collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak  (Read 3821 times)

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak
« on: January 28, 2011, 02:34:04 PM »
Anak saya tak sampai tahap hyperactive, tapi dia punya daya tumpuan mudah terganggu. Kalau buat satu-satu kerja tu, dia mudah beralih utk buat kerja lain pulak tanpa sudahkan kerja asalnya. Tadi pun masa nak ambil dia di sekolah, cikgu cakap bila cikgu mengajar dan mintak budak2 menulis di buku, dia menulis sekejap je. Lepas tu nanti dia leka la buat benda lain.

Untuk anak-anak begini, kenalah ibu bapa rajin sikit. Sebelum dia bersekolah lagi kita boleh bermula...

1) Jangan tunggu sehingga dia sekolah dan berharap cikgu dapat mengubahnya.

2) Mulakan dengan buku bergambar, dan kemudian beralih kepada membaca untuknya. Ini melatih kemahiran mendengar.

3) Minta dia warnakan gambar. Pilihlah gambar yang dia suka. Dan galakkan dia supaya menghabiskan kerja mewarna tu. Tapi jgn lah gambar yang besar/ complicated sangat. Sesuaikan dengan usianya.

4) Puji jika dia dapat duduk diam dan sudahkan kerja dia.

5) Beri dia permainan seperti puzzle, dominoes, dan block seperti lego. Permainan sesuaikan gambar (matching picture) pun bagus untuk meningkatkan daya tumpuan.

6) Bila anak dah penat, beri dia rehat dan sambung sesi belajar/ bermain kemudian.

7) Duduk di belakangnya supaya dia tahu ada anda, dan dia kurang le rasa nak pergi tempat lain dan terganggu.

8) Tutup tv, radio atau apa2 yang boleh mengganggu tumpuannya.

9) Tentukan waktu untuk tidur yang tetap. Ikut jadual.

Offline mizah

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1511
  • Suka? +6/-0
  • Salam kenalan semua :)
Re: Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak
« Reply #1 on: January 31, 2011, 04:52:37 PM »
biasa kanak2 umur berapa tahun kita boleh latih cara macam kat atas ni? kalau 2tahun, masih belum boleh fokus...kejap main sini..kejap main yang sana..risau gak ni..

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak
« Reply #2 on: January 31, 2011, 04:58:19 PM »
me too.. tapi anak saya cukup suka main menda mcm skop pasir dan baldi..  kdg2 kalau saya dan adam didapur.. saya bagi ajer besen dan senduk kayu.. hah.. mengacau ler dia kat situ.. ekeke

 

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Re: Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak
« Reply #3 on: January 31, 2011, 05:01:52 PM »
boleh mulakan seawal mungkin. Buku bergambar tu, bacakan utk dia sambil dia duduk kat pangku ke, buat mimik2 muka suara sekali... Lego pun boleh, bagi yg jenis besar2 tu..

Anak saya Iman ada masalah sikit bab tumpuan ni. Dia cepat bosan. Dah la sekarang dah sekolah. Risau juga ni, tu yg dok baca pasal ni...

Offline IdayaH_ChaN

  • Delima
  • *
  • Posts: 1000
  • Suka? +1/-0
  • I Love My Family
Re: Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak
« Reply #4 on: January 31, 2011, 05:50:57 PM »
Tak silap saya dalam RH dulu kak ummi pernah bagitau cara2 nak bagi anak fokus.. masa cakap ngan anak buat ngan memek muka.. ajar a.. e.. i..o..u..

Alhamdulillah apa yang kak ummi ajar berkesan untuk naufal.. sekarang naufal memang agak memberi tumpuan pada ssuatu benda tapi curiosity dia tetap tinggi...



Offline carsturi™

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 100
  • Suka? +2/-0
  • Abahnya Siti Nur Tsuraya dan Siti Nur Tihany
Re: Meningkatkan Daya Tumpuan Kanak-kanak
« Reply #5 on: December 20, 2017, 09:37:19 AM »
nak menambahkan tumpuan dan fokus, bukan setakat anak² saja, kita ibubapa pun boleh, jom memanah!
banyak dh tempat/kedai yang menjalankan perniagaan memanah untuk riadah sampingan, contoh Aeon Piaza Seksyen 13, Shah Alam.
Quote from: Michael Josephson
Creating a child takes no love or skill; being a parent requires lots of both.
It's me at BabyCenter.com

 


IKLAN

IKLAN PENAJA