collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian

* Profile

Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: Masalah haid terlampau tidak normal  (Read 3474 times)

Offline nushira

  • Topaz
  • *
  • Posts: 1
  • Suka? +0/-0
Masalah haid terlampau tidak normal
« on: July 13, 2014, 01:11:40 AM »
Assalamualaikum,
Walaupun agak panjang, saya berharap sangat semua sudi membaca dan membantu saya.

Sy mengalami masalah haid yang sampai sekarang saya tidak dapat mengenal pasti puncanya.

Sejak daripada awal haid, mmg sy jenis yg x teratur kitarannya. Selalu lambat atau skip berbulan2. Senang cerita kalau orang tanya bila selalu datang haid, saya sendiri tak tahu nak jawab apa. Dia akan datang kalau dia rasa nak datang. Pada mulanya saya buat tak kisah sebab ramai mengatakan ianya perkara normal. Namun bertahun sudah berlalu, masalah ini jadi semakin besar.

Bermula 2 tahun lepas, haid saya tidak datang untuk 6 bulan. Namun saya tidaklah mengandung. Kahwin pun belum lagi. Jadi, saya fikir untuk pergi ke klinik selepas raya sebab inginkan puasa penuh. Namun, 2 hari sebelum raya, haid datang semula. Mungkin juga bila saya puasa, haid saya jadi normal kembali. Sejak hari itu, haid saya cuma kalau skip pun, maximum 3 bulan sahaja.

Bermula pada bulan 10 tahun lepas, haid saya tidak datang lagi. Kali ini 8 bulan! Kalau orang mengandung, dah boleh bersalin agaknya. Saya tidak sedar yang dah lama saya tidak datang haid kerana saya sudah merasakan perkara ini normal, skip berbulan-bulan. Jadi saya pun akhirnya pergi ke klinik pada bulan 5 haritu. Doktor hanya buat pemeriksaan dgn merasa perut saya, namun tiada ultrasound dilakukan. Kemudian doktor mengambil sampel darah untuk melihat hormon saya. Kerana pada mulanya doktor mengesyaki saya mempunyai masalah hormon. Lebih2 lagi sejak 2 tahun ni, berat badan saya menaik dgn mendadak walaupun saya bukanlah jenis yang banyak makan. Bayangkan setahun sahaja boleh naik minimum 5kg. Stress rasanya(saya tak tahulah kalau stress boleh menjadi punca, sebab memang diakui dalam masa 2 tahun ni saya ada depression, namun masih boleh mengatasinya-tidak menggunakan apa2 ubat). 3 hari kemudian saya datang semula ke klinik. Namun, ujian menunjukkan hormon saya normal. Sehinggakan doktor di klinik tu keliru apa yang menjadi punca permasalahan saya ni. Jadi dia hanya memberi surat untuk rujuk kepada pakar.

Pada pemeriksaan pertama dengan doktor klinik tersebut, saya juga diberi ubat hormon untuk mengeluarkan darah haid. Doktor kata selalunya tiga hari, dah boleh keluar..maximum seminggu. Alhamdulillah, lepas seminggu(setelah berjumpa doktor untuk kali kedua) saya datang haid. Namun mmg sakit sbb dah lama tak datang. Sy datang haid untuk seminggu lebih. Bayangkan hari2 saya terpaksa menanggung senggugut yang sepatutnya hanya datang pada awal haid. Jadi, kami melupakan niat kami untuk berjumpa pakar kerana menyangkakan semuanya sudah normal.

Namun, bulan seterusnya iaitu pada bulan 6. Awal bulan(iaitu tarikh ketika saya datang haid selepas makan ubat), saya didatangi tanda2 haid. Jerawat penuh, hari2 asik menanggung senggugut. Pada mulanya, terdapat tisu2 kecil berwarna merah yang keluar ketika saya membuang air kecil. Bagi saya, itu merupakan tanda2 awal haid. Namun, dia hanya keluar 3 kali sahaja dalam masa 2 hari. Kemudian, terus tidak berlaku apa2 termasuklah haid yang saya jangkakan itu. Saya fikir mahu berjumpa dengan pakar namun kekangan masa akibat saya mahu sambung belajar menjadi penghalang.

Pada bulan yang seterusnya iaitu bulan ini, saya didatangi tanda2 awal haid yang sama seperti bulan sebelumnya. Cuma kali ini, senggugutnya datang sudah seminggu. Namun, apa yang keluar hanya cebisan tisu berwarna merah ketika membuang air kecil sebanyak 2 kali. Sudah seminggu tetapi darah haid langsung tidak keluar. Apa yang menganggu saya sekarang ialah sakit senggugut yang teruk sampaikan saya rasa hendak pitam. Lagi2 saya baru sahaja mula belajar, takkan setiap bulan saya kena cuti seminggu padahal darah haid langsung tidak keluar.

Saya juga tertanya2 sekiranya saya menghidap penyakit lain. Saya cuba memikirkan tapi simptom2nya tidak sama dengan apa yang saya lalui. Saya juga baru menjalani pemeriksaan kesihatan buat pertama kali kerana hendak sambung belajar, results semua menunjukkan bahawa saya sihat dan normal.

Saya minta jasa baik anda untuk memberikan pandangan tentang apa yang saya lalui. Mungkin anda semua pernah lalui perkara yang sama, saya amat menghargai jika anda kongsikan bagaimana cara untuk mengatasinya. Perkara ini bukan terjadi baru2 lagi. Sudah bertahun2. Saya sedar saya agak terlambat, tapi mungkin juga masih ada peluang untuk saya perbaiki semuanya. Saya berharap sangat jika ada insan yang sudi membantu saya.

Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik kalian. InsyaAllah
Terima kasih...
« Last Edit: July 13, 2014, 07:16:22 PM by nushira »

Offline sery81

  • KNK
  • Berlian
  • *
  • Posts: 1339
  • Suka? +6/-0
  • selamat berpuasa..
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #1 on: July 13, 2014, 06:45:15 AM »
lebih baik awak beritahu doktor perkara yg akhir yang awak risaukan tu...
walaupun boleh memberi nasihat, tp yang menanggungnya awak.. kenapa perlu malu, andai diri diselubungi derita berpanjangan....

Saya pernah mengalami haid berpanjangan, malah tidak pernah normal pun. Tapi, insyaAllah, selain dari berdoa, kita pergi mendapatkan rawatan dari mereka yang pakar..
Saya juga mengalami masalah berat badan, mungkin faktor ini menyebabkan haid tidak teratur.

My Ovulation Chart

2002 - PCOS ~ irregular period. very long cycle.
2009 - Retroverted Uterus
02.10.10 - DS1
24.05.12 - DD1 (Clomid 2 rounds)
03.10.13 - DS2
06.06.15 - DD2

Offline Anugerah_Terindah

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 208
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #2 on: July 13, 2014, 08:55:40 AM »
better nurshira jmp dgn dktr pakar sakit puan btol2.... cter ngan dia pasal masalah gelembung tu jugak....jgn biarkan lama2 dear....

Offline Ms Berharap

  • Topaz
  • *
  • Posts: 92
  • Suka? +0/-0
  • Ya Allah..kurniakanlah zuriat pada kami..Amin
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #3 on: July 15, 2014, 10:48:26 AM »
salam semua kawan2..saya nak tanya masalah saya ni ha,.,saya period 10.7 bru2 ni..tp smpai skarang 15.7, tak de pon darah yang warna merah..tun pon hanya coklat sikit sngat..bila saya calit ngn pad baru ada sikit,,sebelum ni tak pernah pon macam ni..takut la..takut darah penyakit ke..apa ke..takut sangat ni,,biasa hari kedua dah heavy and hari ke 5 dah nak abis..ni macam takde tanda nak berhenti pon..saya takde ambil apa2 perancang..just ambik vitamin b complex and pati delima..sblum ni saya amik bnda ni semua okay je period saya..ada kawan2 yang sama macam saya tak?help me pliss.... :( :(

Offline shahana66

  • Topaz
  • *
  • Posts: 47
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #4 on: July 16, 2014, 09:15:50 AM »

Tak de try buat upt...kot2 pregnant ke...

Offline Ms Berharap

  • Topaz
  • *
  • Posts: 92
  • Suka? +0/-0
  • Ya Allah..kurniakanlah zuriat pada kami..Amin
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #5 on: July 16, 2014, 11:51:41 AM »
Tak de try buat upt...kot2 pregnant ke...

saya buat upt aritu..-ve je..skang dah day7..still coklat gelap je warna darah..kira period la tu kan awak kan??

Offline shahana66

  • Topaz
  • *
  • Posts: 47
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #6 on: July 16, 2014, 01:30:24 PM »
Susah nak cakap...sebab kadang2 ade je org yg dah pregnant tapi upt tak dapat detect... darah pun kuar coklat2 je kan... kalau darah betul banyak macam biasa lain la...

Coklat2 ni ade je kemungkinan lekat...better scan la...

Offline Ms Berharap

  • Topaz
  • *
  • Posts: 92
  • Suka? +0/-0
  • Ya Allah..kurniakanlah zuriat pada kami..Amin
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #7 on: July 16, 2014, 02:10:36 PM »
Susah nak cakap...sebab kadang2 ade je org yg dah pregnant tapi upt tak dapat detect... darah pun kuar coklat2 je kan... kalau darah betul banyak macam biasa lain la...

Coklat2 ni ade je kemungkinan lekat...better scan la...

adeh..saya dah la ari2 duk zumba ni awak..ada apa2 efek tak eh?saya nak balik kg dah..nanti saya scan..insya allah,,dan sminggu ni asyik coklat je darah..tak ada yang merah pon awak..risaunya hati..mintak2 la lekat ya allah,,,

Offline rossa88

  • Topaz
  • *
  • Posts: 95
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #8 on: July 17, 2014, 12:32:51 PM »
harap2 dear cepat sembuh..masalah dear hampir same dengan saya dulu... ms sy form3 hampir 7 bulan sy xdtg period ms tu xfikir pape pn sebab yela xmatang lagi heheheh.. tapi lepas tu balik balik selang 2 bulan xdtg then dtg..period sy dtg selang sebulan utk beberapa tahun..then ms umur dalam 20 an period sy kembali normal just dtg tidak tetap tarikh cntohnya kejap dtg awal bulan kejap tgh then kejap akhir bulan ...so skang da kahwin rasa menyesal plak dulu xamik tahu psl period ni..skang susah nk lekat baby :( sy kahwin disember 2013..bulan dis an januari sy dtg period..lpas tu smpai sekarang xdtg2 lagi :( bile test upt semuanya negatif..stress sgt2...so bulan 5 hari tu pg klinik cek upt n scan keputusan still negatif...then dktor suruh tggu period dtg dgn sndrinya..awal bulan 7 bru ni sy keluar cecair coklat selama 6 hari.. then td pg la klinik test upt lg n scan still xde pape ..hmmm tanya jugak doktor adakah saya ade sakit ape2 tp die cakap xde pape ... tapi risau jugak kan..lepas raya suruh sy dtg buat beta hcg...dear nnti pg la jmpe pakar tkot ade yg serius...mcm sy ni da banyak kecewa sebab xlekat2 lg hmm..awak single kwn sy pn ade alami ..5 bulan xdtg pg klinik doktor bg ubat trun darah.. puasa baru ni die dtg tp xtaw la akan dtg da normal balik period die.

Offline rossa88

  • Topaz
  • *
  • Posts: 95
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #9 on: July 17, 2014, 12:40:17 PM »
salam semua kawan2..saya nak tanya masalah saya ni ha,.,saya period 10.7 bru2 ni..tp smpai skarang 15.7, tak de pon darah yang warna merah..tun pon hanya coklat sikit sngat..bila saya calit ngn pad baru ada sikit,,sebelum ni tak pernah pon macam ni..takut la..takut darah penyakit ke..apa ke..takut sangat ni,,biasa hari kedua dah heavy and hari ke 5 dah nak abis..ni macam takde tanda nak berhenti pon..saya takde ambil apa2 perancang..just ambik vitamin b complex and pati delima..sblum ni saya amik bnda ni semua okay je period saya..ada kawan2 yang sama macam saya tak?help me pliss.... :( :(

dear sme la sy da 7 bulan xai period hmmm..awal bulan 7 hari tu keluar cecair coklat selama 6 hari berturut2.. selama 7 bulan ni da berkali2 test upt smpai fobia da sebb kecewa sgt2...bulan 5 pg klinik test upt n scan still xde berite baik..tp dktor xbg ubat trun darah katanya terlalu awal suruh tggu period sy dtg dengan sendiri...then pagi td pegi lagi klinik doktor test upt n scan still xde pape..sy tanya doktor maybe sy ade sakit pape tp die cakap xde hmmm sy tkot je..then lpas raya suruh sy dtg utk buat beta hcg...ya Allah betol3 nak zuriat .. :(  btw period awal sebelum ni normal x?

Offline inaiyah

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 102
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #10 on: July 17, 2014, 09:14:39 PM »
Assalamualaikum,
Walaupun agak panjang, saya berharap sangat semua sudi membaca dan membantu saya.

Sy mengalami masalah haid yang sampai sekarang saya tidak dapat mengenal pasti puncanya.

Sejak daripada awal haid, mmg sy jenis yg x teratur kitarannya. Selalu lambat atau skip berbulan2. Senang cerita kalau orang tanya bila selalu datang haid, saya sendiri tak tahu nak jawab apa. Dia akan datang kalau dia rasa nak datang. Pada mulanya saya buat tak kisah sebab ramai mengatakan ianya perkara normal. Namun bertahun sudah berlalu, masalah ini jadi semakin besar.

Bermula 2 tahun lepas, haid saya tidak datang untuk 6 bulan. Namun saya tidaklah mengandung. Kahwin pun belum lagi. Jadi, saya fikir untuk pergi ke klinik selepas raya sebab inginkan puasa penuh. Namun, 2 hari sebelum raya, haid datang semula. Mungkin juga bila saya puasa, haid saya jadi normal kembali. Sejak hari itu, haid saya cuma kalau skip pun, maximum 3 bulan sahaja.

Bermula pada bulan 10 tahun lepas, haid saya tidak datang lagi. Kali ini 8 bulan! Kalau orang mengandung, dah boleh bersalin agaknya. Saya tidak sedar yang dah lama saya tidak datang haid kerana saya sudah merasakan perkara ini normal, skip berbulan-bulan. Jadi saya pun akhirnya pergi ke klinik pada bulan 5 haritu. Doktor hanya buat pemeriksaan dgn merasa perut saya, namun tiada ultrasound dilakukan. Kemudian doktor mengambil sampel darah untuk melihat hormon saya. Kerana pada mulanya doktor mengesyaki saya mempunyai masalah hormon. Lebih2 lagi sejak 2 tahun ni, berat badan saya menaik dgn mendadak walaupun saya bukanlah jenis yang banyak makan. Bayangkan setahun sahaja boleh naik minimum 5kg. Stress rasanya(saya tak tahulah kalau stress boleh menjadi punca, sebab memang diakui dalam masa 2 tahun ni saya ada depression, namun masih boleh mengatasinya-tidak menggunakan apa2 ubat). 3 hari kemudian saya datang semula ke klinik. Namun, ujian menunjukkan hormon saya normal. Sehinggakan doktor di klinik tu keliru apa yang menjadi punca permasalahan saya ni. Jadi dia hanya memberi surat untuk rujuk kepada pakar.

Pada pemeriksaan pertama dengan doktor klinik tersebut, saya juga diberi ubat hormon untuk mengeluarkan darah haid. Doktor kata selalunya tiga hari, dah boleh keluar..maximum seminggu. Alhamdulillah, lepas seminggu(setelah berjumpa doktor untuk kali kedua) saya datang haid. Namun mmg sakit sbb dah lama tak datang. Sy datang haid untuk seminggu lebih. Bayangkan hari2 saya terpaksa menanggung senggugut yang sepatutnya hanya datang pada awal haid. Jadi, kami melupakan niat kami untuk berjumpa pakar kerana menyangkakan semuanya sudah normal.

Namun, bulan seterusnya iaitu pada bulan 6. Awal bulan(iaitu tarikh ketika saya datang haid selepas makan ubat), saya didatangi tanda2 haid. Jerawat penuh, hari2 asik menanggung senggugut. Pada mulanya, terdapat tisu2 kecil berwarna merah yang keluar ketika saya membuang air kecil. Bagi saya, itu merupakan tanda2 awal haid. Namun, dia hanya keluar 3 kali sahaja dalam masa 2 hari. Kemudian, terus tidak berlaku apa2 termasuklah haid yang saya jangkakan itu. Saya fikir mahu berjumpa dengan pakar namun kekangan masa akibat saya mahu sambung belajar menjadi penghalang.

Pada bulan yang seterusnya iaitu bulan ini, saya didatangi tanda2 awal haid yang sama seperti bulan sebelumnya. Cuma kali ini, senggugutnya datang sudah seminggu. Namun, apa yang keluar hanya cebisan tisu berwarna merah ketika membuang air kecil sebanyak 2 kali. Sudah seminggu tetapi darah haid langsung tidak keluar. Apa yang menganggu saya sekarang ialah sakit senggugut yang teruk sampaikan saya rasa hendak pitam. Lagi2 saya baru sahaja mula belajar, takkan setiap bulan saya kena cuti seminggu padahal darah haid langsung tidak keluar.

Saya juga tertanya2 sekiranya saya menghidap penyakit lain. Saya cuba memikirkan tapi simptom2nya tidak sama dengan apa yang saya lalui. Saya juga baru menjalani pemeriksaan kesihatan buat pertama kali kerana hendak sambung belajar, results semua menunjukkan bahawa saya sihat dan normal.

Saya minta jasa baik anda untuk memberikan pandangan tentang apa yang saya lalui. Mungkin anda semua pernah lalui perkara yang sama, saya amat menghargai jika anda kongsikan bagaimana cara untuk mengatasinya. Perkara ini bukan terjadi baru2 lagi. Sudah bertahun2. Saya sedar saya agak terlambat, tapi mungkin juga masih ada peluang untuk saya perbaiki semuanya. Saya berharap sangat jika ada insan yang sudi membantu saya.

Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik kalian. InsyaAllah
Terima kasih...

assalamualaikum nushira..
saya pun lebih kurang macam awak juga,mengalami masalah haid tak teratur,datang setiap bulan tetapi tak tetap waktunya,kadang awal,tengah atau akhir..saya cadangkan nushira berjumpa lah dengan doktor pakar.inshaallah disana kita akan tahu masalah sebenar kita..kadang kita rasa sihat sahaja,tapi sebenarnya mungkin ada sesuatu yg tersembunyi didalam yang kita tak tahu..sebelum ini saya sangat la teruja nak makan supplemen2 dan cuba perubatan alternatif untuk menormalkan haid saya.Tetapi atas nasihat suami dan kwn saya yg juga seorang doktor,saya pergi bertemu dengan doktor pakar sebelum saya consume sesuatu suplemen tanpa mengetahui punca sebenar masalah saya,rupanya setelah dibuat pemeriksaan,ada sebab kenapa haid saya tidak normal,dan inshaallah selepas raya ni saya akan menjani ujian hsg,doakan saya...jangan takut bertemu doktor yang penting sentiasa brfikiran positif dlm menghadpi ujian ini...jgn bimbang kita sama2 kongsi yer masalah ini

Offline MiszQaseeh

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +0/-0
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #11 on: July 12, 2016, 03:23:27 PM »
Salam..saya nak tanya.....contohnya kalau bulan lepas kitaran haid kite 28 hari.... pas tue kitaran haid bulan nie 26 hari.... jadi kitaran haid manakah kiter  kena ikot untuk kitaran haid yang seterusnya untuk kite catat dalam cycle calendar......sebab kitaran haid saya paling cepat 25 hari dan paling lambat 28 hari... maaf kalau tak paham apa yang saya  tanya nie

Offline mi_za

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4283
  • Suka? +26/-0
  • ayang sayang abang untuk selamanya
Re: Masalah haid terlampau tidak normal
« Reply #12 on: June 13, 2017, 10:45:27 AM »
sama la....period irregular...ikut suke hati je... maybe sebab berat badan saya yang naik mencanak.....hormon pun x stabil.....

IKLAN

IKLAN PENAJA