Set Bersalin Kaktie2u Ingin Anak Produk-wanita
Qurban Aksesori AngleShoppe Kek Kukus Buah
Gathering Ratuhati.com
Hadapan arrow Artikel arrow Puting Datar atau Tenggelam
Puting Datar atau Tenggelam PDF Cetak E-mel
Antara masalah penyusuan adalah puting payudara ibu yang tenggelam menyukarkan bayi untuk menghisapnya. Jika tidak dirawat lama-kelamaan boleh menyebabkan bayi kecewa dan akhirnya tidak mahu menyusu. Ketahui penyelesaiannya...

Benarkah ibu yang mempunyai puting tenggelam tidak boleh menyusukan anaknya?

{mosimage}Dalam sesetengah kes, puting terbenam tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu.

"flat nipple bukan bermakna bayi tidak boleh menyusu. Puting hanya sebagai anchor aje, sedangkan yang penting, adalah kawasan areola/tampuk hitam tu sebab kat situlah tempat susu berkumpul." - Shiha, susuibu.com

Puting tenggelam atau datar sepatutnya tidak memberikan anda masalah untuk menyusu, melainkan teknik latch-on atau lekapan tidak betul atau buah dada anda terlalu penuh atau bengkak. - Breastfeeding with flat or inverted nipples, babycenter.com

{mosimage}Bagaimana untuk mengetahui jika saya mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini.

Adakah cara untuk merangsang supaya puting keluar? 

Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:

  1. Nipplet
    Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
  2. Urutan
    Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
  3. Pam Payudara
    Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.
  4. Breast shell
    Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.
  5. Teknik Hoffman
    Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan
    regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.
  6. Nipple shield
    Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.

[1] Teknik beri susu badan, oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro [2] Rita Rahayu Omar (MomsLittleOnes.com), Puting Tenggelam Boleh TIMBUL[3] shiha, susuibu.com  [4] gambar: wikipedia.com

Comments
Search
Only registered users can write comments!
mimi  - puting tenggelam   |202.185.32.xxx |2008-10-13 16:26:21
salam......saya berumur 25 tahun dan sudah berkhawin.di sini saya ada satu pertanyaan di mana mengenai puting payudara tenggelam.saya mengalami masalah ini dan telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan puting payudara saya seperti menggunakan nippllet,pam payudara,breast shel, tetapi tidak berjaya.di sini saya ingin bertanyakan ada x cara lain seperti teknik2 urutan ataupun minyak yang dapat keluarkan puting payudara saya....dan adakah ia memberi kesan kepada saya selepas melahirkan anak.

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Produk-wanita

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates