Forum > Pemakanan Bayi

Resepi Bubur Bayi Anda

<< < (8/59) > >>

najhannur:
Baby saya start solid setelah 6 bulan..
try dgn rebus kumara, chic pea, pumpkin.. lenyek2 sahaja..campur dgn rice cereal ( sbb masa tu baru pindah rumah n rice cereal ada offer)...hehe
then lps tu saya hanya blend nasi + air utk kasik halus (ganti bubur)

alhamdulillah baby boleh makan.
setelah seminggu okay..cuba makanan lain pulak..
then saya try pelbagai lagi..mcm ..ikan(fillet), ayam, mince daging, mince lamb, broccoli, cauliflower,epal,banana (fresh lenyek2),
masuk 7 months saya cuba tak blend halus sgt dah ( kekadang nasik letak air dan lenyek2 je..) dan cuba kasik ayam/ikan rebus yg di carik2 ..brokoli /cauli kecil2..cheese, telur,hummus, yogurt(plain greek).
masuk 8 months kasik roti with spread, croissont, malt biscuit, scrambble eggs etc..and starts introducing finger food

basically buat apa yg ada..kalau rebus makanan lebih akan frozenkan.. dan saya blend epal utk baby minum jus dia.. tapi saya tak pernah tapis..alhamdulillah baby ok..
target saya by 1 year old or so dah boleh makan family food dan boleh makan sendrik.. insya'allah
my baby loves banana n epal..

mamasara (maz09):
ini ada beberapa jenis bubur yg saya dapat dari majallah...
meh kita kongsi sama-sama.

Jus pisang masam manis.

bahan-bahannya:
2 biji pisang emas- dipotong kecil
1 biji oren -ambil jusnya.

cara:
1.Masukkan pisang ke dlm  blender
2.dicampurkan dgn jus perahan oren,kisar sehingga sebati dan halus.
3.sedia utk dinikmati.

dah cuba buat utk sara....dia suka sgt.

Bubur tepung beras.
bahannya:
5 sudu tepung beras
60 ml air...
1 sudu teh gula - secukup rasa laaa ye..

cara masak.
bancuh tepung beras dgn air dan gula.
kemudian didih diatas api sehingga pekat
angkat dan biarkan suam utk dimkn.

mcm-mcm resepi lagi dlm majalah ni...antaranya
sup brokoli bumbu ayam
sup lobak merah bebola ikan
bubur nasi 3 warna
sup ayam seribu sayur
bubur beras perang.
nanti nak photostat jer laa nak try buat utk sara.




Ku ^manjaKUcomel^:
nanti nak try lar maz punya resipi tu...hehe..

ayu:

--- Quote from: najhannur on November 12, 2010, 10:13:16 AM ---target saya by 1 year old or so dah boleh makan family food dan boleh makan sendrik.. insya'allah



--- End quote ---

bergantung juga dengan baby tu dah boleh mengunyah @ ada berapa batang gigi kan..
sebabnya, macam anak ayu dah 1 thn 1 bulan, baru ada 5 batang gigi..
so, pernah bagi la try makan nasi  macam kita orang dewasa makan..
macam susah je danial nak makan..
maka, jawabnya...still makan bubur lagi la..
cuma tak la blend dah...^_^

ummi:
utk oren, limau dan buah-buahan yang masam, setahu saya ia berasid (acidic) dn tidak sesuai untuk bayi bawah setahun. Kalau nak bagi juga. boleh cuba lepas 11 tahun.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version