collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: Gugur Tiga Kali Berturut-turut  (Read 3600 times)

Offline Lily Imani

  • Topaz
  • *
  • Posts: 18
  • Suka? +0/-0
Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« on: October 21, 2014, 04:06:38 PM »
Salam warga Ratu Hati
Saya tengah dalam waktu sukar..emosi tak stabil..rasa nak menangis sepanjang masa
Awal bulan 9 hari tu saya disahkan mengandung..semalam..doktor pakar sahkan kandungan saya tak menjadi (blighted ovum)..so sekarang saya tengah tunggu kandungan saya gugur sendiri sebab tak nak buat D&C..tak tau berapa lama kena tunggu..rasa macam makin lama tunggu makin nak gila

Ini kali ketiga saya mengandung..tiga2 kena gugur..kali pertama tahun 2012..blighted ovum jugak..kali kedua tahun lepas..luar rahim..dan yang ni kali ketiga..

Saya tak tau macam mana nak hadapi..saya risau peluang nak dapat baby cerah ke tak..saya risau nak mengandung lagi akan datang..lagi2 bila doktor bagitau sangat jarang orang kena blighted ovum 2 kali..

Apa saya nak buat? Ada ke rawatan untuk saya? Ada sesiapa pernah ada pengalaman macam saya?

Offline ummi_absyar

  • Topaz
  • *
  • Posts: 51
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #1 on: October 21, 2014, 04:30:15 PM »
Hai salsunshine..

byk2 bersabar. 

Offline halida31

  • Peniaga
  • Delima
  • *
  • Posts: 726
  • Suka? +0/-0
  • Would you hold my hand If I saw you in heaven....
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #2 on: October 21, 2014, 06:32:07 PM »
Assalam salsunshine...sy juga penh alami keguguran berturut turut 3 kali...
1st 13w-ogos 2012 heartbeat baby stop(DnC)
2nd 18w- jan 2013 heartbeat baby stop juga tbe2 (induce)
3rd 10w- nov 2013 blighted ovum(DnC)

Sedih? Yupp mmg sgt2 sedih  :'( sbb berturut turut kannn...paling sedih bili misi suggest tkyah beranak lagi...alasan dia mungkin sy mudah preg tp rezki hnye setakat tu je :(
Sy kuatkn semangat dan berdoa,mengadu hanya padaNYA...berharap akan ada lagi rezki utk sy...sy wat proses DnC utk kali keduanya...berpantang 3w+ dan tk merancang utk dptkn baby...dan fikiran time tu hnye nk sihatkn diri btol2 dan kebetulan time tu rancang ngn hubby nk g holiday...lps blk dr holiday 1st dec tu masih pelik npe tkde piyed...hnye biarkn je laaa masa tu berlalu sampai end dec 2013...still tk piyed sy jmpe doc n wat test...alhamdulillah nmpk kantung,nmpk baby n heartbeat...sgt2 tk sangka rezki dtg secpt tu...alhamdulillah si baby dh 2 bln 6hr dh hari ni...eheheh
awk jgn risau...insyaallah rezki awk pasti menyusul...ambil hikmah yg baik ye...setiap yg berlaku tu bersebab...allah duga sbb dia sygkn kte...
jgn berhenti berusaha dan berdoa...takdir itu berubah dgn doa ;)


Offline syidarohim

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
  • Saya Pengedar Sah Shaklee
    • Rahsia Kesihatan Saya
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #3 on: December 08, 2014, 01:02:50 PM »
Salam sis salsunshine..

Tiada kata-kata lain yang boleh saya katakan, kecuali mengharapkan sis tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ni.

Juz nak tahu, doktor ada bagitau pape ke ape kemungkinan penyebab jadinya blighted ovum ni?

Saya ada baca-baca jugak tadi, blighted ovum ni boleh jadi disebabkan kualiti sperm atau telur. Sis dah buat ape2 check up susulan?

Offline ctsafa

  • Nilam
  • *
  • Posts: 323
  • Suka? +0/-0
  • sayang SGT kat kucing. suke SGT warne pink+warne b
    • My Blog...
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #4 on: December 08, 2014, 03:10:46 PM »
asSalam sis salsunshine...
sy pun pnh merasa gugur 3x berturut dlm tahun ni..
1st : bln 6 (gugur sndiri time tu 6week)
2nd: bln 10 ( kandungan luar rahim )
3rd: bln 11

sy pnh merasa mengandung luar rahim.. dan sy terpksa operate dan buang 1tiub sbb tiub belah kiri dah pecah. selepas sy operate 14/10 bru ni, tetiba sy diberi rezeki sekali lagi ..dan sy positif hamil.. alhamdulillah now dh 7week dan kandungan dlm rahim.. buat sis, bersabar lah.. pasti ade ganjarannya..

Offline Cahaya_ilham

  • Topaz
  • *
  • Posts: 13
  • Suka? +0/-0
  • i Love being a mom
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #5 on: December 08, 2014, 03:14:51 PM »
Salam sis salsunshine..

Tiada kata-kata lain yang boleh saya katakan, kecuali mengharapkan sis tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ni.

Juz nak tahu, doktor ada bagitau pape ke ape kemungkinan penyebab jadinya blighted ovum ni?

Saya ada baca-baca jugak tadi, blighted ovum ni boleh jadi disebabkan kualiti sperm atau telur. Sis dah buat ape2 check up susulan?

betul tu...semua tu dugaan dari Allah swt...Kita sebagai hambanya kena sentiasa berfikiran positif..jangan pernah berhenti mencuba ye

Offline qwerty

  • Topaz
  • *
  • Posts: 14
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #6 on: January 02, 2015, 02:16:08 PM »
Saya faam sanagt2 perasaan tu
2x sy gugur. Yg pertama blighted ovum
Yg ke2.gugur mggu ke 11

Skrg sy sedang pregnant 5weeks.tp lepas scan doc ckp kandungan saya x cantik. Peluang tak banyak. Lg 2 mggu sy akan pergi check lg. Tgk ada isi kr tak. Kalau takde isi, maknanya ada kemungkinan bedar akan gugur lg.
Sedihnya saya rasa

Doakanla saya. Semoga kandungan saya ok2 je.  :(

Offline syidarohim

  • Topaz
  • *
  • Posts: 6
  • Suka? +0/-0
  • Saya Pengedar Sah Shaklee
    • Rahsia Kesihatan Saya
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #7 on: January 12, 2015, 05:27:14 PM »
Saya faam sanagt2 perasaan tu
2x sy gugur. Yg pertama blighted ovum
Yg ke2.gugur mggu ke 11

Skrg sy sedang pregnant 5weeks.tp lepas scan doc ckp kandungan saya x cantik. Peluang tak banyak. Lg 2 mggu sy akan pergi check lg. Tgk ada isi kr tak. Kalau takde isi, maknanya ada kemungkinan bedar akan gugur lg.
Sedihnya saya rasa

Doakanla saya. Semoga kandungan saya ok2 je.  :(

Moga semuanya selamat ye Puan... Doa banyak-banyak... Apa-apa pun natijahnya, semuanya tentu ada hikmah di sebaliknya...

Offline dolce

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #8 on: January 06, 2016, 08:18:56 PM »
Salam. Saya pun baru di sahkan anembryogenic pregnancy @ blighted ovum nie jugak. Dah 10w 3d tapi kantung baby kosong xde apa2 pun. Doktor bagi tempoh dua minggu pastu nanti kena refer untuk repeat scan. Kalau xde perkembangan jugak doktor akan cuci. Sedih sangat tapi mungkin rezeki sampai stakat nie je kali nie.

Lily15

  • Guest
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #9 on: January 07, 2016, 05:05:38 PM »
sbg wanita yg pernah mengalami keguguran, saya faham perasaan yg dialami. sy keguguran first pregnancy pd usia 7 minggu kandungan. sekarang sedang hamil hampir 4 bulan. semasa hamil kali kedua, memang perasaan takut itu ada, takut kejadian sama berulang, kerana emosi kehilangan zuriat dalam kandungan adalah sukar dan menyedihkan, apatah lagi berlaku berkali2. suami saya sendiri, bila tahu saya mengandung lagi kali kedua cukup takut kerana dia nampak kesakitan saya ketika keguguran sehingga setiap hari dia bertanya "ada bleeding tak?". dia memang mengaku trauma. tapi macam yg lain2 ckp, percaya pada Allah swt. selalu berdoa, kerana dia yg berkuasa, mengizinkan, memelihara, melindungi, dan segalanya. teruskan berusaha, jaga give up. cuma, lepas keguguran kalau boleh jgn terus merancang. bagi 2-3 cycle, bagi rahim kita sihat, emosi kita stabil utk mengandung lagi. happy2kan diri dan jaga kesihatan. in shaa allah rezeki ada.

Offline Aemyaiman

  • Topaz
  • *
  • Posts: 10
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #10 on: January 14, 2016, 10:20:39 PM »
Saya telah mengalami 4x keguguran dan seorang bayi saya meninggal ketika 24minggu kelahiran.Saya hanya ada 2 anak lelaki yang sihat.Jangan bersedih dan usaha dan usaha lagi.Pedulikan apa yang orang nak kata.Tahun lepas saya telah mengalami 2x keguguran tapi akhirnya saya hamil tanpa dirancang setelah semua keguguran tadi gugur semulajadi.Sebulan saya menunggu proses keguguran sendiri.Yang penting usaha..redha dgn ketentuan Illahi dan percaya pada takdir.

Offline ummi_absyar

  • Topaz
  • *
  • Posts: 51
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #11 on: January 15, 2016, 10:40:35 AM »
Assalamualaikum..

sekadar perkongsian utk semua.  ummi dah 2 kali keguguran berturut2.  sekarang sedang pregnant lagi.  perasaan takut tu memang ada.  terutama bila mula2 tahu pregnant dgn scan baby yang belum nmpak apa2 dan terpaksa ulang alik ke hospital untuk check bhcg.  tgk perkembangan baby tiap2 minggu memang best tapi dlm hati selalu berdoa semoga kali ni rezeki milik ummi & husband.  tiap2 hari ummi mmg xkn tgl amalkan bacaan ayat2 kursi, berselawat, berzikir & bacaan al quran lepas solat.  itu je ummi amalkan.  ummi berazam utk khatam al quran sepanjang pregnant kali ni.  dan selalu berdoa semoga baby diberi perlindungan.  insyallah, ummi doakan rakan2 yg lain juga dikurniakan rezeki kehamilan & dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan.  jgn berhenti berdoa.  abaikan kata2 org lain.  kalau perlu rehat dulu, rehat puas2.  tenangkan fikiran.  semuanya bergantung kepada rezeki.  kalau allah dah tetapkan rezeki, ia akan muncul tepat pada masanya.  percaya kepada qada & qadar.

Offline syafiza

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 182
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #12 on: January 16, 2016, 01:19:38 AM »
Assalamualaikum..

sekadar perkongsian utk semua.  ummi dah 2 kali keguguran berturut2.  sekarang sedang pregnant lagi.  perasaan takut tu memang ada.  terutama bila mula2 tahu pregnant dgn scan baby yang belum nmpak apa2 dan terpaksa ulang alik ke hospital untuk check bhcg.  tgk perkembangan baby tiap2 minggu memang best tapi dlm hati selalu berdoa semoga kali ni rezeki milik ummi & husband.  tiap2 hari ummi mmg xkn tgl amalkan bacaan ayat2 kursi, berselawat, berzikir & bacaan al quran lepas solat.  itu je ummi amalkan.  ummi berazam utk khatam al quran sepanjang pregnant kali ni.  dan selalu berdoa semoga baby diberi perlindungan.  insyallah, ummi doakan rakan2 yg lain juga dikurniakan rezeki kehamilan & dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan.  jgn berhenti berdoa.  abaikan kata2 org lain.  kalau perlu rehat dulu, rehat puas2.  tenangkan fikiran.  semuanya bergantung kepada rezeki.  kalau allah dah tetapkan rezeki, ia akan muncul tepat pada masanya.  percaya kepada qada & qadar.

Utk pengetahuan sy pun penah mc sekali pastu ektopik sekali.. Last dpt gak baby bulan 9 lepas. Itu pun spotting dari stat preg smpi 5 bulan lebih. Bleeding pun dua kali selama 3 hari masa 4 bulan. Msuk wad bulan 7 sbb bleeding. But syukur Alhamdulillah dpt jgak baby.. Ni antara amalan sy... Copy paste tpi lupa source dri mana.

Ayat tahsin ini dibaca dengan meletakkan tangan pada perut untuk mengukuhkan kandungan agar tidak mudah gugur serta mengelak dari gangguan makhluk halus yang cuba menggugurkan kandungan.

1. Surah Fatir (فاطر) ayat 41:

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ أَنْ تَزُولا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (٤١)

Ertinya: Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

2. Surah al-Hajj (الحج) ayat 65:

وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأرْضِ إِلا بِإِذْنِهِ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (٦٥)

Ertinya: Dan Dia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.

3. Kemudian berdoa:

يَا الله وَالَّذِي أَمْسِكِ السَّمَاءِ، أَمْسِكْ مَا فِي بَطْنِي

Ertinya: Ya Allah yang menahan langit, tahanlah apa yang ada dalam perutku ini (anak dalam kandungan).

4. Surah al-Kahfi (الكهف) ayat 14:

وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا (١٤)

Ertinya: Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.

5. Surah al-Ra’d (الرعد) ayat 11:

يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ... (١١)

Ertinya: Menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah
Miscarriage : mac 2013
ectopic :may 2014

Ya Allah kurniakanlah aku zuriat yang soleh..


Offline ayue7286

  • Topaz
  • *
  • Posts: 66
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #13 on: January 17, 2016, 09:36:42 AM »
Salam..sy pn pnh ggur 3x brturut2..
1st bln 7/2014
2nd bln 12/2014
3rd bln 11/2015.
Alhamdulillah skang da msuk 7w..tp prsaan trauma ttp ada..pnglaman pknen br dpt drsai spt alhan..mntah2 n pning kpla..hrp2 kndungan x ni mnjadi shga bsalin nty..

Offline fedzra

  • Topaz
  • *
  • Posts: 28
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #14 on: May 09, 2017, 02:50:13 PM »
Salam
Thread ni dah lama menyepi
Terasa nak luahkan rasa sedih. Saya pun dah 3x gugur berturut2
2014-6w
2015-21w
4/5/2017- 16w
Rasa sedih n kecewa sangat2..
Trauma n fobia utk mengandung lagi..hilang semangat rasanya  :'(

Offline gujiwa

  • Delima
  • *
  • Posts: 501
  • Suka? +1/-0
  • muhammad abbas, muhammad arshad, muhammad daniel
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #15 on: May 31, 2017, 10:49:20 AM »
Salam
Thread ni dah lama menyepi
Terasa nak luahkan rasa sedih. Saya pun dah 3x gugur berturut2
2014-6w
2015-21w
4/5/2017- 16w
Rasa sedih n kecewa sangat2..
Trauma n fobia utk mengandung lagi..hilang semangat rasanya  :'(

Kenapa dengan baby ye.. sbb yang second and third tu dah tri- 2..

doc ada inform ape2x..

Tabahla sayang..
Allah makbulkan doakan kami...
muhammad abbas, muhammad arshad, muhammad daniel

Offline ayue7286

  • Topaz
  • *
  • Posts: 66
  • Suka? +0/-0
Re: Gugur Tiga Kali Berturut-turut
« Reply #16 on: September 08, 2017, 08:27:20 AM »
Salam hai sume..sy pn pnh ggur 3x.. alhamdulillah kali ke-4 kndungan sy mnjadi dan skang bby sy da sthun lbh..tup2 sy hamil lg skang n msih baru lg..tp prsaan trauma kgguran msh ada..rsau kndungan ni x mnjdi..in shaa Allah klu de rzki ada la..xnk bhrap sgt tp dlm mse yg sme sy nk sgt2 pknen lg..doa2kn lah kndungan sy kali ini sihat dan dpt bby comel..

 


IKLAN

IKLAN PENAJA