Ummimall Bengkung Moden Set Bersalin Kaktie2u Produk-wanita Promosi Iklan
Hadapan arrow Artikel arrow Cucilah Tangan Anda dengan Betul untuk Elakkan Jangkitan
Cucilah Tangan Anda dengan Betul untuk Elakkan Jangkitan PDF Cetak E-mel

{mosimage}Basuh tangan anda, sahabatku! Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki?

Membasuh tangan merupakan cara paling berkesan dan mudah untuk menghalang cirit-birit dan pneumonia, dua penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak seluruh dunia? Membasuh tangan dengan betul turut membasmi jangkitan selsema, demam, sakit perut, hepatitis, SARS dan penyakit bawaan makanan yang lain.

Buat julung kalinya, 15 Oktober, 2008 diisytiharkan sebagai Hari Cuci Tangan Sedunia! Yaa, kempen ini dijalankan oleh PBB. 

Basuh Tangan dengan BETUL:

  • Basahkan tangan dengan air yang mengalir.
  • Gunakan sabun. Gosok sehingga elok berbuih.
  • Terus gosok selama 15 ke 20 saat pada keseluruhan bahagian tangan - tapak tangan, belakang tangan, jari, sehingga bahagian bawah kuku juga.
  • Bilas dengan air mengalir.
  • Keringkan tangan dengan tuala bersih, atau tisu, atau penghembus angin elektrik. (Tukar dengan kerap tuala lap tangan di rumah anda, terutamanya bila ada yang sakit.)
  • Tutup pili dengan tuala (bukan dengan tangan anda yang sudah bersih).

Tidak perlu sabun anti-bakteria! Penggunaan anti-bakteria yang berpanjangan akan menjadikan bakteria immun dan sukar dibunuh. Cukup sekadar menggosok dan membasuh untuk menyahkan bakteria dari tangan anda. Jimatkan wang. Guna saja sabun biasa.

Jika tidak ada air dan sabun, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol - paling kurang, 60% alkohol. Alkohol dapat membunuh bakteria and virus dengan berkesan. 

Cuci tangan dengan kerap. Makin kerap, makin kuranglah kuman yang anda sebarkan melalui sentuhan.

Panduan Membasu Tangan Dengan Betul

Sumber: http://www.healthstatus.com/health_blog/2008/10/28/your-health-is-in-your-hands-hand-washing/

Terjemah: Naim Jalil

Comments
Search
Only registered users can write comments!
Ellyanna  - E-coli di celah kuku bersih   |2008-11-17 16:21:20
avatar Iye lah..maybe ada betulnya bakteria di tgn wanita lagi byk dr lelaki...sbb Elly mcm ada pnah terbaca, (Islamic base info), lelaki seelok2nya cari lah bakal isteri yg terjaga kebersihan kukunya, tdk pnjg..sbb walaupun kelihatan bersih still ada kuman E-coli di celah2 kuku..lagi pun jelas sekali..wanita yg memasak, memandikan anak, menguli kuih etc...Mcm ne anak nak bijak kalau asyik makan makanan yg kotor penyediaannya...

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Produk-wanita Promosi Iklan

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates