collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: trauma  (Read 786 times)

Offline bungalavender

  • Topaz
  • *
  • Posts: 21
  • Suka? +0/-0
trauma
« on: March 14, 2017, 08:41:22 AM »
Salam..saya tak pasti topik ini pernah dibincangkan atau  tidak, tapi saya sangat berharap ada yang dapat berkongsi pengalaman dan nasihat.Tahun lepas saya mengalami missed miscarriage sebanyak dua kali iaitu pada bulan february dan ogos. tiada bleeding atau rasa luar biasa, cuma bila saya pergi scan monthly check up masa kandungan 16 minggu (kedua-dua kandungan), doc dapati baby dah stop membesar. Buat blood test dan alhamdulillah doc cakap takde masalah dengan darah tapi secara tiba-tiba je baby stop membesar.

bulan ni (mac) saya miss period dan cek positif. kalau ikut perkiraan, sy pregnant dalam lingkungan 5 minggu6 hari. soalnya sekarang saya takde alahan atau muntah yang teruk, hanya rasa loya, lapar dan sore nipples dan cramping di ari2. pregnancy sebelum ni semua saya memang mabuk agak teruk, jadi sy jadi risau bila takde mabuk dan alahan.

sebenarnya saya sangat trauma setelah gugur 2 kali tahun lepas. saya takut perkara sama berulang. Nak jumpa doctor pun saya trauma, takut2 bila scan benda yang sama berlaku..Tolong bantu saya..

Offline cik putih

  • Topaz
  • *
  • Posts: 69
  • Suka? +0/-0
Re: trauma
« Reply #1 on: March 22, 2017, 11:29:03 PM »
salam bunga lavender,

Alhamdulillah Allah bagi nikmat dipermudahkan rezeki mudah lekat pd bunga lavender walaupn dah 2 kali keguguran :) mesti bunga lavender insan hebat yg Allah pilih untuk diuji, subhanallah  :)

inshaAllah sy doakan untuk kandungan kali ni semuanya berjalan lancar..banyakkan doa, solat..mudah2an Allah kabulkan, Dia yg Maha Mengetauhi apa yang terbaik.. kadang2 Allah ingin menguji sbb dia syg kita, dia nk dekat2 dgn kita, cuma kadang2 kita x sedar.. takpe banyakkan muhasabah diri bnyakkan mengaji inshaAllah kali ni Allah izinkan :) husnuzon fikirkan benda2 positif inshaAllah segala positif vibes akan datang pd diri awk n baby..  :) :)

 :)





Offline Sryope58

  • Topaz
  • *
  • Posts: 34
  • Suka? +0/-0
Re: trauma
« Reply #2 on: March 30, 2017, 06:16:36 AM »
Tahniah kerana memgandung lagi bungalavender. Bila baca pasal missed miscarriege ni sy pun cuak sbb tengah pregnant 18 minggu. Rasa takut and trauma tu mmg akan ada esp mcm bunga sebab dah 2x keguguran, tp apa yg berlaku dlm badan kita mmg kita tak dpt nak tau sepenuhnya, so hanya boleh usaha supaya positif dan doa banyak2 supaya Allah pelihara kandungan kita.

Tentang takde alahan tu, setiap pregnancy berbeza2.. mcm sy 1st pregnancy xde alahan mabuk muntah langsung, 2nd pregnancy kali ni masa 1st trimester tu mmg tiap2 hari muntah klu lepas makan.. tp sy start mabuk masa masuk minggu ke 8, so mungkin bungalavender dipermudahkan takde alahan kali ni atau alahan  belum mula lagi, either way pun semoga kehamilan bungalavender kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan.

 


IKLAN

IKLAN PENAJA