 AM
Sumber : facebook
by Vida Novie on Wednesday, 27 October 2010 at 12:22


Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
 
Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

 Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

 Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

 
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 11:18:51 AM
sambungan

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

 Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
 * Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

 Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

 Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 11:21:21 AM
sambungan lagi :))

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
 
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

 Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.
 
Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

ps- penghargaan kepada Vida Novie atas tips yg disenaraikan
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: mygenesis (yana) on October 29, 2010, 11:23:22 AM
wah bagusla..yana kalau baju terkena minyak (eg kuah, kari etc) selalunya letak bedak.nnti bila basuh senang je minyak 2 keluar
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: yuhanayunus on October 29, 2010, 11:26:28 AM
Nak tambah sikit..

Menyenangkan mengeterika kain sutera
Masukkan pakaian sutera dalam plastik dan ikat kemas. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dan terus gosok.
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: annsyifa on October 29, 2010, 11:39:53 AM
t shirt husband terkena mustard..dahla kaler putih..dah 2 kali letak bleach..tapi tak ilang..cuma kurang skit je..
cemana eh?
ada sape2 sudi share tips tak?

help!!!
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 12:05:58 PM
perlu buat berulang kali agaknya.
sila refer pd wesite ini:

http://www.ehow.com/how_2000392_mustard-stain-clothing.html (http://www.ehow.com/how_2000392_mustard-stain-clothing.html)
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 12:11:14 PM
Nak tambah sikit..

Menyenangkan mengeterika kain sutera
Masukkan pakaian sutera dalam plastik dan ikat kemas. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan dan terus gosok.

wah nie tips belum pernah cuba. biasanya guna steamer iron aja. sangat cerewet kalau guna iron biasa nak merenjis2 dipilis.
soalan.. bolehkan pakaian dilipat kecil?. peti ais kurang besar la pulak :(

thanks for sharing yuhan :)
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: Lady of Leisure on October 29, 2010, 12:17:37 PM
kalau pakaian yang ada kesan seterikan panas ada tak cara nak hilangkan
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: annsyifa on October 29, 2010, 12:34:03 PM
tq ye asmawaty..
saya cuba lagi..
betulla kot kena buat ulang kali..
sebab saya 2 kali..kesannya makin kurang..

tq!!
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 01:28:12 PM
kalau pakaian yang ada kesan seterikan panas ada tak cara nak hilangkan

ada ada
tampal dengan kain lain. hehe
jangan maraaaa...

itu kategori dan kena panggang dah tu lady.
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 01:29:53 PM
annsyifa - welcome..

sorry tgh test application tukar2 nama kat akaun.
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: Lady of Leisure on October 29, 2010, 02:15:33 PM
kalau pakaian yang ada kesan seterikan panas ada tak cara nak hilangkan

ada ada
tampal dengan kain lain. hehe
jangan maraaaa...

itu kategori dan kena panggang dah tu lady.

hehe tu la ada sekali pernah jadi macam ni, ada orang kasi petua rendam dengan cuka lah itu lah ini lah tak menjadik pun.. :(
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: Pentadbir on October 29, 2010, 02:32:04 PM
terima kasih asma'

menambah.. kaalau pakaian kena minyak atau sambal, saya suka gunakan pencuci pinggan :D sebab mungkin dia dicipta utk tanggalkan minyak kot.. selain daripada tu, letak bedak dulu sebelum dibasuh...

utk kesan2 darah, terutamanya wanita - darah haid. Saya basuh gunakan sabun mandi.. kalau guna sabun basuh dia akan jadi gelap dan kadang2 tinggalkan kesan...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on October 29, 2010, 07:01:21 PM
saya pun slalu jugak kena minyak sambal kalau masak sambal tu. abis merah2 baju.
nak cuba letak bedak pulak.

dah dua org kasi petua letak bedak niee. thanks yana n admin.

lady- baju dah hangus mana boleh nak cuci dah wehhh..  hehehhe


Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: Mrs A.H on November 04, 2010, 12:33:01 PM

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
 

su ade nak tambah satu cara lg untuk tanggalkan dakwat pada pakaian ni.. caranya, calitkan ubat gigi pada tempat terkena dakwat tu (pastikan pakaian tersebut kering), biarkn hingga ubat gigi tu kering pada pakaian.. dan boleh la dicuci pakaian tu mcm biasa..

InsyaAllah, berkesan..  :)
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: hasrisa on November 04, 2010, 01:09:20 PM
yang ni belum ada kot
tapi ramai yg dah tau rasanya
kalau nak pakaian tahan lama
bila kite sidai tu kena terbalikkan..
jgn jemur baju lama sangat bawah matahari
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: clover09 on November 05, 2010, 01:32:31 AM
yang ni belum ada kot
tapi ramai yg dah tau rasanya
kalau nak pakaian tahan lama
bila kite sidai tu kena terbalikkan..
jgn jemur baju lama sangat bawah matahari


a'ha pernah dengar yang nie kak risa...memula rajin la buat..pastu malas dah...kain bertimbun
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: asma' on November 06, 2010, 10:10:11 AM
baru jee baju kena dakwat smalam
nak cuba guna petua ubat gigi su pulak
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on November 06, 2010, 10:24:54 AM
ada yang kata pakaian putih elok dijemur bawah matahari secara direct. Dia akan memutihkan lagi pakaian. tapi macam kata risa, jgn terlalu lama udah.. nanti lusuh pulak kan.

catt, akak kalau kena dakwat tu gelesek2 je.. tapi tu la rosak baju tu dia nye jalinan benang tu... nanti akan try juga petua ubat giigi tu...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: fiza umisofie on November 06, 2010, 12:41:31 PM
terima kasih asma'

menambah.. kaalau pakaian kena minyak atau sambal, saya suka gunakan pencuci pinggan :D sebab mungkin dia dicipta utk tanggalkan minyak kot.. selain daripada tu, letak bedak dulu sebelum dibasuh...

utk kesan2 darah, terutamanya wanita - darah haid. Saya basuh gunakan sabun mandi.. kalau guna sabun basuh dia akan jadi gelap dan kadang2 tinggalkan kesan...

saya pun buat cam tu jugak....

kalau kolar baju yg susah nak bersihkan, buat macam mana?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: Lady of Leisure on November 06, 2010, 12:43:45 PM
wah petua ubar gigi tu emnarik la... agaknya kalau baju turun warna boleh ke pakai petua ubat gigi tu yer..
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ashlia on November 07, 2010, 01:09:23 PM
wah petua ubar gigi tu emnarik la... agaknya kalau baju turun warna boleh ke pakai petua ubat gigi tu yer..


a'ah la..tensen tul kalu baju turun warnakan..kalu le guna petua ni,bes gak.kdg sy pakai vanish pun tak jln.
sy siap celur2 dgn air panas..ada masa hilang,kalu degil,tak gak hilang.cane ye?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: hasrisa on November 07, 2010, 01:21:43 PM
selalu basuh baju saye asingkan
semua pakaian putih akan dibasuh sama2
letak pemutih untuk hilangkan kotoran degil
baju2 baru saye akan letaak dalam mode soft
cuci sekali pusing je
kalau seluar semua mesti seluar
kalau kain semua kain termasuk selimut

ini je cara nak tahan lama baju
kalau semua hard spin cepat le jahanam
depend gak pada baju
kalau yg ada brand memang masuk je dalam mesin dia ok
kalau jenis yg pasar malam memang le semua akan luntur

so, kena asing2kan baju nak basuh
jgn main campur je semua
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: Lady of Leisure on November 08, 2010, 12:22:22 AM
a'ah la..tensen tul kalu baju turun warnakan..kalu le guna petua ni,bes gak.kdg sy pakai vanish pun tak jln.
sy siap celur2 dgn air panas..ada masa hilang,kalu degil,tak gak hilang.cane ye?

huwaaa tu la i pun tgh ada satu tshirt kena kesan apa ntah.. pelik jugak cemana leh kene sebab i biasa asingkan pakaian putih dan yang berwarna ni..
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: mamascorpio on November 08, 2010, 09:13:42 AM
shirt en somi saya kena dye baju sape ntah masa balik kg..
jenama adidas pulak tur.. sian dia sebab dia syg sgt baju dia tu.
sesiapa ada petua untuk menghilangkannya?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 11, 2010, 10:16:16 PM
Pernah tak pakaian terkena tahi lalat, kes terendam lama, atau lembab jemur tk betul...kalau pernah blh cuba cara nih

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: hasrisa on November 11, 2010, 10:17:29 PM
Pernah tak pakaian terkena tahi lalat, kes terendam lama, atau lembab jemur tk betul...kalau pernah blh cuba cara nih

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

yang ni ku sangat suke
betul ye kak..betul ke boleh hilang??
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: fiza umisofie on November 12, 2010, 12:36:29 AM
Pernah tak pakaian terkena tahi lalat, kes terendam lama, atau lembab jemur tk betul...kalau pernah blh cuba cara nih

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

fiza suka ni, selalu kena, tak tahu nak buat cam mana.
pakai cuka makan la,kan?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 15, 2010, 01:32:33 PM
yang ni ku sangat suke
betul ye kak..betul ke boleh hilang??

Cubalah risa, akk pun masa sekolah dulu selalu gak kena...tp masa tu tak tahu petua lagi...skang nih akk mmg pastikan baju-2 semua kering betul dan jgn terendam lama-2
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 15, 2010, 01:32:58 PM
fiza suka ni, selalu kena, tak tahu nak buat cam mana.
pakai cuka makan la,kan?

 Ha ah cuka makan....cubalah fizah nnt kasi feedback ya...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: fiza umisofie on November 15, 2010, 01:37:28 PM
mcm mana nak hilangkan kesan warna yg melekat pada pakaian lain...

saya rendam tudung hitam dgn tudung oren cerah...tiba2 kaler dr tudung hitam tu turun. padahal dah byk kali basuh, pastu, kaler tu ada la bertompok2 kat tudung oren...huhuhu. sedih betul la... sebab tudung tu tudung baru. mahei lak tu...
tobat .... ku tak nak campur dah. :(
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 15, 2010, 02:21:48 PM
Fizah, klu kena turun kaler, blh cuba cara nih, rebuskan pakaian yg kena warna-2 tu, smp hilang warnanya..makna klu byk yg kena rebuskan berkali-2 sampai hilang, lepas tu cuci dgn rendaman sabun + cuka masak....cubalah nnt kasi feedback hasilnya ya....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: fiza umisofie on November 15, 2010, 03:59:17 PM
ooo...kena rebus ke?
takk rosak ke tudung tu nanti kak...kalau rosak, aduhai....

kalau rendam je dgn air panas gelegak, boleh kot,kan?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 16, 2010, 04:04:24 PM
ooo...kena rebus ke?
takk rosak ke tudung tu nanti kak...kalau rosak, aduhai....

kalau rendam je dgn air panas gelegak, boleh kot,kan?

tu lah tudung kan nipis..tp cubalah cara yg letak air panas tu, kot mahu nk keluarkan....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: mirza on November 16, 2010, 04:50:24 PM
eh entah kena entah idak entah ngan topik neh
kalau baby yang baru pandai maju kedepan tu kan
selalu baju dia hitam2 kan?
ye ar dah habis 1 umah dia explore kan
umah mirza memang banyak habuk walau hari2 mop
camne nak hilangkan kesan tu erk?
kena berus ke?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 16, 2010, 04:53:09 PM
Mirza...cuba sental part yg itam tu dgn sabun mandi, sblm basuh baju mcm biasa, sabun mandi ni kan kuat jugak dia punya chemical pembersih..klu berminyak taburkan bedak baby kt situ lps tu sental dgn sabun mandi, lepas tu basuh mcm biasa....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: mirza on November 16, 2010, 04:54:40 PM
Mirza...cuba sental part yg itam tu dgn sabun mandi, sblm basuh baju mcm biasa, sabun mandi ni kan kuat jugak dia punya chemical pembersih..klu berminyak taburkan bedak baby kt situ lps tu sental dgn sabun mandi, lepas tu basuh mcm biasa....

ohh gitu ye kaknora?
sental ngan tangan je la
xyah berus pon boleh kan?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 16, 2010, 05:11:50 PM
ha ah ye, sental ngan tangan jer...lepas tu basuh mcm biasa...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: jamilahibumia on November 17, 2010, 02:01:19 PM
Fizah, klu kena turun kaler, blh cuba cara nih, rebuskan pakaian yg kena warna-2 tu, smp hilang warnanya..makna klu byk yg kena rebuskan berkali-2 sampai hilang, lepas tu cuci dgn rendaman sabun + cuka masak....cubalah nnt kasi feedback hasilnya ya....

cam nak pengsan dah ni, mlm td rendam kain2 bedung baby dr jenis flannel..berbagai2 warna ada..
tak tau pun kain flannel tu turun warna, habisssssssssssss kain2 bedung tu semua bercapuk2 dgn segala warna..buruk, hodoh dah..sadiss..nak cuba cara ni, cuma nak try rendam ngan air panas jek dulu, klu x jln kena rebusla jugak..huhuuu
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 18, 2010, 04:00:14 PM
Cuba yer Jamilah, kot mahu dia ilang, nnt kasik feedback yer....harap berkesan cara ni....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: jamilahibumia on November 19, 2010, 01:20:22 AM
Kak Noraaaaaa... tqvm muchhhhh.mmuahhh..
mila rebus sekali jek, bilas & terus sidai, tak rajin nak cuci + boh cuka tu..
Alhamdulillah suci dah kain2 tu semua walaupun ada kesan lg sikit(terrrlalu sikit, bila dah kering mmg tak nampak langsung tompokan tu)..tq kak nora...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 19, 2010, 10:47:03 PM
Alhamdulillah...berhasil, tumpang seronok jugak nih....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on November 19, 2010, 10:50:37 PM
ku pun tumpang seronok
ada baju anak turun warna hari tu jenuh menyental
lama2 jadi baju buruk, padahal baru sekali pakai
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on November 19, 2010, 10:51:36 PM
Ada petua buang taik lalat pada baju tak nora ke sesape ke?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: hasrisa on November 19, 2010, 10:57:26 PM
kalau taik lalat tu masih baru boleh le hilang
kalau dah lama means dah kering payah gak ummi
lagi2 kalau kualiti kain yg biasa
cuba rendam ngan cuka
maksudnya..cuka tu sental dulu kat yg bertaik lalat tu

betul tak kak nora?
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on November 19, 2010, 11:04:17 PM
kiranya cuka ni serba boleh kan...
risa entah ingat entah tidak lagi
masa gathering d kelanang, anak saya pakai bajupink
baju tu le baru sekali pakai, dah kena jadi baju buruk
dah basah, tertinggal dalam kereta, bila jumpa dah bertaik lalat
nanti2 kalaulah jadi lagi boleh le try cuka tu ye
mekasih
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: hasrisa on November 19, 2010, 11:06:14 PM
ummi..cuka tu untk baju bewarna lah kan
kalau baju putih saye memang rendam ngan clorox je
uihhhh baju pink tu??
mestilah ingat ummi..
kan ada gambonye..
ehhh...gambo gathering dedulu tu dah hilang ye
uwaaaaaaaaaaaaa
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: annsyifa on November 19, 2010, 11:11:16 PM
syoknya banyak petua jg baju...
kalau nak bagi warna baju berseri2..ada petua tak?

sesuai benar kak nora jadik cik mod kat sini..ehehehhe..
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on November 19, 2010, 11:12:04 PM
gambar gathering tu dalam hard disk satu nih.. skrg tak leh access.. tapi masih ada...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: hasrisa on November 19, 2010, 11:15:04 PM
kalau kena darah tu gosok pakai sabun mandi kan

ann...kalau nak yg berseri2 tu pakai fab kot
macam iklan kat tv...ekekeke
ala..yg penting jgn bagi dok bawah cahaya matahari lelama
kena asing baju baru dan lama
lagi bagus kalau tak pakai mesin
macam baju2 kurung bukan kotor sangat kan
kocak2 je bilas boh softlan dan sidai:)
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on November 19, 2010, 11:18:30 PM
kalau baju putih nak berseri kata org jemur bawah matahari terik
tak pernah try sebab tau2 la duduk rumah merpati ni... tempat sidai baju bawah atap je..
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 21, 2010, 11:20:05 AM
Ada petua buang taik lalat pada baju tak nora ke sesape ke?

Ada Ummi, dah kasi kt awal-2 thread nih, guna cuka makan....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ArOn on November 21, 2010, 11:21:32 AM
ku pun tumpang seronok
ada baju anak turun warna hari tu jenuh menyental
lama2 jadi baju buruk, padahal baru sekali pakai

Alah sayangnya, tp tak tahu ler petua rebus ni berkesan utk baju yg dah lama turun warna, tp blh gak cuba kan, mana tahu blh jugak keluar, maybe kena 2 , 3 kali rebusan.....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: emylia on January 30, 2011, 05:52:23 AM
salam k.nora..saya nak bertanya ni.baru2 ni ada baju putih saya terkena tompokan biru..turun warna..kalau rebus @ rendam dengan air panas,gambar berwarna pada baju 2 hilang sekali x @ rendam pada bahagian tompok 2 je..kalau baju warna coklat pula terkena tompokan hitam..kalau rendam warna coklat 2 hilang sekali ke @ hanya tompokan hitam je yang hilang
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: ummi on February 01, 2011, 10:03:53 AM
emylia, rasanyalah, kalau nak rebus kene rebus cepat2 lepas terkena tu.. lepas tu jgn campurkan dgn baju lain masa
Title: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: isza on May 06, 2011, 04:37:37 PM
Salam..
Isza minta maaf kalau topik nie pernah ada.
Isza nak tya mcm mana nak bersihkan baju yg terkena baju yg turun warna.
bab isza baru beli baju tuk anak masa nak basuh x tau pula ada seluar yg turun warna jadi syg la baju baru beli dah comot.
Boleh x kalau sesiapa tau mcm mana cara nak hilangkan comot tu..
TQ...
Title: Re: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: ashlia on May 06, 2011, 05:23:50 PM
saya selalu marah diri sendiri bila ni terjadi.kekeke

apa yg saya lakukan,saya rendam dan celur dgn air panas.didihkan air kat api,celur angkat celur.lama tu..daam 20-30 mint gak la..

hehehehe.pernah jadi bersih..pernah gak tak jadi.  ;D  ;D  ;D

kalu tak jadi,saya pakai varnish.
ni pun,kdg jadi,kadang tak jadi.

tak jadi gak,saya giv up je.pakai banyak kali,basuh banyak kali,hilang lama2.hehe
Title: Re: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: Lady of Leisure on May 06, 2011, 05:33:44 PM
ash, boleh yer celur air panas, tensen jugak kalau baju berwarna turun warna lain.. geram jer kan..
biasa ai guna varnish jugak..
Title: Re: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: mamascorpio on May 06, 2011, 06:44:38 PM
tgk jenis kain juga.. ada yg susah keluar dan ada senang..
kalau teruk giler jadi kain buruk ajer lar.. pakai vanish pun tak jadi apa.
buang duit ajer..
Title: Re: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: ashlia on May 06, 2011, 07:20:32 PM
ash, boleh yer celur air panas, tensen jugak kalau baju berwarna turun warna lain.. geram jer kan..
biasa ai guna varnish jugak..

tgk jenis kain juga.. ada yg susah keluar dan ada senang..
kalau teruk giler jadi kain buruk ajer lar.. pakai vanish pun tak jadi apa.
buang duit ajer..

lady,
I pernah try la tuk baju i.lama tul i angkat celur angkat celur..akhirnya berjaya gak hilang dgn jayanya.satu baju tu je la.baju yang lain i pernah try,tak jadi plak.mgkn sbb persaan marah kat diri sendri tu lebih dari ikhlas nak bersihkan balik.hehehe  ;D  ;D

mamaS,
ye btul.setuju.ada yang senang,ada yang susah apa cara sekali pun.
tu kdg2 saya pun giv up je.pejam mata,buat baju tu pakai jadi basahan kat rumah..hehe.lebih baik dari menyakitkan hati sendiri..keke  ;D  ;D
Title: Re: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: isza on May 07, 2011, 08:01:07 AM
Tq kat yg bg panduan dan tunjuk ajar nie.
Jap lagi isza try celur dulu dengan air panas.kalau x jd juga isza try guna vanish pula.
Nanti isza bg tau jd atau pun x..
hhehehe............
Title: Re: Bagaimana nak bersih baju yg turun warna?
Post by: ArOn on May 07, 2011, 09:26:13 AM
Petua untuk baju luntur dah ada lah yang, akk combined kan yer...kena selak-2 gak, supaya tak terlalu banyak topik yang sama....
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: isza on May 07, 2011, 02:52:23 PM
ok..
sorry kak Aron tak perasan dah ada tuk topik nie..
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: mygenesis (yana) on July 01, 2011, 10:15:06 AM
pagi td nak ampai baju sekali tgk ada pen..uwaaa..mcm mana bule xperasan masa masuk mesin 2..habis ofisware yana n husband kena dakwat..balik ni nk try la petua2 kat sini..kalau jadi yana hapdet.
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: mizah on July 01, 2011, 10:31:39 AM
haaa...best gak tips dalam ni.... kalau baju anak terkena air susu kotak perisa coklat, susah sangat nak hilang kesannya...ada petua tak? tensen..banyak baju tak dipakai sebab kesan air susu coklat tu takmo hilang la...
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: nunuitusaya on September 14, 2011, 10:34:00 AM
salam semua...

nunu bwu jer wat prblm huhuh :(
ade sapa2 taw tak macam mn nk putihkn balik kasut yg da rosak ole clorox [kaler dia da kkuning2]

sedey kasut tu bwu beli
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: syahmi_sufiya on September 14, 2011, 10:45:40 AM
nunu...

next time pakai word biase ek jenuh nak baca word sms ni...tak paham..eh bkn tak paham terlembab lembab nk memahami nyer..
Title: Re: Tips: Penjagaan Pakaian
Post by: nunuitusaya on September 14, 2011, 11:09:38 AM
nunu...

next time pakai word biase ek jenuh nak baca word sms ni...tak paham..eh bkn tak paham terlembab lembab nk memahami nyer..

Uppsss sori akak HehHEhEH