collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan  (Read 20382 times)

Offline aziera

  • Nilam
  • *
  • Posts: 419
  • Suka? +0/-0
penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« on: October 28, 2010, 05:04:24 PM »
Hai rakan ratuhati , nak berkongsi bersama . penyakit lupa antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil "dopamin" akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.



Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #1 on: October 28, 2010, 05:09:40 PM »
ada kajian mengatakan bahawa mempelajari lebih daripada 1 bahasa mengurngkan risiko nyanyuk, lupa. 1 bahasa berapa tahun entah.. lupa (haa kena amalkan petua di atas nih)... Lebih banyak bahasa lebih lama protection kepada nyanyuk tersebut :D

Offline bondaalesya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3478
  • Suka? +3/-0
  • salam sayang buat semua
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #2 on: October 28, 2010, 05:25:38 PM »
terima kasih aziera ...

krsty

  • Guest
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #3 on: October 28, 2010, 05:26:39 PM »
aaa....kalo pelupa masa pregnant saja macamana?huhu..
ada solusi tak?

Offline ummi

  • Administrator
  • Berlian
  • *****
  • Posts: 5569
  • Suka? +73/-0
    • ohcomel
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #4 on: October 28, 2010, 05:27:36 PM »
aaa....kalo pelupa masa pregnant saja macamana?huhu..
ada solusi tak?

jgn pregnant ehh ehhhh adakah itu solusi?

krsty

  • Guest
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #5 on: October 28, 2010, 05:31:44 PM »
aaa....kalo pelupa masa pregnant saja macamana?huhu..
ada solusi tak?

jgn pregnant ehh ehhhh adakah itu solusi?

ahahahhaa....tu bukan solusi..tu basi.. :P

Offline bondaalesya

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3478
  • Suka? +3/-0
  • salam sayang buat semua
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #6 on: October 28, 2010, 05:32:52 PM »
lepas bersalin lagi perlupa...
rasa mcm banyak benda la tak ingat skrg ni...
 :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'(

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #7 on: October 28, 2010, 05:47:43 PM »
lepas bersalin lagi perlupa...
rasa mcm banyak benda la tak ingat skrg ni...
 :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'(

betul tersangat teruk..  kdg2 bangun nak ambik benda kat dlm peti ais..
pas buka pintu lupa terus.  skrg saya cuba mkn dginius dcl.
ntah ok ke tidak tak tau la..  saya takut penyakit lupa ini memberi kesan
pada org terdekat saya, pekerjaan dan ketika menjalani urusan
sebagai seorang isteri dan ibu.. 

 

Offline aziera

  • Nilam
  • *
  • Posts: 419
  • Suka? +0/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #8 on: October 29, 2010, 09:53:41 AM »
sama-sama bondaalesya...

lepas bersalin urat banyak putus ....jadi sama-sama la kita amalkan dan elakkan.



krsty

  • Guest
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #9 on: October 29, 2010, 10:02:06 AM »
cakap pasal pelupa,hari ni dah lupa bawak hp ke ofis..
adoiii~

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #10 on: October 29, 2010, 10:14:54 AM »
penyakit pelupa ni banyak tejadi pada golongan wanita, betul tak?
banyak sgt benda yang nak diingat, sampai boleh jadi pelupa kita ni.
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

krsty

  • Guest
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #11 on: October 29, 2010, 10:29:16 AM »
dulu teringat masa kita kecik2,slumber cakap pada ibu "ibu ni,asyik lupa jek."
dah besar, baru tau kenapa..
tak bek aku cakap cmtu kan..iskk...ibu,minta ampunn!!!

Offline fiza umisofie

  • Moderator (Board)
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3957
  • Suka? +18/-0
  • Ketua bidadari suami di syurga nanti.Insya Allah!
    • cerita umisofie
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #12 on: October 29, 2010, 10:32:39 AM »
org kata, untuk elakkan kita ni cepat lupa, jgn pandang kemaluan.
kita ni sebagai ibu, anak2 dah ramai mcm saya ni, mcm mana tak pandang kemaluan anak... mesti pandang punya. nak pakaikan diapers, nak sapu lotion,... sebab tu ke ibu2 cepat lupa ye?
cerita keluarga dan anak2 saya di sini:
http://umisofie.blogspot.com

tempat saya simpan resepi:
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/

krsty

  • Guest
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #13 on: October 29, 2010, 10:43:44 AM »
org kata, untuk elakkan kita ni cepat lupa, jgn pandang kemaluan.
kita ni sebagai ibu, anak2 dah ramai mcm saya ni, mcm mana tak pandang kemaluan anak... mesti pandang punya. nak pakaikan diapers, nak sapu lotion,... sebab tu ke ibu2 cepat lupa ye?

macamana tak tengok ye tak?
tah yea,pernah dengar juga..
tapi benda tu tak boleh elak kan?

Offline mizah

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1511
  • Suka? +6/-0
  • Salam kenalan semua :)
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #14 on: October 29, 2010, 11:02:22 AM »
org kata, untuk elakkan kita ni cepat lupa, jgn pandang kemaluan.
kita ni sebagai ibu, anak2 dah ramai mcm saya ni, mcm mana tak pandang kemaluan anak... mesti pandang punya. nak pakaikan diapers, nak sapu lotion,... sebab tu ke ibu2 cepat lupa ye?



macamana tak tengok ye tak?
tah yea,pernah dengar juga..
tapi benda tu tak boleh elak kan?

a'ah...pnah gak dengar camni...tp mane bleh elak...huhu...
tp memang la...sejak ada anak ni, penyakit lupa semakin menjadi2....risau pulak...huhu
« Last Edit: October 29, 2010, 12:02:35 PM by ramizah »

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #15 on: October 29, 2010, 11:18:06 AM »
org kata, untuk elakkan kita ni cepat lupa, jgn pandang kemaluan.
kita ni sebagai ibu, anak2 dah ramai mcm saya ni, mcm mana tak pandang kemaluan anak... mesti pandang punya. nak pakaikan diapers, nak sapu lotion,... sebab tu ke ibu2 cepat lupa ye?

Iyer la..  kalau tak pandang mcm mana nak tau bersih ker tidak alat sulit anak kita.
 :-\

 

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #16 on: November 04, 2010, 01:11:58 PM »
jgn ketawa terlalu banyak
jgn makan junk food

tang nengok kemaluan tu pelik jugak nak elak tu
camne plak ye

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #17 on: November 04, 2010, 01:51:41 PM »
jgn ketawa terlalu banyak
jgn makan junk food

tang nengok kemaluan tu pelik jugak nak elak tu
camne plak ye

oo.. ketawa byk pun tak leh yer hasrisa..
saya ni hari2 mesti ada ketawa..  kalau wat lawak buduh pun saya ketawa..
bukan hape.. boleh ilang sikit tension mension..

 

Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #18 on: November 04, 2010, 02:02:22 PM »
mamaS petua ni yg bagi seorang ibu yg anak2 dia semua masuk unersiti al-azhar
para ulamak pon kata banyak ketawa mati hati:)

Offline umiDee

  • Nilam
  • *
  • Posts: 264
  • Suka? +1/-0
    • Coretan Umi
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #19 on: November 04, 2010, 02:14:02 PM »
mamaS petua ni yg bagi seorang ibu yg anak2 dia semua masuk unersiti al-azhar
para ulamak pon kata banyak ketawa mati hati:)

yang nih memang pernah dengar..kita akan lebih banyak menangis dari ketawa jika banyak perkara tentang kehidupan dunia & akhirat yg kita tau
Ku pegang amanahMu Tuhanku..mendidik anak2 ku jd insan cemerlang dunia & akhirat..permudahkanlah segala urusanku,


Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #20 on: November 04, 2010, 02:28:52 PM »
mamaS petua ni yg bagi seorang ibu yg anak2 dia semua masuk unersiti al-azhar
para ulamak pon kata banyak ketawa mati hati:)

yer ker.. kena kurang2kan le..

 

Offline aziera

  • Nilam
  • *
  • Posts: 419
  • Suka? +0/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #21 on: November 04, 2010, 05:05:00 PM »
 ;) alamak part banyak ketawa ...nie yang susah nak elakkan...

patut la selalu lupa ingatan...kena cuba kurangkan.



Offline hasrisa

  • Berlian
  • *
  • Posts: 3761
  • Suka? +7/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #22 on: November 07, 2010, 01:24:36 PM »
hehehe ketawa banyak tu kawan syaitan:)

Offline ayu

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1259
  • Suka? +8/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #23 on: November 07, 2010, 02:24:36 PM »
masa awal2 lepas bersalin dulu, kerap juga la penyakitl lupa ni datang...
selalunya lupa bila letak barang ..
barang2 yg penting2 plak tu..hp la, kunci rumah la, kunci kereta laaaaa..
paling tragis bila tertinggal purse kat ofis...waaaaa....mujur la ada budak praktikal yang jumpa..
kalau tak, memang teruk la nak buat baru ic n segala2nya..

btw, tertinggal purse kat ofis ni kali kedua dah ni..T__T

Offline ayu

  • Berlian
  • *
  • Posts: 1259
  • Suka? +8/-0
Re: penyakit lupa - penyebab & cara menguatkan ingatan
« Reply #24 on: November 07, 2010, 02:30:59 PM »
oh ya..tips ni ayu perolehi di forum sebelah ----> susuibu.com

HAPPY READING ^_^

Tips meningkatkan daya ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.

Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas.
Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru


Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan.
Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


 


IKLAN

IKLAN PENAJA