+-

+-User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

Menu

Portal Ratuhati.com
Adab-adab Berforum
Mengenai Forum - FAQ
Bagaimana Mahu Mengiklan

+-Stats

Members
Total Members: 11193
Latest: fizamahmood
New This Month: 123
New This Week: 41
New Today: 5
Stats
Total Posts: 450436
Total Topics: 7571
Most Online Today: 176
Most Online Ever: 441
(February 18, 2013, 04:28:13 PM)
Users Online
Members: 2
Guests: 143
Total: 145

Author Topic: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN  (Read 50878 times)

Offline umisayangadik

  • Topaz
  • *
  • Posts: 23
  • Suka? +0/-0
  • luv my hubby and my son so much....
TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« on: April 26, 2012, 12:47:35 PM »
 :)
Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga dan kita mesti menghargainya. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya..
umi berhasrat untuk hamil anak no 2.. dan kalau boleh nak anak perempuan sebab yang sulong lelaki. Jika di anugeahkan Allah boy jugak saya tetap bersyukur. Jika ada kawan2 semua ada tips atau petua untuk mendapatkan anak perempuan... bolehla kiranya share2 kat sini...tq
 :D
^^^umi sayang adik^^^


fazlina4284

  • Guest
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #1 on: April 26, 2012, 01:42:13 PM »
Salam Umisayangadik,

Saya pun sekarang ni tengah TTC anak ke-2 dan sangat mengharapkan baby girl. Apa yg saya dapat kongsi di sini hasil dari pencarian di internet adalah:

Merancang anak perempuan.
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid sepertilimau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3.Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

1. WAKTU BERSAMA
- Anak perempuan - kena bersama seawal habis period @ sblm ovulation. Sperm boleh hidup dlm rahim 4-5 hari. So sperm standby sebelum ovum keluar.

- Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.

2. AMALAN SURAH
Petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.

- Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.

- 40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging.

- Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.

- Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan.

- Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam.... Cubalah! Mana tahu berjaya. 

3. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

- Untuk mendapat anak perempuan, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus.

4. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakah masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

- Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

- Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

- Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormone yang meningkat ketika itu.

- Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14).

5. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

6. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan merangsang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.

Tanda kemungkinan anda akan mendapat bayi Perempuan ;
    * Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
    * Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
    * Payu dara kiri lebih besar berbanding kanan
    * Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
    * Bentuk perut condong ke arah atas
    * Perut tampak agak lonjong
    * Mengidam makanan manis
    * Sukakan buah-buahan
    * Suka minum air atau jus yang bersifat masam
    * Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
    * Mudah moody berbanding sebelumnya
    * Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
    * Tidak suka makan roti bersama kulitnya
    * Payu dara kelihatan mengembang
    * Suka menghadap muka ke arah selatan semasa tidur

Sekian sahaja. Just to share. Tq.

Offline mamateh

  • pengedar produk anugerah, shaklee, susuk dara dan barangan bayi dan kanak-kanak
  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5034
  • Suka? +3/-0
  • Nur Abbasy-Cahaya Kerajinan Berusaha
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #2 on: April 26, 2012, 03:09:33 PM »
info yang sangat berguna untuk mommy to be macam saya..thnz my dear... ;)

fazlina4284

  • Guest
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #3 on: April 26, 2012, 03:21:32 PM »
You're welcome mamateh. Kita kat sini kan memang nak kongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Saya edit amik yg merancang anak perempuan saje. ikutkan ada utk baby boy skali. Mungkin boleh buka thread baru tips atau petua untuk merancang mendapatkan anak lelaki pula, jika takda lagi. Ok.

Offline Sarina

  • Peniaga
  • Nilam
  • *
  • Posts: 492
  • Suka? +2/-0
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #4 on: April 26, 2012, 03:24:15 PM »
alhamdulillah, fazlina nampaknya banyak share ilmu ni untuk mendapatkan anak perempuan, akak sedang hamil anak ke 3, tapi nak dapatkan baby boy, dua-dua anak sebelum ni anak perempuan....

bidan ada bagi petua, selepas bersama mengiring ke kiri untuk dapat anak perempuan.

Akak ada juga baca di sini - blog dr Hamid Arshat berkenaan merancang jantina anak .

Merancang Jantina
« Last Edit: April 26, 2012, 03:35:00 PM by SarinaSari »
"Dan, Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu Maha Melihat" (Al-Furqan : 20)

https://www.facebook.com/pages/Koleksi-Siti-Khadijah/113148155551571


fazlina4284

  • Guest
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #5 on: April 26, 2012, 03:35:55 PM »
alhamdulillah, fazlina nampaknya banyak share ilmu ni untuk mendapatkan anak perempuan, akak sedang hamil anak ke 3, tapi nak dapatkan baby boy, dua-dua anak sebelum ni anak perempuan....

bidan ada bagi petua, selepas bersama mengiring ke kiri untuk dapat anak perempuan.

Akak ada juga baca di sini - blog dr Hamid Arshat berkenaan merancang jantina anak .

Merancang Jantina


Salam kak Sarina,

Terima kasih atas maklumat yg diberi. Saya memang kalau boleh nak sgt baby girl kali ni. Tapi sedang TTC lagi.

Offline Sarina

  • Peniaga
  • Nilam
  • *
  • Posts: 492
  • Suka? +2/-0
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #6 on: April 26, 2012, 03:51:10 PM »
Salam kak Sarina,

Terima kasih atas maklumat yg diberi. Saya memang kalau boleh nak sgt baby girl kali ni. Tapi sedang TTC lagi.

insya allah..sampai rezeki fazlina nanti...akak pun untuk yang ke 3 ni pun, lama jugak berTTC,anak ke 2 dah umur 4 tahun,  last2 berurut, alhamdulillah dengan izinNya..masa TTC ni akak mmg banyak cari info sebab memang nak dapatkan baby boy... suami amat-amat berharap tetapi kita usaha saja kan..yang lainnya terserahla kepada Allah, akak ada buku yang ada doa untuk mendapatkan anak lelaki, dibaca oleh suami, usap perut isteri ,kena baca waktu kandungan berusia 2-3 bulan, tetapi takder pulak doa untuk dapat anak perempuan...boleh gak cari kan doa tu , mana tau ada...
"Dan, Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu Maha Melihat" (Al-Furqan : 20)

https://www.facebook.com/pages/Koleksi-Siti-Khadijah/113148155551571

Offline umisayangadik

  • Topaz
  • *
  • Posts: 23
  • Suka? +0/-0
  • luv my hubby and my son so much....
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #7 on: April 26, 2012, 08:39:41 PM »
Tq fazlina.. Sgt brguna petua ni..
^^^umi sayang adik^^^

Offline Kelly

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 2813
  • Suka? +22/-0
  • I love u.. u love me.. we are happy family!
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #8 on: April 26, 2012, 08:51:26 PM »
saya pun pun sebelum preggy anak yang ke 3, memang gigih buat research cara2 nak conceive baby girl sebab saya dah ada 2 orang anak lelaki.. masa buat research tu saya terjumpa shettles method dan kaedah BBT.. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah usaha saya tu membuahkan hasil.. untuk baby ke3 ni saya dapat baby girl juga akhirnya seperti yang dihajati.. :)

Offline lydianajihah

  • Global Moderator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 2199
  • Suka? +15/-0
TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #9 on: April 27, 2012, 11:41:44 AM »
tetap nak anak perempuan untuk anak kedua. muahaha
sis kelly, nanti2 najihah nak berguru denganmu bab bbt naa...

Offline RosMerah

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 244
  • Suka? +2/-0
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #10 on: April 27, 2012, 04:16:00 PM »
wah..ilmu yg sgt berguna..bolehla practise nnti utk ank yg kedua pulak..sbb anak yg pertama lelaki..tp baru je 6 bulan lbh...so kasi rehat dulula..nnti dia da setahun nk pi honeymoon sbb pas kawen x sempat nak pi sbb terus pregnant..hehe  :)

intanliza

  • Guest
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #11 on: April 27, 2012, 04:19:15 PM »
saya pun pun sebelum preggy anak yang ke 3, memang gigih buat research cara2 nak conceive baby girl sebab saya dah ada 2 orang anak lelaki.. masa buat research tu saya terjumpa shettles method dan kaedah BBT.. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah usaha saya tu membuahkan hasil.. untuk baby ke3 ni saya dapat baby girl juga akhirnya seperti yang dihajati.. :)

sama la kita yeaa....
sy pon syukur sgt dapat jgk girl...
mmg hepi sgt2...
dah bole melaram baju pink utk baby girl...
klu x sblm ni...tgk baju2 baby girl...geram je...
la ni....mmg tros sambar je...
pantang nampak baju cantik..

Offline lieza

  • Delima
  • *
  • Posts: 1101
  • Suka? +2/-0
  • nur alisha maisarah
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #12 on: May 25, 2012, 04:52:55 PM »
bagaimana pula yg bt rawatan kesuburan...mula2 doc bg ubat mkn pil utk telur prmpuan lps tu bl scan camera tgk yg mna besar kiri@kanan.andaikata telur belah kiri besar bl bersama mengiring ke kiri slama 5 hari..

Offline Mama Jay

  • Delima
  • *
  • Posts: 712
  • Suka? +2/-0
  • http://norulez83.blogspot.com/
    • http://produkpelangsingancantik.blogspot.com
Re: TIPS ATAU PETUA UNTUK MERANCANG MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN
« Reply #13 on: June 01, 2012, 11:06:33 PM »
saya pun pun sebelum preggy anak yang ke 3, memang gigih buat research cara2 nak conceive baby girl sebab saya dah ada 2 orang anak lelaki.. masa buat research tu saya terjumpa shettles method dan kaedah BBT.. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah usaha saya tu membuahkan hasil.. untuk baby ke3 ni saya dapat baby girl juga akhirnya seperti yang dihajati.. :)

Shettles method tu camne Mama Kelly... Saya pon teringin nak babybgurl plak.. sedang ber bbt jugak. Dapat dekat OPK +ve 2 hari. Tp, hari ke dua opk +ve xde berbd sbb hubby demam. Ada xpotensi utk dpt girl sbb spt petua kat atas berBD 24 jam sebelum subur. huhu
SESIAPA BERMINAT UNTUK MEMBELI

1.OVULATION PREDICTOR KIT (OPK) RM1.10
2.URINE PREGNANCY TEST (UPT) RM1
3.SERBUK DEBUNGA KURMA RM 30
4.BUAH ZURIAT RM 7

T&C

Murah!!

Whatsapp 0172182911 (Jehan)

SAYA AKAN AJAR CARA GUNA DAN BILA NAK GUNA SAMPAI ANDA FAMILIAR. KONSULTASI MESRA DR JEHAN.

 

Powered by EzPortal