collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: ECtopic Pregnancy(hamil luar rahim)  (Read 97530 times)

Offline niamie

  • Topaz
  • *
  • Posts: 83
  • Suka? +0/-0
  • Allah the best planner..Yakinlah wahai diri
Re: ECtopic Pregnancy(hamil luar rahim)
« Reply #350 on: December 19, 2016, 06:11:11 PM »
Hi semua,

dah lama sebenarnya tak buka forum ni. cari pasal topik ni pun sebab baru je lepas mc 2minggu sbb laporascopy. Akhir bulan Nov dah lambat period seminggu, nak tunggu 2minggu baru cek sbb takut kecewa sebab dah berkali cek asyik negatif je. Tapi suami suruh buat jugak sebab minggu tu nak jalan ke Penang. Kalau ada rezeki so boleh berhati2 bila berjalan sana. So buat petang lepas balik kerja, dan terang double line keluar. Syukurnya dan sukanya tengok tu sbb 2 kehamilan sebelum ni gugur. so ini memang ditunggu-tunggu.
So esoknya pergi klinik nak sahkan dan kalau boleh nak scan. Buat upt test lagi di klinik tp doktor kata line lagi satu tu samar sgt. Maybe sebab baru 5 minggu so tak kuat sgt dan doktor kata tak boleh nak scan sebab kecil lagi mesti tak nampak.
Selepas dah sah, family nasihatkan tak payah pergi Penang, so rehat je di rumah mertua. Family saya pula pergi menghantar adik kawin. pun tak pergi sebab takut banyak berjalan. Disebabkan history sebelum ni so kali ni kami berhati2 lebih lagi la.
Seminggu berjalan dengan happy sampai dah bincang beli brg2 baby, nama baby. tak kenapa rasa macam kali ni memang akan melahirkan anak yang dinanti. Tapi siapa menduga, hari jumaat pagi di office sakit perut lain macam, rasa macam nak membuang tapi tak ada. Sakit dia sampai menangkap ke pinggang dan seluruh perut. Dah risau pergi klinik untuk cek. Sy igt sebab buasir sbb sebelum ni pernah kena buasir. So doktor dah bagitau nk bagi ubat ape semua. Tapi sy minta juga doktor cek perut takut effect baby sebab sakit perut ni
Sebelum doktor scan dia tanya sebelum ni ada scan tak sebab kena scan untuk tau kandungan berada di rahim. Disebabkan saya sakit perut ni, doktor takut sy ectopic. Bila scan doktor tunjuk, ini rahim puan dan rahim puan kosong. ada satu ketulan di luar rahim yang saiz dia 6 minggu, doktor takut itu kandungan saya. bila dengar je Ya Allah ujian apa ni yang Kau bagi. sampai macam tu sekali saya cakap. Kecewa sgt sampai dah tak fikir ape. :'( :'( :'(.
Terus refer ke emergency hospital saya doktor scan lagi sekali, katanye maybe cyst sebab kosong je ketulan yang doktor klinik tu jumpa tadi. so kena tahan wad sebab takut betul ectopic sebab saya dah rasa sakit. doktor perlu ambil darah untuk tau Beta HCG kalau betul mengandung dan scan balik untuk confirm betul dalam rahim or tidak. Dan memang disahkan ectopic dan buat laparoscopy petang isnin selepas warded hari jumaat tu.
So sekarang baru masuk office selepas mc 2 minggu. masih sihatkan fizikal dan mental. Nampak luaran happy gelak ketawa tapi bila sorg2 terfikir juga sampai sedih.
Semoga Allah memberi kekuatan pada diri ini untuk menjalani hari yang mendatang. Allah nak memberi yang terbaik pada saya dan selalunya yang terbaik itu lambat untuk diterima. Ini lah kata2 yang memujuk saya.
Panjang pula cerita ini kan.. ;D terima kasih kerana sudi membaca. sekadar nak berkongsi.

Offline moon

  • Delima
  • *
  • Posts: 738
  • Suka? +4/-0
Re: ECtopic Pregnancy(hamil luar rahim)
« Reply #351 on: June 09, 2017, 12:22:51 PM »
saya baru mengalami ecoptic pregnancy ni bulan lepas. ni mungkin ujian buat kami suami isteri. tak merancang pun kelahiran ke empat ni.sesungguhnya Allah itu lebih maha mengetahui
[/url]

 


IKLAN

IKLAN PENAJA