collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: Nazar  (Read 7664 times)

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Nazar
« on: March 02, 2011, 04:02:06 PM »
Macam-macam hajat manusia ni. Ada yang mahu dilepaskan daripada hutang. Ada yang sangat berhajat kepada cahayamata. Ada yang nak orang yang membencinya lembut hati untuk kasih padanya. Ada yang mahu anak cemerlang dalam pelajaran. Macam-macam.

Selain daripada usaha dan doa, satu lagi yang boleh kita buat adalah bernazar. Tapi nazar apa yang halal dan mampu saja la... Penrinciannya di bawah. Petikan utusan malaysia online.

Harus bernazar untuk dekatkan diri kepada Allah

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Apakah nazar dan apa hukumnya dalam Islam?

JAWAPAN

NAZAR menurut istilah ulama fikah ialah beriltizam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau tidak terikat dengan sesuatu yang mewajibkan dari melakukannya.

Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. (al-Insan: 7)

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. daripada Aisyah r.a yang bermaksud, Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya. (riwayat Bukhari)

Berdasarkan dalil di atas dan dalil-dalil yang lain, ulama berpendapat nazar hukumnya harus dalam Islam jika seseorang itu bernazar untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

BAGAIMANAKAH caranya jika seseorang itu ingin bernazar?

JAWAPAN

JIKA seseorang itu hendak bernazar, pertama sekali hendaklah dia mengetahui dengan apa dia mahu bernazar. Maka di sini nazar terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut;

lNazar Lajaj: nazar yang berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah.

Contohnya dia berkata: “Sekiranya aku bercakap dengan si fulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”. Nazar jenis ini ada dua keadaan dari satu sudut ia seperti bersumpah tidak mahu bercakap, dari sudut yang lain pula seperti nazar, maka orang yang bernazar boleh memilih sama ada tebus sumpah atau menunaikan nazarnya.

lNazar al-Mujazah (Mukafaah): nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu keadaan yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Contohnya, berkata orang yang bernazar itu: “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing”.

l Nazar Mutlak: nazar yang semata-semata hendak mendekatkan diri kepada Allah dan tidak didahului oleh apa-apa masalah. Contohnya, seseorang itu berkata: “Bagiku berpuasa kerana Allah pada hari Khamis”.

Nazar jenis kedua dan ketiga adalah nazar semata-mata mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kerana hukumnya hanyalah harus, kalau tidak bernazar tidak dikira berdosa.

Namun manusia sentiasa berusaha untuk meletakkan dirinya di hadapan Allah melalui amal ibadat. Ini termasuklah menghampirkan diri melalui iman. Namun tidak ramai yang suka bernazar, ini kerana bila seseorang itu bernazar maka hendak dia tunaikan nazarnya selagi mana nazarnya tidak bertentangan dengan syariat Allah.

SOALAN 3

BAGAIMANA pula jika seseorang itu tidak melakukan nazar bila sudah tertunai hajatnya?

JAWAPAN

BERNAZAR supaya Allah memberi sesuatu pemberian atau pengurniaan. Contohnya: “jika saya sembuh dari penyakit ini maka akan saya sedekahkan seekor kambing kerana Allah”.

Selepas sembuh hendaklah dia menunaikan nazarnya kerana Allah. Jika enggan atau ingkar dikira berdosa. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan maka hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin Amir daripada Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud, Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah. (riwayat Muslim)

SOALAN 4

WAKTU bilakah paling sesuai untuk bernazar?

JAWAPAN

ISLAM tidak menentukan bilakah waktu yang paling sesuai untuk bernazar. Namun kebiasaannya orang akan bernazar apabila berhadapan dengan sesuatu masalah atau sesuatu musibah.

Namun, Islam tidak menghalang penganutnya untuk bernazar, dengan erti kata untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

SOALAN 5

APAKAH yang paling mudah untuk kita bernazar.

JAWAPAN

Jika seseorang itu ingin bernazar maka hendak dia bernazar dalam perkara yang diharuskan Islam, dan mampu melaksanakannya.

Pertama: Perkara yang dinazar itu merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bukan nazar dalam melakukan maksiat kepada Allah dan tidak boleh bernazar dalam perkara yang harus seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Kedua: Perkara yang dinazar itu bukan daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan dari mulanya lagi. Contohnya, jika seseorang itu bernazar untuk solat Zuhur atau ingin mengeluarkan zakat hartanya maka nazarnya itu tidak sah kerana nazarnya itu tidak membawa kesan kepada kewajipan yang baru.

Ini disebabkan solat Zuhur dan zakat hartanya itu memang telah wajib dari mulanya lagi tanpa memerlukan kepada nazar lagi.
« Last Edit: March 24, 2011, 12:48:19 PM by ummi »

lydianajihah

  • Guest
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #1 on: March 02, 2011, 08:47:27 PM »
haaaaa... untuk melepaskan diri dari hutang......

Offline nukilanida

  • Delima
  • *
  • Posts: 1164
  • Suka? +5/-0
    • My Sport Blog
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #2 on: March 03, 2011, 09:23:01 AM »
dari ilmu yang saya dapat..intipati yang saya ingat..

Bernazar ini seperti ingin mendapatkan sesuatu dari seseorang yang kedekut..
Saya dulu2 suka bernazar.. namun lepas come across that hadis ke hapa im not sure.. dah tak bernazar dah..
so tak perlu tunggu utk apa yang dinazarkan itu tertunai baru kita melakukan sesuatu sebagai balasannya.. Wallahualam..

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #3 on: March 03, 2011, 10:52:07 AM »
dari ilmu yang saya dapat..intipati yang saya ingat..

Bernazar ini seperti ingin mendapatkan sesuatu dari seseorang yang kedekut..
Saya dulu2 suka bernazar.. namun lepas come across that hadis ke hapa im not sure.. dah tak bernazar dah..
so tak perlu tunggu utk apa yang dinazarkan itu tertunai baru kita melakukan sesuatu sebagai balasannya.. Wallahualam..


ida, kalau jumpa hadis tu kongsikan di sini ya...

Offline nukilanida

  • Delima
  • *
  • Posts: 1164
  • Suka? +5/-0
    • My Sport Blog
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #4 on: March 03, 2011, 11:37:34 AM »
Salam,

A- Menyatakan bahawa bernazar adalah `ibadah.

KETERANGAN:

1- Yang dipuji ialah orang yang menunaikan nazar, bukan orang yang bernazar.

2- Ini kerana nazar yang dilafazkan itu ialah sumpah. Maka Tuhan memuji orang yang menunaikan sumpah mereka. Ini bukan galakan agar orang bernazar, atau bersumpah.


B- Pertentangan nas tentang nazar.

KETERANGAN:

1- Nas-nas tentang nazar adalah tidak bertentangan.

2- Nabi mensifatkan orang yang hanya beramal kerana nazar sebagai kedekut, bermakna orang yang beramal hanya kerana nazar (dan jika tidak, dia tidak akan beramal), adalah tercela.

3- Nabi melarang orang bernazar atas maksud tersebut.

4- Allah memuji orang yang menunaikan nazar, (seperti keterangan di atas yang telah dinyatakan) kerana mereka menunaikan sumpah mereka.

5- Tiada nas yang menyebut dengan maksud: "hendaklah kamu bernazar"

6- Bagi orang yang bernazar untuk ber`ibadah, seperti nazar isteri `Imran, ia adalah sumpah atau janji.

7- Kenyataan "Saya bernazar untuk berpuasa selama seminggu", ia adalah satu pernyataan sumpah atau janji.

8- Kenyataan "Saya hanya akan berpuasa seminggu jika saya dapat 8A" adalah pernyataan orang yang kedekut (seperti hadis), dan tidak sama seperti di atas. Nazar inilah yang dicela. Tetapi kerana sudah bernazar, maka wajib ia ditunaikan (jika ia `ibadah).

WaLlahu a`lam.
http://abuirfan.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=656876
_________________
ad-diyari.com
« Last Edit: March 03, 2011, 11:39:13 AM by nukilanida »

Offline nukilanida

  • Delima
  • *
  • Posts: 1164
  • Suka? +5/-0
    • My Sport Blog
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #5 on: March 03, 2011, 11:41:04 AM »
tumpang tanya...
situasi : si A bernazar akan berpuasa setiap hari isnin dan khamis sekiranya mendapat 8A dalam peperiksaan pertama... dia dapat 8A dan tunaikan nazarnya itu... selang beberapa bulan, dia rasa dia tak mampu nak laksanakan nazarnya itu... jadi dia bernazar lagi, sekiranya dia dapat 9A dalam peperiksaan kedua, dia akan teruskan nazarnya... kalau tak dapat 9A, dia akan hentikan nazarnya sebelum ini... dia tak dapat 9A... selepas dia dapat keputusannya, dia dah tak puasa setiap hari isnin dan khamis....

soalan : bolehkah si A buat macam tu?

Jawapan :
1- Nazar seperti inilah nazar yang dicela dan dilarang oleh Nabi, yang digelar "Si Kedekut".

2- Tidak perlu tunggu dapat 9A baru hendak berpuasa, sebaliknya berpuasa hendaklah dengan keikhlasan dan kemampuan diri.

WaLlahu a`lam.

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #6 on: March 03, 2011, 12:55:07 PM »
ida, terima kasih
bagus sekali :D
kesimpulannya kita bykkan ibadah sunat disamping ibadah wajib utk mendekatkan diri kpd Allah... dan teruskan berdoa di samping usaha...

Offline Ellysse

  • Topaz
  • *
  • Posts: 37
  • Suka? +0/-0
    • appleofdeye
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #7 on: March 04, 2011, 10:27:51 PM »
HUbby selalu nazar berpuasa setiap kali berusaha nak dapat new employment..saya sangat kagum dengan usaha dan niatnya tu!!..sgt2.. :)
Jom kongsi rahsia kecantikan, hobi & the life excitement di http://appleofdeye.blogspot.com

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
bernazar.. mcm mana cara nak menyelesaikan nazar
« Reply #8 on: March 24, 2011, 10:28:50 AM »
assalam semua rakan-rakan rh.. sorry buka thread baru.. ain ada kekeliruan sikitlah sini. sapa yg ada pengetahuan berkenaan bayar nazar ni boleh bantu ain x? kalo kt bernazar utk sesuatu perkara, dan perkara tu telah kt perolehi mcm mana kt nak selesaikan nazar tu? kena niat sekali x?

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Re: Jika sangat berhajat, cubalah bernazar
« Reply #9 on: March 24, 2011, 12:47:51 PM »
niat tu dalam hati.. Tak perlu lafaz. Laksanakan je terus apa yg dah dinazarkan. Allah Maha Tahu

Offline matabintang

  • Berlian
  • *
  • Posts: 6020
  • Suka? +13/-0
  • untukmu yang tersayang apa jua sanggup kulakukan
Re: Nazar
« Reply #10 on: March 24, 2011, 12:55:34 PM »
mcm kalo kt nazar puasa. niat puasa tu mcm mana kak ummi??

 


IKLAN

IKLAN PENAJA