collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian

* Profile

Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016  (Read 22720 times)

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #175 on: June 19, 2016, 12:15:42 PM »
itulahhh..cuma kali ni merasa morning sickness..yg 1st takde. mmg bertabah juga..ni pon pitam ajelah..makan pon xbleh sgt.
walhal dah nak masuk 19weeks. berat turun pulak dan tak naik2.

risau juga..adakah boleh normal atau kena cser lg..debar2

Inshaa ALLAH moga dipermudahkan urusan kita mummy... Selalu juga sy dengar kalau yg 1st c-sec, yg kedua boleh bersalin normal.. Rasanya normal lah kalau kita berpuasa, berat badan turun hihi.. Saya pun turun ni haa..

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #176 on: June 19, 2016, 12:17:11 PM »
Selamat berpuasa semua. Saya pun berdoa sangat diberi kekuatan untuk berpuasa hampir 19 jam. Moga dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. Aameen.

Aamiin.. Berpuasa jika mampu tau.. Kalau tak mampu, berbuka je k.. Tak perlu diganti pun.. Bayar fidyah je.. :)

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #177 on: June 19, 2016, 12:18:24 PM »
Assalammualaikum mommies,

Salam perkenalan semua.
Saya nak join juga insyaAllah anak pertama selepas 7tahun berusaha :)

Nickname : ila_erry
EDD: 3 Dec 2016

Alhamdulillah UPDATED! Tahniah 10000000x mummy.. Jaga diri bebaik ye?

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #178 on: June 19, 2016, 12:23:26 PM »
Salam 14 Ramadhan..

Sekadar perkongsian untuk mummy2 yang sedang berpuasa...

DrMAZA.com
July 20, 2013 ·
Kata Ibn 'Abbas: "Jika wanita hamil bimbang (kesihatan) dirinya, ataupun ibu yang menyusu bimbangkan anaknya -pada bulan ramadan- maka mereka boleh berbuka dan (menggantikannya) dengan memberi makan setiap hari seorang miskin (iaitu membayar fidyah) dan mereka TIDAK PERLU mengganti puasa ( tidak wajib qada puasa)" - riwayat al-Tabari sanadnya memenuhi syarat sahih al-Imam Muslim.

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #179 on: June 19, 2016, 12:34:02 PM »
FIDYAH

Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah

✔Uzur menunaikan puasa wajib – Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

✔Perempuan hamil – Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

✔Ibu yang menyusukan Anak – Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

✔Orang yang telah meninggal dunia – Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

✔Melambatkan Ganti Puasa (Qada’) – Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah

Kadar bayaran fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah seperti berikut:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

Untuk makluman anda, jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Kadar fidyah mengikut negeri.

Semoga perkongsian mengenai cara mengira Fidyah ini memberi manfaat pada semua.

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #180 on: June 19, 2016, 12:35:49 PM »
MINUM AIR GULA

Saya kena minum air gula Rabu ini for the first time.. Masa hamil anak sulung dulu tak penah lak kena minum.. Huhu..

Korang dah minum air gula ke belum? Ada tips nak share tak? JOM SHARE KAT SINI untuk panduan ibu-ibu lain.. :)

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #181 on: June 19, 2016, 12:37:37 PM »
SCAN JANTINA BABY

Saya dah scan, inshaa ALLAH girl. Hihi.. Dah kandungan 7 months nanti nak scan lagi inshaa ALLAH.. Korang dah scan ke belum? BOY or GIRL? Yang penting baby kita sihat, sempurna fizikal dan mentalnya serta aktif dan dipermudahkan segala urusan melahirkannya nanti inshaa ALLAH aamiin....

Offline hidayati

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 185
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #182 on: June 20, 2016, 09:54:40 AM »
MINUM AIR GULA

Saya kena minum air gula Rabu ini for the first time.. Masa hamil anak sulung dulu tak penah lak kena minum.. Huhu..

Korang dah minum air gula ke belum? Ada tips nak share tak? JOM SHARE KAT SINI untuk panduan ibu-ibu lain.. :)

masa pregnant anak pertama dlu, kene minum air gula. kata org minum sekali teguk. tapi saya x boleh la nak minum seteguk camtu. sikit2 minum. asalkan habis kan. kali ni, belum lagi. lepas raya kot. bulan puasa pun ade yg kene minum air gula ye?

SCAN JANTINA BABY

Saya dah scan, inshaa ALLAH girl. Hihi.. Dah kandungan 7 months nanti nak scan lagi inshaa ALLAH.. Korang dah scan ke belum? BOY or GIRL? Yang penting baby kita sihat, sempurna fizikal dan mentalnya serta aktif dan dipermudahkan segala urusan melahirkannya nanti inshaa ALLAH aamiin....

haritu scan x nampak pistol, doctor kata kemungkinan girl. tapi x betul2 confirm lagi la. kalau dah banyak kali scan doctor cakap girl baru nak percaya  ;D

Offline cintahati1797

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 192
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #183 on: June 20, 2016, 10:24:07 AM »
Salam semua,

Saya kena buat BSP (BLOOD SUGAR PROFILE) hari ni coz result masa ambil darah sebelum minum air gula 6.1..
Siap beli alat lagi sebab malas nak ulang alik KKIA.. Result sebelum sahur tadi 4.7.. hopefully result yang selepas ni ok.. pkl 12, pkl 6 dan pkl 10...

Doakan saya yer semoga ianya berjalan lancar... sakit cucuk jari sendiri...  :'( :'( :'( :'( :'( :'(
Muhammad Harith Asyraf - 5 tahun
Nur Aina Zahirah - 3 tahun
Nur Aireen Hazirah - 6 Bulan

http://www.jamtaqwimsolat.com/

Offline An

  • Topaz
  • *
  • Posts: 82
  • Suka? +1/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #184 on: June 24, 2016, 10:24:27 AM »
Hi Mommys...

An baru je kehilangan baby masa 11 weeks. sedih sgt. Nasib baik belom buk thread Jan2017 baby...
sedihnya....an ada bleeding sikit... bila check, doctor kata da takde degupan jantung.. masa check 8weeks... degupan jantung kuat & laju.. sihat je
Lepas 1 week doctor confirm takde heartbeat, baby gugur sendiri..sakit sangat2 masa baby nak kluar... ... tp sakitnya menanggung sedih kehilangan baby... Tuhan je yg tahu

Semoga mommy2 semua selamat melahirkan anak2 yg sihat & comel... insyaallah... doakan An ya....

Offline cintahati1797

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 192
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #185 on: June 24, 2016, 11:58:49 AM »

Salam An,

Takziah yer.. banyakkan bersabar. Saya pun pernah kehilangan baby masa kandungan 5 bulan.. Memang sedih.. tapi kita kena redha.. Insya allah dia akan tunggu kita kat sana..

Allah tahu apa yang baik untuk kita.. Insya allah Allah akan bagi rezeki lagi.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada An.. Amin.
Muhammad Harith Asyraf - 5 tahun
Nur Aina Zahirah - 3 tahun
Nur Aireen Hazirah - 6 Bulan

http://www.jamtaqwimsolat.com/

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #186 on: June 26, 2016, 10:17:04 AM »
masa pregnant anak pertama dlu, kene minum air gula. kata org minum sekali teguk. tapi saya x boleh la nak minum seteguk camtu. sikit2 minum. asalkan habis kan. kali ni, belum lagi. lepas raya kot. bulan puasa pun ade yg kene minum air gula ye?

haritu scan x nampak pistol, doctor kata kemungkinan girl. tapi x betul2 confirm lagi la. kalau dah banyak kali scan doctor cakap girl baru nak percaya  ;D

Saya lah tu yang kena minum air gula masa bulan puasa, kandungan 6 bulan.. Alhamdulillah bacaan 6.7 je hihi...

Saya dah scan 4 kali di hospital swasta.. Semua kata GIRL.. Alhamdulillah.. Sebab yg sulung BOY.. Hihi..

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #187 on: June 26, 2016, 10:26:07 AM »
Salam semua,

Saya kena buat BSP (BLOOD SUGAR PROFILE) hari ni coz result masa ambil darah sebelum minum air gula 6.1..
Siap beli alat lagi sebab malas nak ulang alik KKIA.. Result sebelum sahur tadi 4.7.. hopefully result yang selepas ni ok.. pkl 12, pkl 6 dan pkl 10...

Doakan saya yer semoga ianya berjalan lancar... sakit cucuk jari sendiri...  :'( :'( :'( :'( :'( :'(

Wsalam sis, saya rasa sis patut mula amalkan meminum sesudu minyak kelapa dara sehari.. Itu yg sy amalkan sejak dari awal kehamilan lagi, termasuklah madu, jus delima gulsan, Shaklee Oste, Shaklee Vit C, Iberet. Sis boleh cuba k? Bacaan sebelum minum air gula saya pun agak tinggi 4.7, tapi lepas minum air gula bacaan sy 6.7 (selepas 2 jam).. All the best sis...

Offline Pn Nass

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 198
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #188 on: June 26, 2016, 10:30:38 AM »
Hi Mommys...

An baru je kehilangan baby masa 11 weeks. sedih sgt. Nasib baik belom buk thread Jan2017 baby...
sedihnya....an ada bleeding sikit... bila check, doctor kata da takde degupan jantung.. masa check 8weeks... degupan jantung kuat & laju.. sihat je
Lepas 1 week doctor confirm takde heartbeat, baby gugur sendiri..sakit sangat2 masa baby nak kluar... ... tp sakitnya menanggung sedih kehilangan baby... Tuhan je yg tahu

Semoga mommy2 semua selamat melahirkan anak2 yg sihat & comel... insyaallah... doakan An ya....

Allah.... Kuatkan semangat sis.. Saya pun pernah gugur 2 kali.. Anak sulung dan anak ketiga.. Di usia kandungan 9 minggu.. Faham sgt kehilangan yg dirasai... Inshaa ALLAH ada hikmahnya dan moga dikurniakan rezeki anak dalam masa terdekat ni ok.. Aamiin..

Selamat berpantang... Jaga kesihatan diri baik-baik... Anak syurga menantimu di sana..

Offline cintahati1797

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 192
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #189 on: June 27, 2016, 09:21:52 AM »
Wsalam sis, saya rasa sis patut mula amalkan meminum sesudu minyak kelapa dara sehari.. Itu yg sy amalkan sejak dari awal kehamilan lagi, termasuklah madu, jus delima gulsan, Shaklee Oste, Shaklee Vit C, Iberet. Sis boleh cuba k? Bacaan sebelum minum air gula saya pun agak tinggi 4.7, tapi lepas minum air gula bacaan sy 6.7 (selepas 2 jam).. All the best sis...

Tq sis atas cadangan dan pandangan..

So far result hari tu semuanya ok.. alhamdulillah 4.7, 3.8, 3.8, 3.8.. Dr pun kata ok.. cuma mcm biasa kena ulang lpas raya nanti...ikut prosedur katanya..  :)

Saya memang ambil shaklee Vit C.. semoga result lepas raya ok.. mklumler raya mkn pun mcm2 nanti.. huhuhuhu
Muhammad Harith Asyraf - 5 tahun
Nur Aina Zahirah - 3 tahun
Nur Aireen Hazirah - 6 Bulan

http://www.jamtaqwimsolat.com/

Offline ~iena~

  • Topaz
  • *
  • Posts: 70
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #190 on: June 29, 2016, 11:28:37 AM »
salam...
lama x check in disini.
alhamdulillah ma iena da 20w5d...
nk tnya bape week boleh tgk jantina baby jika scan ye? da lupa da. hehe

Offline asylina

  • Topaz
  • *
  • Posts: 22
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #191 on: July 14, 2016, 08:26:19 AM »
salam...
lama x check in disini.
alhamdulillah ma iena da 20w5d...
nk tnya bape week boleh tgk jantina baby jika scan ye? da lupa da. hehe

W'salam..hi iena.
Sy scan masa 22wks, tp x nampak sgt. Tapi doc kata macam gegurl, sbb klu lelaki 4 bln da nampak bebird. Scan 2D je masa tu. Insya Allah next wk scan lg masa da masuk 7bln utk mudah buat persediaan..  ;)

Offline hidayati

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 185
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #192 on: July 20, 2016, 09:20:40 AM »
Hi Mommys...

An baru je kehilangan baby masa 11 weeks. sedih sgt. Nasib baik belom buk thread Jan2017 baby...
sedihnya....an ada bleeding sikit... bila check, doctor kata da takde degupan jantung.. masa check 8weeks... degupan jantung kuat & laju.. sihat je
Lepas 1 week doctor confirm takde heartbeat, baby gugur sendiri..sakit sangat2 masa baby nak kluar... ... tp sakitnya menanggung sedih kehilangan baby... Tuhan je yg tahu

Semoga mommy2 semua selamat melahirkan anak2 yg sihat & comel... insyaallah... doakan An ya....

takziah An. insyaAllah ada yg lebih baik menanti. smoga An kuat hadapi.

Offline hidayati

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 185
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #193 on: July 20, 2016, 09:22:52 AM »
minggu ni nak masuk 26weeks. harap semuanya oke2 je.

insyaAllah, banyak doctor scan, girl katenye. seronok jugak sebab yg first boy hehe.

Offline auliazahraa84

  • Nilam
  • *
  • Posts: 416
  • Suka? +4/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #194 on: August 30, 2016, 04:34:49 PM »
Assalam semua..lama tak update dlm RH ni..mesti ramai dah menjengah 3rd trimester kan..termasuk la saya juga..
rasanya ramai juga yg hampir2 dengan due kan..
Kat sini saya nk mencadangkan, why not Puan Nass buat group whatssap ahli kelab ni..saya assume ramai yg kurang
menjengah and update kt forum ni..tp terpulang pd semua la..kot ada yg tak bersetuju..just nk share pendapat, komen atau segala masalah time preggy ni..boleh jugak update once dah deliver nnt..

Sorry Puan Nass, saya hanya mencadangkan saje..hehehe :) :)

Offline cintahati1797

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 192
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #195 on: September 06, 2016, 10:31:29 AM »
Salam Semua,

Alhamdulillah.. dah 3rd trimester.. dah nak masuk 36w..  kat sini saya ingin berkongsi dengan mommies 9 teknik meneran dengan betul ketika bersalin... Semoga urusan proses bersalin kita dipermudahkan. Ameen..

Oleh : Web PaMa
Tarikh: 27 Jun 2016

Proses bersalin adalah satu daripada fasa terakhir perjalanan kehamilan seorang bakal ibu. Proses meneran adalah sebahagian daripada klimaks perjuangan seorang wanita mengeluarkan bayinya dari dalam rahim.

Meneran berlaku secara semula jadi ketika pintu rahim ibu sudah terbuka sepenuhnya. Bagaimanapun bakal ibu perlu belajar cara meneran dengan betul kerana ia dapat mengelakkan daripada berlaku koyakan teruk pada perineum atau digunting. Bagaimana cara meneran yang betul?

Jururawat yang membantu ibu ketika proses melahirkan bayi kerap mengingatkan agar ibu jangan mengangkat punggung ketika meneran dan memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Ia sememangnya mudah diucapkan tetapi tidak mudah untuk dipraktiskan apatah lagi apabila dalam keadaan panik.  Oleh itu pastikan, ibu turut berpesan kepada suami yang turut berada di sisi isteri ketika proses melahirkan anak untuk sama-sama membantu dan mendorong ketika meneran agar dapat mengelakkan risiko koyakan menjadi besar.

Ketahui tip meneran dengan betul. Ia memang berguna sebagai pengetahuan dan persediaan semasa anda sedang berjuang di atas katil wad bersalin nanti.

1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.

2. Mata pandang ke perut.

3. Tangan pegang pergelangan kaki.

4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.

6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.

8. Dengar arahan jururawat dan doktor.

9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Jangan pandang remeh tentang proses meneran ketika bersalin. Bertenang dan bersabar kerana ia kunci utama anda dapat mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat.

Muhammad Harith Asyraf - 5 tahun
Nur Aina Zahirah - 3 tahun
Nur Aireen Hazirah - 6 Bulan

http://www.jamtaqwimsolat.com/

Offline eiha

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 111
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #196 on: September 07, 2016, 01:57:47 PM »
Updated! Jaga diri dan kandungan baik-baik ye...

salam pn nass,

eiha keguguran padaa 16/4/2016 , d&c . bleeding.. doakan eiha dpt peluang kedua utk mengandung semulaa..

Offline ~iena~

  • Topaz
  • *
  • Posts: 70
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #197 on: September 29, 2016, 02:00:13 PM »
Assalam semua..lama tak update dlm RH ni..mesti ramai dah menjengah 3rd trimester kan..termasuk la saya juga..
rasanya ramai juga yg hampir2 dengan due kan..
Kat sini saya nk mencadangkan, why not Puan Nass buat group whatssap ahli kelab ni..saya assume ramai yg kurang
menjengah and update kt forum ni..tp terpulang pd semua la..kot ada yg tak bersetuju..just nk share pendapat, komen atau segala masalah time preggy ni..boleh jugak update once dah deliver nnt..

Sorry Puan Nass, saya hanya mencadangkan saje..hehehe :) :)

Saya setuju utk buat group watsapp... masa 1st preggy dulu saya ada group wataspp so bila anak lahir dan membesar senang nk tnya kalau ada masalah @ sakit...

Offline Ibu_batrisya

  • Topaz
  • *
  • Posts: 9
  • Suka? +0/-0
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #198 on: November 09, 2016, 10:11:29 AM »
hmm...saya no. 11,

chemical pregnancy jer...xde rezeki  :(

Offline sarah sepura

  • Topaz
  • *
  • Posts: 44
  • Suka? +0/-0
    • kosmetik murah2
Re: KELAB IBU HAMIL EDD OCTOBER/NOVEMBER/DISEMBER 2016
« Reply #199 on: September 09, 2017, 02:30:31 AM »
Assalamualaikum mommies2
my 2nd baby boy edd 22 oct 2017
tp maybe 15hb dh kena tahan wad sb ad gdm
harap2 bby nk kuar sblm g serah diri hehe

IKLAN

IKLAN PENAJA